Bab 54

Romance Series 39793

Tania pun menaiki kereta talhah, semasa duduk di dalam kereta talhah. Tania terbau minyak wangi perempuan lain di dalam kereta itu lalu tania bertanya

"Ada perempuan lain ke yang naik kereta you selain i?"

"Ke... kenapa?"

"I ada bau minyak wangi perempuan but bau dia macam familiar"

"Ouhh, ada semalam i hantar dan ambik dia untuk dinner dekat rumah my family tu"

"Ouhh, your fiance right?"

"How..... how do you know?"

"See, that true" kata tania lalu memandang luar dan mendiamkan diri

"Ishh dia ni, boleh pulak bawak perempuan lain naik kereta dia. Cukup aku dengan mak dia dah la yang naik kereta dia" kata tania marah dalam hati sambil mengenggamkan penumbuk tangannya kuat

Talhah yang perasan akan hal itu, terus terdiam tak jadi niatnya ingin menegur tania

"Dia marah ke? tapi sebab apa? dia bukannya suka dekat aku pun. Ke sebab tahu minyak wangi ariana dia jadi macam tu? tapi ariana tunang aku. Apa salahnya, ke dia jealous??? eh tak fahamlah aku dengan perempuan ni. Tapi kalau dia jealous maksudnya dia suka kan aku jugak la kannn? Hehhh kena tanya ni" kata talhah dalam hati sambil mengetuk stering keretanya

"Ermmm tania i nak tanya something boleh?"

"Hmmm" jawab tania

"You marah eh?"

"Sebab?"

"You cakap kereta i kan ada bau perfume perempuan. So you marah ke sebab i bawak perempuan lain naik kereta i?"

"Eh takde maknanya, itu hak you nak bawak sape naik kereta you tu. I tak boleh nak halang pun"

"Ouhh, you jealous?"

"Nooooo...... for what i nak kena jealous? You bukan boyfriend i ke, tunang i ke, husband i pun. Buang masa je i nak jealous dengan you" kata tania tetapi suaranya sudah sedikit kendur daripada tadi yang agak tegang

"Ouhh, betul you tak marah?"

"Tak, encik ahmad talhah"

"Betul you tak jealous?"

"Ya Allah, betul encik ahmad talhah bin anaqi" jawab tania geram

"Hahahahahahahahahaha okay-okay. Relax-relax jangan naik angin. Nanti cepat tua"

"Iye lah"

Setelah sampai di rumah, talhah terus meminta diri untuk membersihkan dirinya untuk naik ke bilik

Tania duduk di sebelah datin maryam selepas menyalami tangan datin maryam

"Tania cantik kamu, pagi-pagi lagi dah berjoging. Talhah ajak ke?"

"Eh tak adalah mummy, tania memang selalu ke taman tu. Tiba-tiba ternampak talhah itu yang terserempak dengan tania" terang tania

"Ouhh, macam tu. Kamu dah breakfast? Jomm la breakfast dengan kami"

"Boleh je, tapi tak menyusahkan mummy ke?"

"Menyusahkan apa nye, mummy dah siap masak pun. Tinggal nak makan je, mummy yang suruh talhah ajak kamu ke sini. Makan dengan kami" terang mummy sambil berjalan ke dapur bersama tania

"Wowwwww rancaknya berborak. Pasal apa?"

"Eh orang lelaki tak boleh tahu. Ni hal perempuan je"

"Elehhh iye, talhah pun datang lalu duduk di sebelah tania"

Tania terasa segan apabila talhah duduk disebelahnya

"Emmm tania, you nak lauk apa?" tanya talhah

"Ermm takpe, i ambik sendiri" kata tania lalu ingin mencedok lauk. Tetiba tangan talhah yang mencedok dahulu lalu tania terpegang tangan talhah pulak. Terus tania mengangkat tangannya

"Eh sorry-sorry talhah, i tak sengaja" terus tania menarik laju tangannya. Dan talhah pun bertanya "you nak lauk ni ke?" tania terus menganggukkan kepala. Talhah terus mencedok letak ke atas pinggan makan tania

Tania terus makan dalam keadaan diam sahaja, manakala talhah makan sambil melihat tania makan. Apabila dilihat pinggan tania hampir kosong, terus ditanya

"Tania you nak tambah?"

"Eh takpe, i dah kenyang"

"Kenyang apa nye, sikit je you makan tadi. Kan dah lepas joging, tambah la lagi sikit"

"Eh takpe, i takut nanti i tak habis pulak"

"Alahhh, sikit je. I janji sikit je, nanti kalau you tak tambah. I tak nak hantar you balik. You stay sini dengan i" kata talhah mengusik

"Ehhh kamu ni, boleh pulak macam tu. Kalau orang dah tak nak tu jangan dipaksa nanti dia tak suka dengan kamu baru tahu" kata mummynya

"Okay-okay" kata talhah lalu meletakkan semula semula senduk nasi itu

"Thanks mummy" jawab tania tersenyum. Tania pun menghabiskan nasi dan airnya lalu membawa pinggan ke singki lalu membasuhnya. Tiba-tiba terdengar telefon berbunyi di ruang tamu, terus tania pergi dan mengangkatnya

"Hello mama"

"Hello tania kamu dekat rumah talhah lagi ke?"

"Haah, kenapa mama?"

"Takde lah, ni mama nak bagitahu kamu. Mama nak keluar kejap dengan papa. Tapi abang kamu ada dekat rumah ni"

"Okay, mama. Bye love you"

"Okay, bye love you too"

Tania pun kembali ke meja makan, lalu talhah menegurnya "Sape call?"

"My mom call"

"Ouhh, dia cakap apa?"

"Nothing"

Setelah mereka selesai menjamu selera, talhah terus menghantar tania pulang. Setelah tiba di rumah, tania terus masuk ke dalam rumahnya. Hud keluar dan menegur talhah

"Ehh talhah, tunggu tania ke?"

"Eh tak la bang, saya cuma hantarkan tania ke sini je. Sebab saya dah ambik dia untuk breakfast dekat rumah family. Itu yang hantar semula"

"Ouhh, takpelah kalau macam tu. Emmmmm......... abang nak tanya sesuatu boleh?"

"Boleh, apa dia tu abang?"

"Talhah suka tania?" Talhah diam seketika sebelum berkata "Saya sebenarnya crush je dekat tania. Tapi hati saya memang betul-betul berkenan dengan tania dan saya nak kenal hati budi dia"

"Ouhh, tak nak bercinta? kott boleh kahwin kalau ada jodoh?"

"Susah saya nak cakap yang tu, sebab saya dengan tania bercakap bila perlu je. Dan saya pun takut kalau bertepuk sebelah tangan je"

"Takut atau malu ego jatuh?...... Hahahahahahahaha abang gurau je. Jangan marah. Tapi talhah nak tahu tak, tania pun suka dekat tania. Abang syak lah, tapi bukan 100% tauu"

Terus bulat mata talhah

"Yeke bang? macam mana abang tahu?" kata talhah dengan nada ingin tahu dan teruja

"Tania pernah......." tak sempat hud ingin menghabiskan kata-katanya. Tania sudah keluar daripada rumah

"Abang, jomm keluar. Kita pergi shopping. Jom abang jomm" kata tania lalu menarik tangan abang dan melambaikan tangan kepada talhah

"Eh okaylah talhah, abang pergi dulu dengan tania"

"Okaylah, bye" kata tania bergerak keluar bersama abangnya lalu talhah pun keluar pulang ke rumahnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience