Perang Tanjung Syaitan II

Action Series 1082

Pertempuran atas tanjung dah mencapai 14 hari. Kemaraan askar Zehir tidak dapat dihentikan dan puncak yang terakhir perlu ditawan secepat mungkin.

Iszran melipat dan menyimpan surat dalam poket, mengangkat dan memeriksa rifle.

Skadi membacakan doa sebelum merenjis sedikit air ke wajah si prebet;
"Terima kasih. Sebab tolong kami dengan bina parit ni. Juga sebab lindungi susanna. Sekarang dia dah selamatkan banyak nyawa."

Iszran memanjat naik tanpa teragak-agak dan mula berlari ke medan pertempuran.

Pesawat DC-47 terbang atas zon panas, menjatuhkan kenderaan perisai Type-24A Light Tank yang dioperasikan oleh 5 kru dalamnya.

Iszran mengelak daripada terhempap oleh kenderaan tersebut dan terus terjun ke dalam parit;
"Mana 6th company?!"

Semua orang tunduk, kereta kebal bergerak atas parit. Askar Zehir membetulkan helmetnya;
"Depan lagi! Ikut kereta kebal tu!"

Type-24A melepaskan muntahan api ke bunker tentera lawan tanpa sebarang rintangan dan menyambung perjalanan ke hadapan.
Iszran merendahkan badan dan mengekori kenderaan itu sebagai perisai dari serangan musuh.
Apabila ternampak Izuwan, dia terus masuk semula ke parit dan melutut;
"Sitrep."

"146 orang dah k.i.a, baki kita tinggal ini saja!"
Izuwan mengisi peluru.

"46 orang saja tinggal?! Apa jadi dengan bantuan dari 43rd?"
Iszran menanya semula.

"43rd company disekat oleh mortar elimina! Kami nak maju ke depan tak dapat! Bunker jauh atas bukit sana sasarkan kitorang!"

Iszran mengambil bom, tarik pin dan lontar ke depan. Kepulan asap putih tebal terhasil;
"Selesai. Maju! Maju!"

Hasril bangun;
"Dengar semua?! Lari! Lari! Jaga-jaga! Jangan ke depan sangat dan tunggu kereta kebal sampai sana dulu!"

47 orang berlari melintasi No Man's Land dan berlindung di sebalik beg pasir. Type-24A tiba dan menembak bunker atas bukit untuk memudahkan pergerakkam 6th Company.

"Elimina gloria!"
Askar Elimina keluar dari lubang persembunyian dan menikam askar Zehir yang masuk ke dalam bunker.

*Kaching!*
Iszran menembak askar itu.

Hasril beri isyarat tangan sebaik saja mereka keluar di arah bertentangan;
"Berhenti. Radio, hubungi navy dan beritahu mereka depan kita ada empat bunker.
"Dikawal ketat oleh elimina, kita perlu bantuan."

"Roger."
Radiomen menjalankan arahan.

Tidak lama kemudian, hujan roket meletupkan segala halangan di depan mereka. Tetapi struktur bunker masih utuh, Hasril pergi mendapatkan Iszran dan Izuwan.

"Guna ni. Kami akan tarik perhatian mg mereka dan korang pergi letupkan bunker tu secara manual. Faham?"
Hasril menanya anak buahnya.

Iszran dan Izuwan mengangguk kepala. Hasril memimpin semua ke hadapan, menarik perhatian MG di bunker tatkala mereka berdua pula mendekati bunker dari tepi.

"Hei!"
Seorang askar Elimina sedar kedatangan mereka dan cepat-cepat mengambil rifle.

"Wan!"
Jerit Iszran melontar bahan letupan ke muka askar musuh dan bertiarap atas tanah.

Dari jarak selamat, Izuwan menekan butang, meletupkan bunker dan memeriksa keadaan kawannya di depan.

"Naik ke bukit sana! Mortar elimina ada di belakangnya!"
Hasril membuang kelopak peluru yang kosong.

Lumpur menyukarkan usaha mereka naik ke atas, Iszran dan Izuwan kekal berjaga-jaga dengan persekitaran.

"Shhh."
Iszran menahan semua dari terus bergerak.

"Kenapa? Mana?"
Askar Zehir terus mengacu senjata ke setiap penjuru.

Iszran mengambil bom tangan dan melontarnya ke lumpur belah tenggara;
*Boom!*

"Waaargh!!"
Sekumpulan askar Elimina menyerbu mereka dari segenap arah dengan bayonet charge.

"Hiyargh!"
Iszran melakukan high thrust dan menikam muka askar elimina.

"Licik diorang ni!"
Izuwan melibas parang pada perut lawannya.

Sebuah P-51 mengebom puncak bukit, cebisan lumpur dan tanah menghujani mereka.

"Teruskan naik!"
Hasril memberikan arahan.

6th Company tiba di puncak, lurah besar hasil pengeboman tadi mula menakung air.
Iszran membasuh muka sebelum masuk semula ke dalam posisi.

Type-24A dan 57th Company tiba dari belah utara.
PB5[A] terbang masuk sebagai sokongan kemaraan askar Zehir di bawah, menembak 20mm twin barrel cannon ke posisi bunker tower Elimina.

"Serang! Serang!"

57th Company menyerbu masuk ke dalam bunker tower. Type-24A menyembur dan menembak musuh di fortification berdekatan.

"Mortar!"

6th Company meniarap apabila Type-24A meletup. PB5[A] menembak mortar position di atas tower dan terpaksa berundur untuk rearm.

"Ada dua jalan! Yang lain ikut saya ke belah kiri!
"Iszran! Izuwan! Pergi belah kanan dan bersihkan semua tempat yang ada musuh. Jumpa dekat belah belakang bunker ni!"
Hasril bergerak seperti yang dikatakannya.

Izuwan menyerahkan assault rifle kepada Iszran tatkala dia memakai automatic rifle;
"Dalam jalan bersemak, rifle kurang efektif."

"Aku ada bawak AR sendiri."
Iszran menunjukkan senjata barunya kemudian memulakan kerja pembersihan.

Semasa berjalan, tangan dan mata tidak berhenti bergerak dari bekerja. Setiap pergerakkan semak dan pokok diperhatikan. Beberapa tempat dipenuhi dengan perangkap dan dikawal askar-askar Elimina.

Hasril dan ahli kompeni yang lain menunggu di belakang bunker. Riak wajahnya gelisah kerana dua anak buahnya itu belum tiba-tiba dari jalan belah kanan.

"Maaf lambat, ada kejadian tadi."
Izuwan keluar dari semak, Iszran menyerahkan beg berisi makanan kepada sarjan.

"Tak apa. Mari masuk, 57th dah selesai dengan pembersihan menara ni. Mereka nak kita pergi bersihkan bahagian bawah tanah pula."
Hasril memakai beg, menepuk bahu Azizul untuk masuk ke dalam menara.

6th Company menuruni tangga ke bahagian bawah tanah. Azizul mengambil tempat di depan sekali dan diikuti Izuwan dan Iszran.

"Ada dua jalan. Kita kena berpecah."
Kata Azizul.

"Aku ambil kiri."
Iszran tawarkan diri.

Izuwan angguk kepala;
"Okay. Jaga diri."
Dia mengikut Azizul ikut terowong belah kanan.

Iszran berjalan lebih dalam ke terowong belah kiri, suasana sunyi dan lantai yang lembap buat dirinya lebih berwaspada.

Ada sosok manusia berdiri di penghujung terowong. Ianya adalah seorang askar Elimina, tangannya memegang sebiji bom;
"Do not approach me, devil's dog."

Iszran berhenti melangkah dan mengacu senapang kearah askar itu;
"Then? I still able to shoot you. Lay down that grenade and I can ensure of your safety if you surrender...
"Or I will let you die with honour. As it was your people's traditions. Now choose, time is ticking."

Keadaan menjadi genting dan kedua-dua belah pihak tidak ada suara. Iszran terpaksa membawanya berbincang sekali lagi.

"At least my death not going to shame my family. I don't even care about the outcome of this war anymore..."
Kata Askar Elimina tersebut menyerahkan bom kepada Iszran dan mula bersiap untuk meragut nyawa sendiri.

Iszran merampas bom beserta senjata api lain dan berundur dua meter ke belakang.

Dalam keadaan melutut, askar Elimina menikam dan mengerat perutnya sendiri. Dia melepaskan pisau sesudah selesai dan menghembus nafas terakhir dalam keadaan sebegitu.

Iszran berundur dan kembali ke tingkat atas untuk melaporkan kejadian tersebut kepada ketuanya dan mungkin menerima arahan baru selepas itu.

Dengan menaiki jip, Mejar Adzwan bersama pegawai lain tiba untuk melakukan pemeriksaan pada bunker tower.
8th Marine Battalion datang untuk mengambil alih kawasan itu sementara laluan ke tempat lain sedang diuruskan oleh Engineering Corps.

Hasril dan Iszran mengangkat askar cedera ke atas lori. Izuwan pula mengejar Mejar Adzwan dari belakang.

Izuwan menahan mejar;
"Tuan dah nak pergi?"

"Ya. Terus turun ke selatan dan ambil alih istana kesuma."
Balas Mejar Adzwan.

"Tapi bekalan kami dah nak habis!"
Maklum Izuwan.

"Kamu akan terima bekalan baru esok pagi."
Mejar Adzwan memanjat naik ke dalam jip.

"Esok? Macamana kami nak bertahan sampai esok? Biar betul? Sarjan, apa kita nak buat?!"
Izuwan tidak berpuas hati dengan berita itu.

"Kor risikan sahkan istana kesuma dah ditinggalkan.
"Cuba fikir positif. Mungkin lepas ni kamu semua akan direhatkan dan dihantar pulang ke rumah."
Ujar Mejar Adzwan sebelum jip meninggalkan tempat itu.

Izuwan menendang helmet atas tanah;
"Ya, itulah kami sangka lepas kempen dekat kemboja!"

Hasril memujuk Izuwan semasa Iszran memungut dan letak helmet atas batang kayu berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience