Selamat jalan Abang. Semoga Abang berjaya di dunia dan akhirat.
"Di okay?"
Khaleeda tidak menjawab dengan kata-kata. Hanya anggukan sahaja. Berderai-derai air matanya. Kabur pandangannya mahu melihat kereta yang membawa Yusoff pergi.
"Ini last kita..."
Ayat Khairul tak habis.
Seseorang di belakang. Khaleeda dan Khairul berpaling serentak.
"Ooo... pakai baju kerja, kata ada kerja tapi... ini kerja you ye!?"
Seorang perempuan bertudung corak bunga berwarna biru berdiri garang menghadap Khairul dan Khaleeda.
'Panggg!'
"Yang!"
Khaleeda terhuyung-hayang mencari tempat berpaut. Sebelum tersandar di dinding bangunan lalu melorot dan terduduk di atas lantai di situ.
Bergegar kepala otaknya seketika. Cuba mencerna situasi barusan berlaku. Kenapa? Apa dah jadi? Macam mana dia boleh terduduk di sini?.
Rasa perit yang pijar menjalar di pipi kiri. Khaleeda pekap tangan kiri ke pipi yang merona panas.
"Yang! what the hell are you doing!".
Khaleeda dengar suara besar Khairul menjerit terkejut dan marah.
"What the hell!? what the hell!? How dare you Khai!!!"
"Siapa betina ni and why the hell she said she choose you!?".
"Hey betina! Khairul ni my boyfriend. We are going to engaged."
"Kau penyondol eh! bagi body najis kau kat dia!".
Tergigil-gigil Khaleeda duduk di atas lantai ketakutan. Bimbang disakiti 'si Yang' Khairul sekali lagi.
"Yang, let me explain. Come with me, let me explain."
Khairul tarik tubuh 'si Yang' yang sudah meluru lagi mahu menuju kepada Khaleeda. Segera Khaleeda peluk perutnya bimbang.
"Di! jangan cari Abang lagi! Ini last kita jumpa!".
Sambil Khairul memeluk 'si Yang' yang meronta mahu dilepaskan untuk mampir kepadanya sekali lagi, lelaki itu mengingatkan ayatnya semalam.
Dalam keadaan perempuan itu masih meronta dan Khairul masih memeluk, mereka tinggalkan dia yang terduduk di kaki lima tersandar di dinding bangunan.
Ya Allah tolong. Apa dosa dia?.
@@@@@@@
"Uwekkk"
Berpinar-pinar pandangannya. Dia berpaut pada tebing sinki untuk berdiri. Tak boleh, tak boleh... terpaksa mencakung kembali menghadap mangkuk tandas dan...
"Uwekkkk"
Terduduk terus di situ. Segera tangan ke tengkuk mencengkam lama. Rasa pening dan loya yang tak tertanggung.
Sudah lebih sebulan yang begini, sejak seminggu yang lepas lebih teruk lagi. Meletihkan berulang-alik ke tandas setiap kali turun matahari.
"Wei, kau okay tak ni?. Kau sakit apa duh?. Kau ada ambik benda ke?".
Soal sosok yang menjenggah di muka pintu tandas yang terbuka daun pintunya kerana dia tidak sempat menutupnya sebentar tadi.
Kemudian satu lagi kepala terjonggol di balik tubuh yang di hadapan.
"A'ah. Kau kenapa? Ada bela saka ke? Maghrib je kau macam ni. Pergi klinik tak ada sakit".
Satu bilik dikongsi empat orang. Mujur seorang lagi keluar, kalau tidak agaknya semua berkampung di hadapan pintu tandas membuat spekulasi tahap kesihatannya.
"Dah keluar... aku nak mandi."
Arahan diberi apabila dirasakan kepalanya sudah sedikit ringan selepas membuang isi perut sebentar tadi lalu dia segera berdiri dalam susah-payah.
Selepas pintu ditutup Yusoff berdiri di hadapan sinki menghadap cermin muka di dinding bilik air.
Wajah pucat dan lingkaran lebam di bawah mata. Sedikit tergigil bibirnya. Air mata jatuh tidak semena-mena teringat cerita seminggu yang lalu.
Beginikah yang dinamakan sakit kecewa. Dua bulan sebumbung sebulan menyatu dulu... cuma mimpi indah untuk dia bukan untuk Khaleeda.
Sampai hati Di...
Abang ingat kita menyanyi lagu cinta yang sama. Semuanya tentang Di nampak ikhlas sepanjang dua bulan. Kesempurnaan kita untuk menjadi dua sejoli hanya tipu-tipu.
Tak sangka... dia sememangnya hanya upahan untuk kandungan Khaleeda. Gadis itu sememangnya tidak mahukan dia.
Yusoff menangis di situ. Berdiri teresak-esak hingga terhinggut-hinggut tubuhnya.
@@@@@@@
"Pergh! best betul tengok kau kena lempang aritu."
Khaleeda teruskan kerjanya seolah tidak terkesan dengan suara di belakang.
"Tengok muka aje dah tau stock sundal."
Pisau di tangan dia genggam kemas. Ya Allah, tolong pinjamkan kewarasan ini. Tolong ya Allah, aku reda dan akan cuba bertahan sehabis sabar yang mampu dengan ujian Mu.
"Berapa ramai la jantan kau kebas. Penyon..."
"Kerja banyak kat depan sana Chah!. Pinggan kotor tak berkutip!. Kau nak kerja ke tak!?".
Suara petir Mek Mah bergema di segenap ruang dapur. Chah angkat punggung dari duduk di bangku plastik lalu bersegera berlari ke ruang hadapan restoran.
"Dah siap keledek tu Di?"
"Dah Mek."
"Tu tepung aku dah bancuh atas meja. Terus goreng dah pukul empat ni."
"Baik Mek."
"Kau kalau rasa nak kerja lama kat sini Di... jangan nak bergaduh-gaduh ye."
Mek jeda seketika. Kemudian menyambung...
"Aku susah nak cari pekerja. Chah tu dah lama kerja dengan aku. Walaupun dia pemalas tak rajin macam kau... dia aje yang bertahan dengan aku dari mula dulu".
"Masa bisnes aku teruk tak boleh rolling, gaji tak mampu bayar pun dia masih tunggu dengan aku."
"Aku ni orangnya mengenang budi."
"Dia tu teringin benar nak kahwin. Dah beria sangat. Sekali boyfriend dia kejar kau... mana tak marah Chah tu."
"Di tak layan pun si Chot tu..." Cuba membela diri.
"Ye la... kan aku cakap Chot kejar kau." Pangkah Mek segera.
"Salah Di ke Mek..." Pasrah.
"Entahlah Di. Biasa aku tengok orang cantik selalu bernasib baik yang kau ni first time aku jumpa malang aje yang mengekor."
Apa yang cuba Mek nak sampaikan ni? Memuji? Bersimpati? Menghina? Khaleeda keliru.
"Jangan sampai Chah tinggalkan aku walaupun kau betul. Aku tak fikir kau lama dengan aku."
Mek campak tapis santan masuk ke dalam sinki. Belentum bunyinya. Khaleeda terkujat sampai terlompat kecil.
Agaknya Mek dulu wakil lontar peluru sekolah.
Khaleeda toleh ke belakang Meknya sudah hilang ke hadapan restoran. Khaleeda usap-usap perutnya.
@@@@@@@
Mana orang dua ekor tu?. Dekat mana si Yus sambung belajar. Penat dia bertanya sana sini kenalan mereka, semua jawab tak tahu.
Kalau aku jumpa la si Yunus memang aku kokang-kokang masa tu jugak! Wati memekik di dalam hati.
Tak mungkin si Baby Boo cari dia. Kalau dia ada dulu pun si anak tetap pilih menempel dengan Yunus.
Sebab itu kalau dia tidak bekerja Baby Boo Yunus hantar ke rumah keluarganya. Kerana anak itu nampak sangat tidak serasi dengan dia dan dia juga malas melayan.
Betul ke Yunus dah pindah ke Perak? Iya kot, sebab itu macam tak dapat dikesan langsung! Arghh...
@@@@@@@
Mujurlah ada isteri kawannya boleh jagakan Baby Boo.
Yunus dongak ke atas memandang beg air yang tergantung di tiang besi bersebelahan katil Yusoff. Nampak air itu menitik cantik terjun satu dan satu.
Pergerakkan Yusoff mematikan tingkah Yunus. Lalu dia berdiri dari duduk di bangku kemudian membongkok mendekati wajah Yusoff yang masih terpejam matanya.
"Yus, Yus..."
Yusoff tidak menyahut hanya wajah yang berkerut dan mata berketap kuat hingga bertemu dua kening yang tebal itu.
"Yus... kau rasa macam mana? okay tak?"
Soal Yunus lagi. Dia risau.
"Air Yun..."
"Okay jap."
Yunus capai botol air mineral di atas meja. Mujur dia beli sebotol di mesin 'gedegang' ketika menunggu Yusoff di luar wad kecemasan.
Sekarang dia masih juga di wad kecemasan tetapi sudah di dalam. Sedang menunggu keputusan doktor sama ada Yusoff perlu ditahan di wad atau tidak.
Yusoff minum dua teguk sahaja sudah tidak mahu. Menggeleng walau Yunus memujuk seteguk dua lagi.
Yunus beralah. Tak mengapalah fikir Yunus kerana doktor sudah drip air melalui tangan.
"Pak guard bagi kau masuk ke? boleh pulak?".
Hmm... mamai budak ni.
"Kau kat kecemasan Yus. Member kau cakap lepas solat Isyak kau telungkup kat mangkuk jamban".
"Aku tanya kau jangan marah... kau ambik barang ke? kecewa sebab budak tu?".
Yusoff celik mata yang terpejam. Terus matanya terhenti di beg air yang bersangkut di tiang besi.
Yusoff angkat tangan kiri merenung kekura tangan berpasang jarum branula.
"Pukul berapa ni?"
"Dua belas."
"Kau rasa macam mana?".
"Letih... lapar."
"Ada apa boleh makan?".
"Aku ada air je. Jap aku keluar cari makanan. Kau nak makan apa?".
"Teragak nak mi bandung. Tapi kalau muntah lagi... pedih pulak."
"Kau ambik barang ke Yus?".
"Amende la kau ni Yun."
"Aku tanya... bukan tuduh."
"Tak de! tak caye tanya doktor la!"
"Jangan la marah. Aku risau... ambik berat je."
Yusoff pejam mata. Malas melayan agaknya. Tidak menjawab apa-apa lagi.
"Aku keluar kejap cari makan. Bubur la ye... atau nasi dengan sup?."
Masih tidak menjawab. Diam sahaja pejam mata. Tak mungkin tidur, bola mata yang terpejam itu bergerak-gerak.
Yunus malas mendesak, dia bangun mahu keluar. Rasanya lama lagi di wad kecemasan ini kerana air di dalam botol belum pun luak separuh.
"Ayun!"
"Ha".
"Nasi dengan sup la... daging. Lapar!"
Yusoff angkat kepala sedikit memandang Yunus di muka pintu.
"Ha, okay!"
Okay Yus, apa aje. Aku sayang kau Yus.
sowi kesygn ari ni lmbt. pg sklh amek report kad. lps tu ikut seben jln2 cari mkan. Asam Pedas Iskandar kt Taman D'Utama. klw turun jb cari ek. sedap! ikan kicap dia pn sedap. sj tlg promo sb sedap. tkut nk post ari ni. rmai mrah kn Ayun. huhu
Share this novel