SEBAIK sahaja menyedari yang mereka sedang berhadapan dengan pewaris keluarga Valkyr yang terkenal, orang-orang suruhan Farida terus menunduk hormat.
"T… Tuan Ezra, m… maafkan kami. K… kami tak tau yang Tuan tengah…"
"Berambus dari sini!"
Deraman penuh kemarahan dari Ezra membuatkan orang suruhan Farida terus menjawab dengan suara yang terketar-ketar, "B… baik, Tuan Ezra. Kami minta maaf, T… Tuan!" kumpulan orang suruhan itu pun bergegas lari keluar dari tandas ke ruangan dewan dengan lintang-pukang.
Sebaik sahaja mereka berhadapan dengan Farida yang tengah menunggu berita baik dengan Salina di ruang belakang dewan, wanita itu akhirnya mengeram dengan penuh kemarahan selepas melihat orang suruhannya kembali dengan ‘tangan kosong’, "Kenapa korang balik dengan tangan kosong?! Mana perempuan jalang tu?!"
Majlis nikah Kyle dan Salina dah kembali tenang, tapi rasa malu dari kekacauan yang terjadi tadi masih mencengkam diri masing-masing. Jadi, sebab itulah Farida dan Salina perlu menghukum dan meminta Elyra untuk bertanggungjawab!
Dengan wajah yang pucat, tiga orang suruhannya menggeleng. “Maaf, Datin, Puan. Tapi kami lost track ke mana dia pergi."
Mendengar asbab yang diberi, Salina nampak semakin berang, manakala Farida mengepalkan tangannya dengan ketat. "Bodoh kau orang ni! Dia lari satu arah je! Macam mana boleh lost track perempuan jalang tu?!"
Tiga-tiga orang suruhan Farida saling memandang satu sama lain, lalu salah satu daripada mereka memutuskan untuk menceritakan yang terjadi tadi. "Jujur kami cakap, kami ingat dia masuk tandas lelaki. Sebab lepas kami periksa tandas perempuan, dia tak ada. Tapi…”
"Tapi apa?" soal Salina, tak sabar nak dengar sambungannya.
"Tapi kami terjumpa dengan Tuan Ezra Valkyr.”
Mata Salina dan Farida membulat.
"Ezra Salem? Valkyr? CEO Vortex Tech Group tu ke?" soal Farida yang diikuti dengan anggukan kepala orang bawahannya.
Farida dan Salina tahu siapa Ezra Valkyr, dan kedudukannya di dalam kelas atasan. Teringat yang ayah Kyle bekerja untuk datuk kepada Ezra Valkyr, dan Kyle sendiri nak sangat menjalinkan hubungan pekerjaan dengan lelaki itu, Farida dan Salina tahu sangat yang lelaki itu tak boleh disinggung!
"So? Kenapa pun kalau kau orang jumpa dengan dia? Korang tak buat salah apa dengan dia pun tadi, kan?" soal Farida, sedikit risau.
Salah seorang daripada orang suruhan Farida menjawab, “Uhm… Maaf, Datin. Kami ... tertangkap dia tengah ‘sibuk’ dengan seorang perempuan dalam tandas lelaki tadi, jadi... dia marah sangat."
Mendengar cerita orang bawahannya, Farida berkerut takut bercampur risau. Ezra Valkyr dengan seorang wanita?! Lelaki yang terkenal dengan kedinginannya dan selalu menolak untuk mendekatkan diri dengan mana-mana perempuan kelas atasan… ada dekat dalam tandas lelaki dengan seorang wanita?
Ada yang tak kena!
Sambil menggigit kuku yang dicat merahnya, Farida befikir sendiri, ‘Mustahil… perempuan yang ada dengan dia dalam tandas tu… Elyra, kan…?' Merasakan dirinya yang mula berfikir yang bukan-bukan, Farida pun berkata, "Dah, takpe! Pergi jaga posisi masing-masing! Jangan sampai ada yang buat kacau lagi!"
"Baik, Datin!"
Farida menatap Salina. "Sally, for now, kita fokus dengan majlis sanding. Okay, sayang? Pasal Elyra tu, kita lupakan dulu buat masa ni. Tak penting pun kalau kita serabutkan otak fikir pasal perempuan miskin tu."
Salina memaksakan sebuah senyuman. "Okay, Ma .... "
Tapi, pada saat mentuanya pergi meninggalkan ruangan belakang dewan, Salina meramas gaunnya dengan erat dan berfikir dalam hati, 'Elyra, apa yang kau dah buat dekat aku hari ni… aku akan balas next time!’
SEMENTARA itu, Elyra yang dah memastikan orang-orang suruhan Farida betul-betul dah pergi, terus menghela nafas lega. Keajaiban memang berlaku. Nasib dialah terjumpa dengan orang yang cukup berkuasa untuk menghalau orang-orang Farida dari situ!
Pada saat Elyra terpukau dengan realiti yang dia dapat melepaskan diri daripada orang suruhan Farida, sepasang tangan yang tegap melingkar ke pinggangnya. Elyra terus mengangkat pandangannya, menatap wajah lelaki yang masih memeluk pinggangnya erat.
Ah, tak guna betul. Elyra baru tersedar sesuatu benda. Lelaki yang bernama Ezra Valkyr ni sangatlah kacak! Tak sangka langsung CEO kepada Vortex Tech Group yang ternama ni masih muda orangnya.
Tersedar yang dia mula mengelamun, Elyra terpandang dada bidang Ezra dan terus menjauhkan dirinya daripada jejaka itu. "T… Terima kasih sebab dah tolong saya, Tuan Ezra," ucapnya dengan agak gugup sambil memperbetulkan pakaiannya.
Ezra dengan santai mengancingkan semula butang bajunya, dan membetulkan tali lehernya. Dia tak membalas ucapan terima kasih Elyra. Lepas dah siap membetulkan pakaian dan rambutnya, lelaki itu menggenggam tangan Elyra dengan erat.
"Sekarang, giliran awak pula untuk tolong saya."
"Tolong ap-"
Tak sempat Elyra nak habiskan soalannya, Ezra terus tarik dia keluar dari tandas. Mata lelaki itu melilau memandang sekeliling, memastikan lelaki-lelaki tadi memang dah tak ada, sebelum akhirnya dia bawa Elyra ke arah elevator.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni?!" soal Elyra, sedikit panik.
Pada saat pintu elevator terbuka, Ezra bawa Elyra ke dalam, tutup pintu elevator, dan terus menekan punat tingkat yang paling atas.
Berdasarkan pengetahuan Elyra, tingkat yang paling atas dekat hotel biasanya penthouse. Tapi bila teringatkan yang Ezra adalah salah satu orang terkaya dekat Malaysia, tak hairanlah macam mana dia boleh mampu nak duduk dekat hotel yang mahal macam tu.
Tapi kalau dah bawa seorang wanita ke situ, maksudnya-
Elyra terus memeluk tubuh. "M… Macam yang saya cakap tadi, saya tak jual badan saya!" ulangnya sekali lagi, tahu macam mana perangai dan permainan orang kelas atasan, terutamanya yang lelaki, suka buat hubungan seks bebas.
Mendengar kata-kata Elyra, Ezra menoleh ke arahnya dengan pandangan tak berminat. "Saya dah cakap, saya tak attracted pun dengan badan papan macam awak!"
Elyra berkerut. "Kalau macam tu, kenapa awak bawak saya pergi ke penthouse hotel ni?!" Dia menunjuk ke arah punat tingkat yang ditekan oleh Ezra tadi.
Ezra melirik ke arah punat tingkat yang menyala, dan kembali merenung Elyra. Sebuah senyuman terukir pada wajah Ezra sambil lengannya disilangkan ke dadanya.
"Saya dah agak dah awak ni memang ada masalah mata," ujar lelaki itu.
"Apa?!" Elyra membalas, tak boleh terima dirinya disindir macam tu. Ini dah kali ke berapa lelaki ni sindir dia sejak mereka berjumpa beberapa minit yang lepas!
Tapi, Ezra tetap santai. Dia menunjuk dengan dagunya, menunjuk pada setiap susun atur tingkat.
Elyra mengikut pandangan Ezra, dan tersedar sesuatu.
Tingkat yang paling atas… adalah restoran rooftop.
Untuk sejenak, wajah Elyra merona merah. Astaghfirullah… Dah berapa kali dia dah malukan diri dia.
"Dengar sini, cik,"
"Elyra… Nama saya Elyra," ujar Elyra dengan mata yang menelak daripada tatapan mata Ezra, masih malu.
Ezra menganggukkan kepala. "Dengar sini, Elyra. Sekarang ni, saya tak perlukan perempuan untuk buat seks dengan saya.” Kata-kata Ezra membuatkan Elyra fokus semula kepada lelaki itu, membuatkan lelaki itu berubah serius sebelum dia menyambung, "Tapi saya perlukan seorang perempuan untuk jadi tunang saya.”
Elyra berkerut. "Apa?"
Dengan wajah dingin dan tatapan mata yang tajam, Ezra menegaskan, "Sebab saya dah tolong awak tadi, sekarang saya perlukan bantuan awak untuk jadi tunang saya."
Share this novel