Bab 5

Romance Series 12449

Kring!!!

Bunyi loceng telah menunjukkan bahawa kelas bahasa Inggeris telah habis. "Stend up, thank you Teacher Lim!" ucap ketua kelas. Yang lain mengikut apa yang diarah.

Sebaik sahaja cikgu cina tersebut keluar ramai murid berpusu pusu keluar untuk ke kantin. Hanya yang tinggal Tengku Syafiqah dan Ku Syaf Ariana.

Tengku Syafiqah mengemaskan begnya lalu memandang Ku Syaf Ariana " we jom aku nak perkenalkan dengan sahabat aku yang lain " kata Tengku Syafiqah seraya memegang pergelangan tangan Ku Syaf Ariana. Dia hanya mengikuti sahaja sahabatnya tanpa membantah.

Setibanya aku dan Tengku Syafiqah dikantin, ada dua orang pelajar melambai tangan kearah aku dan Tengku Syafiqah, gadis itu membalas lambaian yang diberikan oleh dua orang pelajar perempuan tadi lalu terus sahaja berjalan ke arah mereka. Aku hanya menuruti langkah Tengku Syafiqah.

"Hye korang" sapa Tengku Syafiqah kepada tiga orang pelajar perempuan itu. Mereka pun membalas sapaan Tengku Syafiqah.

Salah seorang dari mereka bertiga bertanya kepada Tengku Syafiqah "weyh tu siapa dekat sebelah kau? " kata pelajar perempuan itu.

Tengku Syafiqah memandang sebelahnya sebelum menepuk dahinya "hehehe sorry aku lupa nak perkenalkan dia. Nama dia Ku Syaf Ariana, korang boleh panggil dia Syaf " kata Tengku Syafiqah dengan perkenalkan diri aku pada mereka bertiga. Mereka bertiga menganguk.

"Actually korang, Syaf ni pun sorokkan status dia macam kita."

"Ouhhh" jawab mereka bertiga.

Mata biru Tengku Syafiqah memandang wajah Ku Syaf Ariana "Syaf sebelum aku lupa, aku nak perkenalkan mereka bertiga kepada kau. Nama minah yang duduk makan nugget tu nama dia Iman Nadhirah Binti Dato kamal, kau boleh panggil iman. Sebelah Iman nama dia Nik Aira Binti Tan Sri Nik Tajudin, you just call dia Aira. Okay yang last lagi tengah melantak makan nasi goreng tu nama dia Tengku Farah Adlina Binti Tengku Zulkiflee, panggil je dia farah" Kata Tengku Syafiqah kepada aku. Dia hanya menganguk sahaja.

"aku rasa Ika ni boleh jadi secretary tanpa bayar cakap. Dia perkenalan dorang dekat aku pun tanpa henti macam robot" bisik hati kecil aku.

Mata kelabu Ku Syaf Ariana memandang satu persatu muka yang ada disini "kenapa korang nak sorokkan identiti korang?" kata Ku Syaf Ariana.

"Sebenarnya, kitaorang malas nak dilayan macam anak orang berpengaruh sekali sekala nak juga rasa jadi sederhana. Lagi satu, kalau kitaorang dedahkan identiti mesti anak kepada salah seorang musuh syarikat keluarga kitaorang akan suruh anak mereka berbaik dengan kitaorang. Kalau dapat pulak kes macam anak musuh syarikat tu lelaki buaya darat susah lagi lagi kita yang perempuan lemah. Mesti mereka nak satukan kita dalam umur yang muda sebegini alasan mereka ialah berbaik dan memajukan dalam businesslah tak pun kononnya nak mengeratkan hubungan silaturahim. That why, kitaorang pakai seperti orang biasa untuk tutup identiti kitaorang sampai masa tu baru kitaorang akan dedahkan. Dorang takkan berani lagi pijak kepala kitaorang dekat sekolah ni" Jelas Iman Nadhirah panjang lebar.

Ku Syaf Ariana mengganguk faham. Patutlah sahabatnya pakai spec mata, tahi lalat palsu tu semua. Sebab itu rupanya.

"Korang ulang alik dari rumah ke duduk asrama" kata aku kepada mereka berempat.

"Kitaorang duduk asrama" jawab Nik Aira bagi pihak mereka. Aku mengangguk tanda faham.

"Syaf kau pulak macam mana stay or ulang alik? " soal Tengku Farah Adlina kepada aku.

"Aku duduk asrama" aku menjawab persoalan Tengku Farah Adlina.

Flashback

Selepas aku bertemu dan perkenalkan diri aku pada Cikgu Haslina, ada seorang perempuan dalam lingkungan 30 an datang dan meyapa kami.

"Kamu Ku Syaf Ariana Binti Ku Umar kan?" soal perempuan 30 an tu.

"Ya itu saya" jawabku.

"Sebentar tadi pengetua ada maklumkan kepada saya bahawa ada pelajar baru. Saya selaku warden bertanggungjawab untuk menempatkan awak ke dalam asrama" terang wanita itu.

"Lagi satu, awak boleh panggil saya Cik Fasya" ujar perempuan itu merangkap warden asrama kepada aku.

"Syaf awak ikut dulu Cik Fasya ke dorm terlebih dahulu bawa barang awak sekali. Saya ada urusan di pejabat sekejap. Lepas awak sudah siap kemas dekat dorm awak tunggu saya dekat sini balik" terang Cikgu Haslina padat.

"Baik cikgu" jawab Ku Syaf Ariana.

Setibanya di block puteri, Cik Fasya membawa aku ke dalam dorm yang memuatkan 5 orang pelajar. Aku mengambil katil dihujung sekali memandang tiada orang disitu. Cik fasya memberikan kunci locker kepada aku.

"Terima kasih Cik Fasya" kataku.

"Sama sama" katanya kepada aku.

Setelah selesai berkemas, aku terus ke pejabat seperti yang diarahkan oleh Cikgu Haslina. Aku menunggu Cikgu Haslina di luar pejabat. Beberapa minit kemudian, Cikgu Haslina keluar dari pejabat dengan membawa file peribadi aku bersama.

Dia memandang kiri kemudian tersenyum "ouh kamu dah sampai Syaf. Mari kita ke kelas sekarang" ajak guru tersebut. Dia hanya menganguk.

Sepanjang mereka berjalan aku hanya menyusuli langkah cikgu Haslina sehingga sampai ke kelas 5Rajin iaitu kelas sains tulen.

Semua pelajar bangun, assalamualaikum Cikgu Haslina" jerit ketua kelas diikuti dengan pelajar yang lain.

"Ok semua boleh duduk" jawab Cikgu Haslina.

"Baiklah class harini saya nak memperkenalkan pelajar yang baru sahaja daftar masuk sebentar tadi, Syaf sila masuk" ujar Cikgu Haslina.

Aku berjalan masuk ke dalam kelas. Setibanya aku dihadapan kelas, semua murid memandang aku dengan tanda tanya.

Weyh ada budak baru ke dho? Cun dho! aku hanya buat bodoh sahaja dengan teriakan gatal itu, "karang aku bersilat nanti baru tahu! Gatal sangat! Sekarang dah lah first day, nanti tak pasal pasal jadi last day aku" bisik hati kecil Ku Syaf Ariana.

"Baiklah Syaf awak boleh memperkenalkan diri awak" ucap Cikgu Haslina lantang. Aku nak memperkenalkan diri aku pun rasa seram sejuk jugak dibuatnya.

"Assalamualaikum, nama aku Syaf Ariana Binti Umar. Korang boleh panggil aku Syaf " ucapnya dengan nada dingin.

Dimeja belakang, Tengku Amirul Fareez sudah membulat mata "tak sangka orang gila ni satu kelas dengan aku. Tapi tak pe senang aku nak buli dia nanti" bisiknya dengan datar. Masih sakit hati tentang pagi tadi.

"Kelas ada apa apa yang nak tanya kepada Syaf " soal Cikgu Haslina lantang kepada semua murid didalam kelas. Lantas sahaja seorang lelaki yang memakai blazer hitam berkemeja ungu barangkali pembimbing rakan sebaya itu mengangkat tangan.

"Ya ada apa yang awak nak tanya faizs" soal Cikgu Haslina. Dia tersenyum lalu bertanya "dah berpunya ke belum" ucapnya gatal yang lain sudah menyorak. Aku memandangnya kecik besar kecik besar jer.

"Soalan peribadi takkan diterima" jawab cikgu tersebut. Nasib baik cikgu Haslina support tau kalau tak memang aku sumbat cili dalam mulut dia tu.

End flashback

Aku bercerita semula tentang kejadian pagi tadi yang lain tekun mendengar.

"We jap aku nak tanya kau dorm kau tingkat berapa?" soal Nik Aira dengan hairan. Gadis itu hanya tersenyum nipis sahaja.

"Aku punya dorm dekat tingkat 4 kenapa? " jawab Ku Syaf Ariana sambil menghirup sedikit air milo kepunyaan Iman Nadhirah.

Membulat mata mereka berempat "Serius lah we dorm kau dekat tingkat 4?!" soal Tengku Syafiqah kepastian. Ku Syaf Ariana menganguk.

"Wah kita sama dorm lah tak sangka pun" jawab Tengku Adlina teruja. Mereka yang lain mengiyakan ucapan Tengku Farah Adlina tadi.

"Semua masuk kelas! Rehat dah habis! " jerit seorang pengawas.

"We jom lah masuk kelas. Kejap lagi kelas kimia Cikgu Ahmad" ujar Iman Nadhirah. Mereka semua bangun nak berjalan ke kelas bersama sama.

Ok aku lupa nak perkenalkan kumpulan Aspuri.

Aspuri. Siapa tidak kenal? Kumpulan paling popular dikalangan pelajar perempuan mahupun lelaki. Mereka dikenali sebagai ice princess kerana mereka tidak pernah sekali tersenyum mana mana murid mahupun cikgu melainkan senyuman perli.

Aspuri terdiri 5 orang iaitu Ku Syaf Ariana, seorang yang dingin dan tidak boleh diajak main seperti sahabatnya Tengku Syafiqah. Mereka berdua memang satu kepala. Nik Aira, Iman Nadhirah dan Tengku Farah Adlina biarpun mereka dingin dan kasar namun masih boleh diajak borak biarpun masih dalam kedinginan.

Mereka semua ini merupakan anak kepada top 10 jutawan diasia tenggara dan sentiasa mengharumkan nama sekolah diperingkat antarabangsa dalam acara taekwondo. Biarpun Ku Syaf Ariana baru pindah tapi jangan pandang rendah padanya kerana dia merupakan atlet taekwondo waktu sekolah lama dulu.

Biarpun mereka mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan namun kelincahan mereka dalam seni pertahanan diri tidak pernah mengecewakan. Itulah mereka kumpulan Aspuri setanding hebat seperti Aspura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience