Hari Isnin, hari yang amat membosankan selama 1 jam kerana akan mendengar bebelan guru-guru yang akan bercakap dihadapan nanti.
Mc pada harini ialah jeng jeng jeng, semestinya Tengku Syafiqah. Untuk pengetahuan korang, Tengku Syafiqah dengan Tengku Farah Adlina ni pengawas disiplin sama dengan orang utan aka Tengku Amirul Fareez serta cousin dia Tengku Amir.
Tengku Syafiqah naik keatas pentas dan membetulkan sedikit mikrofon yang hendak digunakan sebentar nanti. Selesai, dia memulakan ucapan.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua murid dan guru diminta berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri selangor dan lagu sekolah."
-{aku skip time dorang nyanyi}-
Selesai menyanyi, Tengku Syafiqah meneruskan lagi ucapan. "Seterusnya, dijemput saudara Amirul Fareez untuk membaca doa."
Tengku Amirul Fareez naik keatas pentas lalu membetulkan sedikit jarak mikrofon lalu menadahkan tangan untuk berdoa.
"Bismillahirrahmanirrahim..........amin amin ya rabbal alamin."
"Pergh boleh tahan jugak suara dia uh" kataku dalam hati.
Setelah habis mengaminkan doa pengacara majlis memanggil Tengku Farah Adlina untuk membaca ikrar. Selesai membaca semua boleh duduk dan inilah masa yang paling membosankan bagi semua murid sekolah The British High School.
"Dijemput Cikgu Pamila selaku guru disiplin untuk memberi ucapan" ujar Tengku Syafiqah lalu dia turun dari pentas. Cikgu pamila naik keatas pentas dan berdiri dihadapan mikrofon serta murid murid yang berada di dewan.
"Assalamuaikum dan selamat sejahtera, seperti yang sedia maklum Badan Pengawas Disiplin akan mengadakan temu duga bagi pemilihan pengawas bagi tahun 2018 yang akan diadakan di bilik disiplin yang terletak disebelah bilik mesyuarat pada pukul 1.10 hingga 2.10 tengah hari. Ada yang perlu ditemu duga dan ada juga yang dipilih oleh guru.Semoga berjaya" kata cikgu Pamila panjang lebar.
Seterusnya cikgu lain naik keatas pentas. (Aku malas nak bebel jadi aku skip jelah).
"Syaf kau taknak try ke?" tanya Iman Nadhirah. Dia menginjak ke hadapan sikit untuk bisik kepada Ku Syaf Ariana. Nanti kantoi dengan pengawas tak pasal pasal kena berdiri.
"Tak nak aku, memang aku pangkah awal-awal dah arh ada orang utan gila mana tah sesat uh lagi-lagi dia tu ketua pengawas. Memang tak aku nak jadi pengawas" jawabku dengan terselit perlian kepada Tengku Amirul Fareez. Biarpun lelaki itu tak dengar kisah apa.
"Kalau cikgu pilih kau baru tau" perli Nik Aira. Ku Syaf Ariana membuat rolles eyes "Hekk tak akannye aku baru jer masuk sekolah takkan dapat terus jawatan" kataku.
"Yelah mana tau. Kau tu kan rajin siap jadi fav cikgu cikgu lain dekat sekolah ni" kata Iman Nadhirah pula. "Yelah kalau dah dapat aku terima jer" ucapnya lagi.
Tanpa mereka sedar perhimpunan sudah habis. Terkejut mereka bertiga mendengar suara Tengku Farah Adlina mengarah.
"Semua murid tingkatan 5 boleh naik ke kelas sekarang!" kata Tengku Farah Adlina lantang.
Mereka semua berdiri dari bersila dan mengambil beg sekolah disebelah kanan mereka lalu berjalan menuju ke kelas.
Didalam kelas sekarang subjek bahasa melayu tetapi entah kenapa Cikgu Haslina tak masuk-masuk lagi.
Kelas riuh-rendah seperti concert bts. Kelas yang pada mulanya riuh-rendah mengalahkan concert tadi tiba tiba senyap sepi.
"Asal diam tadi bukan main bising lagi ke" gumam aku dalam hati. Aku tengok siapa yang berada dihadapan. Aku men rolles eyes.
Lah mamat head prefect tu patutlah semua senyap takut lah tu kena marah, hehe.
"Harini Cikgu Haslina ada mesyuarat jadi tak dapat masuk kelas. Dia amanahkan korang untuk ulang kaji. Korang pun tahu kita akan menduduki peperiksaan besar tahun ni" kata Tengku Amirul Fareez datar dan keras.
Yang lain hanya mengangguk kepala tanda setuju akan kata-kata Tengku Amirul Fareez tanpa bantahan.
Aku mengeluar buku teks dari beg dan meletakkan diatas meja.
Aku membuka dan membaca buku favourite aku. Sudah semestinya add math lah geng. Aku sentiasa dapat 90 ke atas dalam peperiksaan. Ok aku riak sekejap.
Setelah hampir 25 minit membaca buku aku melihat jam yang terdapat di pergelangan tangan kanan aku. Jam sudah menunjukkan pukul 10.25 pagi tinggal 5 minit sahaja sebelum bunyi loceng waktu rehat.
Krigggg!!
Kringgg!!
Aku, Tengku Farah Adlina, Nik Aira dan Iman Nadhirah berjalan keluar dari kelas seiringan menuju ke Cafe. Tengku Syafiqah keluar awal 10 minit untuk bertugas.
"Korang nak makan apa? aku tolong belikan. Lagipun aku tengok macam panjang beratur" kata Nik Aira. Dia menghulurkan tangannya untuk meminta duit.
"Ermm aku nak pasta dengan juice orange" kataku kepada Nik Aira dengan meletakkan duit berwarna hijau diatas telapak tangan Nik Aira.
"Erm aku dengan Farah pun nak yang sama dengan syaf lah" kata Iman Nadhirah tanpa berfikir panjang. Tengku Farah Adlina mengeluarkan note berwarna merah dan dihulurkan kepada Nik Aira.
Nik Aira menyambut dan berlalu pergi. Takut lambat nanti susah.
Sementara menunggu Nik Aira membeli, aku melihat sekitar kawasan Cafe. Cafe ini berdecorate ala-ala moden inggeris. (aku x tau nk tulis apa psal ni).
Kami duduk dimeja yang dihujung. Tersorok dari ramai orang. Mataku tertacap kepada satu susut tubuh yang amat ku kenali. Korang mesti kenal, siapa lagi kalau bukan ketua pengawas sekolah kita. *mata juling ke atas??*
Dengan tidak sengaja, mata mereka bertemu. Contact eyes(?).
Kelabu bertemu hazel.
Tengku Amirul Fareez memberikan wink kepada aku. Tiba-tiba muka terasa bahang panas. Segera aku melarikan mata kearah lain.
Disana pula dia tersenyum senget melihat muka gadis itu merah. Dia berlalu pergi dengan hati berbunga.
Wake up Syaf! Takkan kau dah jatuh cinta dengan mamat tu!
Aku menggelengkan kepala. Iman Nadhirah dan Tengku Farah Adlina mengerut dahi melihat orang dihadapan.
"Kau asal geleng kepala? Kena sawan eh? " soal Tengku Farah Adlina tidak bertapis. Aku menjeling tajam kearahnya.
"Sampai hati kau cakap aku macam. Aku waras lagi lah, mana ada kena sawan."
"Habis tu asal kau geleng kepala?" soal Iman Nadhirah pula.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal berlapik dengan tudung sekolah. Aku tersengih seperti kerang busuk.
"Tt-tak ada apa apalah" jawabku untu tutup gugup tadi. Mereka berdua hanya mengiyakan sahaja.
15 minit berlalu muncul Nik Aira membawa makanan. Dia meletakkan dulang diatas meja. Dia duduk disebelah Ku Syaf Ariana.
"Lama kau pergi beli Aira" jawab Iman Nadhirah. Nik Aira yang baru sahaja ingin menyuapkan nasi goreng dalam mulut terbantut.
"Orang ramai sangat beli dekat bahagian pasta tu. Tu yang lambat" tuturnya dan menyambung kembali menyuap.
Mereka berdiam diri tanpa ingin berbual. Selesai makan kami bangun dan menuju ke besen khas untuk pingga cawan yang digunakan. Kami meletakkan pinggan kedalam selaras mendengar laungan Tengku Syafiqah.
"Rehat dah habis! Sila masukkan kelas sekarang!"
"Itu dia akak singa kita dah menjerit" ujar Tengku Farah Adlina. Dia mengekek ketawa disambut oleh Nik Aira, Iman Nadhirah dan aku.
"Dah jom masuk kelas" ucap aku. Mereka berempat berjalan menuju ke kelas semula sambil berbual tanpa menghiraukan sekeliling.
Share this novel