Deraian air mata bercucuran lebat di pipi aku. Kali ini aku langsung tidak mengesat. Membiarkan air mata membasahi pipi aku. Aku dah tak kisah beberapa orang yang lalu memandang ke arah aku ketika ini. Ada yang datang menegur aku, tapi aku abaikan saja teguran mereka.
Tak nak di ganggu, aku beralih pula duduk di lantai simen yang sikit tinggi di tepi bangunan pejabat agama ini.
Air mata tanda aku dipaksa dan terpaksa!
“Tak habis lagi air mata kau tu?”
Aku angkat kepala tanpa mengesat air mata yang lencun di pipi aku.
“Sampai hati paklong buat Aira macam ni? Kalau paklong dah tak nak jaga Aira, Aira boleh keluar dari rumah paklong tu, tak perlu nikahkan Aira dengan lelaki tadi!”
Aku berkata dengan nada tidak berpuas hati campur dengan geram.
Nak je aku tumbuk muka paklong Asri ketika ini, tapi aku tahu kudrat aku tak cukup kuat untuk buat semua tu.
Aku pekup kedua belah tangan aku ke wajah aku yang lencun. Menangis lagi!
“Ah! Kau patut bersyukur sebab ada orang nak kan kau ni! Jadi aku nikah kan terus la… Apa susah? Kalau aku tanya kau pun, belum tentu kau setuju!” Kata paklong Asri dengan nada seperti mengejek.
Aku menjeling tajam pada paklong Asri. Sakit hati aku yang teramat sangat! Lain yang aku rancang, lain pula yang jadi!
“Dah! Jangan kau nak menangis kat sini pulak! Malu orang tengok! Laki kau dah tunggu kau dekat sana tu! Cepat bangun!” Arahan paklong Asri aku tak endahkan langsung.
Lengan aku di cengkam kemas oleh paklong Asri. Dia tarik aku sehingga tubuh aku bangkit dari duduk.
“Bangun!!” Suara paklong Asri marah.
PAKLONG Asri mengheret aku sehingga aku kini berdiri di hadapan pemuda tadi. Ya! Pemuda yang bernama Putera Andika itu sekarang sudah menjadi suami aku yang sah setelah diijab kabulkan sebentar tadi dengan berwalikan hakim dan beberapa orang saksi.
Aku terpaksa dan dipaksa!
“Ni bini kau!”
Paklong Asri tolak tubuh aku supaya lebih dekat dengan pemuda itu. Aku hanya menunduk. Sedih, geram, marah semua sudah bercampur di dalam hati aku ini.
Pemuda itu hanya angguk kepada paklong Asri.
“Hutang aku selesai! Kau jangan cari aku lagi lepas ni!” Kata paklong Asri kepada pemuda tadi.
Aku angkat wajah aku memandang ke arah paklong Asri yang senyum sinis. Gembira gamaknya!
Hutang? Itu yang aku dengar tadi. Bermakna paklong Asri jual aku kepada pemuda tadi? Allahu! Tergamak paklong Asri melakukan hal seperti itu.
“Hutang? Paklong nikahkan Aira sebab nak langsaikan hutang? Macam tu? Tergamaknya paklong!”
Ada senyum herot di bibir paklong Asri.
“Huh! Ya! Aku dah jual kau pada dia! Aku dah tak kisah dia nak buat apa dekat kau! Kau dah jadi bini dia. Suka hati dia nak jual kau pada orang lain ke apa. Yang penting, hutang aku dah selesai! Lepas ni kau boleh berambus dari rumah aku!”
Selesai berkata, paklong Asri meninggalkan aku dan pemuda tadi. Hati aku remuk redam dengan sikap paklong yang langsung tak berperikemanusiaan itu. Masih wujud lagi orang seperti itu dalam dunia ni?
Allahuakhbar!
“Jom!”
Aku berkalih ke sisi apabila terdengar suara pemuda itu. Dia menunggu aku di sisi kereta yang telah terbuka pintunya.
Aku gelengkan kepala tanda tidak mahu mengikutnya. Aku takut!
Dalam fikiran aku sekarang ni, aku ingin lari. Lari dari semua ni! Aku berkalih memandang ke arah jalan masuk pejabat agama tadi. Sempat lagi kalau aku nak lari ni! Aku angkat sikit kain baju kurung yang aku pakai. Baru nak buka langkah, lengan aku di cengkam dari sisi. Terkejut!
Terus aku berkalih pada cengkaman itu dan barulah aku pandang wajahnya. Pemuda itu hanya gelengkan kepala menandakan ‘jangan’. Mungkin!
Masa bila pula dia ada kat sebelah aku ni? Tadi dia berdiri elok je dekat kereta dia?
Dia tak cakap banyak, tapi arahannya dengan hanya mata dan kepala saja, buat aku faham yang dia nak aku masuk ke dalam kereta. Aku lepaskan kain yang aku angkat tadi. Akur!
Dia menarik aku sampai ke kereta. Aku berdiri lama di depan pintu kereta yang sudah terngaga luas itu.
Berfikir! Entah apa yang aku fikirkan pun aku tak tahu? Nak lari, macam dah tak ada peluang lagi… Mungkin lepas ni aku akan cari jalan lain untuk lari. Aku tak nak di jual lagi!
Aku pandang pemuda tadi sekilas, dia balas dengan anggukkan kepala. Tiada segaris senyuman pun di bibirnya. Wajahnya pula nampak serius. Beku dan dingin!
“Masuk!” Sekali lagi dia berbunyi. Tegas!
Aku tak menunggu lagi terus saja masuk ke dalam kereta dengan perasaan yang sebal. Sebelum masuk ke dalam kereta dia, aku sempat tengok keretanya. Sebuah kereta yang berwarna kuning jenis keluaran Mitsubishi Lancer Evo X. Kereta keluaran yang ke-10.
Masuk saja dalam kereta aku tangkap satu wangian maskulin lelaki.
Keretanya sangat kemas dan cantik di bahagian dalamnya. Kusyen Recaro menjadi pilihan pemuda tadi.
Banyak lagi aksesori lain yang di tukar mengikut citarasa pemuda itu. Sistem audio pula lengkap Rockford Fosgate 6.1. Memang hebat kereta lelaki ni. Dia pelumba kereta ke?
Tiba-tiba aku terfikir ke situ pula?
Sekilas aku memandang ke arahnya yang baru saja masuk dari arah pintu sebelah pemandu. Dia capai Ray-Ban yang tersangkut di cermin pandang belakang lalu di pakainya. Aku hanya pandang melalui ekor mata sahaja.
Tanpa sepatah kata, keretanya sudah keluar dari kawasan pejabat agama ini.
TUBUH aku yang elok tersandar di kerusi kembali menegak sambil mata memerhati ke luar cermin tingkap kereta milik Andika ini. Tubuh aku menegang saat keretanya mula meluncur melalui jalan ke rumah paklong Asri. Aku cam sangat jalan kecil yang di kelilingi ladang kelapa sawit ini. Kenapa dia perlu bawa aku ke rumah ni lagi?
Aku berkalih ke arah Andika yang nampak tenang dengan pemanduannya. Dia juga berkalih ke arah aku, tapi aku tak pasti corak pandangannya bagaimana, kerana di lapisi dengan kaca mata hitamnya.
Aku telan liur yang terasa kesat. Tak mungkin aku akan kembali ke rumah ini semula? Hati aku baru saja terasa lega apabila terlepas dari rumah yang seperti neraka ini, tak mungkin lelaki ini menghantar aku kembali ke sini? Tidak!
Kereta Andika berhenti tepat di depan halaman rumah paklong Asri. Lelaki ini seolah kenal paklong Asri sehinggakan tahu keberadaan rumah paklong Asri dengan tepat. Tak perlu penunjuk arah langsung.
Aku hanya diam. Nampak paklong Asri berdiri di beranda rumah dengan tercekak pinggangnya.
“Kenapa bawa saya datang sini semula?” Tanya aku menoleh ke arah Andika yang baru saja ingin membuka pintu keretanya.
Andika pun menoleh ke arah aku sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
“Turun! Ambil barang-barang awak dulu!” Aku angguk faham.
Tak sangka sebenarnya dia boleh terfikirkan tentang barang-barang aku. Sedangkan aku sendiri pun terlupa! Adeh!
“Hah? Kenapa kau bawa dia datang sini? Kan aku dah cakap tadi, jangan cari aku lagi…”
Kata-kata paklong Asri terhenti.
“Aku datang nak suruh dia ambil barang-barang dia! Aku tak nak dia tinggalkan apa-apapun di rumah buruk kau ni! Walaupun hanya seurat rambut dia! Kau jangan risau, aku tak akan pernah lagi cari kau! Melainkan, kau jangan cari pasal dengan aku!” Kata Andika dengan sinis.
Aku yang dengar pun rasa gerun. Tapi kata-kata Andika tadi membuatkan aku rasa di lindungi.
Andika beralih ke arah aku yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Masuk! Ambil semua barang-barang awak! Jangan tinggal satu pun!” Arah Andika dengan suara yang datar dan perlahan. Berbeza cara dia cakap dengan paklong Asri tadi.
Aku hanya anggukkan kepala lalu terus mendaki anak tangga. Aku tak peduli dengan jelingan maklong Bibah yang juga berdiri di sebelah paklong Asri.
Aku terus melangkah masuk ke bilik yang aku huni selama ini. Aku capai beg yang pernah aku bawa dulu lalu aku isikan pakaian aku yang tak banyak pun. Setelah selesai semua barang aku masukkan ke dalam beg aku melangkah keluar dari bilik ini dan terus ke beranda depan.
Andika masih lagi menunggu aku dengan menyandarkan tubuhnya ke badan keretanya. Tiada perbualan antara mereka yang aku dengari. Aku terus melangkah turun dari beranda itu. Entah kenapa hati aku rasa seperti sudah bebas walaupun aku belum tahu nasib aku di tangan Andika. Keluar mulut buaya masuk mulut harimau pula nanti!
Arghh! Nanti la aku fikirkan kalau dah masuk mulut harimau ni! Yang penting aku keluar dulu dari mulut buaya dulu!
Aku tak rasa pun untuk bersalaman dengan mereka berdua. Buka kerana aku biadap, tetapi hati aku sakit apabila diperlakukan begini oleh saudara aku sendiri.
Aku berdiri di hadapan Andika sambil menjinjing satu beg galas yang sudah padat itu. Andika terus capai beg yang aku jinjing tadi dan terus berjalan ke bahagian belakang kereta. Beg galas aku di letakkan di booth keretanya.
“Dah habis semua barang awak ambil?” Soal Andika apabila sudah berdiri di sisi aku.
“Dah!”
“Hmm… Kalau dah, jom kita balik!” Arah Andika dan terus berjalan ke pintu penumpang.
Pintu itu di bukakan untuk aku masuk. Hanya menggunakan isyarat matanya aku sudah faham arahannya. Aku tidak membantah dan terus saja kali melangkah masuk ke dalam keretanya.
Andika masuk ke bahagian pemandu dan terus saja menggerakkan keretanya keluar dari halam rumah ini tanpa pamitan pada paklong Asri dan maklong Bibah yang masih tegak berdiri dengan wajah sinis memandang ke arah kami.
Andika abaikan saja pandangan mata mereka berdua.
Aku pula diam apabila Andika bersikap begitu. Ingatkan aku saja yang biadap, rupanya ada lagi yang biadap dari aku.
Sentiasalah bersangka baik terhadap seseorang...
Share this novel