"Apa umi? kahwin?"
"Iya kahwin kenapa?"
"Tak nak la umi, orang nak kerja yang ada pakaian seragam. Bukannya kahwin dengan orang yang kerja pakaian seragam" luah fatin
"Eh kamu ni mengada, haritu kata lain. Ni kata lain pulak. Umi tak kira, umi nak kamu kahwin jugak dengan dia"
"Orang tak nak la umi, orang tak mau, I don't want" bantah fatin
"Kamu cakaplah apa sekali pun, jawapannya kamu tetap akan berkahwin dengan dia hujung bulan ni" kata umi lalu beredar
Ishh umi ni, orang tak nak lah. Dia sibuk nak paksa-paksa. Umi la yang kahwin lagi senang
Fatin pun masuk ke dalam bilik lalu membebel
"Kenapa aku kena kahwin? aku tak nak kahwin lah" kata fatin sambil menutup mukanya dengan bantal lalu menjerit
Keesokan paginya, umi telah membawanya ke pasar pagi untuk mencari makan pagi
"Ye, makcik nak apa?"
"Bagi makcik macam biasalah"
"Baik"
Aku dan lelaki tu hanya berpandangan tetapi hanya seketika. Cehhh kerja jual nasi je, tak ada standart langsung. Atleast la taste aku nak jugak polis ke, jpj ke, askar ke
Selesai itu mereka terus menuju ke rumah. Umi pun berkata
"Umi dah bagitahu pihak sana, hujung bulan ni kamu berkahwin"
"Eh umii....... orang tak naklah, orang nak sambung belajar"
"Ikut suka hati kamulah, kamu nak sambung belajar ke, kerja ke, suri rumah ke lepastu. Janji kamu kahwin dulu dengan dia"
"Kenapa umi macam paksa je?" kata fatin sambil duduk di dapur dan melihat uminya memasak
"Umi bukan paksa, nanti lepas kahwin kamu tahu sebabnya kenapa"
"Kenapa umi tak bagitahu sendiri?"
"Rahsia, nanti kamu tanya bakal suami kamu sendiri"
"Ahhh? kenapa pulak kena tanya dengan dia?"
"Itu umi tak tahu, nanti kamu jumpalah dengan dia"
"Iyalah umi ni" fatin bangun lalu menuju ke halaman rumah
Kahwin lagi, aku tak berminat nak kahwin lagi. Lepastu dah kene kahwin hujung bulan ni
Fatin menuju ke arah buaian yang dibuat khas sempena birthday itu, fatin bermain dengan buaian seorang diri diluar sehinggalah ayahnya datang
"Fatin"
"Ye ayah?"
"Kenapa ni?"
"Umi suruh kahwin hujung bulan ni"
"Ouhh, dengan lelaki kerja pakaian seragam"
"Ouhh, iye ke ayah?"
"Iye, umi kamu berkenan dengan dia. Itu yang dia nak satukan dengan kamu"
"Tapi dia kerja apa ayah?"
"Entah, nanti kamu tanyalah dia sendiri"
"Ishhh ayah ni. Tadi umi cakap macam tu. Ni ayah pulak. Dah la baik fatin masuk bilik je. Stress cakap ayah dengan umi ni"
"Suka hati kamulah"
Fatin pun menuju ke biliknya, di dalam bilik dia hanya bercakap sendirian
Akulah nasib aku, kena kahwin dengan lelaki yang kerja pakaian beragam. Tapi aku nak kerja tu, bukan kahwin dengan lelaki kerja tu. Aduhhhh sedih-sedih apalah nasib yang kurang baik ni
Pada hujung minggu itu, fatin telah pun keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Semasa perjalanan dia mendapati terdapat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh jpj. Tetapi relax la, ni fatin kott mesti ada lesen yang sah mengikut undang-undang jalan raya. Semasa keretanya disekat, ada seorang lelaki jpj ni menahan dan bertanya
"Nak ke mana ni malam-malam sorang-sorang?"
"Nak jumpa kawan"
"Iye ke? ke nak jumpa boyfriend?"
"Encik, encik jangan nak tuduh saya bukan-bukan. Saya nak keluar dengan kawan saya untuk jemput kawan saya datang ke majlis kenduri saya"
Eh dia ni, suka hati aku la nak keluar pergi mana pun. Kau bukannya suami aku ke, tunang aku ke...... Tapi kau segak jugak eh? dengan pakai cermin mata hitam. Eh tapi, apasal dia pakai cermin mata hitam kalau dah malam? apa dia ni nampak cerah lagi ke?
"Okay, nah. Awak boleh jalan" kata jpj itu lalu menghulur semula lesen dan kad pengenalan fatin
"Baik, terima kasih encik"
Fatin pun berlalu, dan menuju ke arah kedai makan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Setelah tiba, dia terus menuju ke meja makan dan menunggu sahabatnya itu tiba. Tidak lama hanya 5 minit mereka semua sudah tiba
"Wehh, dah lama tak jumpa. Apasal ni tetiba call lepastu ajak jumpa"
"Itulah, ada good news ke?"
"Hemmm aku tak tahu lah good news atau bad news, tapi bad news untuk aku"
"Pehhh, apa yang bad sangat tu?"
"Aku kene kahwin"
"Lahhh kahwin je pun, kahwin je lah"
"Kau cakap senang, bukan kau yang kena kahwin. Tapi aku yang kena kahwin"
"Okay-okay tu aku faham, tapi..... asal macam tiba-tiba je? ke kau dah" kata seorang sahabatnya itu sambil menunjukkan perutnya ke depan
"Ishhhh kau ni, agak-agaklah. Aku tak kan macam tu lah. Penat-penat susah payah aku jaga diri lepastu kau sesuka hati je cakap aku macam tu" fatin menendang kerusi rakannya itu
"Okay-okay, habistu? sebab apa?"
"Aku tak tahu, tapi mak ayah aku cakap. Sebab aku suka kerja berpakaian seragam dan memandangkan aku tak boleh kerja tu. Jadi dorang satukan aku dengan lelaki kerja berpakaian seragam ni" terang fatin
"Ouhh, macam tu. Boleh pulak eh?"
"Tak tahu la babe"
"Bila kau kahwin?"
"Hujung bulan ni"
"Cepat nau, dah jumpa belum bakal laki kau tu?"
"Belum, dan aku memang tak kenal dia. Aku tawakkal je lah. Dah tak ada pilihan" kata fatin redha sahaja
Share this novel