BAB 2

Romance Series 60498

BELUM sempat pintu ditolak dari luar, telefon pintar yang sedari tadi berada ditangan, berdering minta diangkat. Saat membaca sebaris nama yang terteta diskrin, helaan nafas di buang kasar. Rasa mahu memaki, disimpan kemas sebelum ikon hijau digeser kasar.

Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. "assalamualaikum Ustaz, ada apa apa yang saya boleh bantu?" soalnya sopan. Sebaik mungkin dia mengawal suara supaya kekal lembut dan manis meski tadi dia baru lepas mengeji dalam diam.

Bukan apa, terkadang pengetua Teratak Qaseh ini seolah tidak tahu bila waktu sesuai untuk mengarahnya tentang kerja. Masalahnya, kerja yang disuruh itu, langsung tidak penting dan boleh saja jika suruh dia buat esok.

"Iman, datang rumah saya sekarang. Bawa sekali fail jernih atas meja saya." Arahan yang datang dihujung panggilan buat seluruh sendinya hampir mahu melorot ke tanah. Nampakkan, memang saja mahu menyusahkan hidupnya. Rumah sudahlah dihujung dunia sebelah barat, pejabat dihujung dunia sebelah timur!

Dengan separa rela, kaki dibawa menuju keaarah pejabat pengetua yang maha jauh itu!

Setiba dihadapan pintu pejabat, berhati-hati dia menolak pintu itu. meskipun tahu tiada sesiapa didalam, tetapi rasa cuak itu tetap ada.

Perlahan saja langkahnya menuju ke meja. Meliar mata mencari fail yang dpinta. Tetapi hanya ada satu saja diatas meja, barangkali itu fail yang dimaksudkan Ustaz Munzir.!

Saat tangan mencapai fail, ekor mata terpandang telefon pintar membuat kepalanya menoleh 90 darjah kearah sudut meja. Berkerut dahinya apabila teringat panggilan yang diterima oleh Ustaz Munzir beberapa minit lepas. Serta merta akalnya berfikir perbagai perkara buruk tentang peranti yang disorok disudut meja.

Dalam teragak-agak, dia mencapai juga fail itu. belum sempat dia berpaling, tiba-tiba cahaya yang muncul dari skrin itu kembali menarik perhatiannya untuk mengambil tahu apa yang sedang berlaku disitu.

Dia tahu, itu salah... tetapi tetap saja tidak mampu membuatkan dia menghentikan perlakuannya. Rasa ingin tahu membuak-buak membuatkan dia berani untuk mengintai isi pesanan yang masuk kedalam telefon itu.

Hampir terhenti degup jantungnya saat sebaris ayat itu dibaca. Tidak susah untuk dia mencerna ayat yang baru saja masuk ke dalam kotak notifikasi yang baru dia baca tadi. Dari sedikit membongkok, badan ditegakkan dan terus terkaku disitu. Fail dipeluk rapat ke dada menahan rasa kaget. Tanpa membuang masa, kaki terus dibawa keluar dari situ.

ANAK MATA dia paksa supaya tetap di wajah Ustaz Munzir meski dadanya bagai hendak pecah. Makin bertambah rasa sesak dasa apabila dalam kepalanya masih terbayang setiap patah kata yang masuk kedalam kotak pesanan ditelefon yang ditinggalkan oleh pengetua Teratak Qaseh itu. kisah dipejabat pagi tadi juga masih belum selesai, sudah tambah lagi satu masalah.

Bala betullah!

Sangkanya rahsia yang dia pegang selama ini sudah cukup besar, rupanya ada lagi rahsia yang cukup membuatkan dia yang tiada kena mengena turut rasa takut untuk berdepan dengan lelaki yang sedang menata dokumen dihadapannya.

"Iman." Entah kenapa panggilan itu sedikit sebnyak membuat dia gabra sendiri.

"ye..ye... ye saya." Jelas kekalutan pada sahutannya. Bahagian dalam bibir digigit kuat. Nafas ditarik dalam supaya dikekal tenang untuk berhadapan dengan lelaki dihadapannya ini. Dibisik berkali-kali pada dirinya, supaya teruskan berpura-pura seperti selalu. Berpura-pura seperti tiada apa-apa supaya dia tidak lagi mnejadi mangsa ugutan pengetua Teratak Qaseh.

"fail ni nanti, kamu pass pada Haji. Beritahu dia, saya dah teliti dokumen ni dan saya rasa tiada apa-apa yang pelik didalamnya. Tetapi, kalau haji mahu periksa lagi sekalipun, lagi bagus." Laju Iman mengangguk. Tiada apa yang mahu dia soalkan. Dia hanya mahu cepat-cepat beredar dari sini.

Tidak sanggup lagi untuk terus menahan gugup. Perkara tadi benar-benar menganggu fikirannya. Sedikit sebanyak terbit juga rasa kesal disudut hati. Jika tidak melayan rasa ingin tahu tadi, pasti dia tidak perlu menambah rahsia dan terus merasa bersalah kerana turut menyimpan kerja kotor pegetua itu.

"ada apa-apa lagi ustaz?" soal Iman saat dia menyambut huluran fail dari tangan tua itu. rasa jijik pula mahu menyebut satu panggilan suci untuk seseorang yang teruk seperti lelaki dihadapannya ini.

Dihadapan umat manusia lain, dia terpaling soleh. Hakikatnya... nauzubillah!

Asbab satu manusia bergelar Ustaz yang perangai hantu, habis semua Ustaz disyaitankan!

"tak ada."

"okay baik. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Laju saja Iman meminta diri.

"Tak perlu jumpa Bonda. Saya tak mahu kamu jumpa dia. Jarakkan diri kamu dengan dia. Saya tak suka." Satu arahan yang sudah sebati dalam dirinya setiap kali dia berkunjung kerumah agam itu,  diterima buat kesekian kali.

"Baik Ustaz." Balas Iman Akur. Kaki mula mengatur langkah menjauhi pengetua itu. Baru setapak, suara lelaki itu kembali bergema semula menggentarkan kembali detak jantung yang mulai tenang.

"saya tahu apa yang Iman tahu. Jangan cuba-cuba untuk sebar. Kalau tidak, kamu tahulah apa nasib kamu!"

Langkah kakinya terhenti. Perkara yang dia takutkan berlaku lagi. Tanpa menoleh dia kembali menerus langkahnya. Fail dicampak kasar ke tempat duduk penumpang sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Nafas kasar dihela berkali-kali. Dada yang masih berdetak tidak sekata dipegang kejaap. Wajah diraup, tanpa sedar air mata mengalir membasaahi pipinya.

Ah, berat rasa ini. Tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu lepas dari semua ini!

Dia buntu!

KAKI diseret longlai sebelum badan direbah disisi Farah. Letih. Tidak dia peduli pada renungan pelik gadis disisinya. Jiwanya benar-benar lelah sehingga fizikalnya turut terkesan dengan rasa lelah itu.

"apa lagi yang orang tua tu buat dekat kau?" soal Farah yng sudah masak dengan riak wajah Iman. Bukan baru sekali malah selama setahun dia berkhidmat disini. inilah yang dia perlu hadap setiap hari.

"aku letihlah dengan semua ni!" keluh Iman. Dia bangun dari perbaringan lalu bertenggek ditepi katil bujang yang digunakan oleh Farah. "bila orang tua tu nak mati ek?"

Bertahun dia memendam rasa. Jika tidak mengenangkan isteri lelaki tua itu yang digelar sebagai Bonda, sudah dia angkat kaki meskipun beribu halangan mendatang.

Dia benar sudah sakit dengan permainan lelaki itu. tidak cukup orang tua itu mengheretnya masuk didalam rahsia hitamnya, kini terpaksa pula dia tahu tentang kecurangan lelaki itu.
Jika sebelum ini berita kecurangan ustaz munzir hanya sekadar teka teki dalam dirinya, kini teka teki itu sudah ada jawapannya. Dan jawapan itu membuat dia semakin kearah dosa yang makin menggunung.

"tadi, kau hantar set kertas soalan kat Aidil, dia tak ada hulur salam perkenalan ke?" Soal Farah menukar topik. Jika terusan bercakap soal ini, risau Iman akan bertindak gantung diri didinding.

ini satu lagi!

Serta merta, jelingan tajam dia hadiahkan buat tatapan Farah yang sedang terkekeh di katilnya. Macam-macam bala datang hari ini. Hanya kerana dia terlewat bangun subuh pagi tadi, bermacam kesusahan yang Allah hantar padanya. baru lambat solat,Allah dah bagi peringatan. kalau tinggal solat. Lagi kelam hidupnya!

"salam perkenalan hek mu! Dia palaukan aje aku adalah. Kau tahu memang kau kena reject dengan dia, kau suruh aku pulak yang hantar. biar aku yang kena reject. Harey betul!" sudahlah jiwa tidak tenteram dengan perangai pengetua yang hauk, terpaksa pula dia hadap perangai Ustaz ganti yang kekwat!

Kenapalah, lelaki-lelaki yang berkerja dibawah naungan Teratak Qaseh tiada yang budiman?

"aku buka peluang untuk kau. Supaya urusan jodoh kau dipermudahkan. Mana tahu kalau pandai cari point, Ustaz kekwat tu sangkut dengaan kau. Dapat juga kau lepas dari Ustaz yang tak layak jadi Ustaz tu. Walaupun dia kekwat, kurang-kurang dia ada rupa. Cuba kau bayangkan Kalau kau ada anak dengan dia, ketidaksempurnaan kau dan kesempurnaan dia bergabung, elok sikit kejadiannya. Taraf pendidikan dia pun kita tahu, walau tak jadi Ustaz pada masa depan, tapi layak jadi suami yang baik untuk isteri yang tak berapa kenal agama macam kau ni." Tidak cukup dengan akal senteng, bayangan pun perkara yang menggerunkan.

Tak kenal agama? Kurang ajar betul!

"Kau punya yakin, macam pentaksub Abu Ja! dah kenapa aku nak kena bayang anak dengan dia pula? Teruk betul imaginasi kau ni." Kutuk Iman. Niat asalnya dia yang mahu mengejek Farah. Sudahnya dia pula yang diusik.

"Okay what? Bayangan aku tak ada yang teruk, semuanya baik-baik belaka." Bersama senyuman senget, Farah menjungkit kening berkali-kali.

"Cuba kau bayangkan, kalau anak kau dengan orang tua hauk tu. Kau dah lah tak berapa nak cantik, tak cukup didikan agama pulak tu. Gabung pulak dengan dia yang rupa tak ada, perangai tak guna..." kepala mendongak memandang siling, entah kenapa, Iman turut mengikut arah kepala dan mata Farah. Beberapa saat kemudian, Farah menggeleng laju. "haish, rosak imaginasi aku!"

"geli aku!" serentak mereka melepas tawa berdekah.

"tau pun kau geli. Silap-silap anak kau boleh jad yakjut  Makjut 2.0"

"Kau ni, anak-anak ni jangan buat main weh. sensetif. Keturunan tu." Ujar Iman mengekek.

"Hah, kalau nak anak kau dari keturunan baik-baik. Kau kena cari suami baik-baik. Anak-anak tak boleh pilih siapa bapak dia. Tapi kau boleh pilih bapak yang macam mana untuk anak-anak kau.  Sebab tu aku cari back up supaya kau boleh terlepas dari orang tua hauk yang tak sedar diri tu. Aku tak mahu anak buah aku dari lelaki yang macam tu. Dia tu Kubur dah panggil pun masih lagi fikir nafsu. dia ingat level panas api neraka tu macam water heater rumah dia agaknya?" Tajam betul setiap baris kata cacian yang keluar dari mulut Farah. Dia yang mendengar pun rasa nipis gegendang telinga.

"tapi pada-padalah nak kenenkan dengan si Aidil tu. Budak usuludin kut, nak gandingkan dengan aku yang solat pun tunggang langgang lagi. jauh weh beza. aku ni doa keluar tandas pun kadang tertukar dengan doa bangun tidur. Dah-dahlah tu malukan aku!" Tak kena langsung mahu tolong carikan jodoh pun. Aidil layak dapat yang lebih baik, jika benar dia lelaki yang baik. Malah, Jika diapun tiada beza dengan Ustaz Munzir, dia layak dapat yang jauh lebih teruk dari dirinya.

"hah, eloklah kalau berjodoh. Silap-silap bukan doa keluar tandas je kau mahir, rahun kedua nikah terus jadi hafizah. Manalah tahukan suatu hari nanti. Kau tu dahlah, kadang-kadang surah al-fatihah pun boleh termenung." Iman menjeling sebal ke wajah Farah. selamba saja mulut dia mengata. Kalau dah dapat mengata, terus lupa bumi ni bulat. Padahal dia pun sama je dua kali lima!

"kau ni mulut, kalau aku dapat cilikan time kau tengah tidur, best jugak ek? dah lah, aku nak pergi mandi. Nak tidur. Nak mimpi indah-indah untuk counter balik perjalan hari-hari aku yang penuh kemurungan ni. Duduk dengan kau, tambah murung aku!" tanpa membuang masa, Iman bangun dan terus berlalu pergi. Lagi lama dia melayan makian Farah. Bertambah lagi energi negetif dalam badannya.

SEUSAI melipat telekung, tangan pantas mencapai pengering rambut. Sebelah tangan mengirai helaian rambut supaya lebih cepat proses keringnya. Tanpa dipinta, adegan dipejabat pengetua menerobos masuk ke dalam ingatannya. Satu persatu situasi gawat dari mula dia melihat sebaris pesanan sehingga ugutan Ustaz Munzir itu menghantui sisa waktunya.

'sayang, I tunggu you tempat biasa. Jangan tak datang. I rindu you.'

"Ihh, Gelinya! dah tua-tua macam tu!" Kutuknya separa menjerit.

Jika tadi dia kecut perut, tetapi sekarang. Naik tegak bulu romanya. Jika dengan yang halal pasti tidak sengeri ini reaksinya. Bagaimana dia tahu, jika pesanan itu dari skandal? Kerana bonda tidak pernah ber 'I – You' dengan suaminya.

bonda Mislinah sosok wanita solehah, yang sangat menghormati suaminya. Bagaimana layanan seorang pemaisuri pada raja yang selalu ditayang dikaca TV, begitulah layanannya kepada suami. Pernah dia kagum pada. Bonda Mislinah pada suatu masa, ketika Ustaz Munzir masih bijak menyorok segala kekotorannya. Tetapi saat dia mengetahui segalanya, sedikit sebanyak niatnya mahu menjadi wanita solehah suatu hari nanti, terkubur.

Pengering rambut dia campak ke atas meja solek. wajah diraup kasar. Rasa marah mula meluap dari dalam dirinya. Bukan marah pada Ustaz yang menggunakan gelaran itu untuk kepentingan sendiri. Tetapi marah pada diri sendiri. marah pada tindakan bodohnya yang berani-berani mengintai pesanan yang masuk dalam kotak notifikasi di telefon milik pengetua itu.

Bila difikir kembali, pasti itu telefon penduanya Dan memang sengaja ditinggal disitu. Tidak mahu aktiviti kotornya diketahui oleh Bonda Mislinah. Wajah dari dalam pantulan cermin dia pandang tajam. Turun naik nafas menahan amarah.

"kau ni pengecut tau tak? Pengecut!" ditunjul-tunjal permukaan cermin dibahagian dahinya seolah-olah dia sedang menunjal kepala sendiri.

Nafas dihela kasar. Malas mahu hadap dunia realiti yang tidak tahu bila akan jumpa jalan kesudahan. Badan dia hempas ketilam serentak dengan itu, bantal ditarik kasar menekup muka. Dari terus memikirkan masalah dunia, lebih baik dia tidur.

Meskipun tidur tidak mampu mengurangkan beban masalahnya, sekurang-kurangnya tidur membuatkan dia bebas. Sesaat kemudian, mata yang dipejam kembali terbuka.

Untuk pertama kali, dia rasa ngeri untuk tidur. Terbayang apa yang sedang lelaki itu dan skandalnya sedang lakukan diwaktu-waktu begini. Seketika dia menggeleng. Dari berbaring, dia bangun mengejut.

"ya Allah, berdosalah Iman simpan benda macam ni." pandangan dihala kosong kearah dinding bilik yang masih cerah.

"tapi aku nak buat macam mana?" rintihnya perlahan. mahu menangis, tetapi air matanya kering. Sudahnya, dia hanya berpura pura menangis. Dengan harapan ada juga setitik dua air mata yang jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience