IMANI SOPHIA menatap penampilannya di hadapan cermin. Dengan blaus putih dan skirt hitam paras bawah lutut, hari ini adalah hari dia dipanggil temuduga. Setelah berdebat dengan Izz Zaquan malam tempoh hari, akhirnya suaminya mengizinkannya untuk bekerja.
Imani Sophia segera mencari kerja secara dalam talian dan tak sangka rezekinya cepat. Tidak lama kemudian dia mendapat panggilan temuduga daripada sebuah syarikat dan hari ini adalah hari temuduga tersebut. Dia mengenakan solekan nipis agar kelihatan segar.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Imani Sophia segera keluar dari bilik sambil membawa tas tangan.
"Mak Limah, sarapan dah siap ke?" tanya Imani Sophia semasa melintas dapur.
"Sebentar lagi siap, puan. Puan nak ke mana cantik-cantik pagi ni?" tanya Mak Limah sambil tersenyum mesra. Dia jarang melihat Imani mengenakan solekan di wajah. Lagipun isteri majikannya itu memang cantik semula jadi.
"Saya nak keluar kejap. Nanti kalau tuan dah bangun, tolong buatkan kopi ya," pesan Imani Sophia.
"Puan tak nak sarapan dulu ke? Mak Limah boleh buat roti bakar kalau puan nak cepat?" tawar Mak Limah.
"Tak apalah Mak Limah, nanti saya lewat pula. Karang saya sarapan kat luar jelah," balas Imani segera apabila notifikasi dari pemandu Grabnya muncul.
Tidak lama selepas Imani Sophia pergi, Izz Zaquan turun ke ruang makan dan berasa pelik bila melihat kelibat isterinya tiada. Sedangkan dalam bilik pun, Izz Zaquan tak nampak bayang Imani Sophia.
"Imani mana, Mak Limah?" tanya Izz Zaquan sambil duduk dan terus mencari kelibat isterinya.
"Puan dah keluar awal pagi tadi, katanya ada urusan kejap kat luar," jawab Mak Limah.
Izz Zaquan segera mengambil telefon bimbit dan ingin menghubungi isterinya tetapi terhenti setelah melihat mesej daripada Imani Sophia.
Imani: Abang, Imani keluar kejap. Hari ini ada interview kerja. Last minit company call semalam suruh datang. Sorry tak sempat bagitahu abang semalam. Imani tak nak kacau abang tidur penat balik lewat semalam.
Izz Zaquan meletakkan telefon tanpa membalas mesej itu, memang beginilah hubungan mereka selama ini. Walau sebanyak mana mesej daripada Imani Sophia, respon Izz Zaquan tetap dingin.
DALAM pukul 12 tengah hari, Imani Sophia pulang dengan perasaan gembira kerana dia diterima bekerja sebagai penyambut tetamu. Dari ramai calon, dia antara yang berjaya mendapat kerja tersebut dan boleh mulakan tugasnya dengan segera.
"Baru balik?" suara Datin Zaiton mengejutkan Imani Sophia yang baru masuk rumah.
"Mama dah lama sampai?" tanya Imani Sophia sambil mencium tangan ibu mertuanya.
Dalam hati Imani Sophia mula tertanya-tanya kenapa kerap sangat Datin Zaiton datang ke rumahnya sejak akhir-akhir ini. Mula Imani Sophia rasa serba tidak kena kerana dia sudah penat di desak oleh ibu mertuanya itu.
"Baru lagi. Kamu pergi mana sampai waktu macam ni baru balik?" soal Datin Zaiton dengan tegas.
“Imani ada urusan sikit kat luar mama,” balas Imani ringkas.
“Urusan apanya? Kamu tu bukannya ada kawan pun.”
Imani Sophia hanya diam saja.
"Mama dah suruh Izz balik, kita makan tengah hari sama-sama kat sini," ujar Datin Zaiton.
“Baik, ma. Imani pergi masak sekarang. Pukul 1 selalu Abang Izz sampai kalau balik makan lunch. Mama duduklah dulu ya,” ujar Imani Sophia yang kemudiannya segera ke dapur menyediakan hidangan tengah hari. Dengan bantuan Mak Limah, segalanya siap tepat pada waktu makan tengah hari walaupun dia tidak sempat menukar pakaian.
Datin Zaiton menyambut kepulangan Izz Zaquan yang sudah tiba, membuatkan Imani Sophia cepat-cepat mendekati suaminya lalu mencium tangannya.
"Abang baru sampai?" sapa Imani Sophia lembut.
"Hmm," jawab Izz ringkas.
"Duduklah, Imani dah masak makanan kegemaran abang." Baru Imani Sophia mahu melayani Izz Zaquan sambil teruja tidak sabar berkongsi berita gembira yang dia sudah dapat kerja tiba-tiba suara ramah Datin Zaiton kedengaran.
"Masuklah Ivy, jangan segan,” ajak Datin Zaiton dengan mesra.
Imani Sophia berpaling dan baru menyedari yang Izz Zaquan tidak pulang seorang diri. Ada seorang wanita cantik di belakang suaminya. Hatinya tiba-tiba sakit. Apakah Izz Zaquan pulang bersama dengan wanita ini?
"Imani, kenalkan ni Ivy Liyana, kawan Izz," kata Datin Zaiton memperkenalkan wanita itu.
"Ivy.” Wanita itu tersenyum sambil menghulur tangan.
"I-Imani," sambut Imani Sophia ragu-ragu.
Ketika Imani Sophia ingin duduk di sebelah Izz Zaquan, tiba-tiba Ivy menahan tangannya.
"Boleh I duduk sini?" tanya Ivy tanpa segan silu. Wajahnya dari tadi tersenyum manis di samping Izz Zaquan.
"Tapi…" Imani Sophia terhenti melihat Izz Zaquan yang langsung tidak membantah kehendak Ivy. "Hmm, duduk la."
Dengan hati terluka, Imani Sophia duduk di sebelah Datin Zaiton. Sakit hatinya melihat Ivy melayan Izz Zaquan seolah mengambil alih tugas yang biasanya dilakukan oleh Imani Sophia begitu sahaja.
"Thank you," ucap Izz Zaquan kepada Ivy yang meletakkan lauk dalam pinggannya.
Ucapan yang jarang sekali Imani Sophia dengar daripada suaminya.
"You still suka makan daging masak ni, kan?" Ivy menambah daging ke pinggan Izz Zaquan.
Datin Zaiton tersenyum melihat Ivy di samping Izz Zaquan tanpa pedulikan perasaan menantunya sekarang ini.
"Dah lama pun kamu still ingat kesukaan anak aunty," puji Datin Zaiton.
"Of course la aunty. Semua pasal Izz, Ivy tak penah lupa satu pun," balas Ivy bangga.
Imani Sophia menghabiskan makannya dengan cepat kerana rasa dirinya seperti tidak dihargai. Dia segera naik ke bilik dan hatinya bertambah sakit melihat kemesraan Izz Zaquan dan Ivy dari balkoni.
"Lepaskan dia, Imani. Dia tak bahagia dengan kau," bisik hati Imani Sophia sambil menangis.
ESOK paginya, Imani Sophia bersarapan sendiri tanpa tunggu Izz Zaquan. Setelah dia selesai sarapan ketika itu Izz Zaquan muncul di meja makan dengan mata sedikit terpaku melihat penampilan Imani Sophia yang nampak lebih cantik dengan solekan ringkas.
Izz Zaquan duduk lalu mengeluarkan kad debit dan meletakkan di hadapan Imani Sophia.
“Ambil kad ni and beli pakaian yang sesuai sikit. Jangan nak pakai skirt pendek macam tu lagi. You nak pergi kerja ke nak pergi tayang paha?”
Imani Sophia mengeluh. Langsung dia tidak rasa pakaiannya yang nampak keterlaluan.
‘Celah mana pula aku tayang paha? Selalu uli aku pun tak kenal mana paha dan betis?” gerutu Imani Sophia dalam hati.
Tak mungkin Imani Sophia berkata di depan Izz Zaquan kerana dia malas nak berbalah lagi.
“Imani pergi kerja dulu,” katanya sambil mencium tangan Izz Zaquan tanpa mengambil kad kredit suaminya itu.
Dari ekor mata saja Izz Zaquan melihat Imani Sophia keluar dari rumah.
"Apa kena dengan dia?" rungut Izz Zaquan apabila kad debitnya langsung tidak disentuh oleh Imani Sophia.
"Mak Limah, kenapa nasi goreng ni rasa lain?" tanya Izz Zaquan selepas merasa nasi goreng.
"Rasanya macam biasa je tuan. Macam puan selalu masak,” balas Mak Limah.
"Mungkin perasaan saya je," balas Izz Zaquan sambil terus makan.
DI pejabat, Imani Sophia menikmati kesibukan baharunya sehingga fikirannya rasa tenang kerana tidak lagi terus memikirkan desakan Datin Zaiton atau sikap Izz Zaquan. Ini yang Imani Sophia mahu rasai setelah sekian lama.
"Imani, jom lunch. Meh aku tunjuk foodcourt ofis kita," ajak Suraya, rakan sekerjanya.
"Okey, jomlah."
Setelah membeli makanan, mereka mencari meja kosong tapi malangnya waktu macam ini memang susah nak dapat tempat kalau lewat keluar sedikit.
"Tak ada meja yang kosong la," keluh Imani bila puas meliar matanya sekeliling.
"Suraya sini!" panggil seseorang.
Suraya yang perasan akan panggilan itu terus menarik tangan Imani Sophia ke arah meja Andi dan Helmi.
"Nasib ada kau, Andi. Kenalkan ni Imani, resepsionis baru," kata Suraya.
"Aku Andi, ni Helmi," ujar Andi sambil tersenyum memandang Imani Sophia.
"Imani."
"Duduklah," ajak Suraya bila melihat Imani masih terpacak berdiri di tepi meja sedangkan dia sudah duduk di sebelah Andi. “Tu kan ada kerusi kosong sebelah Helmi.”
Imani Sophia duduk di sebelah Helmi dengan canggung. Dia hanya menjawab ringkas apabila diajak berbual.
"Imani, nak ikut kitorang tengok wayang lepas balik kerja tak? Boleh double date," ajak Andi secara tiba-tiba.
Imani Sophia hampir tersedak mendengar ajakan Andi.
"Sorry, saya dah kahwin. Tak elok keluar dengan lelaki lain," balas Imani dengan jelas.
"Eh, eh sorry… Ingatkan still single," balas Andi segan.
Imani Sophia hanya tersenyum tawar. Sepanjang makan tengah hari itu dia hanya banyak mendengar dari berbual walau ada antara kenalan barunya seperti seakan berminat berbjual lebih dengannya.
Malam itu, Imani Sophia tidur awal kerana keletihan sehingga tidak sedar Izz Zaquan pulang.
Izz Zaquan masuk ke bilik dan terus terpaku melihat isterinya tidur dengan baju tersingkap hingga nampak paha.
"You make me go insane, Imani,” bisik Izz Zaquan sambil menarik nafas panjang.
Share this novel
llki tu je ek tau huhu