Series
665
"SOFIE?" Chienta Ellisa terkejut. Si rakan hanya tertawa.
"Ada perjumpaan ke? Tak sangka ek jumpa kat sini?" tanya gadis itu langsung bernada ceria seperti tidak ada apa yang berlaku.
"Aha, aku ada hal sedikit dekat department finance. Kau block aku ke apa? Ke kau dah tukar nombor? Aku call kau banyak kali tak dapat-dapat kenapa?" tanya Sofie Erdina setelah itu pintu lif pun terbuka.
Kedua mereka melangkah keluar. Chienta Ellisa membuka tas tangan LV yang disandang. Dia mengeluarkan dompet lalu menarik keluar kad perniagaannya.
"Ya. Aku rasa kau pun tahu kenapa aku terpaksa tukar. Aku minta maaf tak sempat nak bagitahu pada kau. Tapi aku harap sangat kau tak bagitahu siapa-siapa nombor baru aku ini. Apatah lagi dia...janji!" pohon Chienta Ellisa sebelum memberi kad tersebut.
"Patutlah... tapi...takkan segala akaun media sosial kau pun? Nanti mesej akaun kau tu semua. Don't worry lah aku tahu kisah kau tu. Tapi tak sangka dia masih kacau. Walhal dia yang mulakan pertelingkahan ni," sahut Sofie Erdina sambil mencapai kad berbau harum tersebut.
"Entahlah. Okaylah actually aku ada meeting ni. Aku pergi dahulu ya," ujar Chienta Ellisa cepat-cepat meminta diri enggan mengisar lagi kisah lelaki tak berguna itu.
"Baiklah. Chienta!" panggil Sofie Erdina sebelum gadis itu makin jauh. Chienta Ellisa berpaling setelah terhenti langkah. Keningnya saja yang dinaikkan.
"Jangan lupa jadi pengapit ku..." ujar Sofie Erdina saat yang sama diterjahi serba-salah saat teringatkan kisah sebak sang perawan itu. Chienta Ellisa tersenyum dan mengangguk.
Sofie Erdina berasa lega dengan sambutan itu. Chienta Ellisa berpaling dan mengelip mata. Ada cecair bening menuruni pipinya. Bagaimanalah hatinya tidak sebak memandangkan sahabat satu sekolahnya tidak beberapa hari saja lagi bakal mengakhiri zaman bujangnya.
'Dan aku?' Dia bertanya pada diri sendiri. Soalan itu menggantung di ruang fikirannya seolah-olah satu beban yang tidak pernah mahu surut.
Chienta Ellisa menyeka air mata yang jatuh namun, bukannya membersihkan wajah tapi lebih kepada menenangkan hati yang berdegup tidak keruan.
Langkahnya perlahan tapi mindanya berlari. Lobi bangunan yang selalunya terasa dingin hari itu seakan menekan dadanya.
'Sofie akan berkahwin…
sedangkan aku, masih tak selesai dengan parut yang dia tinggalkan…' hati berbicara. Langkah lesu menemani sehingga tiba di depan pintu pejabatnya.
Baru saja dia mahu duduk. Tas tangan mengeluarkan lagu. Dia ingatkan Sofie Erdina yang membuat panggilan. Laju dia membukanya dan tarik keluar telefon pintarnya.
"Helo!" Sapanya tanpa melihat terlebih dahulu di skrin. Dia terlalu yakin itu adalah panggilan Sofie Erdina.
"Sayang..."
"Wait! What?" tanyanya lantas menurunkan kembali telefon lalu memandang ke arah skrin yang dah dia cerahkan.
"Sofie..."
"Helo, sayang. Dengar I dulu. Jangan marah kawan you tu," ujar suara di talian. Chienta Ellisa menggeletar tangan mengenggam telefon pipih tersebut.
'Kau tipu aku, Sofie...' gumamnya geram.
"Kau nak apa lagi? Dah takde apa-apa lagi aku nak cakap pada kau! Boleh tak jangan ganggu aku. Just leave me alone!" tempelak Chienta Ellisa terus bangun lalu bergerak ke arah kaca dinding ceiling to the floor.
"Please sayang. Listen to me. Berilah I satu lagi peluang..."
"Peluang untuk apa? Sakitkan hati I lagi? You ingat I ni apa? Your puppet yang talinya you pegang dan main sesuka hati you?!" bentak gadis itu lagi.
Dia perasan semua mata memandang tapi dia sudah tidak mampu lagi menahan ledakan bahang amarah. Lelaki ini tersangat mencabar kesabarannya.
"Kenapa dengan you ni? Nak marah-marah saja? You mahu apa sebenarnya? You tahu tak sikap you tulah buat I annoy!" balas Ammar Haicarl di talian.
"So, what? If dah tahu I ni soo annoying why you still chasing me? Just ignore me!" Chienta Ellisa sama meninggi oktaf suaranya.
"You. You. Listen here. I dengan dia takde apa-apalah. We're just friend. Bussiness mate not more than that. Percayalah..." sahut suara itu yang memperendahkan semula ritmanya.
"You expect I percaya lagi ke, hah?" Suara Chienta Ellisa meretakkan udara pejabatnya yang sebelum ini sunyi.
Dia menggenggam telefon begitu kuat sampai buku jarinya memutih. Nafasnya tercungap, saksi pada luka lama yang kembali membuak.
"Sayang... I sumpah. I dengan dia tak..."
"Stop lying, Ammar."
Chienta Ellisa memejam mata, meredam getaran dalam dada.
"Cukuplah. I penat. Penat sangat. You tak tahu apa-apa pasal apa yang I lalui lepas semua benda tu berlaku."
Ada senyap panjang di talian. Nafas lelaki itu terdengar berat.
"Chienta... I tahu I silap." Lembut. Merayu.
"Tapi I berubah. I cari you sebab… I tak boleh move on. I thought bila you block I, I boleh teruskan hidup. Tapi..."
"Jangan gunakan ayat tu dengan I," potong Chienta Ellisa perlahan, suara bergetar.
"Sebab selama ni I juga tak boleh move on. Tapi perbezaannya… I paksa diri. I paksa diri untuk lupa. Untuk sembuh. Tak macam you, Ammar. You cuma datang bila you rasa sunyi. Bila you perlu seseorang untuk isi kekosongan you."
Air mata yang ditahan kembali menuruni pipi. Dia membelakangi pejabat, menatap Kuala Lumpur dari kaca tinggi itu. Kotaraya yang sibuk itu seolah tidak peduli hatinya yang berperang.
"Sayang, bukan macam tu..."
"Tolong jangan panggil I sayang!" suara Chienta Ellisa memecah. Semua staf yang tadi mengintai cepat-cepat kembali menunduk.
Chienta Ellisa menutup mata, menahan sebak. Perlahan, dia menggenggam hujung meja untuk stabilkan diri.
Sekali lagi, ada suara perlahan di hujung talian.
"Okay… Chienta…" nada Ammar Haicarl merendah, sedang menahan sesuatu.
"I cuma nak explain. Satu kali saja. Lepas tu kalau you nak I hilang, I hilang. I janji."
Gadis itu kembali menggigit bibir. Jarinya mengeras pada telefon.
"Explain apa lagi? You tipu I dekat belakang. You janji macam-macam. You buat I percaya… lepas tu you hancurkan semuanya."
"I dengan dia tak ada apa-apa."
Ammar Haicarl tampak langsung tak berputus asa.
"You tahu tak malam tu… malam yang you nampak tu… I..."
Chienta Ellisa ketawa sinis.
"Please, Ammar. Tak payah sambung skrip. I dah hafal semua alasan lelaki dalam dunia ni."
"Chien..." suara itu hampir berbisik.
"Malam tu… I sebenarnya pergi jumpa dia sebab dia ugut nak bocorkan benda pasal I. Benda yang… you tak tahu."
Chienta Ellisa yang sedang berjalan ke arah meja terhenti mendadak.
Dia menoleh, memandang bayang dirinya dalam cermin kaca.
"What… kind of thing?"
Ammar Haicarl terdiam lama sebelum berkata seperti sesuatu yang selama ini disorokkan jauh dalam dada. Hakikatnya dia sedang mencipta alasan.
"Alasan apa lagi Ammar Haicarl..."
Share this novel