SIRI II - PANGGILAN TUGASAN

Horror & Thriller Series 7331

Mereka berdua masuk ke restoran berkenaan, dan terus disapa oleh salah seorang pelayan di pintu masuk. Setelah mengatakan bahawa dia telahpun menempah satu meja di restoran berkenaan, yang dipenuhi orang ramai, pelayan tersebut membawa mereka berdua ke meja bernombor 3, iaitu sebuah table for two.

Suasana restoran berkenaan diterangi oleh lampu bewarna keemasan dan malap, menaikkan suasana romantik yang sesuai untuk mana-mana pasangan menikmati makan malam bersama. Dua keping senarai menu diberikan kepada mereka berdua.

Dr Abel melihat menu tersebut, satu per satu. Menu kompleks yang dibahagikan kepada seksyen hors d'oeuvr , main course, deserts dan drinks itu pastinya akan mengambil masa untuknya mambuat pilihan.

Berlainan pula dengan Dr Kimi, dia sudahpun mengetahui apa yang hendak dipesan kerana menu yang dilihatnya itu telah pun dilihatnya di laman web restoran tersebut semasa dia membuat tempahan meja.

“I’ll have a tomato bruschetta, one medium rare lamb chops with balsamic reduction and one apple lemon juice please”, katanya kepada seorang pelayan perempuan yang tiba semula ke meja mereka 15 minit kemudian untuk mengambil pesanan.

“What about you madam?”, tanya pelayan tersebut.

“Err…hmm, may I have one lemon butter fish, err….one smoked egg and a cup of espresso please”, katanya.

“Espresso? You serius ke ni sayang? At this hour?”, kata Dr Kimi menyampuk. Gurauan sebegitu turut menyebabkan pelayan perempuan tersebut tertawa kecil.

“Hey, I tak minum kopi lagi hari ni okay. Kalau macam tu, make it a Doppio, and add a slice of black forest cake as well please”, katanya, seakan-akan tercabar apabila pesanan kopi hitamnya itu dipersoalkan oleh Dr Kimi.

Dr Kimi tersengih sahaja. Memang begitulah Dr Abel, fikirannya, sifat perempuannya mungkin sedikit pudar apabila kerjayanya yang begitu ekstrim dan memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari. Bukan itu sahaja, sikapnya yang sedikit kelelakian dan kurang perasaan romantik memang menguasai dirinya sejak mereka berkenalan daripada hari pertama lagi.

Pertemuan mereka sejak di zaman doktor pelatih bermula apabila Dr Kimi secara tidak sengaja terlanggar Dr Abel yang ketika itu sedang menjalankan satu prosedur untuk mengambil darah pesakit. Bukan setakat ditampar bahu dengan kuat apabila langgaran tersebut menyebabkan tusukan jarum ke lengan pesakit sedikit beralih, menggagalkan percubaan pengambilan darah itu, maka, turut dimarahinya dengan nada yang tegas.
Orang kata, jika sifat berlainan itu, pasti akan jatuh cinta antara satu sama lain. Polar opposite katanya, seorang tomboy dan seorang lagi sedikit gentleman. Entah bagaimana di saat Dr Abel sedang meluap-luap kemarahannya ketika itu, berlainan pula apa yang terbit di hati Dr Kimi.

Hatinya berbunga-bunga. Sejak hari itu, dia mula angau dan sukakan Dr Abel, Pelbagai cara dilakukan hanya untuk mendapatkan nombor telefon Dr Abel, termasuklah meminta nombornya daripada doktor pakar yang menjaga doktor pelatih ketika itu. Pada awalnya, dia dimaki, dihalau dan diherdik dengan sifat singa Dr Abel yang terkenal di serata hospital itu. Namun, entah bagaimana sifat persistent dan tekad Dr Kimi mula membuahkan hasil.

Anak tunggal daripada dua orang doktor pakar tulang itu mula membalas cintanya. Sejak 2 tahun lalu, dua-dua mulai angau. Mereka berdua bukan beragama Islam, tetapi, itu tidak bermakna mereka melakukan perkara yang tidak-tidak. Bahkan, sikap profesional kedua-dua doktor ini berjaya menyembunyikan perhubungan intim mereka berdua daripada pengetahuan sesiapa staf pun yang bekerja dengan mereka.

Begitulah kisah cinta merpati dua sejoli ini. Dan malam itu merupakan percubaan kedua buat Dr Kimi untuk melafazkan niat dia untuk menjadikan Dr Abel sebagai isteri. Kali pertama tidak jadi kerana agak malang buat Dr Kimi sendiri yang terpaksa berhadapan dengan pesakit yang mencederekannya di wad psikiatri.

Cincin dah dibawa dan kad tertulis ayat sama juga disematkan di dalam beg miliknya. Namun, lafaz cinta tak kesampaian apabila tak semena-mena, seorang pesakit daripada wad Dr Kimi hilang kawalan dan menghentak kepalanya menggunakan kerusi sehingga menyebabkan Dr Kimi sendiri menerima 3 jahitan di kepala.

Kad yang dibawa itu terkena tompokan-tompokan darah dan walaupun Dr Abel sendiri yang menjahit kulit kepalanya, namun, hasrat dan masa sedemikian amatlah tidak sesuai bagi melakukan perkara seperti confession di saat kepalanya dipegang dan dibius serta ditusuk jarum bagi tujuan jahitan oleh kekasih hatinya sendiri.

Makanya, malam itulah malam yang paling sesuai untuk dia meluahkan segala yang tersimpan di dalam hatinya. Suasana yang suram, dengan alunan muzik oleh sebuah band di atas pentas restoran tersebut menjadikan atmosfera yang sempurna untuk sesuatu yang begitu.

20 minit kemudian, makanan mereka tiba. Restoran yang mempuyai 2 bintang Michelin itu tidak pernah mengecewakan para pelanggannya. Chef serta kumpulan sous chef daripada Sepanyol yang menyediakan masakan tersebut sesuai dinikmati oleh individu yang sedang hangat bercinta seperti Dr Kimi dan Dr Abel.

Sekeping daging kambing dihiasi dengan beberapa helai daun rosmeari, dan diperisakan dengan cuka balsamic sudah cukup memukau mana-mana orang yang memesannya. Daging kambing yang empuk dan berjus itu sememangnya merupakan salah satu menu kegemaran Dr Kimi.

Dia memberikan beberapa potong kepada Dr Abel yang sememangnya sedang kelaparan saat tidak makan apa pun lagi daripada dia mula bekerja pada jam 8.00 pagi lagi. Dr Abel mula makan tetapi walaupun kelaparannya sudah mencapai tahap kebuluran, tetapi dia harus kawal juga.

Sifat tomboynya itu bukan dia tidak perasan, dan sudah tentu pemakanan di tempat sedemikian harus dikawal pergerakkan tubuh badan dan kunyahan. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh Dr Abel apabila dia berada keseorangan di rumah.

“Serius sedap gila lamb ni. Macamana lah diorang masak eh?”, kata Dr Abel sebaik sahaja merasai potongan lamb chop yang terkenal di restoran tersebut.

“Haha, tak perlu tahu kot macam mana diorang masak. Bukan you nak masak pun nanti”, kata Dr Kimi dengan nada gurauan.

“Tak kisahlah you, I kerja macam orang gila nanti. Bila kita kahwin, hari-hari kita makan kat sini okay?”, jawab Abel sambil menikmati makanan yang dihidangkan.

Saat terdengar perkataan kahwin, Dr Kimi terus teringat pelan asalnya untuk melafazkan niatnya yang berhajat untuk berkahwin dengan Dr Abel. Dia ibarat lupa segala-galanya, terpukau dengan kecantikan dan perwatakan Dr Abel yang pada pandangannya sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak kelihatan kasar dan menjadi seperti gaya perempuan Melayu terakhir.

“Hmm, butter fish ni pun sedap juga ni. Mesti ikan Dory ni tengok tekstur dia pun macam boleh rasa. See? Daing dia putih macam ni?”, sambil menunjukkan potongan ikan tersebut pada Dr Kimi.

Dr Kimi mengangguk sahaja. Fikiran dia mula menerawang. Dia teraba-rama poket seluarnya. Sudah, di mana pula letaknya bekas cincin dan kad yang dibawanya tadi. Pemikirannya yang terlalu tertumpu untuk mencari barang penting malam itu dapat dibaca oleh Dr Abel.

“You, kenapa you ni? Cari apa?”, tanya Dr Abel.

“Eh, tak ada apa-apa lah…I rasa I tertinggal something dalam kereta kot”. Setelah beberapa minit mencari-cari, entah memorinya kembali boleh berfikir semula. Dia baru teringat akan barangnya ditinggalkan di dalam kereta di dalam beg yang diletakkan di dalam glove box.

“You, I ambil barang dalam kereta sekejap, tertinggal something”, katanya kepada Dr Abel sambil berdiri.

“Go ahead sayang, jangan tinggal lama-lama, nanti siapa nak bayar ni”, kata Dr Abel mengejek.

Dr Kimi hanya tersenyum sahaja mendengar kata-katanya. Alah, semasa sedang bercinta, segalanya manis, wangi dan indah. Apa gurauan pun dianggap kelakar, apa perbuatan yang sedikit lain daripada yang lain pun dianggap romantik. Biarlah mereka berdua dah menjangkau usia 32 tahun sekalipun, cinta masih tetap dan akan sentiasa buta.

Dr Kimi berjalan ke arah keretanya. Suasana di perkarangan restoran tersebut gelap dan sunyi….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience