Bab 17

Romance Series 30911

“Aku tak nak anak ni.”

“Lia, kau sanggup nak gugurkan anak kita?” Umar terkilan.

“Habis tu kau nak aku simpan budak ni? Kalau budak ni lahir, macam mana hubungan aku dengan Ed? Silap-silap Ed buang aku daripada hidup dia.”

“Aku suami kau. Aku akan bertanggungjawab. Aku tak akan pernah tinggalkan kau.”
Dahlia terdiam seketika. Dia tak sangka itu yang akan keluar daripada mulut Umar.

“Kau lupa ke tujuan perkahwinan kita Umar? Kalau daripada awal kau ikut apa yang aku rancang, semuanya tak akan jadi macam ni!” Tubir mata Dahlia bergenang. Dia kesal. Kesal dengan Umar yang seakan tidak memikirkan perasaannya.

“Kalau aku tahu kita akan jadi macam ni, aku tak akan kahwin dengan kau. Aku menyesal kahwin dengan kau Umar. Sepatutnya daripada awal aku tak libatkan kau dalam masalah aku.”

Lidah Umar seakan terpasung di lelangit. Bibirnya terbuka seperti ingin berkata sesuatu tapi suaranya tak terkeluar.

Dahlia meraup perlahan wajahnya. “Perkahwinan ni adalah kesilapan yang paling besar aku dah buat dalam hidup aku.”

Hati Umar bagai dihiris-hiris mendengarnya. Mengapa? Mengapa Dahlia hanya memikirkan tentang dirinya? Lalu bagaimana dengan perasaannya?

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

PACUAN empat roda itu berhenti di hadapan sebuah rumah. Pintu kereta dibuka. Lelaki itu melangkah keluar daripada keretanya.

Waktu itu juga Umar keluar daripada rumah. Langkah kakinya terhenti pada anak tangga yang terakhir. Pandangannya jatuh pada figura yang sudah berdiri tegak di hadapannya.
“Mana Dahlia?” soal Edri.

“Dahlia tak ada. Aku tak izinkan kau jumpa isteri aku,” balas Umar.

Mencerlung mata Edri mendengar jawapan Umar. Hatinya mendidih.

“Kau… Tak guna!” Penumbuk terus dihayun ke wajah Umar. Dadanya berombak kasar.

Umar mengesat luka di bibirnya. Penumbuknya dikepal. Apa Edri fikir dia akan duduk diam?

“Tu sebab kau dah rampas Dahlia daripada aku.”

Sekali lagi Edri menghayunkan penumbuk ke wajah Umar tapi kali ini Umar sempat mengelak. Tangan Edri dipulas kuat lalu kakinya menendang kaki Edri sehingga lelaki itu tergolek jatuh ke atas tanah.

“Ah!” Edri mengerang kesakitan. Kepalanya terhentak ke atas batu. Tapi dia tak mengalah. Edri bangun dan menyerang Umar kembali.

Buat seketika, dua lelaki itu saling bergelut di halaman rumah.

“Kenapa kau mengandungkan Dahlia?” Edri naik ke atas tubuh Umar. Kedua-dua belah tangannya naik mencekik leher Umar.

Sekarang Umar mengerti mengapa Edri marah sangat. Nampaknya lelaki itu sudah tahu yang Dahlia mengandung.

“Dahlia isteri aku. Tak salah pun kalau dia mengandungkan anak aku.”

Ujaran Umar buatkan Edri makin menyinga. “Ceraikan dia! Kau ceraikan dia sekarang!”

Umar menghayunkan kembali penumbuk ke wajah Edri. Tubuh Edri yang menindih tubuhnya tadi langsung ditolak.

“Dahlia hak aku!” jerit Edri kuat. Dia bangun dan menyerang Umar kembali.

Ikutkan hati Umar mahu saja dia mengerjakan Edri cukup-cukup. Tapi akalnya masih waras. Dia cuba untuk mengawal emosinya. Kalau dibiarkan, silap-silap Edri boleh mati ditangannya.

“Ed! Umar!” Dahlia berlari anak keluar daripada rumah. Dia tergamam melihat dua lelaki itu sedang bergelut. Suara riuh di luar menarik perhatiannya. Tak sangka Edri dan Umar sedang bergaduh rupanya.

“Umar, cukup!” Dahlia menarik lengan Umar. Tubuh Umar ditolak menjauhi Edri.

“Ed…” Matanya berkaca memandang wajah Edri.

“Aku nak kau ceraikan Dahlia sekarang juga!” Edri meluru mendapatkan Umar kembali. Dahlia yang cuba menghalang ditolak sehingga wanita itu terduduk jatuh.

“Lia!” Umar pantas mendapatkan Dahlia.

“Kau okey?” soalnya risau. Dia membantu Dahlia untuk bangun kembali.

“Awak balik dulu Ed. Tolong jangan buat kecoh dekat sini. Kita bincang hal ni nanti,” ujar Dahlia. Usai itu dia menarik tangan Umar masuk ke dalam rumah. Kalau dibiarkan, silap-silap ada kejadian berdarah pula nanti dekat sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience