Bab 13

Romance Series 9630

BAB 13

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Hari pernikahan Fakhri dan Maisarah. Meriah suasananya dengan para hadirin dan tetamu. Maisarah terasa berdebar. Fakhri pula menyembunyikan keresahannya untuk upacara akad nikah sebentar lagi dengan wajag tenangnya. Tapi dalam hati siapa yang tahu.

“Aku terima nikahnya, Maisarah binti Ali dengan mas kahwinnya,seribu ringgit tunai”. Dengan sekali lafaz, Maisarah sah menjadi milik Fakhri. Aishah di sisi mamanya turut tersenyum gembira. Dialah yang terus bersorak apabilla semuanya mengaminkan doa. Mungkin dia faham bahawa selepas ini dia akan ada seorang ayah dalam hidupnya.

Seperti sebelum ni,dia akan memanggil Uncle Erry Handsome nya itu dengan panggilan papa, Maisarah tersenyum sambil matanya dilirikkan ke arah suaminya itu. Perasaan gembira di hati walaupun ini pernikahan kali kedua buatnya. Tidak pernah terduga dia akan membuka pintu hatinya sekali lagi untuk seorang lelaki bergelar suaminya.

“Mia, mak harap kamu akan jaga Fakhri sebaik mungkin ya? kalau Fakhri ada buat yang tak elok pada kamu pun, jangan segan nak beritahu mak. tahulah mak nak ajar dia nanti. Selamat pengantin baru,sayang,”ucap Puan Jamilah sambil memeluk menantunya itu. Dia tidak kisah Fakhri memilih janda anak satu itu sebagai isteri kerana kebahagiaan anaknya adalah kebahagiaanya juga. Maisarah tersenyum bahagia dalam pelukan ibu mertuanya. Terasa dirinya beruntung kerana ahli keluarga Fakhri menerimanya dengan baik dan tidak kisah langsung hal statusnya itu.

Fakhri menghampiri isterinya itu untuk menyarungkan cincin pernikahan mereka. Majlis akad nikah di masjid itu meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai terutamanya dari kawan-kawan sekolah mereka. Hampir semua mengusik dan bergurau apabila Maisarah dan Fakhri mengirimkan kad jemputan perkahwinan. Siapa menyangka dari kawan sekelas tetiba menjadi pasangan untuk seumur hidup. Sesungguhnya jodoh mereka memang kuat. Larilah ke hujung dunia sekalipun,kalau dah memang jodoh memang akan tetap bersama jua.

“Mia, terima kasih sudi terima abang sebagai suami dan ayah kepada anak sayang,”bisik Fakhri perlahan di telinga maisarah sebaik sahaja dia menyarungkan cincin di jari isterinya itu. Maisarah tersenyum dan mukanya sudah kemerahan kerana malu mendengar kata-kata Fakhri. Dia yang patut berterima kasih kerana Fakhri sudi menerima dirinya ini yang sudah mempunyai anak itu.

“Icha, tak nak peluk papa ke?” Fakhri mendepakan tangannya untuk dipeluk. Aishah berlari memeluk papanya erat.Aishah memang manja dengan Fakhri, tambah-tambah apabila dia mendapat tahu mamanya akan berkahwin dengan papanya ini. Semoga bahagia mereka kekal sehingga ke akhir hayat,doa Maisarah dalam hati.

“Apa yang sayang tengok tu?”tegur FAkhri apabila melihat isterinya tersenyum seorang diri di birai katil. Lega hatinya kerana majlis pernikahan dan resepsi mereka selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Penat juga untuk menguruskan majlis dan pada sama sibuk dengan kerja. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancer seprti yang dirancang.

“Saya tengok gambar kahwin kita. Tak sangka suami saya ni memang handsome orangya.” ujar Maisarah sambil tersengih sinis. Kekok pula rasanya untuk membahasakan diri nya dengan panggilan manja. Dah halal,apa nak dimalukan. Keluh Maisarah sendirian dalam hati.

“Handsome sejak dulu tau,” FAkhri memuji diri sendiri. Maisarah mencebik.Perasannya suami aku ni!

“Suamiku sayang,saya pilih awak bukan sebab rupa ye? Awak pilihan Allah untuk saya selepas arwah suami saya.Jadi tak payah nak perasan sangat. Perasan lebih-lebih saya tinggalkan awak,”jawapan Maisarah membuatkan Fakhri tersenyum lebar. Baddrol masih tidak percaya yang Humaira menerima lamarannya

“Yelah suamiku sayang! Abang memang hansome sejak dulu. That's whay I Love you," kata-kata Maisarah membuatkan senyuman Fakhri melebar.Tangan Maisarah digenggam lembut dan matanya merenung mata Maisarah.

“Thank you for everything,sayang. I love you too,” ucap Fakhri romantis. Maisarah meletakkan kepalanya di bahu Fakhri. Manja.Dia tahu arwah Muhamad pun akan gembira melihat Maisarah menerima Fakhri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience