bacdh 'Nak Jadi Sebab'

Drama Series 49696

Cantiknya.
Sedang tidur cantik, bangun pagi cantik, sebelum mandi cantik, selepas mandi cantik.

Yusoff elus-elus ubun kepala Khaleeda yang lembab kerana peluh. Pengsan tidur kerana dia kerjakan cukup-cukup sebentar tadi. Boleh gila dia macam ni. Begini rupanya jatuh cinta.

Sebab rupa yang cantik ini ke?.
Tipu pula kalau kata tidak. Yusoff elus pula bibir yang berbentuk sempurna itu. Dia kucup sekali, si isteri tetap tidak bergerak. Letih sangat ni. Yusoff senyum panjang.

Hampir dua bulan dengan budak yang pernah dia buat tak layan ni hatinya berubah sedikit demi sedikit. Khaleeda sejenis yang biasa-biasa sahaja rupanya. Dia salah faham selama ini dan silap menilai.

Tidaklah gedik mengada-ngada. Bukanlah juga anak manja seperti yang dia fikirkan. Entah, dia sendiri tidak faham cara penghuni rumah ini.

Dia tidak pernah nampak anak beranak ini bermesra seperti dia dan arwah mama dan baba ketika hayat mereka ada.

Memang begitu cara mereka atau pasangan orang kaya masih marah besar pada Khaleeda. Pasangan itu masuk ke rumah, Khaleeda kekal di dapur memasak tapi bukan untuk ibu bapanya sebaliknya dihantar ke sekolah tahfiz di hujung jalan.

Ketika mereka keluar Khaleeda tetap juga di dapur atau di halaman dengan tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran yang subur itu.

Dia tak faham tapi dia tidak pernah bertanya. Yusoff sendiri tidak pernah berbual berat dengan Khaleeda. Hanya soalan biasa. Ada nak kirim apa-apa? Ada nak pergi mana-mana?. Nak saya tolong buang sampah?.

Dia sendiri tidak tahu mahu memulakan perbualan. Budak ini pun sama. Paling banyak Khaleeda bercakap dengannya hari dia jatuh motor. Nak jadi sebab kan... huhu.

Macam mana cara ye untuk dia beritahu budak ini dia sudah jatuh sayang yang sebenar-benarnya. Budak ini nak dia tak?. Kalau tengok cara budak ini macam dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Macam mana kalau pasangan orang kaya cakap masa dah time dan dia kena keluar dari rumah ini? Bersediakah dia untuk berpisah dengan budak ini?.

Tangan Yusoff ke perut Khaleeda. Dia elus-elus di situ secara bulatan. Kerana anak di dalam ini dia merasa jatuh cinta. Dia mengaku memang dia sudah dijangkiti virus zombie si mata bundar.

Hamzah tidak silap mengejar-ngejar Khaleeda selama ini. Dia yang sebulan rapat dengan budak ini juga sudah tahu kenapa.

Senyumannya, lemah lembutnya, berdikari, pandai masak, ringan tulang. Haaa... begitulah ya kalau cinta sudah melekat, tahi gigi pun rasa coklat.

Bimbangnya rasa hati Yusoff andai sampai masanya dia diminta undur diri. Relakah dia? Bersediakah dia?.

Yusoff rapatkan tubuh pada Khaleeda yang baring terlentang. Yusoff paut tubuh Khaleeda supaya menyatu dengan tubuhnya di bawah selimut tebal.

Di, saya cintakan awak.

Kalau berani cakap depan-depanlah Sop!.

Yusoff eratkan pelukan. Tapak tangan dia lekapkan di perut Khaleeda. Mungkin kerana anak ini dia akan sentiasa diperlukan pasangan orang kaya. Lebih sebulan ini dia lihat mereka biar sahaja hubungannya berkembang dengan Khaleeda.

Baby, tolong uncle ya. Uncle nak mama awak.

@@@@@@@

"D and C!".

Hamdan mendongak, terkejut.

"You ke? Biar betul!."

"Not me! your daughter!".

"Really!?".

"Yea! I called the hospital... A day after the wedding. We are in KK."

"Good!. That means no bastard will arrive.”

@@@@@@@

Senyum sahaja. Lepas satu, satu lagi dia cuba. Senyum lagi. Yusoff yang duduk menyandar di kepala katil menjangkit tersenyum sama.

Bukan satu tapi sepuluh helai tudung kepala Yusoff beli untuk si mata bundar. Dia diminta ke sebuah butik tudung dan pakaian muslimah untuk menghantar barang. Kebetulan pula butik berjenama itu sedang mengadakan jualan murah.

Dengan pertolongan kakitangan butik dia mendapatkan sepuluh helai tudung dan sepuluh pasang pakaian menutup aurat untuk budak yang sekarang sedang tersenyum memanjang. Dia yang rasa bahagia melihat senyuman itu.

Khaleeda merapat kepada Yusoff yang duduk berlunjur di atas katil. Dia datang dengan senyum simpulnya. Merenung seketika sebelum merangkul leher Yusoff. Sebuah ciuman melekat di bibir Yusoff pakej melentokkan kepala ke dada Yusoff.

"Terima kasih Abang".

"Sama-sama. Lepas ni jangan pakai lagi baju ketat, dedah, pendek tu semua. Pakai tutup aje okay."

Khaleeda angguk dan senyum lagi. Yusoff tolak semua pakaian dan tudung baru ke tepi. Khaleeda isterinya, Yusoff tarik dan baringkan ke tengah.

"Pakai sexy dalam bilik je tau."

Masih tidak bersuara menyahut dan masih tersenyum. Yusoff sudah kemaruk budak mata bundar di bawahnya ini. Yusoff kucup pipi merah dan dahi kemudian mencakup bibir mugil yang tersenyum.

@@@@@@@

Yunus sudah keluar bilik dan turun ke bawah untuk mandi. Wati segera bangun berdiri daripada berbaring di atas katil.

Gerobok solek yang bermeja itu Wati tuju. Dia mahu mendapatkan telefon bimbit Yunus. Atas meja bersih tersusun bukan lagi macam dahulu. Sekarang Yunus galak mengemas rumah dan menjaga pemakanan. Macam bagus!.

Wati menyampah mengingat kelaku Yunus yang baru. Pantang Yunus jika dia menyepah kembali, habis dileter Yunus kemudiannya. Sajalah tu cari gaduh. Nak rajin berkemas buat sahajalah, jangan membebel macam Mak Nenek.

Wati capai telefon dan menata skrin cepat-cepat. Telefon berkunci kata laluan tapi dia boleh agak nombor yang Yunus pilih.

0109##
Dah buka! easy peasy. Tarikh lahir Baby Boo. Dia calit dan calit di muka telefon dah dapat apa dia mahu. Wati senyum gembira.

@@@@@@@

"Muka ada senyum."

"Gembira senyumlah, kalau sedih baru menangis."

"Tak menyesallah ni kena kahwin paksa."

Yusoff pandang muka Yunus dan...

Hahaha
Hahaha

"Kena berterima kasih pada Watilah ni?".

Hahaha
Hahaha

Setelah reda ketawa dua beradik itu mereka kembali tersenyum.

"Yus, terima kasih tau tolong selesaikan masalah aku lepas tu bagi aku modal pulak settle semua hutang aku."

"Relaxlah Yun. Kau sorang Abang aku, mestilah aku tolong kau."

"Banyak sangat dah kau tolong aku, dari kecik aku buat masalah kau tolong cover dari mama. Macam kau pulak Abang."
"Aku banyak betul buat silap. Belajar malas, mesti mama tension dengan aku dulu."

"Yang ke depan je Yun fikir. Susun apa perkara nak buat jangan silap lagi."
"Yang dah lepas buat sempadan."

Yunus angguk-angguk. Ini kali pertama mereka berjumpa sejak Yusoff masuk rumah mewah itu. Biasanya mereka hanya berbalas pesanan.

"Semalam aku ada dengar satu ceramah kat YouTube..."

Sejak mendengar ceramah itu dan sikap terkini Yusoff terhadap adik iparnya yang cantik manis itu, Yunus berkuat hati berkongsi ilmu yang dia juga baru mengetahuinya supaya Yusoff tidak melanggar hukum.

Yusoff letak cawan teh tarik memberi perhatian kepada cakap Yunus.

"Orang yang berkahwin dengan perempuan yang sedang mengandung anak orang lain dalam mazhab syafie... nikahnya sah tapi tidak boleh bersama sehingga anak tu lahir."
"Tidak boleh menabur benih di ladang ada semaian orang lain."

Alamak!

@@@@@@@

"Kenapa?."

Faridah yang baru masuk ke dalam pejabat Hamdan pelik melihat Hamdan duduk menyandar dan termenung merenung tingkap.

Mendengar suara Faridah, Hamdan tegakkan badan dan duduk pula cara menongkat siku di meja. Masalah besar ni.

"Kenapa?." Naik seoktaf suara Faridah.

Hamdan capai telefon di atas meja menata muka telefon seketika, kemudian telefon itu ditolak ke depan Faridah yang sudah duduk di seberang sini meja.

Muka yang tadi pelik serta merta sahaja bertukar bengis. Merona merah kerana marah hingga bergerak-gerak rahang menahan geram yang amat.

"Hari tu yang datang tu dia!?."

"Ya. Saya terlupa nama dia Zawati."

"I told you this is going to happen!".
"Kita settle kan satu masalah tapi kita tarik satu masalah lain!."
"Geram betullah dengan Dida! Ni semua salah dia!".

"Idah!".
"Please! calmed down."

"Perempuan tu akan peras kita sampai mati!".

"Relax, let me think of some solutions".

"Mesti mereka bertiga tu berpakat untuk dapat lebih!".

"Ya, ya... sudah, jangan jerit-jerit. Biar saya fikir nak settled macam mana."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience