BAB 11

Horror & Thriller Completed 1513

“Kau nak telefon siapa? Tak payah susah-susah. Aku dah potong talian telefon tadi…” Qaisara berpaling. Dia tidak terkejut melihat Iskandar di hadapannya. Iskandar sekarang bukanlah Iskandar tukang kebun yang dia kenal. Iskandar kelihatan bengis.

“Aku tak bunuh tunang kau… bukan aku yang bunuh…” Qaisara mengundur ke belakang. Namun langkahnya terhalang dengan sofa. Dia terduduk di sofa. Iskandar berdiri tegak di hadapan Qaisara.

“Aku akan bunuh kau perlahan-lahan sama macam kau bunuh dia… hahahahaha.” Iskandar sudah hilang akal waras. Dia ketawa sekuat-kuat hati. Qaisara berasa takut. Dengan kekuatan yang sedikit Qaisara menendang celang kangkang Iskandar. Iskandar menjerit kesakitan. Qaisara mengambil kesempatan untuk lari.

“Tak guna punya perempuan…” Iskandar menarik rambut Qaisara dan dihantukkan ke meja.

“Adik… kenapa datang sini tak bagitau abang.”

“Adik singgah kejap je ni nak jumpa Kak Qaisara …” Qayla tersenyum. Bangga mempunyai abang ipar berstatus jutawan muda seperti Adi. Rezeki kakaknya bersuamikan lelaki sempurna seperti Adi.

“Masuklah dulu. Tak elok pulak cakap kat pintu pagar ni…”Adi mengajak adik iparnya masuk. Namun hatinya terselit risau kerana tiada siapa pun di rumah. Bibik dan Iskandar juga tiada.

“Tak apalah bang. Kawan-kawan dah tunggu kat kereta tu…. Akak pergi mana. Call pun tak dapat.” Keluh Qayla. Dia rindu pada Qaisara. Sudah hampir dua bulan Qaisara tak menghubungi dirinya.

“Abang pun tak tau kakak pergi mana. Mungkin dia keluar kejap kot. Kereta pun tak ada kat garaj tu…”

“Abang biar betul. Ina rasa dah bertahun akak tak pegang stereng kereta. Lepas dia kemalangan dengan ayah dan mak, dia langsung tak boleh tengok kereta. Apa lagi nak drive. Lepas setahun baru dia okey. Itupun memang jangan haraplah akak nak drive…” Qayla ketawa kecil. Kalau kakaknya sudah berani memandu ini merupakan satu perkembangan yang baik. Mesti kakaknya sudah hilang trauma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience