OLB 4 : BE MY WIFE

Romance Completed 18684

Dimitri Rune membuat keputusan mengangkat badan Victoria Skye yang bertubuh sederhana itu. Seperti pasangan pengantin, seorang suami mengangkat badan si isteri masuk ke dalam rumah.

“Okey okey! Put me down!” jerit  Victoria Skye  apabila dia merasa malu dan segan. 

Dimitri Rune menurunkannya di depan rumah dengan lagak yang selamba.

“I will do that again. Tapi bukan di depan rumah, tapi sampai di dalam bilik, kalau kau tak nak keluar dari kereta.” Bisik  Dimitri Rune lagi membuatkan  Victoria Skye  menjeling, merasa seram sejuk dan merah padam.

“Owh…suka lah tu pegang-pegang dan peluk aku.” Bebel Victoria Skye  dalam hati. 

Namun dia masih tidak percaya yang lelaki itu benar-benar kaya!

Dimitri Rune membuka pintu dan masuk sambil diikuti Victoria Skye dari belakang. Victoria Skye menjenguk-jenguk tempat kemudian agak terkejut apabila bertembung dengan Izack.

“Eyh, kau! Yang bagi aku surat tu kan??” soal Victoria Skye.

Izack hanya angguk kepala dengan senyuman. Kemudian Victoria Skye  mengikut Dimitri Rune  ke ruang tamu dan duduk di sofa yang

sangat empuk. Merasa sangat selesa. Memang cantik.

“Kenapa kau nak bawa aku ke sini? Ke nak tunjuk kekayaan kau ni?” soal  Victoria Skye lagi, sambil melihat seorang wanita agak berusia memakai baju orang gaji menghidangkan minuman dan buah-buahan.

Victoria Skye senyum sambil mengucapkan terima kasih.

Dimitri Rune tidak berbunyi, sebaliknya dia mengeluarkan satu dokumen di bawah almari meja dan diletakkan di depan Victoria Skye.  Victoria Skye  mengambil dokumen itu dan membacanya satu persatu. Terdapat dua helai.

“Sebelum kau membuat keputusan, aku terangkan sedikit pasal apa yang tertulis dalam dokumen ini, which is where you can read it. But I still want to explain to you. First, marry me and I have a child. Tak kisah lelaki atau perempuan. And I will give you my property, 40%. Which is, it will make you a millionaire. Second, I don’t want you to work anymore. You can meet other people, tapi kau mesti guna kereta aku. Kau pilihlah mana satu kereta yang kau mahu kat luar sana. Ketiga, kau kena tinggal di sini. Apa saja yang kau mahu, semua ada di sini. Terpulang dengan kau mahu tidur sekatil dengan aku atau kau nak tidur asing-asing.” Ujar Dimitri Rune panjang lebar, dengan gaya yang mempesonakan bagi seorang lelaki maskulin sepertinya. Satu tangan masuk ke dalam poket seluar, sebelah lagi memegang gelas berisi arak.

Wajah Victoria Skye berkerut mendengarnya. Dia memandang kertas perjanjian itu dan wajah lelaki itu bersilih ganti,

“Kalau tidur asing-asing, macam mana nak dapat anak??” persoalan  Victoria Skye membuat Dimitri Rune ketawa besar.

“So, tidur dengan aku lah.” Jawab Christian dengan sengihan yang nakal lagi.  Victoria Skye terdiam.

“Why you doing this? Why did you choose me? And kalau aku tak dapat bagi kau anak, kau nak buat macam mana? Kau nak buang aku ke?” soal Victoria Skye  lagi.

“Kalau kau rasa kau tidak bersedia untuk mendapatkan anak, please give me your love. That’s enough for me…” jawab Dimitri Rune  dengan nada suara yang rendah.

Victoria Skye merasakan lelaki ini dalam kesunyian. Tanpa kata apa-apa, dia mengambil pen berdakwat yang disediakan, dan menandatangani dokumen itu. Kemudian dia serahkan kepada Dimitri Rune. Dimitri Rune  agak terkejut melihat Victoria Skye  mengambil langkah yang berani.

“Are you okay with doing this?” soal Dimitri Rune  kepadanya.

Victoria Skye senyum. “I don’t have anything in this world. I only have me. So, aku kena teruskan hidup dan jalani kehidupan yang ada. Whatever it takes… If I die, I can be with my sister…” jawabnya. 

Mendengarkan jawapan Victoria Skye  itu, membuat Dimitri Rune merasa sebak. Dia tiba-tiba bangun dan beredar ke dapur. Dalam hatinya, apa yang dia buat kepada  Victoria Skye, adalah benda yang dia seharusnya diberikan kepada Adriella jika mereka berkahwin. Tetapi jodoh dan ajal di tangan Tuhan, semua rancangan terbatal. Dan Dimitri Rune  berjanji pada diri sendiri akan memberi Victoria Skye apa yang dia sediakan untuk Adriella.

“Mr Dimitri Rune..” panggil Victoria Skye  dari belakangnya. 

Dimitri Rune menoleh ke arahnya dengan senyuman.

“My name is Dimitri Rune. Just call me Rune.” Jawabnya.  

 Victoria Skye senyum sambil angguk kepala. Tiba-tiba Dimitri Rune mendekatinya, lalu memeluknya. Victoria Skye terpana. Tetapi dia
tidak menolak dan membiarkan tubuhnya dipeluk. Merasa hangat dan terasa Dimitri Rune kekurangan kasih sayang.  Victoria Skye membalas pelukannya. Dari jauh, kelihatan Dahlia Riri berada di sana dan melihat situasi itu, dia menangis. Dia mahu adik lelakinya merasa bahagia tanpa merasa

bersalah seumur hidup. Itu bukan silap Dimitri Rune. Dia tidak layak menerima hukuman itu. Dahlia Riri mengesat air matanya dan beredar dari situ dengan perasaan bercampur baur.

-

“So, bos kau tak marah ke kau tak kerja hari ini?” soal Dimitri Rune apabila mereka bersantai dikolam renang yang terdapat di belakang rumah Dimitri Rune. Sekali lagi membuat Victoria Skye merasa teruja untuk berada di sana.

“Tak lah. Aku dah inform dengan dia semalam. And he’s okay with it.”

“Hmm…. You got a good boss.” Ujar Dimitri Rune, cuba untuk memuji walaupun dia sebenarnya tidak gemar akan lelaki itu. Perasaannya terhadap lelaki itu tidak senang. Entah kenapa.

“Actually, he is a very nice person. Always take care of me. Mungkin sebab dia belum berkahwin dan punya kekasih. So, dia suka bergurau dan berbual dengan aku dan….” Kata-kata Victoria Skye tidak diteruskan apabila dia perasan Dimitri Rune  merenungnya  dan mengeluh panjang seperti tidak selesa jika dia berbual mengenai lelaki lain.

“I’m sorry to say this. Are you jealous?” soalnya kepadaDimitri Rune.

“Me? Hahaha….. No at all…” Dimitri Rune  pura-pura ketawa dan buat tak tahu.

Victoria Skye tersenyum. Kemudian dia perlahan-lahan menggerakkan punggungnya dn duduk di sebelah Dimitri Rune dengan lebih dekat sambil kakinya bermain air. Kemudian diikuti oleh Dimitri Rune.

“Aku nak tanya kau boleh tak? Kenapa kau belum kahwin lagi? Atau belum ada kekasih?”soal Victoria Skye  lagi apabila Dimitri Rune lambat memberi respon.

“Almost married. Tapi dia sudah meninggal dunia, kemalangan kereta. 10 years ago…” jawab Dimitri Rune sambil menunduk.

“I’m sorry…”

“Actually, aku buat semua ini untuk kau sebab aku dah berjanji nak bagi semua ini kepada dia. But I can’t. Aku tak boleh simpan semua ni. Aku cuba mencari pengganti tapi semua perempuan yang aku kenal, hanya lah mahukan duit aku.” Jawab  Dimitri Rune, yang sebenarnya bukan tidak mencari wanita lain, tapi kerana dia berada di dalam penjara selama 10 tahun.

“Sebab itulah kau pilih aku, kerana aku bagi balik cek dan jam tangan kau?” soal Victoria Skye lagi. 

Dimitri Rune angguk kepala. Kemudian dia senyum.

“It’s better we don’t talk about this. Okay?”

Victoria Skye angguk kepala. Kemudian matanya bertembung dengan mata  Dimitri Rune. Mereka berdua saling berpandangan. Dan mata Dimitri Rune  jatuh ke bibir Victoria Skye. Dan dia mencium bibir wanita itu apabila Victoria Skye  juga tidak menolak. Tak lama kemudian tiba-tiba Victoria Skye menarik mukanya dan mula bercakap.  Dimitri Rune yang melihat, merasa hairan.

“Ermm… I think it’s already late. It’s 10pm. Lagi pun, kita berdua belum berkahwin kan? So, kita harus menjauhkan diri agar perkara tidak manis berlaku.” Victoria Skye  merasa merah padam menahan asmara, mengingatkan diri agar jual mahal. 

Victoria Skye cepat-cepat bangun dari duduknya dan  Dimitri Rune sebagai seorang lelaki yang mempunyai keinginan, bingkas bangun dari duduknya. Dia menarik tangan Victoria Skye dan memusingkan tubuhnya agar berhadapan dengannya.

Kemudian Dimitri Rune  mengeluarkan sebentuk cincin bertahtakan batu permata di poket seluar kanannya dan dipasangkan di jari manis Victoria Skye membuat Victoria Skye  terpana tidak terkata.

'Eh, apa ini? Amboi berani betul engkau ye!' jerit Victoria Skye dalam hati. Tapi entah kenapa dia tidak marah langsung akan tindakan drastik lelaki itu. Apa aku gila?

“Now you already be my wife..” ucap Dimitri Rune dengan bisikannya.

“Ta…tapi Rune…” kata-katanya tidak dihabiskan apabila Dimitri Rune mencium bibirnya kembali. 

Dan kali ini Victoria Skye  tidak dapat menolak. Tubuhnya ditolak dengan perlahan di tepi dinding dan kali ini, bibir Dimitri Rune  menjalar ke pipinya, dan ke lehernya. Akhirnya, Victoria Skye menyerah dirinya dengan kuasa godaan dari seorang lelaki yang dia baru kenali beberapa hari yang lalu. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia mahu bersama dengan Dimitri Rune. Dan malam itu berlalu seperti pasangan baru berkahwin.

-

Dimitri Rune terjaga daripada tidur yang boleh dikatakan ‘tidur’ baginya. Dia melihat jam sudah 4 pagi. Bermakna dia sudah tidur selama 3 jam. Berbanding ketika dia berada di penjara, paling lama 2-3 jam, kerana sering dibelenggu rasa bersalah. 

Dia memandang ke sebelahnya, wajah  Victoria Skye yang nyenyak tidur.  Dimitri Rune menyelak rambut yang menutupi wajahnya. Terdapat sedikit wajah orang yang dia rindui. Tetapi dia tidak sangka Adriella mempunyai adik perempuan kerana dia sering mengatakan ibu dan ayahnya selalu travelling bersama.

Dimitri Rune bangun dari katil perlahan-lahan. Dengan tubuh badan sasa dan tinggi itu tanpa seutas benang, dia mencapai bathrobe berwarna hitam yang tergantung di tepi katil dan memakainya. Dia menuju ke balkoni biliknya, yang berada di tingkat dua. 

Dimitri Rune merenung jauh. Dia mengusap mukanya dengan tapak tangan. Dia teringat kisah dia bersama Adriella. Setiap malam sebelum beradu, dia akan menelefon Adriella menerusi Video call.  Dimitri Rune secara spontan akan tersenyum dan ketawa kecil. Dan tawanya berakhir dengan tangisan. Lelaki mana yang tidak akan menangis kerana kehilangan seorang wanita paling dicintainya di dalam hidupnya, sudah pergi selamanya.

 Victoria Skye terbangun dari tidur apabila dia terdengar bunyi sayup tangisan seorang lelaki, melihat di sebalik bantalnya, membuat hatinya merasa sebak. Dia perlahan-lahan bangun dari baringnya dan keluar daripada bilik tidur.

15 minit kemudian, Victoria Skye masuk ke dalam bilik dan memberi segelas susu hangat kepada Dimitri Rune yang masih berada di balkoni.

“Cannot sleep?” tegur Victoria Skye dari belakang. 

Kelihatan dia hanya memakai baju kemeja Dimitri Rune berwarna biru laut, menampakkan alur tubuh badannya yang langsing itu.

“Susu bagus untuk orang yang susah nak tidur.” Ujar Victoria Skye  lagi. Dia bersandar di besi balkoni itu sambil melihat  Dimitri Rune meneguk susu hangat itu.

“Did you put drugs inside?” soal  Dimitri Rune  tiba-tiba.  

Victoria Skye  yang merasa hairan, mengerutkan dahinya sambil geleng kepala.

“Kalau aku nak letak dadah, bagus aku letak racun sekali. Kenapalah??” Victoria Skye naik angin, merajuk.

Dimitri Rune gelak, suka sangat mengusik gadis yang mudah terasa hati itu.

“Sebab setiap kali kau dekat denganku, aku rasa….ermmm…”

“What???” Victoria Skye  merasa curiga melihat Dimitri Rune  tersenyum sendirian.

“Hey Christian! Tell me why..!” ujar Victoria Skye   lagi membuat muka merajuknya.

“Kau dah lupa ke? Setiap kali aku merasa dekat dengan nafasmu, aku terasa nak sentuh bibir kau.” Jawab Dimitri Rune bersahaja. 

Muka Victoria Skye  merah padam. Namun dalam diam, dia senyum juga. Fikirannya melayang entah ke mana.

“Kau dengar ke tadi? Sampaikan terbangun dari tidur?” soal  Dimitri Rune lagi.

Dia menoleh ke arah Victoria Skye yang tidak menjawab, walaupun tanpa secalit makeup dan rambut yang agak kusut, tetap comel baginya.

Victoria Skye angguk kepala. 

“I don’t know, tapi ini kali pertama aku mendengar seorang lelaki menangis dalam tangisan yang menyakitkan.. I’m sorry Rune..” jawab  Victoria Skye. 

Dia rasa bersalah memikirkan khuatir lelaki itu merasa malu apabila orang mendengarnya menangis.

“It’s okey. Kadang-kadang kita menangis untuk menghilangkan rasa sakit.”

“So… what does she look like?” soal Victoria Skye  lagi. Dalam hatinya ingin mengetahui betapa istimewanya insan bergelar wanita itu dalam hatinya.

Dimitri Rune diam sejenak. Dia memandang wajah Victoria Skye lagi.

“Well… she’s so pretty. Inside and out. Dan dia mengajar aku tentang cinta sejati dan pengorbanan sebuah cinta.” Dimitri Rune senyum sambil merenung wajah  Victoria Skye. 

Dia menyentuh pipi Victoria Skye apabila gadis itu membuat mimik muka yang tidak puas hati.

“What’s wrong with that face?”

“I feel jealous. Seems she pretty than me.” Ujar Victoria Skye. 

Dimitri Rune senyum.

“Yes. Kau harus cemburu. She's the imperfect woman for me. But I can’t protect her. I keep blaming myself. Tapi aku memilih kau bukan sebab aku sunyi or nak lupakan dia..” ujar Dimitri Rune lalu mencium dahi Victoria Skye  dengan romantiknya.

Mata mereka berdua bertentangan. Bait-bait cinta mula berputik di hati mereka berdua. Kedengaran bunyi sayup lagu seolah-olah singgah di telinganya.

HERO by Mariah Carey

There's a hero

If you look inside your heart

You don't have to be afraid

Of what you are

There's an answer

If you reach into your soul

And the sorrow that you know

Will melt away...

“Tapi kerana apa?” soal Victoria Skye lagi melihat Dimitri Rune sudah diam.

Tiba-tiba bunyi telefon bimbit milik Victoria Skye berbunyi. Dia bergegas mengambil telefon bimbitnya dan mendapati seseorang meneleponnya. Setelah menjawab hampir satu minit, dia meletakkan kembali telefon bimbitnya dan mendapatkan Dimitri Rune semula.

“Ermm… my boss called just now. Ada emergency. So, aku kena balik ke tempat kerja hari ini. Kalau kau nak aku berhenti pun, aku kena berhenti dalam masa sebulan.” Kata Victoria Skye.

Kemudian dia bergegas mandi dan membersihkan diri.

Sambil itu, Dimitri Rune mengambil handphone milik Victoria Skye  dan mendail semula ke nombor yang menelefon Victoria Skye  sebentar tadi dan bercakap dalam masa beberapa minit. Dia meletakkan balik handphone itu apabila Victoria Skye  keluar dari bilik mandi dan sudah bilik mandi dan sudah bersiap.

“Wait for me, aku hantar kau.” Ujar Dimitri Rune juga berlalu masuk ke dalam bilik mandi dengan reaksi yang agak sukar untuk teka.

Victoria Skye  hanya angguk kepala sahaja. Tidak merasa sedap hati, namun dia harus membuang perasaan negatif itu.

Bersambung...

Enjoy :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience