Pada awal pertama kali dia mengetahui mengenai rahsia ayahnya mempunyai anak tabung uji, dia fikirkan orang tuanya itu mahu gunakan kelahiran tersebut untuk menggugat kedudukannya di dalam syarikat Samsoong.
Disebabkan itu Zane mengambil keputusan untuk menjaga Sarah. Dengan harapan dia dapat gunakan pengaruhnya pada Sarah agar Sarah patuh pada arahan dia suatu hari nanti. Maka apabila ayahnya cuba hendak menggunakan Sarah, gadis ini akan menyebelahi dia bukan ayahnya.
Tetapi pelannya itu backfire selepas Zane mengetahui hal sebenar mengenai rancangan itu telah dibatalkan oleh ayahnya tidak lama kemudian kerana Sarah anak perempuan maka agak sukar untuk gunakan Sarah bagi mengambil alih pengaruh Zane yang sudah sedia kukuh dalam company keluarga mereka itu
Jadi usaha Zane selama ini hanya sia-sia saja. Kalau boleh Zane memang sudah buang Sarah jauh, tetapi dia tidak dapat lakukannya kerana nalurinya sebagai seorang abang masih tersisa walaupun ianya sedikit. Dan sejak itu jugalah Zane terpaksa menghadap kerenah bratty Sarah. Segala permintaan gadis itu ditunaikan. Dengan harapan Sarah akan berhenti menganggu ketenteraman dia.
Tapi siapa sangka perempuan ini langsung tidak faham bahasa. Bila dia tak hiraukan maknanya dia taknak berjumpa la. Tapi itulah, berurusan dengan manusia keras kepala bernama Sarah ni, memang begini la. Nak jugak datang berjumpa dengan dia dekat sini.
Dasar degil.
"Kau nak apa ke sini?"
"La... Takkan la datang jenguk abang sendiri pun salah?" Sarah menyilang tangan ke dada. Dia hadapkan badannya ke Zane ketika lelaki itu berdiri menghadap ke depan. Memandang permandangan balkoni dari tingkat 20 itu.
"Banyak salahnya sebab kau datang ke sini tanpa pelawa. Kau tu orang luar. Kalau ikut aku memang dah kena halau kau dengan guard tadi." kening Zane mencerlung dek silau cahaya matahari pada tengah hari itu.
Sarah mencemik bibir. Matanya melirik atas dan bawah dengan menyampah. Perasan bagus betul Zane ni. Perangai berlagak tu langsung tak boleh nak kurangkan. Kalau bukan disebabkan dia perlukan duit, tak hingin la dia menghadap muka tu.
"Apa yang kau sibukkan kebelakangan ni sampai mesej aku sekalipun kau taknak balas?Call aku lagi la jangan cakap. 20 kali aku call, sekalipun tak ada yang dijawab."
"Malas."Zane tidak teragak-agak menjawab.
"Hm. Yalah tu malas. Ke kau sekarang dah sibuk sebab ada mistress baru?" jeling Sarah dengan sinis.
Tiba-tiba angin bertiup. Menyapa mereka berdua di situ. Mengejutkan Sarah kerana angin itu buatkan rambutnya terbang merata arah. Sementara Zane kejung di situ. Lelaki tersebut perlahan-lahan berpaling ke arah Sarah dengan mata menjegil bulat.
Apa dia tadi?
"Kalau kut ya pun, jawab call aku. Kalau aku kenapa-kenapa macam mana?"
"Macam mana kau tahu?"tanya Zane dengan riak wajah serius. Mana dia tidak terkejut, kewujudan Dihya hanya diketahui oleh Kyren dan pengawal keselamatan yang terlibat aje. Selain tu tiada siapa tahu mengenainya.
Sambil menyelak rambut ke belakang telinga, Sarah pandang lucu akan Zane sebelum tertawa kecil. Reaksi Zane dan Astrid sentiasa buatkan dia berasa lucu. Kenapa dua orang ni nak terkejut sangat setiap kali dia sebut perkataan Mistress? "Hahaha.... Kenapa kau terkejut sangat ni. It's not a new thing that you have mistress right? Siapa nama dia? Dihya kan?"
Kening Zane mencerlung.
Macam mana Sarah-
Ketika itulah Zane menyedari sesuatu. Kenyataan Sarah tadi serta merta memberikan dia klu akan persoalan yang buatkan dia tertanya-tanya. Baru dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Soalan Sarah tadi dah cukup untuk beri dia jawapan yang dia perlukan.
Zane terus merapat pada Sarah sebelum leher itu dicekik dan belakang badan itu di sandarkan ke rel besi dengan kuat.
"Agh!"menjerit Sarah kerana terkejut. Tangannya terus naik mencengkam pergelangan tangan Zane yang sedang mencekik lehernya. Sebu dia rasakan akibat tindakan Zane itu." Apahal dengan kau ni Zane! Lepaskan aku! "gelutnya cuba hendak melepaskan diri.
"No wonder kenapa aku kenal bau perfume ni!"mata Zane tajam menatap mata kemerahan Sarah kerana cengkamannya pada leher Sarah semakin kuat mengerat. "Kau adalah orang yang bersama dengan Dihya hari tu!"
Berderu kencang nafas Sarah. Dia memandang Zane dengan terror apabila abangnya kelihatan seakan mahu membunuhnya sekarang!
"Sakit la?! Lepaskan aku sekarang!!"Sarah menumbuk tampar lengan dan dada Zane dengan susah payah. Namun tindakannya itu semakin membuatkan Zane mendorong tubuhnya ke belakang rel besi di situ. "Zane!!!!!"
Zane mengeratkan lagi cengkaman pada leher itu menolak tubuh Sarah seakan mahu mendorongnya jatuh dari balkoni itu.
"Kau nak bunuh aku ke!Lepaskan aku sekarang!Apa yang dah merasuk kau ni!"
"Berani kau datang ke kediaman aku dan sentuh apa yang tak sepatutnya kau sentuh!Rasanya aku dah beritahu awal hari tu. Jangan sesekali jejak kaki ke rumah aku."
Air mata turun dari tepi kelopak kiri Sarah tatkala dia bergelut hendak mencari udara untuk bernafas. Tangan manicure mahalnya telah mencengkam dalam akan tangan Zane hingga boleh mencederakan lelaki itu tanpa sedarnya dek begitu kesakitan ketika itu.
"Apa kau cakapkan ni?"
"Kau sentuh Dihya. Kau punca dia berlebam!Paling mengejutkan, dia sekalipun tak cuba untuk mengadu pada aku pasal apa yang dah berlaku!"ujar Zane. Setiap kali dia bercakap setiap kali itu dia mendorong kepala Sarah ke belakang.
Semakin menjadi-jadi nangis Sarah dek ketakutan. Dah gila apa Zane ni! Dah kenapa tiba-tiba macam orang kena rasuk ni!
"Mana aku buat dia berlebam. Dia yang bagi aku masuk ke rumah kau! Aku cuma ajar dia sebab dia berlagak depan aku!"
Zane mendorong lebih jauh ke depan hingga buatkan badan Sarah separuh daripadanya sudah hampir hendak terkeluar dari rel besi.
"Oh really?Kalau macam tu kau nak bagi tahu aku Dihya yang salah la ni? Okay mari kita tengok. Siapa yang menipu siapa yang jujur!"
Sarah di campak lantai dengan kuat hingga gadis itu menjerit.
"Aku tak tipu!"nangis Sarah sambil memegang lehernya yang sedang berdenyut kesakitan.
MESIN SELF CLEANING YANG sebelum ini kosong dan plain putih sudah berubah menjadi kura-kura setelah ditampal dengan sticker haiwan tersebut. Ianya bergerak-gerak sekitar lantai jubin di situ semasa Dihya jalan melintasinya.
Tengah hari itu, ada cleaner datang untuk bersihkan kediaman Zane. Sementara itu Dihya gunakan masa yang ada untuk membaca buku di luar balkoni. Namun tidak lama kemudian dia bergerak masuk semula kerana matahari sudah terik memancar.
Baru sahaja Dihya mahu menghampiri dapur, ketika itulah bunyi loceng kedengaran. Mematikan niat dia untuk ke dapur. Sebaliknya, kaki di atur ke arah pintu pula.
Buka sahaja pintu itu, dia disapa dengan Kyren. Lelaki itu sedang menatang sebuah kotak merah.
"Selamat tengah hari Cik Dihya."
Mata Dihya fokus pada kotak merah terlebih dahulu sebelum menyambut sapaan Kyren.
"Ya...?"
"Ini merupakan set daging berkualiti tinggi dari tuan untuk cik."beritahu Kyren.
Terkebil-kebil Dihya dekat situ lepas dengar. Daging?Untuk dia?
"Biar saya ambik..."tangannya sudah dihulur hendak mengambil kotak itu. Tetapi Kyren malah menjauhkan kotak tersebut dari gapaian dia. "Hm?"
"Ianya berat. Biar saya yang bawa." beritahu Kyren. Sebab kotak itu memang berat. Mahunya terjatuh pulak nanti kalau Dihya yang pegang. Sudahlah harga daging ini setara dengan gaji tiga bulan dia. Kalau rosak tak ke naya dia!
Mahu tak mahu Dihya mengangguk. Pada masa yang sama dia juga berasa teragak-agak hendak membenarkan Kyren masuk ke dalam. Tapi ianya Kyren kan, jadi tak apa kut.
"Masuk la kalau macam tu."pelawa Dihya bergerak ke tepi hendak membenarkan Kyren masuk ke situ.
Kyren terus bergerak ke arah dapur. Dan Dihya masih berdiri di depan pintu sewaktu Kyren kembali dari dapur tidak lama kemudian.
"Cik Dihya dah makan tengah hari?"tegur lelaki itu semasa hendak menyarung kasut semula di kaki.
Dihya mengangguk, matanya melirik pergerakkan Kyren dengan lama. Hairan sebab kenapa Kyren ada di sini tapi tidak Zane. Kan secretary biasanya berdamping dengan bos mereka. Ni kalau Kyren tak bersama dengan Zane, adakah Zane berada di luar jadual lelaki tu?
"Tak menganggu ke kalau encik ke ulang alik ke sini semata nak hantar barang pada saya?"
Kyren mengetap garis nipis di bibir. "Nak buat macam mana lagi, selain saya tiada sesiapa dibenarkan untuk jejak kaki ke kediaman ni."
Dihya mengangguk.
Mata Kyren naik turun perhatikan Dihya dalam diam kerana dia masih berasa curiga dengan Dihya.
Sejak kehadiran gadis ini, Zane sudah lagi tidak berkelakuan aneh. Lelaki yang terkenal dengan sikap dingin dan tidak berhati perut itu perlahan-lahan menjadi manusia normal semula semenjak bergaul dengan Dihya Maelani ini. Jadi Kyren hairan, apa yang ada pada Dihya hingga dapat mengubah sikap Zane 360 darah dalam masa yang singkat. Paling penting, adakah Dihya seseorang yang boleh dipercayai?
Sehingga sekarang, dia masa was-was dengan Dihya.
"Kalau macam tu boleh saya tanya, encik tahu masakan daging apa yang Tuan Zane suka?Dah alang-alang ada bahan saya ingat-"
"Cik Dihya tahu yang cik cuma ikat kontrak dengan Tuan Zane hanya untuk jadi companion beliau sahaja bukan untuk jadi seorang isteri atau kekasih untuk beliau kan?" sampuk Kyren tanpa menunggu Dihya menghabiskan kata-katanya.
Bungkam Dihya di situ. Riak cerianya tadi menjadi kelat.
Share this novel
best..sambung lgi please