3

Drama Completed 19555

Ara berdehem kepada Adhuka apabila keluarga mereka mula memberi ruang kepada mereka berdua untuk berbual.

"You baru buta je ke?"

Adhuka mengangguk sebagai balasan.

"I tau you tu tak bisu, cakaplah, ke suara you pun tuhan dah ambik?" Ara senyum sinis.

"Baik..." Adhuka balas sepatah.

"Boleh I tau cara you excident?" Soal Ara menopang tangannya ke atas meja sambil meneliti wajah kacak Adhuka.

"Seperti yang awak tahu dan dengar dari umi saya, saya kemalangan," Adhuka membalas dengan tenang.

"Jadi, kisah you ni kira dramatik jugak la ye?" Ara tertawa.

"Maksud awak?" Adhuka menyoal dengan muka keliru.

Makin galak Ara ketawakan Adhuka.

"You know... it's fun to see your dumb face!" Ara mengutuk Adhuka selamba.

Adhuka hanya tersenyum kekok, hatinya sedikit terasa dengan kata-kata ejekan dari Ara.

"Opss, sorry," Ara berhenti ketawa saat melihat muka Adhuka yang berubah tidak selesa, Ara berdehem perlahan sebelum mula mengkritik Adhuka lagi.

"You ni kacak, tapu itulah buta, patutlah ex fiance you, tinggalkan you, maybe, dia bertunang dengan you pun semata kerana rupa? Tak pun harta?" Ara menarik senyuman sinis lagi.

"Saya tak minta untuk jadi macam ni cik Ara, apa pun alasan bekas tunang saya, saya redha," Adhuka balas memandang Ara dengan matanya yang putih.

Ara menjulingkan matanya ke atas sebaik mendengar balasan dari Adhuka.

"So, let me being honest, I setuju untuk kahwin dengan you semata-mata untuk harta Papa I, so, jangan anggap I ni rela bersuamikan lelaki macam you, tambahan pulak you ni buta, so I totally TERPAKSA kahwin dengan you, faham?" Ujar Ara dengan nada suara yang berlagak.


Adhuka diam dan mengeluh.

"Saya faham,"

Ara senyum senget.

"Good kalau you faham, so, I nak buat suggestion, kita kahwin, but, kahwin kontrak cukup tempoh, kita bercerai," tambah Ara lagi.

"Kahwin kontrak?" Soal Adhuka dengan kening terangkat sebelah, ingat dia tengah shooting drama ke nak kahwin kontrak bagai ni?

Ara mengangguk.

"Yes, contract married, agree?"

"No, saya tak setuju," Adhuka membantah.

"Why? You berharap I ni jadi pengasuh lelaki buta macam you ni untuk selamanya ke?" Ara suara meninggikan suaranya.

Adhuka menarik nafas panjang dan hembus perlahan.

"Listen here miss Ara Kamelia, hukum berkahwin kontrak adalah haram dalam agama islam, awak ni dah tak fikir agama ke? Saya pun jahil tentang agama tapi sekurang-kurangnya saya tahu mengenai hukum nikah mut'ah ni, para mufti pun dah sahkan cara perkahwinan secara kontrak ini adalah haram dan tidak sah, saya inginkan hubungan halal dan sah di sisi agama walaupun kita sama-sama paksa rela untuk berkahwin, cinta boleh dipupuk selepas kahwin, jangan main-main dengan agama!" Adhuka membalas lebar.

Ara membuat muka bosan.

"I tak tahu pulak yang you ni ustaz?" Ara memerli Adhuka.

Adhuka mengeluh dan duduk tegak dikerusinya dengan muka tegas.

"Memberi teguran tidak bermaksud seseorang itu ustaz ataupun ahli agama, saya menegur awak atas apa yang saya tahu, saya bukan ustaz, saya hanya pendosa yang masih mencari redha Allah, jadi Cik Ara Kamelia, saya tak setuju dengan cadangan mengarut awak tu," Adhuka senyum sekilas pada Ara sebelum mematikan senyumannya.

"So, cakap jelah yang you tak setuju, ni nak bebel apahal?" Ara jeling menyampah.

"Saya tak bebel, saya memberi nasihat dan teguran sahaja," balas Adhuka tidak mahu kalah.

Ara terus diam malas mahu membuka mulut lagi, dia harus pikirkan cara lain.

"Cik Ara Kamelia, perkahwinan itu adalag hubungan yang suci, kenapa awak fikir mengenai cerai terlalu awal? Kita belum lagi berkahwin, awak dah fikir pasal berpisah? Awak tahu, Allah sangat tidak menyukai pasangan yang bercerai-berai, apatah lagi alasan awak cuma tak mahu lelaki yang mempunyai kekurangan seperti saya, saya pun tak mahu jadi buta, tapi saya hanya mampu redha," ujar Adhuka buat Ara merengus dan menghentak tangan ke atas meja, marah.

"Yes, you redha! Tapi I yang kena jaga you nanti! Setuju jelah! Hal tu lain cerita! Kahwin kontrak ataupun I buat ikut suka hati I bila kita kahwin nanti!" Ara mengawal nadanya dari menjerit marah.

"Bab agama jangan buat main Cik Ara! Saya takkan setuju, kita masing-masing setuju untuk kahwin, apa awak buat nanti saya tak tahu, sama ada awak nak patuh menjadi isteri yang baik kepada saya ataupun tidak terpulang pada awak, saya akan didik awak walaupun keadaan saya begini, no excuse anymore," Adhuka menambah dengan tegas, soal agama memang dia sedikit tegas walaupun kadangkala dia sendiri jauh dari Allah.

Ara menyilangkan tangan ke dada dan memandang tajam pada Adhuka tidak puas hati.

"Jadi you tak kesah kalau isteri you nanti curang belakang you?" soal Ara.

"Belakang saya? saya rasa awak mampu untuk curang depan saya Cik Ara," balas Adhuka membuat Ara terdiam.

Ara mengerti maksud Adhuka.

Adhuka buta.

Curang di belakangnya ataupun dihadapannya langsung tidak memberi kesan pada lelaki bernama Adhuka ini.

"I see, alright, kita kahwin, syaratnya, you dilarang masuk campur dalam urusan peribadi I, kita kahwin atas dasar alasan masing-masing, you nak tutup malu and I nak harta Papa I, easy kan?" tambah Ara lagi.

"Kenapa saya tak boleh tahu hal awak? awak tu bakal isteri saya, hal awak, adalah hal saya," balas Adhuka.

"Isteri atas kertas sahaja, jangan sesekali cuba untuk buat I jatuh cinta dengan you," Ara menjawab ringkas.

Adhuka senyum.

"Mungkin ini kali pertama kita bersua muka, dan saya tak dapat lihat muka awak, tapi saya tahu dalaman hati awak, ada sesuatu yang awak simpan, awak jangan risau, saya takkan paksa awak buat apa yang awak tak suka, saya akan didik awak, sesuai dengan cara saya," ujar Adhuka dengan senyuman ikhlas.

Ara hanya mencebik, acah tahu semua benda.

"Tak payah nak didik I , I tak perlukan didikan dari lelaki buta macam you,"

Adhuka tertawa.

"Jadi semua jelaskan? kita sudah mendapat kata sepakat kan?" soal Adhuka sambil tangannya meraba-raba mencari loceng yang tersedia di atas meja.

"Hm," Ara membalas perlahan.

Adhuka mengangguk dan menekan loceng yang ada di atas meja untuk memanggil Puan Aishah yang duduk tidak jauh dari mereka.

say hi sikit kepada yang menunggu update dari honey tuuu, hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience