HFM | | Zane Hayes

Romance Series 73463

*HEADS UP*

THIS CHAPTER CONTAINS SCENES
THAT MAY BE DISTURBING
OR UPSETTING TO READER.

Zane Hayes, sesiapa saja yang mendengar nama ini pasti akan terus merinding kegerunan. Mendengar nama itu saja buatkan mereka takut inikan lagi berhadapan dengan empunya nama.

Lelaki berusia 34 tahun ini adalah seorang lelaki yang mempunyai ekspresi dingin dan seseorang yang tidak mudah didekati.

Basically pada semua orang, Zane Hayes ini ibarat Great Wall Of China.

Bukan setakat hendak didekati aje sukar, inikan hendak di bawa berbincang, lagikan payah.

Zane Hayes juga terkenal dengan tutur kata-kata yang kasar dan sikap panas barannya. Sering menggunakan kekerasan untuk menunjukkan kuasa dan dominasi pada orang sekeliling. Sebab bagi Zane, kalau dia buat baik pada orang, orang lain hanya akan mengambil kesempatan ke atas dirinya saja. Jadi sebelum kepalanya yang diinjak, biar dia yang menginjak kepal orang dahulu.

Dia juga mempunyai reputasi sebagai seseorang yang tidak segan untuk menggunakan kekerasan fisik jika perlu, dan sering kali menjadikan wanita sebagai objek permainan untuk memenuhi keperluan emosinya yang tidak stabil. Bagi Zane, wanita ini makhluk lemah yang mudah dimanipulasi dan dikuasai hanya menggunakan wang.

Zane juga adalah contoh klasik lelaki yang melindungi kelemahan dan rasa insecurity melalui dinding tebal kemarahan dan brutality yang dia miliki.

Tiada siapa yang tahu, apalagi faham bahawa setiap tindakan Zane, dari kata-kata yang tajam hingga tindakan yang keras, adalah manifestasi dari luka yang sudah  mengakar di dalam dirinya sejak lama dulu lagi.

Awalnya Zane bukanlah seorang yang tidak berperikemanusiaan seperti Zane yang sekarang.

Sejak kecil, Zane telah mengalami trauma yang begitu mendalam hingga mengakibatkan ketidakstabilan emosi pada Zane. Lagi-lagi apabila dia membesar dengan kekurangan kasih sayang dari ibu bapanya sendiri, memang hancur la jawabnya.

Kehidupan awalnya pula memang dari awal lagi sudah penuh dengan konflik dan kekecewaan. Jadi jangan ditanya kenapa dia kini jadi orang jenisnya hanya menggunakan kekerasan untuk membuat satu urusan.

Namun, di balik lapisan kekasaran dan keperibadian yang menakutkannya itu, Zane sebenarnya adalah seseorang yang sangat terluka. Trauma masa kecilnya telah membentuk pandangan yang berbeza terhadap relationship dan loyalty.

Hati Zane, yang telah dikecewakan berkali-kali oleh orang-orang yang sepatutnya memberikan sokongan dan kasih sayang, membuatnya sukar untuk bersikap terbuka diri atau mempercayai orang lain.

Sayang?Tak pernah ada dalam kamus kehidupan dia.

Cinta?Hatinya sudah lama di kunci sepenuhnya kerana sudah muak dengan istilah itu.

Bagi Zane, emosi bukan satu kepentingan

Kelemahan emosional ini la telah mendorongnya untuk membina tembok pertahanan yang keras berdasarkan rasa benci dan amarah.

Mungkin di mata orang, Zane seorang lelaki yang menakutkan. Sedangkan ia adalah hasil daripada luka dalam dan keretakan emosi yang tidak pernah dia sempat hendak sembuhkan. Itu yang buatkan dirinya semakin lama semakin rosak.

Di dalam dirinya yang paling dalam, Zane adalah seorang lelaki yang masih mencari jalan untuk menyembuhkan luka lamanya dan memahami bagaimana untuk mencintai dan dipercayai semula, walaupun dia sering kali melindungi dirinya dengan cara yang kasar dan menghancurkan.

*MATURE CONTENT*

                   "Hmm...ini satu kejutan..."wanita hanya mengenakan bathrobe berjalan keluar dari bilik air. Lenggok dan renungan menggoda memberitahu bahawa dirinya itu sudah bersedia hendak memberikan perkhidmatan.

Zane Hayes, lelaki berkemeja putih atas katil sekadar duduk diam memerhatikan dengan renungan dalam dan dingin. Gelas berisi whiskey dan ais tergantung diantara ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah berhayun perlahan mengikut pergerakkannya.

                    "Antara ramai-ramai wanita yang cantik dekat majlis tadi, you  pilih untuk membayar seseorang me****** you?Seriously, even you tak offer duit sekalipun akan ada yang sanggup lakukannya secara free, you tahu tu?"

Zane merenung akan wanita dihadapannya dalam-dalam tanpa berkata apa-apa. Jari telunjuk mengetuk-ngetuk permukaan katil. Ketika ini dia sedang berkira-kira membuat pilihan. 

Pilihan apa?

Well obviously pilihan sama ada dia patut gunakan dadah untuk melakukannya ataupun hanya mabukkan dirinya sehingga dia takkan ingat apa yang berlaku pada keesokan harinya.

Namun, Zane belum putuskan apa pilihannya itu.

Semua ni salah mereka semua di majlis charity sebentar tadi. Seakan menjadi dirinya trophy tidak parents kandung mahupun in law, masing-masing taknak kalah membanggakan kekayaan masing-masing dihadapan orang lain. Belum ditambahkan lagi dengan mereka yang tidak henti-henti hendak mengampu dan menjilat kasutnya.

Gahhh!

Sesungguhnya, betapa bencinya dia akan kehidupannya ini!

              "It seems that I haven't made the rules clear..."ujar Zane dingin mendatar.

Tersentak pelacur tadi mendengar suara Zane. Sengih dibibir jadi kejung dek kekok. Riak cerianya tadi menjadi takut. Seram sejuk mendengar suara dalam dingin itu.

              "First, know your place. Second call me-"

              "Ya..ya..saya faham."leret pelacur berambut pendek itu setelah tiba di hadapan Zane. Bahu bidang Zane dipegangnya lalu diusap manja. "Saya perlu panggil awak 'Master' kan?Dan jangan tanggalkan pakaian awak?"tubuh Zane di dorong ke belakang sebelum lelaki itu rebah baring atas tilam empuk hotel. "Jangan risau. Kepuasan pelanggan adalah priority saya."

Dalam keadaan terbaring di situ, Zane memerhatikan pelacur di atas badannya mula meleraikan ikatan bathrobe dari badan. Mendedahkan susuk tubuh tanpa seurat benang untuk tatapan Zane. Namun yang hairannya, wanita itu sedikit pun tidak membuatkan Zane terkutik.

              "Now relax and enjoy...okay Master?"

Kerutan berlapis ditengah kening Zane ketika dia menatap senyuman meleret di bibir mungil di wajah itu. Entah kenapa dia berasa jengkel melihatnya. Dia yang mahukan semua ini, namun sebaliknya yang dia rasakan! Kata-kata isterinya mulai terngiang-ngiang.

                "Boleh tak berhenti tunjuk perangai menjengkelkan awak ni Zane? Kita di hadapan ramai diplomat di majlis ni. Kalau awak tak suka sekalipun berada di majlis ni, at least cuba senyum dan berlakon mesra. Ingat sikit, awak tu suami saya...So act like one."

Tika wanita itu mahu mula mengucup Zane, dengan mengejut Zane menolak muka itu ke tepi.

                "Hm?Kenapa?"pandang pelacur itu semula ke Zane kehairanan. Apahal pelanggan dia ni?Buat spoilt mood la pulak!

                "Get off..."arah Zane menekap dahi, matanya terpejam dengan kening berkerut. Ugh!Serabut betul kepala ni!

                "Kenapa pulak, kita baru aje nak start..."wanita itu malah mengucup bibir Zane secara paksa. Tangannya sudah merayap ke lower body Zane. Tidak menghiraukan arahan Zane sebentar tadi.

                 Zane masa itu tanpa amaran terus menolak tubuh pelacur di atas badannya itu ke tepi. "I said get off!"Tolakkan itu sangat kuat hingga membuatkan wanita itu jatuh tergolek atas lantai dengan debukan yang kuat sesaat kemudian.

                "Agh!" terkejut dibuatnya. Pelacur itu mengaduh kesakitan sambil memegang punggung yang sakit dihentak lantai akibat jatuhnya tadi. Dia pandang mencerlung tidak puas hati. What the he**!"Hei!Sekalipun aku buat semua ni demi duit, aku pun manusia jugak la!"hish!Dah kenapa?Kalau taknak kenapa langgan pelacur?Dasar orang kaya tak betul!

               Zane merenggus kasar. Dia bangun dari baring lalu berdiri tegak. Dompet dari poket seluar dikeluarkan sebelum beberapa helai not wang dikeluarkan dari situ. "I told you right?Know your place. Kalau kau manusia, kau mesti ada telinga untuk faham bahasa apa yang aku kata!"gumamnya sinis semasa melempar wang ke muka pelacur di atas lantai itu.

Mulut pelacur itu terbuka tutup kerana begitu tidak terkata. Rasa seperti dikenakan pun ada jugak. Yalah...bukan dia yang minta untuk ke sini, lelaki kaya tak guna depannya ini yang melanggan perkhidmatan dia tapi end up tolak dia jatuh dari katil!Seriously!?


"Dah kenapa?" sungut pelacur berambut pendek itu semasa mencapai bathrobe yang tergeletak atas lantai sebelahnya lalu di sarungkan ke badannya yang terdedah. "Kalau tak ada mood buat apa langgan pelacur? Sekalipun aku ni pelacur, aku pun reti rasa malu jugak...tsk!"

Zane menjeling. Wajah wanita di hadapannya di pandang lama. Sambil itu tangannya membetulkan semula pakaian dan seluar.


"Kau buat aku tak ada selera. Maybe kalau kau orang berikan aku yang lebih baik dari kau.... aku ada selera. Dan mulut tu jangan banyak sangat bercakap. Cukup bertuah aku hanya tolak kau, biasanya aku buat lebih dari tu!"

Terkedu. Mata wanita itu terbutang kaku. Lebih daripada tolak!? Memangnya apa perkara tu?


" Sekarang keluar. Jangan tunjuk muka kau depan mata aku! "

Tak perlu diulang dua kali, wanita itu terkocoh-kocoh mengutip pakaian dan barangnya sebelum melarikan diri keluar dari suite itu. Gerun sendiri apabila dipandang seakan mahu dibunuh dengan Zane di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience