BAB 10

Family Series 2595

"Assalamualaikum" kata Fadzil memberi salam kepada adiknya.

"Waalaikumussalam. Fadzil ? Masuklah. Ayah ada dalam bilik atas tuh. Cik Noorul tengah ubatkan ayah" kata Faridah sambil bersalaman dan berpelukan dengan abang sulungnya dengan erat.

Fadzil tersenyum sahaja melihat gelagat adik bongsunya itu.

"Dah dah kita naik atas jap." kata Fadzil sambil menaiki ke tingkat atas.

"Kejap eh. Ida nak minum air jap" kata Faridah lalu membuka pintu peti sejuk. Fadzil mengangguk lalu menaiki ke tingkat atas.

Sebaik sahaja Fadzil membuka pintu bilk ibunya, dia ternampak ibunya sedang berbual-bual dengan Puan Noorul.

"Mama..." panggil Fadzil kepada ibunya,Puan Yusnita. Mereka memandang ke arah Fadzil.

"Fadzil...bila sampai. Ida mana ?" tanya Puan Yusnita kepada Fadzil.

"Baru je sampai. Ida tengah minum air kat bawah. Ayah macam mana ? Okay tak ?" kata Fadzil sambil bersalaman dan berpelukan dengan ibunya.

"Ouh yeke. Ayah kat katil tu terbaring je. Cik Noorul kata bagi dia rehat dulu sampai esok. Esok dia tak boleh pergi kerja dulu" kata Puan Yusnita.

"Puan Noorul...lama saya tak jumpa. Puan apa khabar. Ayah saya sakit apa sebenarnya" kata Fadzil kepada Puan Noorul.

"Alhamdulillah baik je. Panggil je aku acik takyah la nak puan puan sangat. Ayah kau tu tekanan darah dia tinggi. Jantung ayah lemah sangat sebab stres tiap hari. So acik bagi dia rehat jap sampai dia sedar. Time macam nih jangan buat ayah kau marah sangat. Kalau tak terpaksa bawak ayah kau pergi hospital" kata Puan Noorul.

Fadzil mengangguk sahaja. Puan Noorul dan anaknya Syira ingin pulang ke rumah.

"Nita. Aku balik dulu tau. Kalau laki kau dah bangun. Suruh dia makan ubat yang aku dah letak kat atas meja tu. Kau jangan bagi dia pressure kalau tak nak jadi macam nih lagi" kata Puan Noorul.

"Terima kasih sangat-sangat Noorul. Kalau kau takde macam mana la nanti. Nasib baik kau dah prepare semua nih. Nanti aku cakap kat laki aku lepas dia dah bangun" kata Puan Yusnita.

"Kita kawan and jiran sekali kot. Susah senang kita sama-sama tolong Nita. Kirim salam kat laki kau ni. Ada masa kita jumpa la nanti" kata Puan Noorul sambil bersalaman dan berpelukan dengan Puan Yusnita.

Faridah masuk ke dalam bilik dan pergi ke katil ibu dan ayahnya.

"Eh Ida. Acik nak balik dulu. Jaga mak ayah kau elok-elok. Nanti apa-apa call acik je atau Syira nanti" kata Puan Noorul sambil bersalaman dengan Faridah.

"Insyaallah acik. Thank you sangat-sangat acik" kata Faridah.

"Lain kali hantar makanan lagi. Hahahah jumpa esok kat sekolah" kata Syira sambil bersalaman dengan Faridah.

"Boleh je Syira takde hal. Esok aku suruh mak aku masak sedap-sedap tau. Thank you sebab kau datang sekali" kata Faridah.

"Sama-sama. Tengokkan mak ayah kau tuh" kata Syira.

"Kitorang balik dulu. Assalamualaikum" kata Puan Noorul.

"Waalaikumussalam" jawab salam Puan Yusnita,Fadzil dan Faridah serentak.

"Ayah macam mana mama ?" tanya Faridah kepada Puan Yusnita.

"Alhamdulillah okay je. Esok dia bangun la tuh. Bagi ayah rehat jap. Kau salam tak abang kau tadi ?" tanya Puan Yusnita. Faridah mengangguk.

"Dia salam Fadzil tadi mama. Siap peluk lagi. Hahaha bukannya aku hilang sampai berbulan-bulan. Berapa minggu je. Aku kan kerja" kata Fadzil sambil tergelak.

"Tak kisah la berapa minggu ke bulan ke tahun ke. But Ida rindu gila kat kau. Mana Kak Lina ?" tanya Faridah.

"Dia tak ikut sebab ada kerja. Macam biasa lah tengah malam baru balik" kata Fadzil.

"Azralina tahu tak ayah sakit nih ?" tanya Puan Yusnita.

"Tahu. Fadzil call dia tadi. Ingat nak ikut sekali tapi tu lah. Dia banyak kerja. Ayah sakit pun dia buat tak tahu je" kata Fadzil.

"Eh takperlah. Biarkan si Lina tuh. Mana tahu dia sibuk kerja kan" kata Puan Yusnita.

"Ish mama. Mana boleh macam tuh. Lina tu patutnya teman Fadzil tengok ayah nih. Tapi Fadzil pelik la,ayah dah lama tak kena darah tinggi nih. Ayah marah sape pulak kali ni ?" kata Fadzil.

"Hmmm...kau tanya la adik kau tuh. Mama nak tengokkan ayah nih. Kot kot dah bangun ke senang la mama nampak" kata Puan Yusnita.

"Hmm nanti la dulu. Macam tu baik Fadzil nak keluar jap. Nak hisap jap. Rasa ngantuk pulak" kata Fadzil lalu keluar dari biliknya.

"Haih Fadzil Fadzil. Tak sayang ke paru-paru dia tuh. Sama je macam si Ad tuh" kata Puan Yusnita dalam hati.

Faridah sedang sibuk menelefon rakannya. Beberapa minit kemudian barulah Faridah menuju ke katil.

"Agak-agak bila ayah boleh bangun tuh mama. Ayah okay tak tu ?" tanya Faridah.

"Nanti la dulu Ida. Biar ayah rehat jap. Mama tengokkan ayah ni sampai dia bangun. Yang kau ni bila nak tidur. Nanti nak bangun sahur macam mana ?" kata Puan Yusnita.

"Hehehe jap la mama. Nak temankan Fadzil kat luar tuh. Jap tau mama" kata Faridah.

"Kau jangan lama sangat kat luar. Tidur cepat nanti sahur terlepas pulak" kata Puan Yusnita.

"Okay mama" kata Faridah lalu keluar dari rumah.

Faridah mencari abang sulungnya Farhad sehingga ke luar rumah. Faridah terjumpa Fadzil yang sedang menghisap rokok di luar pagar rumah.

"Nasib la kau balik rumah Fadzil. Ayah dengan aku nih nak sangat tengok kau balik rumah ni. Alhamdulillah la kau dah berubah tak macam dulu" kata Faridah.

"Kau ni asal tak tido lagi. Esok nak sahur kan. Mama mana ?" tanya Fadzil.

"Mama ada kat bilik teman ayah. Alaa kau ni kejap je. Mama kan suruh kau tanya aku sendiri kenapa ayah tuh tiba-tiba lemah jantung pulak" kata Faridah.

"Okay fine. Kenapa ayah tiba-tiba terbaring tadi ? Dia marahkan sape ?" tanya Fadzil.

"Macam nih. Ida dengan mama berbual la dengan ayah apa semua. Pasal kau bila nak ikut kitorang balik kampung nanti ?" kata Faridah.

"Ohh korang jadi balik kampung ke ? Ayah cuti bila ? Berapa hari ayah cuti ?" tanya Fadzil.

"Sabtu. Ayah cuti seminggu. Kita balik rumah nenek kat Perak. Nak ikut tak ? Ke raya kat Shah Alam dengan Kak Lina ?" kata Faridah.

"Entahlah Ida. Kak Lina tuh nak raya kat sini. Aku nak ajak dia raya kat Perak tapi dia tak nak. Dia nak raya kat sini. Aku tengok Kak Lina tuh berubah dah perangai dia. Ish kau ni sambung lah" kata Fadzil. Faridah tersengih sahaja.

"Okay okay. Ayah cerita pasal Farhad tu. Dia pun dah lama tak balik. Mama cerita la pasal Farhad tu kenapa dia dah lama tak balik" kata Faridah.

"Eh bila lak Ad balik sini ? Mama tak cakap pun dengan aku" tanya Fadzil dengan penuh kehairanan.

"Ada lah dia balik masa hari kedua puasa ish. Time tu kau dah balik pun pagi sebelum aku nak pergi sekolah. Petang tu Ad datang. Tapi Ad balik lepas berbuka. Yang Ida pelik Ad tu diam je dari berbuka sampai dia balik" kata Faridah.

"Kenapa pulak ?" tanya Fadzil dengan rasa ingin tahu.

"Bila ayah tanya mama kenapa Farhad tak balik,mama jawab la macam nih. Mama kata mama tampar Farhad sebab dia cakap bukan-bukan pasal kau. Farhad tu memang betul-betul benci kau lepas kau tumbuk dia harituh" kata Faridah.

"Pulak. Ad tu cakap apa pasal aku ?" tanya Fadzil.

"Dia benci la kat kau sampai cakap kau ceraikan Kak Lina la apa semua. Terus ayah marah sampai nak jumpa Farhad. Pastu ayah terus pegang dada dia and terduduk atas sofa. Mama cakap tiba-tiba je dia lemah jantung. Haa macam tu lah ceritanya" kata Faridah.

"Ouh hmmm. Ad ni bila la nak terima aku. Dia benci aku sangat-sangat ke" kata Fadzil dengan muka yang muram.

Faridah menepuk bahu abang sulungnya.

"Tak tahu lah Ad tuh bila nak baik bang. Mungkin ambil masa sikit lagi kan. Harap-harap la Farhad okay je kat sana" kata Faridah sambil tersenyum.

"Dah dah kau nih emotional sangat. Aku nak balik sebab esok aku kerja. Aku nak jumpa mama dulu. Kau tidur la dulu nanti mama bising pulak. Aku nak call Kak Lina jap" kata Fadzil.

"Okay Fadzil. Hati-hati balik tuh. Kirim salam Kak Lina tuh" kata Faridah lalu bersalaman dengan Fadzil. Selepas itu Faridah masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.

Fadzil menghubungi isterinya, Azralina. Namun panggilannya tidak dijawab. Tiga kali Fadzil mencuba tetapi sama sahaja. Tidak dijawab juga.

"Kerja lagi ke bini aku nih. Call tak dapat" kata Fadzil seorang diri.

Fadzil mencampakkan puntung rokoknya lalu masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan ibunya sebelum Fadzil bergerak pulang ke rumahnya. Ibunya sedang meminum air di dapur.

"Mama. Fadzil balik dulu tau. Esok pagi Fadzil kena masuk kerja" kata Fadzil kepada Puan Yusnita.

"Ouhh okay okay takperla. Mama dengan Ida boleh tengokkan ayah nih. Takper kau balik la dulu" kata Puan Yusnita.

"Kalau ayah bangun,Mama cakap dengan ayah yang Fadzil kirim salam. Fadzil tak tahu nak confirmkan nak balik kampung ke tak. Fadzil kena bincang dulu dengan Lina. Lina ni susah sikit. Dia nak raya kag KL jugak" kata Fadzil.

"Laa yeke. Takperla kalau kau dengan Lina tak ikut. Mama,ayah dengan Ida okay je. Tapi sunyi la bila family tak lengkap. Fadzil bincang baik-baik dengan Lina tuh" kata Puan Yusnita.

"Ayah kerja tak esok. Takut ayah bangun esok pagi pastu ayah nak pergi kerja pulak. Lagipun esok nak sahur. Ayah boleh ke puasa esok ?" kata Fadzil.

"Ayah tak kerja la esok. Esok pun ayah tak boleh puasa sebab sakit kan. Ayah kena makan ubat" kata Puan Yusnita.

"Ouhh okay mama. Fadzil balik dulu tau. Assalamualaikum" kata Fadzil sambil bersalaman dengan ibunya.

"Waalaikumussalam. Bawak kereta elok-elok. Kirim salam Azralina tuh" kata Puan Yusnita.

"Insyaallah mama" kata Fadzil lalu melangkah keluar dari rumah dan menuju ke keretanya.

Puan Yusnita menutup pintu rumahnya.

"Alhamdulillah Faridah dengan laki aku dah boleh terima Fadzil. Tapi macam mana dengan Farhad pulak ?" kata Puan Yusnita dalam hati. Mukanya sedih sahaja. Puan Yusnita naik ke atas tangga menuju ke bilik anaknya,Faridah.

Puan Yusnita membuka pintunya dan ternampak Faridah sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Puan Yusnita tersenyum sahaja

Sementara itu,Fadzil duduk di dalam kereta sambil memikirkan isterinya yang langsung tidak mengangkat panggilan Fadzil.

"Apa yang buatkan bini aku berubah pulak nih. Haih aku kena siasat sendiri nih" kata Fadzil seorang diri lalu memandu keretanya terus pulang ke rumahnya.

5.30 pagi - Kedai Makan Cik Nab,Kampung Raja Uda,Klang.

Farhad,Shah,Haikal,Fariz,Zul dan Fahmi baru sahaja selesai menikmati juadah sahur.

"Kita solat Subuh la dulu kat masjid sana. Lepas solat nanti baru patah balik rumah kau and terus angkut la barang-barang nanti terus bawak pergi rumah Fuad tuh" kata Fahmi.

"Okay la tuh. Solat didahulukan. Baguslah kau. Hahaha" kata Farhad. Fahmi tersengih sahaja.

"Eh Fahmi kau ada bini kan. Mana bini kau ?" tanya Haikal kepada Fahmi sambil menghirup secawan air kopi o nya.

"Oh bini aku kat rumah. Alah dia okay je sorang kat rumah. Dia tahu yang aku nak bawak korang pindah rumah Fuad tuh" kata Fahmi. Haikal mengangguk.

"Fahmi. Aku terima kasih sangat-sangat dengan kau. Kitorang pun tak tahu macam mana nak balas jasa kat kau. Kau pun baik jugak macam arwah adik kau tuh" kata Zul.

"Takperlah Zul. Aku ni terhutang budi kat kawan kau si Ad tuh. Ad nih kawan baik dengan arwah Fuad kan. So aku rasa aku nak balas balik kebaikan yang Ad dah buat kat adik aku nih" kata Fahmi. Farhad tersengih sahaja.

"Kau boleh pulak nak tanggung bil api air apa semua. Aku rasa banyak kot caj api dengan air kena nanti. Dahlah kitorang duduk lima orang. Banyak nanti caj kena nanti. Kau kerja apa sebenarnya ?" kata Fariz.

"Oh aku kerja macam penghantar barang. Alah kira kera kurier lah. Ambik barang kat company aku pastu aku hantar terus ke mana-mana tempat yang disuruh. Tapi gaji masyuk jugak lah. Alah kau anggap benda ni aku sedekah kat korang semua" kata Fahmi.

"Ouhh kurier. Tahu tahu. Wah kerja macam tu pun boleh masyuk ek. Kat mana kau kerja ?" tanya Shah.

"Dekat Selayang. Memang masyuk. Sehari boleh dapat 1k bayangkan. Belum sampai sebulan dah berapa ribu boleh dapat. Tu yang boleh beli rumah terus dengan kereta sekali" kata Fahmi.

"Peh macam tu ek. Boleh tak kitorang nak kerja sekali. Hehehe yelah kerja kitorang ni gaji bukannya mahal pun tak macam korang" kata Shah.

"Kerja ni memerlukan pengalaman. Pastu korang kena ada sijil. Korang ada ke semua tuh. Tapi korang bersyukurlah kerja macam nih tapi gaji macam tu je. Korang kerja kena ikhlas bukannya harapkan gaji semata-mata. Lagi satu,aku dah bagi korang rumah dah bagus tau. Jimat sikit duit korang untuk beli makanan ke apa ke" jelas Fahmi.

"Entah kau Shah. Bersyukurlah sikit Fahmi ni dah bagi rumah kat kita nih" kata Zul lalu menepuk bahu Shah.

"Takde sijil pun kitorang boleh berkerja kan ? Takperlah dah rezeki aku. Aku jelah yang dh berhenti kerja. Esok nanti aku try cari kerja lain. Kerja kilang jugak maybe pengimpal jugak okay kan" kata Farhad.

"Okay la tuh Farhad. Asalkan kau ada kerja. Ada duit dalam poket kan" kata Fahmi.

Azan Subuh berkumandang dari masjid menandakan puasa sudah bermula. Mereka semua bergerak ke masjid dan solat Subuh terlebih dahulu.

6.45 pagi

"Barang-barang kat rumah ni sikit je kan. Dah asingkan belum barang kita dengan barang rumah nih ?" tanya Fariz.

"Dah semuanya. Angkat la barang-barang kita punya nih. Jangan campur pulak kang bising tuan rumah nih" kata Farhad.

"Okay okay. Semua barang masuk dalam hilux Fahmi nih. Kita bawak beg pakaian je. Yang lain masuk dalam hilux je" kata Haikal. Rakan-rakannya memulakan kerja mereka mengangkat barang masuk ke dalam hilux kepunyaan Fahmi.

"Thanks la Fahmi kau bawakkan hilux nih. Senang sikit nak bawak barang-barang ni semua" kata Farhad.

"Eh takde hal Ad. Aku kan nak tolong korang. So aku nak mudahkan kerja korang. Jom lah tolong sekali" kata Fahmi. Farhad mengangguk lalu menolong rakan-rakannya mengangkat barang.

Selepas selesai semuanya,Farhad dan Shah masuk ke dalam rumah itu dan memeriksa lampu,kipas dan barang elektrik sudah dipadamkan atau belum. Mereka memeriksa juga jika ada barang-barang yang tertinggal di rumah itu.

Setelah benar-benar berpuas hati lalu mereka bergerak ke rumah Fuad yang berada di Taman Kota Pendamar. Fahmi memandu hilux dan Farhad bersama dengan rakan-rakannya menaiki motorsikal. Namun mereka terperangkap dalam kesesakan di sekitar bandar Klang kerana waktu pagi adalah waktu warga penduduk untuk pergi ke kerja.

Pukul 7.30,setelah tiba di rumah Fuad,mereka menurunkan barang-barang dan masuk ke dalam rumah. Kerja-kerja menurunkan dan menyusun barang di dalam rumah Fuad mengambil masa sehingga pukul 8.45 pagi. Selesai semuanya,Farhad bertemu dengan Fahmi.

"Nah ni kuncinya. Korang jaga rumah ni elok-elok. Ada masa nanti aku datang lawat rumah nih. Tengokkan rumah ni macam mana. Apa-apa hal kau just roger akh je Ad" kata Fahmi lalu menyerahkan kunci rumah kepada Farhad.

"Okay bang. Thank you sangat-sangat sebab tolong kitorang. Nanti datang la sini tapi tak tak tahu la bila. Khamis ni kitorang nak balik kampung sebab nak raya tak lama lagi kan" kata Farhad.

Tidak lama selepas itu,rakan-rakan Farhad berjumpa dengan Fahmi.

"Ouh korang nak balik kampung ke. Alaaa lek dulu. Mana tahu aku nak datang khamis ni. Baru nak ajak berbuka dengan korang. Kalau aku free aku datang ek" kata Fahmi.

"Okay bang. Terbaik lah Fahmi tolong kitorang tadi. Kau nak balik ke jap lagi" kata Shah.

"Haah lah. Penat nih nak balik Gombak pulak. Jauh pulak tuh. Takperlah aku okay je" kata Fahmi.

"Okay la Fahmi. Baik-baik kau bawak kereta tuh" kata Farhad.

"Insyaallah. Korang jaga diri tuh. Jaga rumah baik-baik. Aku balik dulu. Assalamualaikum" kata Fahmi lalu bersalaman dengan Farhad,Shah,Fariz,Haikal dan Zul. Selepas itu Fahmi masuk ke dalam kereta hiluxnya dan menghidupkannya.

"Waalaikumussalam" jawab Farhad,Shah,Fariz,Haikal dan Zul serentak.

Setelah Fahmi berlalu pulang ke rumahnya,mereka semua masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di atas sofa yang empuk dan selesa.

"Wah best jugak rumah dia nih. Dua tingkat senang la nih boleh tidur sorang-sorang. Jap eh aku naik atas nak betulkan bilik aku jap" kata Haikal.

"Kau ni jakun sangat. Kejap la nanti kita kemas-kemas dulu. Habis semua nih kita tidurlah. Kau tuh Shah bangun Zuhur nanti. Kau kerja kan nanti" kata Fariz.

"Yeee aku tahu Fariz. Takyah nak ingatkan aku" kata Shah. Fariz tergelak sahaja.

"Weh Ad. Harini hari Selasa kan ?" tanya Zul kepada Farhad.

"Haah la hari Selasa. Asal ?" jawab Farhad.

"Kau tak nak ke bayar hutang kau tuh Ad ?" kata Shah.

"Oh hutang tuh. Hm biarlah diorang. Aku dah malas nak layan diorang lagi. Aku dah tak jual barang-barang ni lagi" kata Farhad.

"Kau jangan main gila Ad. Kalau bos kau cari kau kat sini macam mana ?" kata Haikal.

"Korang ni rilek lah. Aku dah cakap semalam. Diorang tak tahu Fuad duduk sini. Cuma diorang tahu rumah kita je kat sana. Lagipun jauh dari Port Klang sana tuh. Lek jee" kata Farhad.

"Okay takperlah. Kalau diorang tak tahu selamat la kita. Jom ! Susun barang kat rumah nih" kata Haikal.

"Kau ni laju betul nak susun barang. Tahu lah dah pindah rumah baru. Excited sungguh kau" kata Fariz.

"Hahahahahah. Kau ni awallah. Jom kemas semua nih" kata Haikal.

Mereka mengemas dan menyusun barang-barang milik mereka di rumah arwah Fuad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience