2

Romance Series 665

"CHIENTA, sayang ...I berani bersumpah I dengannya hanya bussiness mate. Kami tiada perhubungan antara satu sama lain....." ujar Ammar Haicarl cuba menyakinkan gadis itu.

"Bussiness mate konon. Bertepuk tampar, berkait lengan. Itu dinamakan bussiness mate?"soal Chienta Ellisa bertalu-talu. Sakit hatinya pabila dipermainkan sewenang-wenangnya.

Menggigil Chienta Ellisa menahan amarahnya dari meledak. Namun ia makin membara.

Ammar Haicarl, sedikit kecut pabila matanya bersabung dengan renungan tajam itu.

Dia tahu, memang dia yang bersalah. Memang dia selingkuh. Tapi, jika dah namanya lelaki?

Egois!

Ammar Haicarl mencuba lagi nasibnya untuk memujuk hati yang kian amarah itu. Manalah nak
tahu, jika sekeping hati itu bisa cair lagi dek pujukannya.

"You please you...jangan buat I begini. Okay, I janji ...I takkan ulanginya lagi. Percayalah dia hanya kawan perniagaan I. Not more than that. Please trust me, my love..." pujuk Ammar Haicarl lagi.

Dia sedaya-upaya memujuk hati Chienta Ellisa kembali. Hati yang mulai pudar cintanya itu cuba diraih kembali rasa cinta.

Ammar Haicarl begitu yakin. Dia menganggap hati perempuan bak kerak nasi. Bukan seorang perempuan namun dah ramai perempuan yang tunduk padanya. Inikan pula Chienta Ellisa...

Tapi, sangkaan Ammar Haicarl sebenarnya meleset. Chienta Ellisa makin membencinya. Gadis itu makin meraguinya. Hati mana yang tak sakit?

Hancur luluh hati gadisnya kini. Apatah lagi, peristiwa hari itu tergambar jelas di ruang matanya kini. Keintiman mereka bak belati membelah hatinya. Matanya tidak pandai berbohong. Masih segar diruang ingatannya.

Sakit hatinya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Chienta Ellisa benar-benar kecewa dengan sikap selingkuh Ammar Haicarl.

Selama ini, dia menyangkakan segala apa yang dia dengari dari mulut rakan-rakannya hanyalah rekaan semata-mata.

Dia menganggap, bahawa rakan-rakannya itu mencemburui perhubungan
mereka. Mencemburui akan kemesraan mereka. Pasangan paling ideal, konon. Namun itu semua hanyalah ilusi semata.

"Haicarl, biarkan I sendiri. I need some space to release my tension. I hope you
understand..."ujar Chienta Ellisa enggan membenarkan  Ammar Haicarl meraih lengannya itu.

Air mata masih mengalir. Hatinya pedih bak ditusuk sembilu. Kejujuran, keikhlasan cintanya dicampak begitu sahaja
oleh pemuda itu.

'Carl. Carl. Begitu tega sekali kau buat aku macam ini? Malah kau masih nak menegakkan benang yang basah kau itu? Sampai bila kau tak nak mengaku, sayang?"

"Sayang, I still love you and I still need you. Why you so angry with me? Don't you believe me, darl?" soal Ammar Haicarl kedengaran naif bagaikan dia tidak bersalah saja.

 "You... " panggil Ammar Haicarl masih lembut. Walaupun kedegilan gadis itu mencabar tahap kesabarannya di kala itu. Suaranya cuba di lembutkan sebaik mungkin. Tangan sasa miliknya sekali lagi
mencuba nasib.

Lengan milik gadis itu cuba diraih kembali. Berkali gadis itu menyeka airmata yang deras mengalir di pipi.

"I said don't touch me..!" tempelak Chienta Ellisa setelah lama membisu.

Dia tidak akan sesekali membenarkan lengannya itu diraih oleh Ammar Haicarl. Hatinya kian sebal. Kian membengkak dek perbuatan pemuda itu.

Di kala itu, jeritan yang secara tiba-tiba itu telah mengejutkan kedua orang tuanya.

"Chienta kenapa ni?" soal Puan Erisya sedikit lantang. Manakala Encik Zikry pula dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena pada anak gadisnya itu. Ada satu rahsia yang cuba dia sembunyikan dari pengetahuan mereka.

"Sayang, kenapa ni? Cuba cerita pada kami. Manalah tahu mungkin kami berdua
boleh tolong..." Encik Zikry bersuara lembut.

Mereka berdua mahukan penjelasan jujur dari sang anak. Namun, hanya kebisuan gadis itu sebagai jawapan pada persoalan.

"Mama, papa Chienta dah lewat ni. Chienta pergi dulu..." ujar gadis itu lantas mencium tangan kedua orang tuanya kemudian menapak kearah pintu.

Manakala kedua orang tuanya itu saling berpandangan antara satu
sama lain. Ada keresahan pada wajah.        

"Argh!!!" Tertutup saja pintu kereta. Chienta Ellisa terus menghamburkan rasa pedihnya dengan jeritan yang dilindungi suara nyanyian.

"Aku cintakan kau, tahu tak! Kenapa buat aku macam ini, Carl? Apa kurangnya aku? Apa bezanya aku dan dia?" Luahnya yang menangis kembali. Dari tersembam ke permukaan stereng dia tersandar.

"Aku benci kau, Carl. Aku benci. Kau pembohong. Kau pendusta! Aku cinta kau, sayang..." lirihnya yang masih tak memandu keluar kereta Suzuki Swift nya.

"Memang ada yang tak kena pada anak kita ni, bang. Carl tak pernah jarang tak lawat kita melainkan ada masalah," ujar Puan Erisya yang yakin hubungan kedua itu ada masalah. Encik Zikry memandangnya. Tapi mulut terkunci.

"Sofie pun lama tak datang," ujar Encik Zikry.

"Macamana dia nak datang bang. Dia kan sibuk dengan majlis nikah dia nanti. Dia dengan Joey jadi jugak sampai bernikah. Anak kita?" balas Puan Erisya sedikit resah. Umur-umur seperti dia sudah pastilah mahu menimang cucu sepertimana orang lain.

"Ya, tak ya juga..." sahut Encik Zikry.

"Tak pun awak sajalah yang bertanya. Ibu kan..." cadang Encik Zikry sambil memandang lagi arah kereta. Mereka nampak apa yang Chienta Ellisa lakukan.

"Kalaulah mudah bang..." jawab Puan Erisya seraya berpaling ke arah muka suaminya. Encik Zikry juga menunduk.

"Abang boleh je call Carl tanya kenapa tapi rasanya janganlah dulu. Kita tengok macamana. Kalau nampak makin teruk biar abang sendiri yang bertanya," balas Encik Zikry.

Kasar Chienta Ellisa menyeka lelehan air bening di pipi merahnya. Dia tak peduli mekapnya akan comot atau tidak. Setelah enjin benar-benar panas dia terus memandu keluar.

Panggilan dari Ammar Haicarl masih dia enggan peduli.

***

                                                       "ADUH!"

"Hei buta ke? Tak nampak ke orang sedang berjalan ?" teriak pemuda berkaca
mata hitam dari jenis aviator berjenama RAYBAN itu garang sekali.

"Maaf. Maafkan saya. Saya tak sengaja..." ujar Chienta Ellisa cepat-cepat mengutip fail yang bertaburan di atas lantai pejabat itu.

Dia benar- benar tidak sengaja. Inilah akibatnya terlalu asyik pada handphone. Orang di depan langsung tak nampak.

"Maaf sekali lagi " ujar Chienta Ellisa sambil menghulurkan timbunan fail pada pemuda itu.

Eric Sopphian. Bola matanya tertancap pada name tag yang terkepit kemas di poket kemeja milik pemuda kacak itu.

"Next time, jangan terlalu asyik pada handphone sahaja..." ujarnya sinis lantas menyambar huluran fail dengan kasar. Angkuh kelihatannya tika itu.

'Sombong!' Perkataan itu yang terdetik di hati Chienta Ellisa kini.

"Bukan aku sengaja pun,
budget handsome betullah mamat itu. Semua poyo..!" bentaknya geram.

Mulutnya berkumat-kamit
merungut tentang sikap pemuda yang tak sengaja dia langgar itu. Dia menapak menuju ke arah pintu lif.  

Pintu lif baru ternganga luas gadis itu dengan laju menapak masuk ke dalam isi perut lif itu. Punat
6 di tekannya. Tanpa dia sedari ada seseorang di tepinya.

 "Hai...." Sapa suara itu, membuatkan gadis itu berpaling kekirinya. Insan di tepinya itu hanya
tersenyum manis. Itulah Sofie Erdina, sahabat baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience