BAB 11

Romantic Comedy Completed 8105

“Hana sayang,” Aku mendengar laungan suamiku tetapi aku sengaja membiarkannya. Aku membongkok untuk menyapu habuk di bawah sofa. Perutku yang semakin memboyot, menyukarkan aku untuk terus membongkok.

“Sayang, dengar tak abang panggil ni? Kenapa tak jawab?” Helmi kian menghampiriku. Memeluk pinggangku dan menggigit cuping telingaku, mesra.

“Aduh, sakitlah,” rengekku sekadar bermanja.

“Denda untuk orang yang tak nak menyahut panggilan,” Aku hanya tertawa. Aku sudah tahu tabiat suamiku. Memang dia suka memanggil-manggilku walaupun dia tahu aku ada di dalam rumah. Sengaja aku tidak menjawab panggilannya. Kalau aku jawabpun, dia akan tetap menggigit telingaku. Helmi menghulurkan tudung kepadaku dan membantu menyarungkannya di kepalaku. Aku kehairanan.

“Hana, lihat siapa yang datang,” Helmi menyisih ke tepi, memberi peluang untuk aku melihat tetamu yang dimaksudkan.

“Abang Irfan,” Aku terlopong. Tanganku membetul-betulkan tudungku yang kurasakan tidak sempurna letaknya. Sebenarnya, untuk mengurangi rasa gusar di hati juga.

“Bukan. Abang Hakimi dengan ‘Budak Kecik’nya,” jelas Helmi, membetulkan.

“Kenalkan, Hana. Ini Suzana, isteri abang. Kami kahwin di Sabah. Maaf kerana tak bagitahu,” Aku melonjak kegirangan. Kusalami Suzana, isteri Abang Irfan yang tersenyum manis di sisinya.

“Buat sementara ni, kami tinggal di rumah sebelah. Berjiranlah kita, ya. Siapa sangka,” usik Abang Irfan sambil mengenyitkan mata ke arah adiknya, Helmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience