Bab 20

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Sakina-chan, I'm going out. Could you please do the housework for me?" Pinta obaa-san. Obaa-san dan mama menuju ke pintu.
"Hai', I will." Balasku gembira. Tiba-tiba Alyn, Eca dan Hannah juga mengekori obaa-san dan mama.
"Eh, eh, korang nak pergi mana?" Soalku terkejut.
"Kitorang nak ikut mak kau dengan obaa-san. Bye-bye." Ujar Eca. Mereka berlima terus hilang dari pandangan aku. Begitu sahaja? Aku baru nak suruh mereka teman aku sekali di rumah. Haih, nasib kaulah, Sakinah. Dan aku bernasib baik, Ryoga tak ada di rumah. Dia pergi mana? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu pagi tadi dia keluar.
"Hm, buat kerja seorang diri sahajalah jawabnya." Ujarku sendiri. Aku membetulkan tudung lalu memasang earphone. Aku ni sejenis yang bila buat kerja itu kena ada hiburan jadi, aku pun pasanglah lagu.
Aku mengambil penyodok serta penyapu lalu mula mengemas. Lagu aku bermula dari Korea, kemudian terbang ke Jepun, dan akhir sekali mendarat di Malaysia. Tiba-tiba keluar pula lagu raya. Aku pun tak tahu kenapa.
"Uish, lagu raya. Amboi. Tiba-tiba rindu pula nak puasa dan raya. Alang-alang besok hari Khamis, ajak diorang puasalah besok." Kataku sendiri. Mentang-mentang tak ada orang, bermaharajalela kau di rumah itu ya, Sakinah?
Aku mulalah melalak seorang diri di situ, "Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa. Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira!!!" Aku menari zapin sambil berpusing ke belakang lalu terkejut melihat ada seseorang di situ.
"Puasa? Besok?" Soalnya. Aku terkejut. Bila masa pula dia balik?
Aku menghentikan lagu lalu membuka earphone yang aku pakai. Ya Allah, aku bersyukur sangat sebab aku pakai tudung waktu itu. Alhamdulillah, kau ini kadang-kadang agak bijak.
"Ha, haah." Jawabku sambil masih terkejut dengan kepulangan dia.
"Puasa is..fasting, right?" Soal Ryoga.
"Oh, do you know what fasting is?" Soalku pula. Payah lah kalau semua dia tahu. Masuk Islam sahajalah terus. Apa susah.
"A bit. Saya dengar-dengar je. Fasting is..we can't eat and drink for a whole day, right?" Soalnya lagi.
Aku mengangguk, "Yes, we can't eat and drink until sunset." Jawabku sambil sambung melakukan kerjaku.
"Oh, but why the Muslims have to do that?" Soalnya lagi.
"Erm, because, fasting can keep our physical and mental more healthy. Besides, with fasting we will be more grateful. Kat luar sana ramaaii lagi manusia yang kelaparan. Dengan puasa ni kita dapat rasalah apa yang orang kat luar sana tu rasa." Terangku panjang. Dia mengangguk tanda mengerti.
"Saya nak puasa juga besok boleh?" Ujarnya.
"Boleh je. Tapi besok kenalah bangun sahur." Balasku tersenyum.
"Sahur? Apa tu?" Aku hanya ketawa melihat dia kebuntuan.
"Sahur? Hm, sahur tu..bangun awal pagi before sunrise and eat untuk kita tahan lapar dan dahaga sehingga senja. Besok awak bangunlah awal-awal." Terangku lagi dengan bercampur dua bahasa.
"Besok awak kejutla saya." Katanya.
"Ehh, saya pula yang kena kejut? Bangunlah sendiri." Jawabku tersenyum.
"Kalau saya lapar sangat-sangat juga macam mana?" Soalnya. Haih, dia ingat aku ni kaunter pertanyaan? Banyak pula soalan dia. Haha!
"Kitorang support awak. Tengok jelah besok." Jawabku lagi.
"Em, mana semua orang? Sunyi je rumah." Soalnya.
"Oh, am, semua keluar." Jawabku.
"Bila awak balik? Saya tak dengar pun pintu terbuka." Giliran aku pula menyoal dia.
"Baru je. Awak pasang lagu kuat sangat, macam mana nak dengar?" Ujar Ryoga. Aku meletakkan telefon dan earphone di atas meja kopi.
"Oh, kuat sangat eh?" Soalku. Dia mengangguk.
"Hm, kita berdua je la ni?" Soalnya. Aku baru terfikir. Ya tak ya, dia dah balik, aku dan dia sahajalah berdua di rumah. Kenapalah kawan-kawan aku pergi ikut tadi? Aku mengangguk perlahan. Cepatlah balik!
"Apa awak buat?" Soalnya.
"Housework." Jawabku ringkas lalu sambung menyapu.
"Nak saya tolong?" Soal Ryoga lagi.
Aku menggeleng, "No, it's okay." Jawabku.
"Sini, I will sweep the floor, awak pergila buat kerja lain." Katanya sambil mengambil penyodok dan penyapu itu daripadaku.
"Okay." Jawabku.
Aku pergi mengambil bulu ayam lalu mengelap habuk-habuk yang terdapat di seluruh rumah itu.
"Hachoo!" Aku asyik bersin sahaja dari tadi. Sebenarnya, aku ini alah dengan habuk. Jadi, tak boleh buat kerja yang terlalu berhabuk. Paling teruk alahan aku ini, sehinggakan aku boleh demam. Tapi, biarlah.
"Sakina-chan, are you okay?" Soal Ryoga kerisauan melihat aku bersin dari tadi tak berhenti.
"I-I'm fine. Hachoo!" Jawabku.
"Mata awak merahla." Kata Ryoga kerisauan.
"Hachoo! Ya ke?" Aku masih tidak berhenti bersin. Aku melihat pada cermin. Uish, teruk merah ni.
"Sudahla, jangan buat dah. Habuk la." Ujarnya lagi mengambil bulu ayam itu daripada tanganku.
"Habis tu, siapa nak buat?" Soalku sambil mengesat hidungku yang sudah merah.
"Saya buat." Katanya.
"Betul ni?" Soalku lagi.
"Betul, awak pergila rehat. Kalau oka-san tanya kenapa saya yang buat kerja ni, nanti saya cakapla awak tak sihat. Hidung merah, mata merah. Demam ke? Saya nak rasa, tak boleh sentuh pula." Ujarnya. Aku menahan ketawa. Dah macam orang Islam pula dia ni. Haih, kan bagus kalau kau betul-betul Islam. Sejuk sikit mata memandang. Pakai rida', serban. (*Rida' ialah kain yang muslimin selalu sangkut di bahu mereka.)
"Tak, saya sihat je, cuma...hachoo! Cuma hidung dengan mata ni je gatal sikit." Balasku.
"Dah, awak pergi rehat dalam bilik." Ujarnya. Tak, aku sebenarnya, risau aku dan dia berdua sahaja di rumah. Aku pusing untuk menuju ke bilik dengan perlahan.
"Kalau takut apa-apa jadi, kuncila pintu bilik tu." Tambahnya lagi. Aku tersentak. Hish, dia ni. Tahu sahaja isi hati aku ni.
*******
"Oii, bangun, sahur." Aku mengejut tiga orang rakanku itu.
"Ha? Awal lagi." Jawab Alyn.
"Hish! Bangun, sahur! Sahur, sahur! Sahur, sahur! Bukalah matamu! Sahur, sahur!" Aku menyanyi di situ.
"Aihh, yalah, yalah. Melalak pula dia kat sini." Mereka bertiga bangun.
"Ha, kan bagus bangun. Cepat, nanti tak sempat nak tahajjud pula." Ujarku lalu keluar. Aku dah siapkan makanan pun untuk mereka. Lambat bangun pun sayang juga tahu.
Aku duduk di meja makan seorang diri sambil menunggu mereka yang lain. Aku membuka telefon pintarku.
*Good morning! Ohayou!* Aku berwhatsapp dengan Ryoga. Tak tahu dia dah bangun ke belum.
'Online'
*Morning. Ohayou.* Jawabnya dan memberi emoji senyum.
*Sedap tak lagu alarm?*
*Oh, awak ke yang letak? Patutla awal pagi lagi dah berbunyi.* Aku hanya ketawa. Dahlah aku letak lagu raya. Semalam aku buka telefon dia. Maklumlah, dia pakai iPhone, aku pakai taklah secanggih itu. Punya jenuh aku cari mana alarm punya tetapan. Nasib baiklah aku ni celik IT. Hehe.
*Haha! Saya nak suruh awak bangun. Ni mesti berselimut lagi kan? Cepatlah keluar. Saya tunggu awak kat meja makan.* Balasku.
*Okey, sekejap.* Jawabnya. Aku menutup telefonku.
Tiba-tiba aku melihat ada dua makhluk melompat datang ke arahku dari jauh. Lompatannya mendarat betul-betul di kedua kakiku.
"Aaahh!!" Jeritanku didengari satu rumah. Alyn, Eca, Hannah dan Ryoga keluar dari bilik. Mama dan obaa-san tak dengar agaknya.
"Weh, kau apahal menjerit macam tu?" Soal Alyn.
Aku hampir menangis. Katak termasuk dalam senarai 3 teratas binatang atau serangga yang aku tak suka, benci dan fobia. Memang terkejutlah tiba-tiba dia melompat terus mendarat di kaki aku. Dua ekor pula tu.
"Sakina-chan, are you okay?" Soal Ryoga. Aku menggeleng dan menahan tangisan. Kakiku membeku. Tak boleh nak bergerak.
"Why?" Soal Ryoga lagi. Aku menunjuk ke arah kakiku dimana tempat kedua katak itu mendarat.
"Oh, ini ke yang kau jeritkan? Dah settle pasal binatang ni, panggillah aku keluar, ya." Ujar Hannah masuk ke bilik. Hannah memang sejenis dengan aku. Kami tak suka binatang ini dan kerabat sewaktu dengannya seperti cicak. Lipas yalah Hannah suka. Kalau aku pula, lipas adalah tempat pertama dalam senarai fobia aku.
"Oh, the frogs?" Tanya Ryoga. Aku mengangguk.
"Janganla takut. Dia tak buat apa-apa pun." Kata Ryoga lalu ketawa.
"Janganlah gelak! Ambillah makhluk tu bawa dia jauh-jauh. Saya tak sukalah!" Aku geli-geleman di situ. Er, aku sangat tidak suka kulit katak yang lembap dan licin serta muka dia yang agak menyeramkan. Dia melompat dahlah macam terbang.
"Haha, okey, okey. Saya ambil. Cakap dulu yang awak suka saya." Katanya. Aduh, bersyarat-syarat pula.
"Hishh! Buat syarat pula. Ambillah diorang berdua ni. Sebelum saya ambil labah-labah baik awak ambil dulu katak ni." Balasku pula.
"Ehh, kenapa pula nak ambil spider?" Soal Ryoga.
"Saya tahu hubungan awak dengan spider. Ambil katak ni cepat." Aku membalas lagi.
"Kau jangan. Baik kau ambil cepat. Sakinah ni pakar cari labah-labah." Kata Alyn. Eca hanya mengangguk.
"Yala, saya ambil bawa yang berdua ni keluar ya? Kesian dia takut katak." Balasnya. Heh, tahu pun takut.
Dia mengeluarkan kedua ekor katak itu ke luar rumah. Dia masuk lalu membasuh tangan dan duduk disebelahku.
"Thank you." Ujarku.
"My pleasure, naughty girl." Jawabnya tersenyum memandangku. Eleh, aku pula yang dikatakan 'naughty'. Dia yang lambat angkat katak tu tadi. Aku belum ambil labah-labah lagi. Kami mula makan.
Aku melihat ke arah jam di tangan. Waktu Subuh akan tiba tak lama lagi.
"Oii, tak tahajjud lagi. Makan cepat. Lagi 5 minit nak Subuh ni." Ujarku kepada kawan-kawanku. Mereka mengangguk.
"Kau dah tahajjud ke, Sakinah?" Soal Alyn.
"Dah, kenapa?" Soalku pula. Dia mengangguk tersenyum lalu bangun menuju ke dapur. Dia menuju ke bilik untuk menunaikan solat tahajjud.
Hannah bangun lalu menepuk bahuku, "Terima kasih, Sakinah." Katanya tiba-tiba. Aku pelik.
Eca pula berdiri, dia datang ke arahku, "Kau memang terbaik, Sakinah. Sebelum kau membebel dan meletup, baik aku cabut dulu. Dan terima kasih banyak-banyak." Kata Eca pula. Aku berkerut. Eca dan Hannah kembali ke bilik. Aku biar sahaja dan minum air. Betul-betul dah nak Subuh dah ni.
"Awak dah habis makan ke?" Soal Ryoga. Aku menghabiskan airku lalu mengangguk.
"Saya pergi dapur dulu." Ujarku. Dia mengangguk dan menghabiskan airnya.
Aku terkejut sebaik sahaja aku sampai di dapur.
"Alyn! Hannah! Ecaa!" Aku geram dan menjerit dalam diam. Patutlah semacam sahaja tadi. Ada pantang aku yang mereka langgar rupanya.
"Ehh, diorang ni. Memang nak kena dengan aku ni. Ada ke tinggal sinki macam ni je? Dah tahu aku ni paling tak suka tengok sinki bersepah. Tak boleh basuh terus ke? Cubalah basuh terus. Aku kalau dapat korang ni, jagalah. Memang saje bagi aku nak meletup. Eyy, aku kalau sekali korang buat macam ni, sampai minggu depan aku tak habis bebellah." Memang panjang berjela aku membebel pada mereka. Sedang aku membebel sambil berkerut macam apa, seseorang memerhatikanku sambil berdiri di sebelahku.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Soalku. Dahlah tengah marah lagi ni.
"Tak ada apa." Dia tersenyum dan matanya masih belum berganjak dari aku.
"Mangkuk." Mintaku. Dia tidak menjawab.
"Awak, nak mangkuk dengan gelas awak." Dia masih tidak menjawab.
Aku merenjis sedikit air ke mukanya, "Ha? Ha? Nani?" Soalnya terkejut seperti baru sedar daripada mengelamun.
"Ha, tahu pun. Saya nak mangkuk dengan gelas awak. Sinilah saya cuci sekali." Ujarku.
"Oh, nah. Rajinnya dia." Katanya.
"Perli eh?" Soalku memandang dia tajam.
"Eh, mana ada. Saya pujilah." Balasnya. Sudahlah, malas aku nak layan.
*******
"Awak tak lapar ke?" Soal Ryoga tiba-tiba datang dan duduk di lantai.
"Haha, kenapa? Lapar ke? Petang dah, relax lah." Jawabku selamba.
"Tak ada lah lapar tapi, perut memang dah kosong." Ujarnya sambil mengusap perutnya.
"Alah, kesian. Tunggu eh? Ke awak nak buka puasa dah?" Soalku pula lalu mataku tertumpu pada kaca televisyen.
"Eh, tak apalah. Saya nak buka puasa dengan awak. Kita buka puasa kat luar nak?" Soalnya.
"Awak nak belanja ke?" Aku hanya bergurau. Payahlah kalau asyik dia sahaja yang belanja aku. Sudahlah.
"Boleh je." Jawabnya.
"Eh, tak payahlah. Saya bergurau jelah." Balasku.
"Ala, jomla. Raikan hari pertama saya berpuasa." Ajaknya.
"Aby, mama dan obaa-san lambat lagi nak masak. Aby dan kawan-kawan nak buka puasa kan? Pergilah buka puasa kat luar. Ambil duit dalam dompet mama." Kata mama yang entah muncul dari mana dan berlalu begitu sahaja.
"Ha, jom. No need the money. My treat." Katanya.
"Eh, awal lagi." Ujarku lalu mataku kembali tertumpu pada kaca televisyen. Seronok pula drama ni walaupun aku tak faham satu habuk pun.
"Awal-awal lah best. Kita cari tempat sedap." Katanya.
"Sekarang?" Soalku mendapatkan kepastian.
"Ya, sekarang. Takkan esok." Jawabnya.
"Oh, pandai sindir orang dah sekarang kan? Kejaplah saya tukar baju lepas tu, nak panggil yang lain." Ujarku sambil menggeleng tersenyum. Dia mengangguk.
*******
(Mira POV)
"Macam mana nak buat dia suka kat aku eh?" Soalku sendiri.
"Ajak dia keluarlah besok." Ujarku mencapai telefonku lalu keluar dari bilikku.
"Abang!" Aku berlari menuju ke arah abangku di sofa.
"Ye, nak apa?" Soalnya.
"Abang, nak nombor Kak Sakinah, boleh?" Pintaku.
"Ha, abang mana ada nombor dia. Lagipun Mira nak buat apa dengan nombor dia?" Jawabnya. Penipu.
"Abang tak payah nak tipu Mira. Tak perlu cover line. Mira tahu abang suka kat Kak Sakinah, kan?" Abang terkejut terus menutup mulutku.
"Mama dan papa mana?" Soal abang sedang mulutku masih ditutup dengan tangannya. Aku hanya memberi isyarat bahawa mama dan papa ada dalam bilik. Dia menurunkan tangannya.
"Ha, kan betul Mira cakap. Mira tahu abang dengan Ryoga bergaduh nak tolong Kak Sakinah waktu Kak Sakinah terjatuh kat zoo hari tu." Ujarku.
"Jangan cakap kuat-kuat. Nanti mama dan papa dengarlah." Kata abangku cuak.
"Biarlah mama dan papa dengar. Kalau mama dan papa suka Kak Sakinah tu, boleh Kak Sakinah tu jadi menantu mama dan papa. Mira tengok Kak Sakinah tu macam baik je. Mira suka." Ujarku sambil membayangkan muka Kak Sakinah.
"Jangan nak merepeklah. Dia bukan suka abang pun." Jawab abang hampa.
"Eh, macam mana abang tahu? Abang ni dahlah ada rupa, harta. Apa lagi yang seorang perempuan inginkan? Kalau Mira, cukup dah." Jawabku.
"Abang tahu. Abang tahu dia jenis perempuan yang macam mana. Abang tengok dia waktu mula-mula jumpa pun abang tahu." Kata abang.
"Jenis yang macam mana?" Soalku ingin tahu.
"Dia bukan jenis yang tengok rupa mahupun harta. Mira tengoklah dia tu, bertudung labuh. Tak cukup dengan tudung labuh, tambah lagi handsock dan blaus labuh. Belum cukup. Seluar dia longgar, besar semacam. Langsung tak ikut bentuk kaki. Abang tahu dia mesti nak seorang suami yang beriman. Yang boleh bimbing dia ke syurga." Terang abang panjang.
"Lepas tu, apa lagi? Trylah dia dulu." Kataku.
"Tak semudah itu. Sebab abang rasa abang ada pesaing yang hebat." Ujar abang.
"Siapa?" Aku tertanya-tanya.
"Ryoga." Kata abang panas.
"Ryoga? Ryoga suka Kak Sakinah ke?" Soalku pelik.
"Nampak gaya dia macam ya. Tengoklah bergaduh berdua hari tu sebab nak tolong Sakinah." Kata abang.
"Sekarang macam mana?" Soalku?
"Abang pun tak tahulah. Abang tengok dia dan Ryoga tu macam rapat je." Kata abang.
"Hm, Mira pun ada masalah juga ni." Ujarku.
"Ha? Masalah apa?" Soal abangku tertanya-tanya.
___________________________________________________
Haih, masalah apa pula si Mira ni? Oh, silap. Tengku Syarifah Amirah. Nampaknya, ada dua orang bersaing bagi mendapatkan Sakinah dalam diam. Sakinah pula tak tahu apa-apa. Agaknya, siapa yang akan jadi pilihan hati Sakinah? Lelaki Jepun yang selama ini dia kenal sebagai seorang selebriti dan dia minat atas sebab warna dia ungu atau seorang lelaki Malaysia dan Islam yang dia baru sahaja kenal beberapa hari lepas? Tapi, Sakinah fikir ke pasal semua ni? Bukan betul sangat budak tu. Bersambung pada bab 21. Bye-bye.
*Miss Sakura minta maaf kalau bab ini atau bab-bab sebelum ni atau bab-bab akan datang ada kekurangan. Maaf ya? :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience