Bab 1

Romance Series 59136

Di saat lafaz ‘aku cinta kamu’ terucap di bibirnya. Tak tergambar rasa gembiraku saat itu. Senyuman bercampur tangisan. Seseorang yang telah lama aku nantikan turut memiliki perasaan yang sama sepertiku. Hanya yang pernah merasainya tahu perasaan yang aku ceritakan saat ini.

Bagi orang lain, mungkin lafaz cinta satu perkataan yang mengekspresikan perasaan seseorang bila yang tersayang ucapkannya. Satu kata yang perlu dibuktikan dengan lafaz. Lafaz yang buat kita percaya dia.

Sedar tak sekadar lafaz, tak bermakna seseorang tu cintakan kita?

Dulu aku seperti kebanyakan orang. Percaya sekadar lafaz cukup sebagai bukti. Ditambah pula bila si dia tahu, kenal perangai kita. Hafal segala kesukaan dan buat sesuatu untuk yang tersayang. Kononnya tu bukti cinta. Macam mana kalau semua tu dibuat sebab sekadar untuk buat kita percaya dia cintakan kita?
Kata – kata cinta satu spam. Kau percaya, kau tersungkur. Bila – bila masa sahaja satu berita akan diterima. Berita buruk. Perngakhiran sebuah cinta. Alasan diberi untuk memudahkan. Alasan diberi agar dapat menghilangkan rasa bersalah. Bagi orang seperti ini, mengungkapkan kata cinta seperti mainan. Bosan? Tinggalkan.

Sekarang, bagi aku, lafaz ‘aku cinta kamu’ sukar nak dikenal pasti keikhlasannya. Sampai sekarang aku tak tahu cara membezakan bila seseorang benar – benar mencintai atau sekadar mengisi rasa yang sunyi. Aku takut, sekiranya yang melafazkan kepadakan hanyalah manusia yang sunyi. Aku berharap, aku dapat bagitahu semua macam mana mahu membezakan kedua ini.

“Apa tu cinta?” tanya rakanku, Aliya.

Aku terdiam. Tersedar dari lamunan yang panjang. Merenung Aliya yang masih menantikan jawapan dariku. Cinta. Apa itu cinta? Tepatkah aku untuk menjawab persoalan darinya? Sedangkan diri aku menemui kegagalan dalam percintaan.

Bunyi ketukan lembut dari pen milik Aliya menggangguku dari terus mengelamun. Teringat aku masih belum menjawab persoalan dari Aliya. Dia masih setia menantikan jawapan yang bakal keluar dari bibirku.

“Cinta,” aku merenung kosong dinding yang terhias lukisan indah pantai di pulau Tioman. Tempat percutian aku semasa membawa diri dulu. Rasanya, tiada yang tidak tahu bagi yang rapat denganku bertapa aku sukakan pantai sebagai tempat yang menenangkan. Aku boleh menghabiskan masa berjam lamanya hanya dengan merenung pantai, merasakan angina yang meniup serta bunyi ombak yang turun dan naik.

“Ada yang kata cinta mendamaikan. Ada yang kata cinta satu penyiksaan. Dan ada yang kata cinta satu rasa yang dicipta manusia kerana kesunyian. Kalau ditanya semua orang yang beri jawapan mereka tersendiri. Semuanya berdasarkan hati dan perasaan mereka saat tu.”

Aku menarik nafas seketika sebelum menyambung, “Cinta terlahir dari sebuah perasaan dan perlukan usaha dari kedua pihak, tak boleh terus dibiar tanpa disemai, perlukan usaha dan kerjasama, sama macam kita bertani. Kalau seorang petani tak usahakan kebun dia, hasil takkan indah. Dan kena saling..”

Air mata spontan menitis di pipi kiriku. Aku teringat segalanya tentang dia.

“Maaf,” aku segera menyeka air mata yang tadinya mengalir. Mujur Aliya tidak perasan. “Cinta akan indah sekiranya ada kerjasama dan jujur sebuah perasaan. Kita akan nampak seseorang yang dilayan indah dengan cinta akan terpamer di wajah mereka. Itu cinta.”

“Tapi,” aku menyambung lagi. “Cinta tak semestinya sama untuk setiap orang. Cinta tu sebenarnya berbeza mengikut perspektif seseorang. Pentingnya, selagi ada perasaan cinta, perjuangkan. Jangan sesekali dilepaskan. Jangan ikut orang bila bercinta. Sebab hanya kita sahaja tau jika ia benar – benar cinta atau ilusi yang dicipta.”

Aliya menolak badannya menjauhi meja dan menggeliat. “Siap!”

Gelengan aku berikan melihat riaksi dia.
“Akhirnya, tahu tak berminggu ambil masa nak siapkan artikal ni. Penat wei!” keluh Aliya. Dia merebahkan diri pada sofa dan memejamkan mata.

Berminggu nak siapkan konon. Ingat aku tak tahu kau tu berminggu jugalah asyik ke sana sini shopping, keluar dengan kawan – kawan pejabat lepas tu tarikh tamat nak dekat baru menggigil cari aku. Sinar rumah aku ni memang terpancar bila kau nak sesuatu jer kan? Tahu sangat.

“Siapa suruh tangguhkan kerja tu lagi.”

“Menyesal ni.”

Yelah tu menyesal. Esok lusa buat balik. Dah tau kerja tu bukan topik yang senang, nak juga tangguhkan. Dari zaman universiti, dia ni langsung tak berubah. Nasiblah aku masih sangguh berkawan dengan orang tak terurus macam dia ni.

Macam mana kawan aku yang sorang ni boleh jadi editor? Cerita dia bawa memang menarik. Dia berjaya interview orang, dia dapat liputan terbaik dari pasangan ni, lepas tu tangguhkan, pengakhiran aku kena tolong bagi idea untuk konklusi dia.

Baik aku jer jadi editor macam tu. Lagi senang jer rasanya kerja dia dari aku ni. Penat seluruh badan macam aku agaknya baru dia nak hargai kerja dia tu. Pening aku dibuatnya dengan si Liya sorang.

Kalau sepuluh? Terus botak kepala aku!

“Malam ni aku tidur sini boleh tak?”
Mula lagi, mula lagi. Aku dah tahu memang ni dia akan minta. Setiap kali habis buat kerja, tulah dia, nak duduk sini semalaman. Esoknya request nak makan itu ini. Tengok, tengok, kejap lagi dia minta masak sesuatu untuk dia. Aku berani kerat jari dia minta.

“Lagi?” aku menyoal sambil membawa dua gelas air milo ke ruang tamu.

“Tak boleh ke?”

“Mak kau tak marah ke anak kesayangan dia ni asyik menghilang ke sini jer?” aku menghulurkan segelas untuk Aliya. Dia segera duduk dan menghirup air milo dari gelas meskipun masih panas. Budak ni, sejukkanlah dulu.

“Mak aku kan tak kisah selagi aku di bawah pengaruh anak ‘sholehah’ dan gadis melayu terakhir macam kau ni.”

Aku merenung geram. Pandai kau nak bodek aku. Dah lah siap cubit – cubit pipi aku. Apa ingat aku ni budak kecil ke? Sakitlah, nanti pipi aku londeh lah kalau asyik ditarik gini. Tangannya aku tampar berkali – kali. Dah biasa, tu jadi gini.

“Yelah, duduk jer sini terus tak payah balik.”
Aliya tersengih gembira. “Sebab nilah aku sa-yang sangat kat kau tau!” Kejap lagi dia akan tambah satu ayat, permintaan makanan dia tu.“Kerana sayang, tolong masakkan nasi goreng kaw kaw pedas untuk aku sekali tau esok.” Tada, bertapa tepatnya aku.

“Liya!” aku segera membaling bantal sofa kepada Aliya. Dah bagi betis nak peha pula eh. Budak ni. Mataku merenung tajam Liya yang tersengih sedari tadi. Geram aku tengok budak ni. Dahlah kerja dia minta tolong aku, ni minta tolong masak sarapan. Ewah, dah macam tukang gaji tak berbayar pula. “Sayang aku kan?” dia membodek perlahan sambil memeluk lenganku.

“Haa, yelah.” Pantas juga aku merentak tanganku dari pegangannya. Rimas aku. Selagi tak iyakan, selagi tu dia menggedik menyuruh.

“Sebab tu aku sayang sangat kat kau.”
Sayang? Sayang bersebab.

“Naik sendiri kat bilik kosong, eh salah, rasanya dah jadi bilik kau jer.” Aku menjerit dan membaling bantal lagi kepada Aliya. “Cucikan cawan aku tu, kalau tak, tak de nasi goreng.” Jeritku lagi. Mental aku kalau tinggal serumah selamanya dengan anak kesayangan Puan Hafizah. Tengok, perangai aku berubah 360 darjah. Menjerit lepas tu terpekik sana sini. Mana manis perempuan menjerit macam ni. Kalah orang nak beranak.

Jam masih awal, baru pukul 11 malam dan mataku masih belum mengantuk. Memandangkan esok cuti, aku seperti biasa akan meluangkan hariku di luar. Aku rimas terkurung di rumah. Aktiviti sama setiap hari dan teratur. Lepas jogging, kemas rumah, dan membuang masa di pusat membeli belah sebelum melawat pantai. Malam baru aku berehat sepuasnya dii rumah dan bermalasan sebelum hari bekerjaku bermula. Menyeronokkan? Aktiviti berjadualku.
Memandangkan tidak mengantuk, aku mengeluarkan bekas kotak kecil yang berada di dalam laci dan merenung satu persatu kertas berlipat kemas, tercatat tarikh dan nombor setiap satu. Hampir setiap hari, setiap kali teringat ‘dia’, aku akan menulis segala perasaanku pada kertas yang tidak mungkin akan sampai kepada ‘dia’. Hanya luahan perasaan yang tidak terungkap. Atau senang kata diari yang terselamat berkunci di dalam laciku.

Sekiranya Aliya membacanya, apa agaknya difikirkan? Mesti dia akan marah sebab aku tak move on. Aku menulis bukan kerana aku tak melupakan dia, kan? Perasaan aku kat dia, aku tak pasti. Bila teringat, aku jadi rindu, dan rindu itu bertukar sakit.

Air mata aku menitis lagi kerana dia. Sakit sangat.

Sikapku yang gemar memendam rasa, memendam sakit duka sedari dulu membuatkan aku belajar untuk meluahkan segala yang aku rasa pada kertas tersebut. Hampir kesemuanya tentang duka ku yang tak mampu aku ceritakan kepada sesiapa.

Tanganku mengapai salah satu dari longgokan kertas dan membukanya perlahan. Tulisan tanganku akan memulakan dengan perkataan ‘kehadapan’ seperti biasa. Aku memejam mata.

Kehadapan Daniel,

Share this novel

Nur Fatihah
2020-06-05 16:00:50 

ceritanya sangat bagus

Suziana Samsi
2020-01-16 13:53:21 

buku ni smpai bab 21 ni ja ke

Lee Ree
2019-12-27 18:33:20 

great


NovelPlus Premium

The best ads free experience