DENGAN tiba-tiba sebuah Chevrolet muncul di belakang Velkan. Kenderaan itu meluru laju hendak melanggarnya tanpa ampun.
Lycan itu menoleh ke belakang. Dia mengangkat tangannya untuk melindungi matanya.
Kemudian dia mengumpul seluruh tenaga dan dengan pantas meloncat ke udara untuk menepis. Terpaan Chevrolet itu begitu laju tetapi ketangkasan seekor haiwan liar yang ada padanya telah menyelamatkan dirinya.
Velkan memutar tubuh ketika kakinya menjejak di atas tanah.
Di hadapannya berdiri Chomel dengan tenang sambil berpeluk tubuh. Wajahnya tak mengesankan sesuatu tetapi tidak bererti bahwa dia tidak memikirkan sesuatu.
Velkan memandang Chomel dari kepala hingga ke hujung kaki dengan sinar mata merah seperti api neraka. Dalam pandangan Velkan gadis itu kelihatan begitu cantik, tetapi lebih daripada itu dia merasakan bahawa gadis itu mempunyai maksud tertentu.
Velkan menarik nafasnya panjang-panjang dan dilepas sungguh-sungguh. Tanpa apa-apa amaran, makhluk lycan itu menampakkan gigi taringnya, lantas berteriak.
Chomel melepaskan satu keluhan.
Dengan tidak semena-mena, wajah Chomel berubah menjadi sesuatu yang amat menakutkan. Matanya merah menyala, taringnya yang tajam jelas kelihatan dan menampakkan kuku-kuku jarinya yang tajam.
Velkan menatap heran sambil mengerutkan mukanya. Pontianak yang berdiri di depan ditenungnya. Diamatinya.
Dia berkata, "Shape shifters. I thought you were mythical."
"Shape shifters. I thought you were mythical."
Satu hilaian yang amat menggerunkan terhambur dari bibir pontianak itu. Dia menunggu tindak-tanduk daripada Velkan.
Mata Velkan ditentangnya dengan tajam.
Mereka berlaga mata.
Saat-saat berlalu tak terasa, dan tak satu pun dari kedua makhluk itu berusaha berbuat sesuatu.
Setelah beberapa saat yang menegangkan syaraf, Velkan dengan secara mengejut menerpa ke arah pontianak itu. Kakinya melangkah dengan tangkas. Leher Chomel cuba dicekiknya.
Terpaan yang mendadak itu dielak oleh Chomel. Setangkas seekor singa yang kelaparan, dia mencakar betis Velkan dengan seluruh tenaga yang ada padanya. Keadaan ini berlaku beberapa kali.
Lycan itu mengaduh kesakitan apabila menerima cakaran kuku tajam Chomel yang membuta tuli. Cakaran Chomel itu menembusi dan merobek kulitnya. Darah menghambur keluar.
Akhirnya dia terjelepuk di jalanan. Tidak bermaya. Kemudian dia merangkak berensut-ensut. Jelas kelihatan dia telah menerima kecederaan yang dahsyat.
Tiba-tiba muncul empat makhluk lycan. Mereka mengerumuni Velkan, seolah-olah ingin melindunginya dari bahaya yang mungkin mendatang.
"Listen to me, all of you!" teriak Chomel tiba-tiba. "Turn back, and survive! Stay... and I'll kill you all! Do you guys understand that?"
Amaran pontianak itu mereka tidak pedulikan. Tanpa membuang masa, mereka secepat kilat menerpa ke arah Chomel. Tetapi Chomel nampaknya sudah bersedia menunggu sebarang cabaran daripada mereka.
Chomel berlari dengan pantas ke hadapan dan dengan bingkas meloncat ke udara. Dia begitu bersemangat dengan apa yang sedang dilakukannya.
Gork dan Igor, dua daripada serigala jadian itu menyalak dan meloncat ke udara untuk mencekik leher lawan mereka dengan seluruh tenaga. Tetapi dengan pantas Chomel dapat mengelak sambil mendepakan kedua belah kuku tangannya, dicakarkan ke rusuk mereka.
Telapak kaki Chomel mendekat ke bumi dengan membongkokkan badannya ke hadapan. Dengan pantas dia berpaling ke belakang.
Di atas jalan itu dua makhluk lycan terbaring dengan wajah seperti sedang menanggung sakit yang amat sangat.
Semangat Chomel jadi memuncak. Matanya kelihatan berapi-api. Kemudian kedengaran dia mengilai dengan nyaring.
Makhluk-makhluk lycan itu terkejut dan kelihatan bimbang. Kecuh hati mereka melihat gelagat Chomel.
"This matter is ended. It's foolish to pretend otherwise. All right, now, turn around. Turn around and head for home. Get the hell out of here. All of you!" Chomel memberitahukan dengan tegas.
Velkan mengangguk perlahan. "Alright, let's go everyone."
Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, mereka mengikut saja apa yang dikatakan oleh Chomel dan berundur semakin lama semakin jauh ke belakang.
Kemudian menoleh, membelakangi Chomel.
Tiba-tiba terasa fana, suasana sunyi dan masa seakan-akan terhenti.
SETELAH memarkir kenderaannya di depan Celine, Louis keluar dan berkata, "Celine. I got here as quick as I could."
"I've been wondering when you'd show up. Nice to see you again, Louis. It's been a while."
Louis merapati Chomel dan meletakkan sebelah tangannya ke atas bahunya sambil berkata, "Allow me to introduce my friend. This is Chomel."
Celine menghampiri Chomel lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dan berkata, "Hi, Chomel. I'm Louis sister."
Chomel menganggukkan kepalanya. "Hi, nice to meet you. Louis told me so much about you."
"That was really something," Celine mengatakan.
"That was just a bit of fun, really," balas Chomel.
"Thank you for what you've done."
"Oh, that's all right. Think nothing of it."
"From this day forward, you can count me as your ally. I'll do you a favor someday."
Louis berkata, "I'll say one thing, you never cease to amaze me."
"I take that as a compliment."
"I'm sorry I got you into all this shit," kata Celine.
"What? Don't be. It's not your fault. I got myself into all this shit."
Celine bertanya, "So, you two are dating?"
"No, not exactly. We just met," jelas Louis.
"I do wish we could chat longer but it's kind of late. I better be getting home," beritahu Chomel.
"I'll give you a lift," Louis menawarkan untuk menghantarkan Chomel pulang. "Where do you live?"
Chomel menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. "I'd rather walk, Louis."
Dia membongkok hormat di hadapan Louis dan Celine dan berkata, "Lots and lots of good luck."
Selepas berkata begitu Chomel terus menyusun tapak.
"Don't come back here anymore, Chomel. Stay far, far away," pesan Louis bersungguh-sungguh.
Chomel berhenti berjalan dan berpusing untuk menatap Louis dan Celine. "Thanks. I could give you the same advice."
"Perhaps, we'll meet again."
"Perhaps." Chomel membelakangi mereka.
"Let's get out of here."
KETIKA Louis duduk di belakang kemudi, Celine membuka pintu di seberangnya dan duduk di sisinya.
"She's awfully attractive, isn't she?" Celine memberikan komentarnya.
"She looks really beautiful," Louis menjawab.
"She certainly does. What's the plan now?" soal Celine lagi sambil membetulkan tempat duduknya.
"Disappear... no names, no occupations."
"Together?"
"That's up to you."
Kedua vampire itu berdiam diri selama sisa perjalanan.
Share this novel