Rate

4

Romance Series 2170

Sofia mengerutkan keningnya. Kain lap tangan yang ada di meja cashier itu diambil lalu dilap tangannya. Matanya tertancap pada telefon bimbitnya yang dipegang oleh Fio,salah seorang pelayan restoran itu.

Nombor yang tidak dikenali itu dipandangnya lama. Tiada niat pun nak menjawab. Tiga kali nombor itu mendail,tiga kali itu jugalah Sofia tidak menjawab. Lagu Anne Marie_2002 itu daripada tadi tidak henti menjerit. Nasib baik volumenya sudah diperlahankan.

Tiba²,Audi R7 berhenti betul² di depan restoran itu. Mata Sofia hanya memandang kereta mewah di depannya.

Kemudian,mata Sofia beralih kepada pemandu yang keluar daripada Audi R7 itu.

'Macam kenal....hmm bialah.. 'bisik hati Sofia. Dia kemudian bangun untuk ke bahagian dapur restoran itu. Live band yang sedang menghiburkan pelanggan itu dijelingnya sekilas. Restoran ini memang unik kerana live band yang mengadakan persembahan merupakan antara pekerja di restoran itu sendiri.

"Yooo,Fi!"Stephen,abang ketiga Sofia menyapa sambil tangan mereka membuat tanda trademark adik beradik.

"Papa mana?" Sofia menyoal abangnya yang mengelap gelas minuman yang sudah dicuci.

"Pergi Jepun. Takkan lah Fi tak tahu?" Stephen pelik apabila orang yang rapat dengan Tuan Mikael tak tahu tentang keberadaan dirinya.

"Pahal pulak pegi Jepun?"Sofia nak tahu.

"Kata nya nak buka cawangan baru kat sana.."jawab Stephen. Tangannya tetap bekerja.

Sofia mengangguk kecil.

Secara mental,dia kagum dengan pencapaian papa nya. Restoran yang beroperasi secara kecil-kecilan mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan. Hidangan tradisional dan barat yang mereka sajikan mendapat tempat di hati pelanggan.

Selain itu,suasana restoran yang bertemakan konsep moden klasik memang sesuai dengan suasana makan. Live band yang ada sudah cukup menghiburkan para pelanggan yang makan di situ.

Manakala,keuntungan yang mereka perolehi berupaya menampung keseluruhan kos bahan mentah serta penambah baikkan yang ingin dilakukan. Pada tahun ke-3,Tuan Mikael mula menambah cawangan di setiap negeri.

Memandangkan Tuan Mikael orang nya sentiasa inginkan pembaharuan,dia mula mengembangkan restoran nya ke luar negara.

Okay..enough about the restoran.

~~~~~~~~

Ian menjenguk ke dalam restoran mewah itu. Cermin mata hitam nya dibuka lalu disangkutkan di kolar baju tshirt nya.

Melilau matanya mencari seseorang. Kemudian,telefon bimbit diambil. Message ws dibuka mencari semula alamat yang telah diberikan oleh Ben kepada nya. Check kali kedua.

Kael's Gen Restaurant.

Betullah...desis hati Ian. Dilihat pula ws yang telah dihantar kepada orang yang dicari. Double grey tick sahaja....hanya ws yang pertama tadi sahaja yang sudah blue tick.

Ian hanya mendengus. Terasa seperti orang itu mencabar dirinya.

"Encik..nak makan sini ker?"salah seorang pelayan menyapa nya.

Ian memanggungkan kepala nya. Telefon diletakkan semula ke dalam poket. Apabila mata bertembung,Ian tarik sengih sinis. Manakala,pelayan tadi hanya buat poker face.

Ian hanya mengangguk menjawab pertanyaan pelayan tadi.

"Seorang jer?"

"Two"pendek sahaja jawapan Ian. Matanya ralit memerhati pelayan itu yang membelakang kan nya.

"Encik ok disini?"pelayan itu meminta kepastian keselesaan pelanggannya di meja yang dia syorkan.

Angguk lagi. Kali ini,pelayan tadi berlalu ke bahagian kaunter bar lalu mengambil sesuatu. Kemudian,dia kembali ke meja pelanggan nya tadi.

Menu yang dibawa diletakkan di atas meja.

"Encik nak order sekarang,atau tunggu pasangan,Encik?"mendatar sahaja nada yang diberikan.

Ian mengambil buku menu itu tanpa ingin membuat pesanan.

"Best kerja sini?"tiba² soalan itu terpacul daripada mulut Ian. Pelayan tadi hanya menjungkitkan kening...unpredictable betul soalan mamat ni.

"Best..kenapa encik?"

Kali ini,Ian pula yang diam.

"Kau tengok ws kau...I'll wait you here. "dingin suara itu mengarahkan. Pelayan itu mengejek Ian tanpa Ian tahu.

"Now....Fia. Now"suara itu dikeraskan.

Cepat saja Sofia berlalu ke dapur. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

-kau siap sekarang
-kau jangan nak cabar aku
-i'll wait you in front of Kael's gen restaurant
-dont be late
-kau ni memang sengaja kan?
-aku masuk buat hal karang
-woi!

Mengeluh Sofia dibuatnya. Satu persoalan di minda nya.

Mana mamat ni dapat nombor aku?

Sofia kembali ke meja Ian.

"Encik...saya minta maaf. Tapi,saya sedang bekerja sekarang. "berhemah suara Sofia.

Ian mengangkat kepala nya. Tajam matanya merenung gadis yang berkemeja jingga polkadot dikenakan jeans biru serta apron paras pinggang. Tak lupa juga topi jingga gadis itu yang menutup rambutnya.

"Dont you remember about our deal,sweety?"Ian mengingatkan.

Sofia memandang ke tempat lain.

"But I cant right now. Im working. "ujar Sofia kepada lelaki yang agak psycho di depannya. Sekejap dingin,sekejap marah,sekejap ber'sweety' bagai....

"Do I look like I care? Take EL if possible"tiada perasaan wajah itu.

"Huh...do I look like Im willing to take EL just for you,Mister?"Sofia membalas.

Ian yang rasa tercabar bangkit dari duduknya.

"Kau...."

"Dah lah Ian...buat apa kau cari aku kat sini?"pintas Sofia. Dia mengeluh...hai lah..tak masyuk rezeki hari disebabkan asyik mengeluh daripada tadi.

"Jangan buang masa kau..boleh tak? Kau macam ni,kau turut buang masa aku lah. Stop wasting each other time...can you?"

Ibarat peluru yang menusuk terus ke dalam hati Ian pabila mendengar sebaris ayat "Stop wasting each other time" itu keluar daripada bibir mungil Sofia.

Dengan paksaan,Ian mengukir senyuman sinis.

"Jadi....kau anggap,semua yang berlaku...dulu dan sekarang"Ian berhenti seketika..Nafasnya ditarik dalam...

"....adalah buang masa?"ujar Ian tanpa memandang ke arah gadis yang setinggi bahunya itu.

Sofia hanya diam. Angguk tidak,geleng pun tidak.

Ian mengangguk-anggukkan kepalanya.

"O..okay. I understand. "seraya itu Ian terus berlalu keluar daripada restoran itu.

Sofia menggigit bibir bawahnya. Jarinya meraup wajahnya.

Aaaahhhhhhh...stresss!!!

~~~~~~~~

"Seriusly lah Fia?"terkejut Jj mendengar cerita sahabatnya.

"Hmmm"tanpa semangat Sofia mengangguk. Jj memejamkan matanya sambil menghembuskan nafas.

"Sekarang ni...satu jer aku nak tanya..."jeda seketika.

"Kau...masih cintakan dia ke?"soal Jj teragak-agak.

Lama Sofia memandang Jj...

"I dont know. Tapi yang aku tahu,aku masih terluka dengan kisah lalu"rintih Sofia.

Jj pula yang simpati. Mereka berdua kini di apartment milik Sofia. Apartment yang asalnya milik Abang Sofia, Sylvester. Namun,setelah abangnya itu berpindah,dia lah jadi pemilik apartment itu.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa,babe. Aku harap sangat kau ngan dia berbaik..sebab.."

'Jangan bagitau Sofia...ingat!'. Tiba² kata² Ben terngiang ngiang di minda Jj.

"Sebab apa?"Sofia menyoal apabila ayat Jj tergantung begitu sahaja.

"Erm..sebab..aku takut kau macam ni lah..."

'Fuh..nasib dapat pikirkan idea'

Sofia memandang ke arah lain. Teringat dia kisah lama dia dan Ian.....

Flashback...

"Sofi...lama tunggu?"Ian yang baru sampai terus sahaja duduk di sebelah buah hatinya.

Sofia terkejut apabila disergah begitu.

"Max..please. You startled me!"marah Sofia. Ian tarik sengih.

"Maaf intan payung. Patik tidak sengaja berbuat demikian. Patik terlalu gembira ingin berjumpa dengan intan payung patik..."seloroh Ian.

Sofia hanya mencebik.

"Sebagai hukuman,patik sanggup terima apa sahaja..."sambung Ian lagi.

"Apa sahaja?"soal Sofia teruja.

Ian mengecilkan matanya.

"As long as it not about breaking our relationship". Awal² Ian bagi amaran..

Sofia ketawa...

"Alaaaa...baru je nak cakap minta putus..."seloroh Sofia. Terus berubah air muka Ian.

"Minta lah..minta!"rajuk Ian. Sofia membulatkan matanya.

"Betul ni?". Sofia meminta kepastian. Ian diam tidak menjawab.

"Baiklah...."baru sahaja Sofia mahu bangkit dari duduknya,tangannya ditarik.

"Sofi...."meleret suara Ian. Sofia hanya tahan tawa.

'Ilek...jap lagi..tahan lah dulu'bisik hati Sofia.

"Lepas lah....dah setuju tadi kan?". Sofia tayang muka poker.

Ian memandang ke dalam mata Sofia. Boleh diibaratkan anak anjing yang minta dikasihani rupa Ian kala itu.

Akhirnya.....

"Ha..haaahahhahahaha!!!". Tawa Sofia meletus.

"Sofi! Why are you laughing?!"bentak Ian geram.

"Ilek aaa,Max...intan payung kau ni nak memutuskan ikatan tie kat leher ni haaa"ujar Sofia sambil menunjukkan necktie hitam yang mengikat lehernya.

Leceh aaaa majlis MAPC(Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang)...perlu guna necktie segala...

Ian mencerut. Main² pulaaaaaaa....

End of flashback....

"Fia....weh,kau nak ikut aku tak?". Jj yang sudah siap dengan beg di tangan menyoal. Risau dia melihat rupa sahabatnya yang serupa hilang anak..pada hal..suami pun takda,macam mana nak ada anak? Jadi dia memutuskan untuk mengajak sahabatnya shopping.

"Pergi mana?". Sofia yang tiada mood itu hanya menyoal tanpa memandang sahabat nya.

"Come on lah,Fia. Its weekend,come and have some fun!". Ajak Jj. Sofia mengeluh.

Ya tak ya juga. Lagipun,kalau memerap kat rumah kang,ingat pula kisah lama.....

"Five minutes". Sofia terus berlalu ke biliknya.

Kemeja putih transparent dikenakan tshirt ungu berbelang di dalam. Jeans fit cut serta tak lupa pada topi putihnya yang tersusun di bahagian tersendiri di wardrobe nya. Akhir sekali,telefon bimbit serta dompet diambil.

Keluar sahaja dari bilik,Jj sudah menunggunya.

Atas bawah sahabat nya memandang nya.

"Kenapa?".

"Why do you have to wear cap all the time?". Jj menyampah dengan perangai rakannya asyik guna topi jer. Gi kelas pun guna topi. Rimas tau!

"Biarlah. Janji aku bahagia." Jawab Sofia tanpa riak.

"Fine!". Keluh Jj...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience