BAB 5

Family Completed 6753

“WANGINYA bau... masak apa tu?” tanya Azril yang menjenguk ke dapur.
“Sizzling yee mee? Banyaknya masak!” Matanya melotot ke arah bekas
plastik yang sudah diisi sizzling. Satu... dua... tiga... empat... dua
puluh empat bekas semuanya.
“Kak Noor minta tolong Eyla buatkan sizzling ni untuk letak kat gerai
dia kat bazar tu. Nanti kat gerai dia tak adalah nampak jual satu juadah
/je./” Tangan Halilah lincah menuang kuah sizzling ke dalam bekas yang
kosong. “Dua bekas ni untuk kita.”
“Tak penat ke sayang nak buat semua tu? Dengan tengah mengandungnya.
Balik kerja dah pukul berapa. Nanti terkejar-kejar /pulak./ Abang tak
nak isteri abang penat.”
“Eyla buat sizzling masa cuti /jelah,/ bang. Lagipun, baru lima bulan
Eyla mengandung. Lainlah kalau dah sarat. Tak susah mana pun buat
sizzling ni.” Telur goyang Halilah letak cantik di atas yee mee.
“Ni nanti nak abang tolong hantarkan tak?” Memang taklah Azril nak
biarkan Halilah angkat bekas makanan itu sorang-sorang.
Halilah tersenyum lebar mendengar tawaran Azril. “Boleh /jugak./ Terima
kasih, abang. Sebagai balasan, kejap lagi Eyla masakkan asam pedas ikan
tenggiri untuk abang.” Bekas-bekas itu mula ditutup satu per satu.
“Sebut pasal berbuka kannn... sayang nak berbuka ikut azan kat kawasan
Linggi ke Kuala Lumpur?” Azril tersengih apabila teringat kejadian
ketika hari pertama berpuasa. Tak pasal-pasal isterinya berbuka awal
lima minit.
Merah muka Halilah. Dulang di atas meja dihempuk ke lengan Azril. “Hesy,
suka sangat bahan orang kan? Manalah Eyla tahu waktu azan tu /auto
location/. Baru pertama kali/install/ benda tu kot.”
“adoi… sakitlah, yang!” Azril menggosok lengan yang terasa sengal.
“Bencilah abang ni! Tak ada /mood la /nak masak asam pedas untuk abang!”
Dengan mulut muncung Halilah keluar dari dapur sambil membawa dua bekas
sizzling yee mee.
“Eh, merajuk /pulak/ mak buyung ni. Tak baik tau merajuk dengan suami
tengah bulan puasa ni.”
Halilah menjeling geram.
“Tu nak pergi mana bawa dua bekas tu?” Azril mengekor isterinya.
Langkah Halilah terhenti. “Nak pergi bagi sizzling kat Suk Yin. Apa,
ingat orang tak puasa ke?”
“Eh, tanya sikit pun marah. Yalah, mana tahu Eyla nak buka puasa awal
ke. Mesti penat kan puasa masa tengah mengandung.” Azril melabuhkan
duduk di sofa.
Halilah menarik nafas. Sedar dia telah tertinggikan suara. “Okey /je
/Eyla rasa. Tiap kali bersahur kan abang /blendkan/ lima biji buah
kurma dengan susu untuk Eyla. Bila minum air tu rasa bertenaga sikit.
/Sorry /tertinggi suara tadi. Nak pergi rumah sebelah kejap.” Dia
berlalu ke pintu keluar. Pertama kali buat sizzling yee mee pada bulan
puasa, dia tak tahu apa rasanya. Yalah, mana boleh rasa!
Sepuluh minit kemudian Azril mengerut dahi apabila melihat Halilah
tersenyum-senyum. Di tangan isterinya ada satu bekas kecil yang dia tak
tahu apa isinya. Azril kembali mengalihkan mata ke majalah di tangan.
“Hai… panjang senyum. Ada apa-apa ke?”
“Suk Yin kata sizzling tu sedap. Tu yang Eyla lega tu. Risau kalau tak
sedap, malu /je /nak hantar kat gerai Kak Noor.” Halilah berlalu ke
dapur. Padahal sengih dia makin lebar sebab Suk Yin bagi dia sedikit
beras Basmathi sebagai balasan. Tapi dia tak ada minta pun, wanita itu
yang mahu bagi. Nak harapkan suaminya belikan beras Basmathi memang
taklah suaminya nak layan. Tak sabar dia nak mengunyah beras waktu
berbuka nanti. /Yabedabeduuu…/
*****
BALIK dari terawih Azril bergegas masuk ke bilik apabila mendengar
telefon pintarnya berbunyi. Halilah pula dengan masih bertelekung terus
menghadap televisyen di ruang tamu bawah.

“Waalaikumussalam. Hah, kenapa, Fann?” Azril menanggalkan
songkok dan letak di atas meja lampu. Kemudian pendingin hawa dihidupkan.

“Esok abang jangan lupa kita nak pergi cari barang hantaran
yang tak cukup lagi.” Kedengaran suara Farhana dihujung talian.

“Ya, abang ingatlah.” Azril memandang pintu bilik, takut
isterinya muncul. “Esok lepas kelas kita pergi. Pukul 2 habislah kelas
abang.” Butang baju Melayu dibuka.

“Fann ambil Kak Mim kat rumah dia, lepas tu kita jumpa kat
/mall./ Abang tak payahlah ambil Fann kat rumah.”

“Eh, esok tak mengajar ke?” Azril mengerut dahi. Farhana
juga merupakan salah seorang pensyarah yang mengajar di tempatnya. Baru
tiga bulan wanita itu mengajar di situ tapi Azril tak pernah memberitahu
isterinya. Tak sangka kecik saja dunia. Mengajar di tempat yang sama,
kampung pun sama. Tak lama lagi bakal duduk sebumbung pula.

“Esok dengan lusa Fann tak ada kelas. Tu yang nak /settle
/semua benda esok. Mak dah bising kat kampung. Majlis dah nak dekat tapi
barang hantaran tak cukup lagi.” Farhana mengeluh.

Azril senyum. “Tulah, nak sangat nikah raya pertama, kan?
Suruh pilih tarikh lain tak nak.”

“Fann tak nak jadi macam lima bulan lepas. Datang melamar
lepas tu nak batalkan /pulak. /Malu keluarga Fann. Ni pun kira
bersyukurlah keluarga Fann masih boleh terima keluarga abang.”

Azril senyap. Sedikit sebanyak dia mula terasa.

“Abang Aril... /sorry, /Fann terungkit kisah dulu. Teremosi
sikit bila teringat balik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience