Tiara sudah bersiap untuk ke universiti. Dia mencapai 'tote bag' nya yang berada di atas meja dan keluar daripada bilik. Dia memeriksa dahulu rumahnya sebelum dia keluar.
Setelah mengisi makanan kucing, dia mengambil kunci rumah dan keluar. Semasa kaki nya melangkah keluar, hati nya berasa tidak sedap.
"Kenapa aku rasa macam tak sedap hati ni? Aku rasa macam ada benda buruk yang akan jadi. Hmm, itu perasaan je kot" bisik Tiara.
Dia pun menyarung kasut nya dan berjalan ke depan pagar untuk menunggu kereta grab.
Sampai di universiti, dia masih lagi berasa tidak sedap hati. Banyak kali dia cuba menepis perasaan itu tetapi tidak dapat.
Akhirnya, dia pergi ke surau universiti untuk menunaikan solat sunat dhuha. Selepas solat, hatinya berasa tenang sedikit.
Semasa Tiara memasuki dewan kuliah, dia mendapati yang Hadirah sudah sampai. Dari jauh, Hadirah melambai tangan ke arahnya. Tiara membalas lambaian itu dengan senyuman.
"Lambat kau datang hari ni. Selalu nya kalau aku datang, kau dah terpacak dekat dalam dewan ni. Hari ni aku pulak yang datang lagi awal daripada kau" Hadirah menegur Tiara yang mengambil tempat di sebelah nya.
"Aku terbangun lewat sikit tadi. Itu yang datang lambat tu. Alah, bukan lambat sangat pun. Dalam dewan ni pun baru ada 4 orang" Tiara melihat pelajar yang sudah berada di dalam dewan itu. Tiara tidak beritahu perkara sebenar pada Hadirah.
"Hari ni kau tak duduk dekat sebelah Abang Hadi pulak?" tanya Hadirah sambil tersenyum nakal
"Kau ni kan! Suka sangat nak usik usik aku. Kan aku duduk sebelah kau sekarang ni. Can't you see it Miss Hadirah Fatiha?"
"Okey, fine. Kau dah siap ke assignment yang prof bagi minggu lepas? Pening lah kepala aku, banyak sangat kerja"
"Assignment tu? Aku dah start dah buat sikit tapi belum siap lah" jawab Tiara jujur.
"Wah! Gila la kau Tiara. Punya banyak kerja kita kau dah start buat assignment tu. Tak pelik lah kalau kau ni student kesayangan Prof Yusuf " Terlopong mulut Hadirah mendengar jawapan jujur Tiara.
"Apa kau ni? Tak ada student kesayangan nya. Biasa je la. Student kesayangan Prof Yusuf tu hah. Tiga jejaka hero Malaya Universiti Melaka" kata Tiara sambil menunjukkan tempat duduk Hadi, Akmal dan Hafiz.
"Hahahaha. Betul tu betul, aku sokong kata kata kau"
//
Luqman baru sahaja keluar daripada rumah apartment milik kawannya. Di situ lah markas 'agung' dia dan kawan kawan nya.
Keadaan di dalam rumah itu sangat bersepah dan tidak terurus. Bahan bahan terlarang berada di merata rata tempat. Walaupun begitu, bagi Luqman tempat itu bagaikan 'syurga' baginya.
Luqman sedang menunggu lif. Dalam pada dia menunggu, seorang jiran lelaki kawannya datang berdiri di sebelahnya.
Jiran itu memandang Luqman dengan pandangan yang curiga. Walaupun kepala nya tegak sahaja tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Luqman.
Baginya ada yang tidak kena dengan Luqman. Luqman yang perasan dirinya diperhatikan menjadi tidak selesa.
Tanpa menunggu lama, dia mengambil keputusan untuk tidak menunggu lif. Dia turun menggunakan tangga. Jiran itu hanya memerhati kan sahaja Luqman berlalu pergi.
"Macam ada yang tak kena lah dengan lelaki tu. Diri pun tak terurus. Aku tengok macam dah lama je dia tak mandi. Ah! Biar lah dia. Yang aku sibuk tu dah kenapa" kata jiran lelaki itu. Pintu lif di hadapannya terbuka dan dia pun masuk ke dalam.
"Apa masalah dia nak tengok tengok aku? Ikut hati nak aku cungkil je mata dia. Dah tak ada cermin ke dekat rumah untuk tengok muka sendiri sampai mata tu nak naik juling tengok orang"
Luqman membebel sambil menghidupkan enjin motosikal nya. Dia ingin pulang ke rumah nya kerana duit yang diberi oleh Hadi sudah habis digunakan nya.
"Aku harap Hadi tu hantar Tiara balik rumah. Dapat lah aku tibai duit dia lagi. Seronok betul ye ada bank sendiri ni. Masyuk hidup aku kalau macam ni. Kenapa lah Tiara tak berkawan dengan dia daripada dulu? Senang kerja aku tak payah nak mintak duit dekat Tiara tu. Bagi duit macam nak bagi kucing makan. Kedekut betul"
Selang 15 minit, Luqman sudah sampai di hadapan rumah. Dia membuka pagar dan memarkir motosikal nya di halaman rumah.
Kunci rumah dikeluarkan daripada poket seluar dan pintu dibuka nya. Kemudian, dia masuk ke dalam rumah. Dia mendapati suasana rumah hanya senyap sahaja.
"Dia pergi kelas lah tu. Kan dia lagi bijak daripada aku. Dapat masuk universiti. Ah! Mampus dia lah. Baik aku tidur dulu sementara tunggu dia balik"
Ditutupnya pintu dan kaki nya melangkah ke arah biliknya. Lama sudah dia tidak masuk ke dalam bilik nya. Kali terakhir pun 3 bulan yang lalu.
Dia banyak habiskan masa di rumah kawannya. Keadaan di rumah itu diabaikan nya walaupun sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab nya untuk menjaga kebajikan ibu dan adiknya.
Luqman melihat keadaan sekeliling bilik nya. Masih lagi sama seperti kali terakhir dia berada di situ. Tiada satu barang pun yang nampak diusik.
Kecuali sejadah yang digunakan Hadi tempoh hari.
Tanpa berlengah, dihempas badannya di atas katil. Disebabkan sudah lama katil itu terbiar, banyak habuk di atas cadar katil itu.
"Hadoi! Apa benda habuk ni! Apa kerja Tiara tu dekat rumah ni? Goyang kaki je ke? Mentang mentang lah penat belajar kerja apa tak payah buat. Tak guna betul perempuan ni. Itulah! Ibu manjakan sangat budak tu sampai jadi malas nak mampus" amuk Luqman tiba tiba.
Dia mengibas cadar katil itu dengan menggunakan selimut. Kemudian dia menepuk bantal kepala dan meletakkan kepala di atas nya. Tidak sampai tiga minit, dia sudah terlena.
//
Hadi berlari mendapatkan Tiara yang sedang ligat berjalan. Tiara dalam perjalanan untuk ke bus stop.
"Tiara!" panggil Hadi. Niat di hati mahu terkejut kan Tiara daripada belakang tetapi memandangkan Tiara laju berjalan, lelah di buat nya untuk mengejar.
Langkah Tiara terhenti apabila mendengar ada suara memanggil nya. Kepala nya ditoleh ke belakang dan dia melihat Hadi sedang berlari mengejar nya.
Tiara hanya berdiri tegak menunggu sehingga Hadi sampai di sisi nya.
"Hah, kenapa kau kejar aku?" tanya Tiara
"Kemain laju kau jalan, nak kejar apa?" soal Hadi kepada Tiara.
"Aku nak cepat balik rumah lah"
"Kenapa?" Hadi hairan dengan jawapan Tiara itu.
"Entah lah, aku rasa macam tak sedap hati lah. Yang aku tahu aku nak balik rumah cepat. Aku rasa macam ada something buruk akan berlaku" jawab Tiara dengan wajah yang gusar.
Dahi Hadi berkerut mendengar kata kata Tiara. Tak sedap hati pasal apa?
"Itu perasaan kau je kot. Tak ada apa apa lah. Jom lah, aku hantar kau balik" Bila Tiara sudah kata begitu, dia pula rasa risau. Daripada biarkan Tiara balik seorang diri, baik dia yang hantarkan.
Tiara tidak menjawab tetapi hanya mengangguk kepala sahaja. Melihat Tiara bersetuju, Hadi pun berjalan ke arah kereta nya dan diikuti oleh Tiara di belakang.
Sepanjang di dalam kereta, Tiara hanya mendiamkan diri sahaja. Dia termenung ke luar tingkap kereta.
"Apa kena dengan dia ni?" desis hati Hadi
Sampai sahaja di hadapan rumah, mata mereka berdua tertumpu pada sebuah motosikal yang diparkir elok di halaman rumah.
Belum sempat Tiara berkata apa apa, Hadi sudah bertanya.
"Itu motor abang kau ke?"
"Ye la tu. Apa mimpi dia tiba tiba balik rumah? Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba muncul" jawab Tiara. Matanya masih lagi melihat motor abang nya itu.
" Okey lah Hadi. Terima kasih sebab hantar aku balik. Banyak kali dah kau hantar aku balik rumah. Aku tak ada pun balas budi kau dengan apa apa"
"Eh, apa cakap macam tu. Aku ikhlas lah hantar kau balik. Lagipun, dapat lah kau simpan duit kau tu. Asyik bayar grab je, aku kan ada. Bukan jauh pun rumah kau dengan rumah aku" balas Hadi
"Hey, sekurang kurangnya kalau aku naik grab, dapat lah pak cik, abang grab tu duit sikit. Kalau tak ada orang naik grab, kesian lah diaorang"
"Ye lah Tiara. Suka hati kau lah" kata Hadi malas mahu membahas tentang grab.
"Okey, bye" Tiara membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Hadi juga turut berbuat begitu.
"Eh eh eh, apahal kau keluar ni?" Tiara terkejut melihat tindakan Hadi itu.
"Saja je. Aku nak tengok kau masuk rumah. Dah lah, bukak la pagar tu lepas tu masuk"
Tiara memandang muka Hadi dan kemudian dia membuka pagar.
Baru sahaja dia ingin menolak pagar itu, dia mendengar bunyi geseran tayar kereta di belakang nya. Ada sebuah kereta yang lalu di situ.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kereta yang datang itu adalah kereta polis. Begitu juga dengan Hadi.
Kereta itu bukan sekadar lalu sahaja di situ malah kereta itu berhenti di hadapan kereta Hadi.
"Aku ada buat apa apa salah ke tadi? Aku ada langgar lampu isyarat ke? Aku bawak kereta laju sangat ke tadi? Tingkap kereta aku gelap sangat ke? Kereta aku ada nombor plat tak? Polis ni ikut aku ke?!"
Fikiran Hadi sudah membayangkan bermacam macam kesalahan yang mungkin dia buat tanpa dia sedar.
Kaki Tiara dan Hadi bagaikan dipaku di situ. Mereka tidak bergerak walaupun seinci. Mata mereka melihat dua orang anggota polis yang keluar daripada kereta itu.
Mereka berdua jalan ke arah Hadi.
Melihatkan dua orang anggota polis itu berjalan ke arahnya membuat kan kaki Hadi lemah. Menunggu masa sahaja dia untuk terduduk.
"Assalamualaikum, selamat petang. Saya Inspektor Umar dan ini Inspektor Syazlan" Anggota polis yang memberi tahu namanya adalah Inspektor Umar memulakan kata.
Hadi hanya mengangguk perlahan kepalanya dan tersenyum ketakutan. Tiara yang masih berada di depan pagar hanya melihat sahaja mereka.
"Saya nak bertanya, ini rumah cik ke?" Inspektor Umar menunjukkan rumah Tiara dengan menggunakan ibu jarinya.
Hadi tidak menjawab kerana tekaknya terasa tersangat kering. Tetapi, kepala nya ditoleh ke arah Tiara.
Tiara yang mendengar soalan Inspektor Umar itu terkesima. Kenapa pula polis bertanya tentang rumahnya?
"Er, ini rumah saya. Kenapa ya?" Tiara berjalan ke arah Hadi dan dua orang anggota polis itu. Dia berhenti di sisi Hadi.
"Jadi, cik ni Tiara Adriana binti Kamarul lah ya?" Terbeliak empat biji mata milik Hadi dan Tiara apabila mendengar kata kata Inspektor Umar. Jantung mereka berdua berdegup dengan sangat laju.
"Ya, saya Tiara Adriana binti Kamarul. Tapi, kenapa ya Encik Umar datang sini?" Tiara cuba memberanikan diri untuk bertanya tujuan mereka datang ke sini.
"Abang Cik Tiara adalah Luqman Muaz bin Kamarul. Betul?"
Tiara hanya mengangguk kepala.
Apabila Inspektor Umar menyebut nama abangnya, hatinya dapat mengagak apa yang berlaku tetapi dia cuba berfikiran positif. Dia menafikan perasaan itu.
"Macam ni Cik Tiara, tujuan kami berdua datang ni untuk menahan abang cik, Luqman Muaz atas kesalahan memiliki dadah. Saya minta Cik Tiara supaya memberi kerjasama ya"
Walaupun ayat Inspektor Umar itu tidak panjang, namun ia mampu membuat Tiara terjatuh.
Tiara terduduk di bahagian hadapan kereta Hadi apabila mendengar kata kata Inspektor Umar itu.
"Tiara" Hadi terkejut melihat Tiara terduduk.
"Encik... Tapi... Saya pun tak tahu abang saya dekat mana. Dia jarang balik rumah ni. Mana... Mana Encik Umar tahu yang... Abang saya isap dadah?" Tersekat sekat kata kata itu di kerongkong Tiara. Sungguh, dia tidak percaya dengan semua yang terjadi ini.
"Kami mendapat aduan daripada seorang lelaki yang duduk berdekatan dengan rumah kawan Encik Luqman. Di situ lah abang Cik Tiara dan kawan kawan nya 'membuat operasi' "
Hadu tidak tahu mahu beri reaksi apa. Perasaan nya ketika itu bercampur baur. Dia terkejut, kesian dengan Tiara, tidak percaya. Itu kali pertama seumur hidup nya dia menghadapi masalah sebegini.
Tiara juga tidak mampu lagi untuk berkata kata. Sudahlah ibunya tiada ketika itu. Dia pula yang terpaksa menghadapi semua ini seorang diri.
"Ibu bapa Cik Tiara di mana?" tanya Inspektor Syazlan pula. Dari tadi dia senyap, dia pun mahu bersuara juga.
"Ayah saya tak ada. Ibu saya pergi outstation. Saya mintak sangat dengan tuan dua orang supaya jangan bagitahu dekat ibu saya pasal abang saya ni" Dia tidak mahu melihat ibunya susah hati.
Cukuplah setakat ini ibunya susah hati melihat abangnya yang tidak terurus itu. Dia simpati melihat ibunya.
"Tapi..." Belum sempat dua orang anggota polis itu bersuara, Tiara menyambung lagi.
"Saya mintak tolong sangat. Biar saya saja yang uruskan masalah abang saya ni"
Inspektor Umar memandang Inspektor Syazlan dan Inspektor Syazlan memandang Inspektor Umar. Kemudian, Inspektor Syazlan mengangguk kepala menanda kan setuju.
"Saya tak tahu itu motor siapa sebab abang saya jarang balik, tapi encik tunggu sekejap. Saya tengok sekejap abang saya ada tak dalam rumah ni" Tiara menunjukkan motorsikal yang diparkir di halaman rumahnya itu.
"Kalau macam itu, kami berdua juga akan masuk. Kalau betul dia ada di dalam, berkemungkinan dia akan lari apabila nampak kami berdua di luar"
Tiara hanya mengangguk perlahan. Dia menolak pagar rumah dan membuka pintu rumahnya. Pertama kali dia berasa takut untuk masuk ke rumahnya sendiri.
Dibelakang nya diikuti oleh Inspektor Umar dan Inspektor Syazlan. Hadi pula mengekori dua orang anggota polis itu dari belakang.
Tiara terus ke arah bilik abangnya. Terbuntang luas matanya apabila dia melihat yang abangnya sedang lena tidur di atas katil.
"Bila masa pulak dia pandai balik rumah ni?!" bisik hati Tiara.
Tiara menarik nafasnya dalam-dalam dan berdiri di tepi. Dia memberikan ruang kepada dua orang anggota polis itu untuk menjalankan tugas.
"Encik Luqman Muaz bin Kamarul"
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :'(
Share this novel