HFM 7 | | Interesting Interest.

Romance Series 73463

HEADS UP*

THIS CHAPTER CONTAINS SCENES
THAT MAY BE DISTURBING
OR UPSETTING TO READER.

*MATURE CONTENT AND IMPROPER LANGUAGE*

Walaupun Zane didekati oleh host wanita yang seksi dan jelita, lelaki itu sedikitpun tidak mengendahkannya, malah perhatiannya terarah pada Dihya yang beriak dingin tiada garis emosi di wajah. Hal itu menarik perhatiannya.


"Rasanya ini kali pertama tuan datang ke pub kami?Sebab ini adalah pertama kali saya lihat tuan berada di sini."bicara host di atas pangkuan Zane. Tangannya naik mengusap sekitar bahu dan dada bidang milik lelaki itu  dengan manja. Boleh tahan juga customer malam ni. Nampak macam lelaki loaded dan kacak pulak tu. Pakej betul.

Dihya mendengar perbualan tersebut, tetapi tiada niat hendak mengerling ke arah mereka. Kalau ada yang melayan elok juga, tak adalah dia perlu susahkan diri untuk melakukan kerja itu selain menghidangkan minuman sahaja. Lagipun sejak tadi sebenarnya dia boleh rasakan renungan tajam dari lelaki itu.


Zane mengangkat pandangannya dan memandang Dihya dengan tatapan tajam. "Ke tepi.."arahnya kepada host di atas riba ketika itu.


"Ya?"senyuman menggoda di bibir terus memudar taktala mendengar arahan Zane. Host tersebut terkedu.


"Rasanya dekat sini tak ada sesiapa yang pekak. Aku kata ke tepi. Bangun dari aku." ujar Zane dengan renungan penuh amarannya. 

Dengan kekok, host itupun bangun dari pangkuan Zane. Agak terkejut dengan reaksi Zane. Dia kemudian mendekati Robert di kerusi bertentangan lalu duduk di atas pangkuannya. Sesekali itu sempat dia menjeling tidak puas hati ke Zane. Bolehnya lelaki tu tolak servis dari dia.

Seusai menyediakan minuman, Dihya menyerahkan gelas kaca berisi whiskey kepada Zane. Ketika inilah mereka saling bertentang mata. Dia menunggu Zane mencapai gelas itu tetapi tidak. Zane malah terus merenung matanya.

Kenapa pandang-pandang?Lelaki ni mahu dia yang suakan cawan ke mulut tu ke?Dihya berkira-kira sejenak samaada dia patut berikan minuman ini atau menunggu sahaja cawan itu dicapai. Matanya turun memandang gelas ditangan sebelum ke wajah Zane.

Zane masih tidak bergerak. Lelaki itu hanya terus menerus memandang Dihya.

So...nak dia yang berikan minuman la ni?Fine....Lantas Dihya menyondong sedikit ke depan. Gelas itu dibawa dekat dengan bibir Zane.

Tidak menolak mahupun menghalang, Zane hanya membiarkan saja tindakan Dihya membawa minuman itu ke mulutnya. Dan dia dengan patuh menyisip sedikit minuman itu. Seusai itu baru la dia bersuara.


"Your eyes speak louder than your own voice. What's your name?"ujar Zane kerana hairan apabila Dihya langsung tidak cuba hendak menarik perhatiannya.

Gelas itu diletakkan ke atas meja. Lalu pinggan berisi kudap-kudapan Dihya capai. Menggunakan garpu kecil khas untuk snek, dia cucuk makanan itu pada hujung garpu itu sebelum di sua ke depan mulut itu.


Sebenarnya dia boleh aje memberi nama palsu. Tapi entah kenapa dia tak lakukannya. "Dihya Maelani, tuan." balasnya sambil menatap mata itu.

Zane mengangguk perlahan, lalu menatap Dihya dengan pandangan yang lebih tajam.


"What a beautiful name... Just like the owner. "


Pujian itu membuatkan Dihya terkedu. "Terima kasih, tuan." Apakah yang lelaki ni cuba lakukan? Memangnya begini ke pelanggan lelaki layan host yang mereka langgan? Kalau ikut pengalaman dia, kalau bukan dilayan kasar, malah dipaksa untuk minum hingga mabuk, pastu di suruh melakukan hal-hal di luar tabiat. Tapi tidak pelanggan misterinya ini. Dihya menjadi hairan kerananya.


"Won't you want to know my name?" Zane pandang penuh ingin tahu. Ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran dia selepas memandang wajah Dihya. Tapi dia tak dapat nak letakkan bagaimana. Ada yang dia ingat tapi dia terlupa apakah ia.


"Sekiranya tuan nak kongsikannya kepada saya. Sudah tentu. Kalau tuan tak mahu. Tak apa-apa."Dihya terkutik dengan tawaran itu. Dia mahu tahu siapakah lelaki misteri dihadapannya. Tapi kalau dia tahu pun apa yang dia boleh lakukan mengenainya?


Zane tersenyum. Tidak berniat hendak memberitahu selepas lihat reaksi acuh tak acuh Dihya. "Kalau saya tak silap, kamu adalah bartender sama yang menghidangkan saya minuman tempoh hari bukan.."bualnya sewaktu makan makanan yang disuap kepadanya oleh Dihya.


"Ya tuan."angguk Dihya menundukkan pandangannya ke bawah dek gugup dibuat tatapan dalam yang terarah padanya ketika itu. Biasanya dia tidak pernah pun beri reaksi seperti ini setiap kali berhadapan dengan pelanggan lelaki. Entah kenapa lain pula kisahnya bila melibatkan pelanggan lelaki yang satu ini.


"Kalau begitu apa yang membuatkan kamu bertukar tugas dari seorang bartender kepada host malam ni?"


Dihya serta merta dapat memahami maksud tersirat dalam soalan itu. Pelanggan misterinya ini pasti beranggapan yang dia menjadi host malam ini semata kerana wang. Yang mana memang dia perlukan wang, tapi tak ada la terdesak sangat sampai mahu menggunakan maruahnya sebagai gadaian. "Sebab saya tak ada pilihan lain. Host yang sepatutnya bersama tuan pada malam ni tak sihat. Jadi saya end up di sini. Menggantikan tempat kawan saya itu memandangkan malam ni semua host fully booked."


"I see.... "Zane mengangguk angguk perlahan.

Dihya hampir mahu berdengus kecil kerana reaksi itu. Kenapa? Kecewa sangat ke sebab tak dapat dengar jawapan yang sebaliknya dari dia!?


"Kenapa?Tuan tak  berkenan dengan saya ke?Perlu saya dapatkan host lain untuk gantikan?"


Zane menggeleng. "No need. But how do you know what I like to drink back then?"

Untuk beberapa saat Dihya diam. Sebelum tersenyum nipis sewaktu memerhatikan host wanita yang lain sedang bermesraan dan berpelukan dengan tiga orang pelanggan lelaki di situ. Serius beritahu, dia tak boleh lakukan hal sama seperti mereka mana lakukan pada pelanggannya ini. Geli geleman rasanya.

Kalau dia keluar dari sini sekarang, tak apa-apa kan?


"Pengalaman dan pemerhatian. Kalau tuan bekerja untuk tempoh yang lama sebagai bartender, tuan boleh tahu citarasa seseorang tu hanya berdasarkan penampilan mereka." baru la Dihya memandang Zane.


Zane menarik nafas panjang, seolah-olah memikirkan sesuatu, sebelum memandang sekeliling pub dengan mata yang tajam. Dia kemudian kembali memandang Dihya, nada suaranya lebih lembut. "Doesn't need. I already read a lot of people just living as me." helanya pendek. "Dan apa yang kamu boleh nampak pada saya kalau macam tu?" dia bersandar pada kerusi itu menghadap sedikit ke Dihya.

Bola mata Dihya bergerak kanan dan kiri. Wajah berjambang kemas milik Zane diteliti dalam. Sememangnya lelaki itu sungguh misteri dan penuh tanda tanyanya. Semakin lama dia pandang semakin membuak rasa ingin tahunya.


"Just like a whiskey, looks mysterious and rich, but different from the taste, bitter and cold..."


Tertarik dengan jawapan itu, Zane mengangguk setuju. Menarik sungguh pelayan wanita yang seorang ini. Tidak pernah dia temui seseorang seperti Dihya ini. "Next, what else?" hujung bibirnya terjungkit menahan senyum.


Hm? Kepala Dihya terlentok sedikit ke kanan. Reaksi tenang dari Zane buatkan Dihya terkedu. Tak sedar ke yang dia sedang menyindir? "Tuan nak saya jujur ke?"


"Of course. Let's see how accurate your guesses are."senyum Zane mencapai rambut Dihya lalu dimainkan hujung yang beralun-alunnya itu. Rambut itu licin dan lembut. Siapakah gerangan wanita di hadapannya ini?

Mereka berdua saling membalas tantapan ke antara satu sama lain sebelum seseorang duduk di sebelah Dihya lantas memeluk tubuhnya tanpa amaran.


"Hei cantik...menari sama nak?"lelaki itu begitu hampir sekali dengan Dihya sehingga nafas beralkoholnya itu menyapa wajah Dihya.

Bukan setakat Dihya sahaja yang terkejut dengan kehadiran lelaki itu malah Zane di sebelah ikut memandang judging.


"Aku berikan kau tips yang banyak...okay?" taktala bibir itu hendak mendekati wajah Dihya.


"Saya rasa encik ni dah terlalu mabuk. Apa kata encik tenangkan diri tu sekejap." beritahu Dihya dengan dingin. Merinding rimas dek pelukan itu, dia bergelut untuk kekal tenang dari menampar tangan itu dari pinggangnya.


"Hei... Jangan la nak jual mahal sangat. "Eric melingkarkan tangan ke pinggang ramping Dihya sebelum menarik badan itu agar bersandar rapat ke dadanya." I'll pay you more...huh?"bisiknya di tepi telinga Dihya.


Tch! Mata Dihya memandang jijik akan wajah berona merah Eric di depan mukanya ketika itu.  Dalam hati pula dia menghitung untuk kawal diri dari naik tangan. "Encik... Saya minta lepas tangan encik dari saya."


"Eh!Kenapa pulak?Hei perempuan...Kau jangan nak acah innocent boleh tak? Macam la kau tak pernah kena sentuh... Takkan peluk sikit aje nak melenting!" ketawa Eric sudah mula meraba Dihya di tempat tidak sepatutnya.

Hal itu dilihat oleh Zane dan Sasha. Awalnya Sasha mahu bersuara, namun niatnya itu terlambat. Kerana tidak lama selepas itu, Dihya sudahpun bangun lalu memulas lengan Eric yang meraba punggung sebentar tadi ke belakang lalu kepala lelaki itu sudah berada di atas meja setelah di hempas dengan Dihya pada masa yang sama.

Melompat terkejut Jason dan Robert di situ. Elok mereka sedang bergelak ketawa dengan host disamping mereka, masing-masing memandang akan Eric. Rakan mereka itu bergelut dalam kesakitan.


"Encik patut dengar masa saya beritahu dengan baik."

Mata Sasha sudah membuntang. Apa pulak lagi la Dihya lakukan ni!!


"Ugh!!Lepaskan aku!"


"Sekali aje saya beritahu. Jangan sesekali sentuh orang tanpa persetujuan orang sekalipun orang itu adalah pelacur! No means no. Do you understand me, sir? " beritahu Dihya sewaktu memberi tekanan ke atas kepala Eric di atas meja.

Sementara Zane langsung tidak kelihatan terkejut, dari awal kejadian berlaku sehinggalah Dihya pinned down kepala Eric ke atas meja. Dia malahan dengan bersahaja menikmati minumannya.


"Apa yang kau fikir kau cuba buat ni hah!" gelut Eric mahu mengangkat kepalanya, tetapi semakin dia bergelut semakin kuat lengannya dipulas ke belakang. Sakit!


"Dihya... Sudah. Lepaskan dia." Sasha sudah berdiri di situ hendak mendekat "Jangan lakukannya."

Tetapi Zane malah mengalu kan tangan ke Sasha agar wanita itu kembali mengundur ke belakang. Terkejut dibuat gesture itu, hendak tak hendak Sasha terpaksa mengundurkan diri. Dia tiada kuasa di situ kecuali pelanggan yang melanggan servis mereka. Kalau dia macam-macam bayarannya tidak akan diterima.

Zane bersandar ke belakang bersama riak puas hati sewaktu memerhatikan Dihya. Siapa sangka keputusan dia untuk datang ke pub ini membuat harinya.

Bersama riak dinginnya Dihya tetap berdiri situ menunggu jawapan dari Eric. Rasa gentar mahupun takut dikalahkan dengan adrenalin yang sedang membuak dalam dadanya. Berani betul sentuh dia tanpa kebenaran!!! Ingat dia ni apa? Dia seorang bartender. Bukan host!


"Zane! Kau tengok perempuan ni! Lakukan sesuatu!" gelut Eric mengerang dalam kesakitan di situ.

Robert dan Jason kelihatan tiada niat hendak masuk campur. Mereka kelihatan kagum lagi ada la sebaik melihat situasi itu.

Dihya menguatkan cengkamannya pada lengan yang sedang dipulas.


"Hahahaha.... Wow! This is so interesting. Untuk Pertama kalinya aku berasa terhibur." tepuk Zane dengan kuat.

Reaksi itu membuatkan keadaan ruangan itu tegang semacam, Dihya tidak dapat mengabaikan rasa gelisah yang timbul ketika itu. Wajah Zane yang penuh misteri dan cara lelaki itu berbicara menunjukkan bahawa pelanggannya ini mungkin lebih rumit daripada yang disangka. Boleh pula lelaki itu ketawa. Fikir Dihya ketika memandang Zane ketawa.


"Kau ketawa? Kau tak nampak ke pelacur tak guna ni sentuh aku!" marah Eric lagi.


Bersama sisa ketawanya, Zane beritahu." But she's not a prostitute. You heard her."


"Sama aje!!Perempuan yang gunakan tubuh badan sendiri untuk melayan ramai lelaki tu semuanya pelacur! Lepaskan aku sekarang!" Semakin bergelut Eric semakin kuat tolakan pada kepalanya di atas meja itu.


"Dihya stay down. Lepaskan dia sekarang." arah Zane tidak lama selepas itu.

Mahu tak mahu Dihya pun menurut. Dia merenggus kasar sebelum kembali duduk. Manakala Eric sudah terduduk di atas lantai itu sambil mengusap bahagian lengannya yang sakit di pulas tadi. Tepi muka sudah kemerahan.


"Tuan tak apa-apa?"seorang host wanita berambut pendek bob cut tunduk mendapatkan Eric. Membantu lelaki itu duduk semula di kerusi lalu cuba dipujuk.

Eric tidak mengatakan apa-apa setelah itu. Dia tidak berani melawan kata sekiranya ada Zane di situ. Mahunya silap masa nyawa dia jatuh ganti.


"Maaf soal tadi, tuan.."ucap Dihya perlahan setelah keadaan menjadi tenang semula.


"Tak perlu gelar saya tuan. Kamu boleh panggil saya Zane."ujarnya sewaktu mencapai gelas minuman lalu menyisip minumannya.

Setiap pergerakkannya kelihatan elegan. Ketika itulah Dihya perasan akan jari manis kanan milik Zane. Wedding band terpasang di jari itu.

Dah berkahwin rupanya.

Membuatkan Dihya berdengus kecil. Well..bukan tempat dia untuk judge cara hidup orang. Tapi apa lagi yang dia boleh expect dari lelaki sofistikated seperti Zane ini. Sudah jelas la lelaki itu sudah berkahwin. Mana mungkin orang sekacak Zane masih single.


"Baik."balas Dihya pendek. Dia tiada kata-kata lain yang hendak dikatakan lagi selepas itu. Dia jadi mati akal dek kenyataan pelanggan misteri bernama Zane ini sudahpun beristeri.

Sepanjang malam, Dihya melakukan kerjanya dengan sebaik mungkin, namun hatinya tidak berhenti memikirkan tentang lelaki misteri itu.

Kenapa kehadiran lelaki bernama Zane ini begitu dalam impaknya terhadai dirinya? Atau adakah dia hanya terkesan kerana sudah lama tidak berada dalam hubungan yang kebetulan menimbulkan rasa ingin tahu? Setiap detik, wajah Zane dan pertanyaannya terus menghantui fikirannya.

Ketika Dihya akhirnya menamatkan tugasnya dan bersiap untuk pulang, rasa kehairanan yang mendalam terus menghantui fikirannya. Pertemuan singkat mereka malam itu meninggalkan kesan yang tidak dapat diabaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience