9 Bunga-Bunga Cinta

Family Series 57531

“Rhett Raffendy… you’re doom!”

Sambil bermonolog, Rhett berguling-guling di atas katil. Kemudian dia bangun dan duduk di atas katil. Kepala ditoleh ke sisi. Memandang sekeping gambar di dalam frame empat segi berlapis kaca nipis di atas meja tepi katil. Rhett menyambar frame gambar tersebut lalu dibawa ke depan mata.

“Dia cuma gadis kampung, Rhett. Tengok betul-betul.” Rhett membeliakkan mata ketika merenung seorang anak kecil yang dipangku oleh seorang wanita. Berusia dua atau tiga tahun. Mata bundarnya terbelalak ketika memandang lensa kamera. Mulut tersumbat dengan soothie pacifier atau putting bohong.

Comel! Eh, laju Rhett menggeleng. Budak kecik memanglah comel. Pokoknya, dia gadis kampung. Tiada keistimewaan. Tak pandai bergaya, sentiasa pakai jeans dan baju tee. Lagak macam lelaki. Kasar nak mampus! Cakap takde tapis-tapis. Perangai mengalahkan lelaki. Apa istimewanya perempuan tu?

Tak logik! Dari mana muncul perasaan aneh tu? Siap ada renjatan elektrik bila gadis itu memanah anak mata dan menyentuh dia. Even hembusan nafas gadis itu buat dia terkejung. Gila! Rhett kembali menggeleng. Ah… tak mungkin dia sudah tersuka! Mungkin kerana dia masih dipengaruhi dengan ciuman tak sengaja itu. Mungkin kerana suasana malam itu yang sunyi dan romantis. Semua kerana pengaruh persekitaran, yes! Pasti kerana itu.

Rhett kembali baring dan menutup mata. Dia pujuk diri untuk tidur dan berharap semuanya kembali seperti biasa setelah bangun keesokan harinya. Entah berapa lama dia pusing kiri, pusing kanan, tarik bantal menutup muka sebelum akhirnya dia tertidur.

Tiba-tiba Rhett tersentak bila selimut yang membalut tubuh ditarik ke bawah perlahan-lahan. Pantas Rhett buka mata lalu memandang ke arah kakinya.

“K… kau?” Kelam kabut Rhett bangun lalu menyilang dua-dua tangan di dada. Mata dipejam celik beberapa kali. Mengapa gadis itu boleh berada di situ? Siap pakai baju tidur besar warna putih yang agak tipis menampakkan bentuk tubuh terukir sempurna dan sangat seksi hingga hidung hampir menyembur keluar darah jantannya?

“I miss you…”

Oh tidak! Rhett kelam kabut mengesot hingga belakang tubuh melanggar kepala katil.

“K… kau! Kau… kau cakap apa ni?” Tergagap-gagap Rhett menyoal. Gadis itu hanya tersenyum menggoda lalu memanjat naik ke atas katil. Rhett telan air ludah bila gadis itu merangkak di atas kaki dia.

“K… kau!” Oh, ini sangat bahaya! Rhett kelam kabut baring bila gadis itu terusan merangkak dan menindih tubuh dia. Kini, wajah gadis itu sudah berada betul-betul di atas wajah Rhett. Saat gadis itu merapatkan wajah, Rhett hampir sesak nafas.

“Let’s do it again…” Bisik gadis itu dengan suara lunak manja dan menggoda kalbu.

“B… buat apa?” Rhett yang masih terkejut terus bertanya tanpa mampu berfikir panjang. Fikiran dan jiwa sudah dikuasai oleh gadis di atasnya itu.

“Kiss me…”

Rhett telan air liur. Entah sudah ke berapa kalinya.

“Kau mahukan saya, jangan nafikan. Kau dah jatuh cinta kepada saya…”

“Tak!” Laju Rhett jawab sambil menggeleng. “Itu masih terlalu awal. Saya tak…”

“Kalau macam tu… try to stop me, Rhett Raffendy!”

Bagaimana mahu hentikan bila tubuh gigih merespon pada setiap sentuhan gadis itu? Terkejung-kejung bagai kena renjatan seolah tubuh gadis itu mengeluarkan voltan elektrik berkuasa tinggi. Hembusan nafas hangat gadis itu bagaikan punya kuasa magnetik yang membuat Rhett terikut mengecilkan jurang antara wajah mereka. Begitu hampir, hujung bibir mereka sudah bertembung membuatkan Rhett melepaskan dengus penuh sensasi.

“Hoi!!!”

Sontak mata Rhett terkuak luas bila sergahan kasar nak mampus itu bergema memenuhi setiap ruang bilik.

“Kau masih tidur? Matahari dah hampir tegak di atas kepala, kau masih berdengur di sini? Kau sakit ke?”

Rhett bingkas duduk. Bulat bola mata saat terperasan sesuatu yang sedang gagah terpacak di celah kelangkang. Damn! Pantas Rhett tarik kedua-dua lutut merapat ke dada.

“Apa tu?” Deila melangkah laju menghampiri katil. Rhett tersentak kaget. Perempuan ni kan! Tak faham ke? Dia lelaki normal okay, benda tu biasa terjadi!

“A… apa maksud kau? Boleh keluar tak? Kau dah cerobohi bilik seorang lelaki bukan mahram.”

Kata-kata Rhett langsung tak beri kesan kepada Deila. Semakin pula dia datang merapat lalu memanjangkan leher, seolah cuba mengintai ke dada Rhett. Mujur dia tidur dengan pakaian lengkap kerana suasana yang sejuk pada waktu malam. Biasanya dia hanya tidur memakai boxer je.

“Apa yang kau kepit tu?” Tanya Deila lagi. Kasar benar nada suaranya. Rhett terkulat-kulat mahu menjawab. Merah padam wajah dia menahan malu. Kurang asam minah kepoh ni. Sibuk nak tahu dah kenapa?

“Saya…” Terkejut bukan kepalang Rhett bila Deila tiba-tiba meluru lantas menarik sesuatu dari dada Rhett.

“Ini!!! Kenapa kau peluk gambar aku dan mak hah?” Deila menempelak sambil menunjukkan potret berframe empat segi itu di depan wajah Rhett.

Darn! Rhett menyumpah dalam hati. Sungguh dia tak sedar, rupanya dia tertidur sambil memeluk gambar tersebut.

“Kau!!!” Tiba-tiba Deila cekup mulut lalu undur beberapa langkah. Air muka mendadak berubah. Rhett pandang curiga. Dia mulai rasa tidak sedap hati bila lihat riak wajah Deila ketika itu.

“Apa?” Bentak Rhett kurang senang.

“Kau peluk gambar saya sambil mimpi basah?!”

“Hoi! Mana ada!” Nafi Rhett dengan laju. Wajah kembali berbahang. Yang pasti, sudah merah seperti tomato ranum.

“Saya nampak semuanya! Bibir kau macam ni tadi…” Deila memuncungkan bibir. “lepas tu kau buat bunyi gedik… ahhh…”

“Hoi!!!”

Buk!

Sebiji bantal menghempuk wajah Deila.

“Keluar sekarang!!!” Marah Rhett dengan biji mata marak menyala. Deila tunduk mengutip bantal yang dibaling oleh Rhett tadi. Dia pandang Rhett seperti seekor singa yang mahu menyerang mangsa. Rhett balas lebih bengis.

“Siapa bagi kau kebenaran tidur atas katil saya hah?!” Tu dia, bila Deila menjerit! Bisa bergulingan keluar taik telinga.

“Habis tu, nak saya tidur atas lantai tu? Sejuk gila! Saya tak sanggup.”

“Saya tak benarkan! Kau faham tak?!”

“Baik, saya lapor kepada opah!”

Sontak Deila terbisu. Kurang asam betullah lelaki ni!

“Kau! Kau!!!” Deila tunjuk Rhett sebelum jemari dia genggam erat. Sabar Deila, opah pasti sedang gigih memasang telinga.

“Kau! Lambat no breakfast for you!!!” Deila pusing badan usai berkata lalu menonong dia pergi dari situ.

Rhett menghembus nafas lega sebaik saja Deila tarik pintu dengan kuat. Berdentum bunyinya. Tengoklah perangai kasar minah tu. Siapa yang nak? Ish, dia tak sudi! Rhett melompat keluar dari katil. Sempat melirik jam tangan di atas meja sebelum dia keluar mahu ke bilik air di tingkat bawah. Matahari dah terik katanya? Baru jam tujuh pagi okay! Rhett mendengus geram.

Ketika Rhett sampai di meja makan, kelihatan opah dan Deila sudah duduk menunggu dia. Dengan muka serba salah, Rhett mengambil tempat di sebelah opah. Terasa segan pula di depan opah.

“Lambat bangun ke? Ni tak sembahyang subuhlah ni?”

Rhett hanya mampu tersenyum sumbang. Sempat dia jeling Deila yang tengah sibuk menyuap nasi goreng. Opah tak tau pah… semuanya gara-gara cucu opah yang tiba-tiba datang kacau dia dalam mimpi. Entah macam mana, adegan itu tiba-tiba diulang tayang dalam minda. Berdegup laju jantung dibuatnya. Rhett menarik nafas. Cuba bertenang dan fokus pada makanan di depan mata.

Tangan bergerak, mahu ambil telur masin yang sudah siap dibelah dua. Kebetulan Deila juga hulur tangan, mahu ambil telur yang sama.

ZZZET!

Terkejung Rhett bila terasa renjatan elektrik menyerang seluruh urat saraf sebaik saja tangan mereka bersentuhan. Sontak bebola mata mereka bertembung. Saling bertatapan buat beberapa saat. Tak sedar sepasang mata tua sedang bersinar terang memandang sambil tersenyum-senyum.

“Ehem!” Deheman opah menyentakkan mereka berdua. Hampir serentak keduanya menarik tangan masing-masing.

“Nah, banyak lagi ni. Tak perlu berebut.” Opah meletakkan sepotong telur masin di pinggan Rhett kemudian opah ambil sepotong lagi lalu dia letak di pinggan Deila. Adil! Dua-dua dapat.

Rhett terus tersipu-sipu sambil ucap terima kasih. Deila pula buat-buat tak dengar, meneruskan makan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Apa rancangan kau hari ni? Nak teruskan mencari ke?” Seperti biasa, selesai makan opah mengajak Rhett ke ruang tamu untuk berbual. Dia tak mahu Deila dengar. Pasti dia akan dilarang keluar oleh cucunya.

“Rasanya tak perlu kot. Menurut Pak Jemat, anaknya iaitu mak cik Maryam memang pernah ke bandar sewaktu bujang dahulu dan kerja di situ selama beberapa tahun sebelum dia balik dan kahwin. Saya yakin mak cik Maryam tula yang nenda cari.”

“Habis tu, macam mana kau nak bawa si Maryam tu jumpa nenda kau? Sejak kahwin dia dah ikut laki dia dan tak pernah balik ke sini lagi.”

Rhett garu kepala. Eya tak eya! Takkan dia kena kejar wanita tu sampai ke negara jiran? Menurut Pak Jemat, suami Maryam orang Singapura.

“Nampaknya, saya kena jumpa balik dengan Pak Jemat.” Jawapan Rhett buat opah sengih lebar.

“Opah ikut!”

“Tak boleh!” Terdiam terus opah bila satu suara membentak keras.

“Eh? Kau belum jalan ke? Pergilah kau Del, nanti lambat pula kau buka kedai hari ini.” Opah mengusir secara halus.

“Hari ni kedai tutup, opah. Lupa ke? Tehah kan dipinang hari ni? Saya kena datang tolong apa yang patut. Petang jam enam rombongan lelaki tu datang. Opah jangan ke mana-mana hari ni.”

“Eh? Eya ke? Hari ini ke anak si Rokiah tu kena pinang?” Tanya opah sambil pura-pura garu kepala yang sudah dipenuhi uban. Tergeleng Deila memandang. Entah apa lagi muslihat opah, nampak sungguh kelicikan orang tua itu.

“Dan kau!” Terenjut halus bahu Rhett bila Deila menaikkan jari telunjuk tepat ke wajah dia sambil menjerkah.

“Saya tak benarkan kau bawa opah ke hulu ke hilir mulai hari ini. Selesaikan urusan kau secepatnya dan pergi dari kampung ini.”

Rhett terkesima. Wajah dijatuhkan perlahan-lahan. Kata-kata Deila mengguris hatinya. Dia tak tahu kenapa sedangkan apa yang dikatakan itu memang dalam perancangan dia pun.

“Deila Araferro! Kenapa cakap macam tu?” Opah meninggikan suara, mahu membela Rhett. Deila menarik muka kelat. Tengoklah perangai opah. Apa yang dia kata betul. Rhett bukan selamanya akan berada di situ. Dia mahu opah sedar tentang itu.

“Takpe opah, apa yang Del kata tu betul. Saya nak ke rumah Pak Jemat sebentar. Saya akan selesaikan semua urusan saya dan pergi dari sini. Maafkan saya kalau kehadiran saya menyusahkan opah dan cucu opah. Saya pergi dulu.”

Deila tergamam melihat Rhett menonong keluar dari rumah seusai berkata. Merajuk ke? Takkanlah… tapi nada suara jelas macam merajuk! Eh, nak merajuk pasal apa pulak dah ni? Dia cakap yang benar okay!

“Deila Araferro! Opah tak besarkan kau untuk jadi kurang ajar macam ni! Dulu, ibu kau tak pernah bersikap macam ni, kau tau tak?! Di mana silap opah dalam mendidik kau? Mungkin silap opah benarkan kau pergi belajar di bandar! Tengoklah kau, ini yang kau dapat belajar tinggi-tinggi macam tu?”

Semakin tergamam bila opah menengking siap petik nama ibu. Terasa dia benar-benar bersalah ketika itu. Apalagi bila lihat opah hentak-hentak kaki keluar rumah dan terus melencong ke rumah sebelah, nak mengadu dengan nenek Jiahlah tu. Dia rasa diri derhaka kepada orang tua tu.

Dengan hati yang berat, Deila meneruskan niat mahu ke rumah Tehah, salah seorang rakan sepermainannya sewaktu kecil yang kini bakal jadi isteri orang. Dia dah janji pada gadis itu yang dia akan datang menolong. Itu merupakan kebiasaan di kampung. Bila ada majlis, satu kampung akan datang bergotong royong. Siapa perlukan catering? Tempahan kek? Pelamin atau apa saja? Tiada! Semua penduduk kampung fleksibel. Masing-masing berbagi tugasan bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Deila pulang ke rumah ketika hari hampir menuju ke petang. Segera dia panggil opah di rumah nenek Jiah untuk bersiap. Ketika dia tiba, kereta Rhett tiada terparkir di halaman rumah. Belum balik ke atau dah melarikan diri? Deila hanya angkat bahu. Malas mahu fikir tentang lelaki itu.

“Pakai baju kebaya merah tu. Pasti kau yang terpaling cantik di majlis tu nanti. Siapa tahu kau bakal bertemu jodoh di kalangan rombongan lelaki tu nanti. Nak harap pemuda di kampung ni, semua pasti lari lintang pukang dengan perangai kau tu!” Deila buat-buat pekak dengar sindiran opah.

Melihat opah siap seterika baju kebaya tersebut lalu dia letak di atas tilam, tak sampai hati pula Deila mahu menolak. Akhirnya, dia sarungkan jua baju kebaya merah itu. Memang dah fesyen kebaya, ngam-ngam muat di tubuh. Menyerlahkan bentuk tubuh hourglass Deila.

Oleh kerana dia memakai kebaya, Deila menyanggul rambut, biar dia terlihat seperti wanita Melayu klasik. Mujur dia tiada perhiasan klasik. Hanya sebuah pin rambut emas berbentuk ekor burung merak warisan keluarga opah jadi perhiasan sanggul rambut. Selesai mengenakan mekap tipis untuk menyerlahkan seri wajah, Deila berdiri di depan opah.

“Cantik tak? Agak-agak Del bakal bertemu jodoh tak hari ni?” Bersinar bola mata opah memandang.

“Ya, gerenti jadi!” Berkerut bibir Deila dengar jawapan pelik opah.

“Opah dah siap? Jomlah kita gerak. Nanti terlambat.” Deila menarik lembut tangan opah untuk keluar dari bilik opah.

Ketika melangkah ke ruang tamu, Rhett Raffendy muncul di ambang pintu. Hampir dia jatuh tergolek di tangga saat bertentang mata dengan Deila Araferro.

Cantiknya… persis wanita berdarah bangsawan di zaman purbakala. Batin memuji kagum.

“Rhett, jom ikut opah ke rumah Rokiah. Anak dia kena pinang hari ni.” Opah menepis tangan Deila lalu terburu-buru mendapatkan Rhett. Deila tercengang mendengar. Dia pandang opah dengan air muka memberontak.

“Err…” Rhett yang masih tak mengalih mata dari Deila kelihatan sedikit tergagap. “nak pergi tengok anak mak cik Rokiah kena pinang?”

“Eya. Kau tak perlu mandi ke nak bersiap ke, tak payahlah ya. Kita dah lambat. Kau ni tak mandi pun tetap segak!”

Amboi, opah! Terjegil mata Deila bila dengar kata-kata opah. Rhett terbatuk halus. Opah menarik lengan Rhett untuk pergi.

“Jap! Kejap opah.” Rhett menolak lembut tangan opah dari lengannya. “Saya nak cakap dengan Del dulu. Kejap je.” Rhett bergegas mendapatkan Deila sebaik sahaja opah mengangguk dan melepaskan lengan dia.

“Del!” Rhett merapatkan wajah ke telinga Deila seolah tidak mahu opah mendengar perbualan mereka. Opah pusing badan dan pura-pura meninjau ke luar tapi awas, gigih dia pasang telinga.

“Apa?” Deila melototkan biji mata.

“Anak mak cik Rokiah yang kena pinang ke kau ni?”

Zappp! Dada bagai tertusuk sesuatu bila dengar sindiran Rhett.

“Yang kau nak sibuk kenapa? Saya nak cari jodoh sebelum opah pandai-pandai nak jodohkan saya dengan lelaki asing.” Deila jawab dengan suara tertahan-tahan. Sesekali bola mata melirik ke arah opah.

“Tak sesuai kau datang majlis orang dengan pakaian macam ni. Terlalu menonjol, seksi gila Del! Saya tak suka. Kau pergi tukar sekarang. Pakai je baju kurung, lagi manis dipandang.”

“Kau…”

“Ni, rambut bergulung macam sarang tebuan terbantut ni dah kenapa? Tak cantik! Buka semua ni. Ikat macam ekor kuda je seperti kebiasaan kau buat.”

Menggigil satu tubuh bila Rhett lepaskan sanggul rambut yang susah payah dia buat! Habis menggerbang rambut dia macam kuntilanak baru keluar dari kubur.

satu chapter je utk hari ini ya, enjoy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience