Bab 4

Romance Series 15780

Bab 4
SEPANJANG hari tu, Tengku Qarizh Shah masih belum sedarkan diri. Alayna mula risau dengan keadaan lelaki tu sebab dia dah mula demam. Jadi Alayna terpaksa memantau keadaan lelaki itu sepanjang masa selain berikan ubat. Dalam masa beberapa jam, demam Tengku Qarizh Shah dah turun sepenuhnya.

Alayna terasa penat juga kerana siapa sangka dia perlu jaga orang sakit dalam keadaan emosi dia pun tengah berkecamuk. Dia capai telefon dia dan hidupkan semula.

Sejak kejadian semalam, Alayna letak telefon dalam mod senyap sampai dia tak sedar telefonnya kehabisan bateri. Dia tahu mesti ada banyak mesej atau panggilan tak terjawab, terutamanya daripada kawan baik dia, Dina yang mesti risau sangat pasal dia.

Betul seperti yang Alayna jangka lepas je telefon dia hidup, notifikasi masuk bertubi-tubi.

Alayna mengeluh panjang bila tengok jumlah panggilan dan mesej yang tak terjawab.

"40 panggilan tak terjawab dan 20 mesej!" Alayna separuh jerit bila tengok angka tu, tapi terus senyap bila dia sedar yang dia bukan keseorangan dalam bilik itu. Ada si pesakit yang tidak boleh diganggu.

Cepat-cepat Alayna keluar dari bilik tidur dan pergi ke ruang tamu kemudian dia semak log panggilan dia.

"Dina, Dina, Dina, Datin Mona, Datin Mona, Dina, Datin Mona."

Log panggilan penuh dengan nama mak angkat dia dan sahabat baik dia. Dia berhenti scroll bila dia nampak satu nama lain…

"Irwan. Asal dia call?” Alayna rasa pelik melihat nana lelaki itu tertera di skrin telefonnya. “Hmm, aku patut reply call siapa dulu eh? Irwan atau Dina?" Alayna tanya diri sendiri.

Hanya dua orang itu sahaja yang Alayna berminat mahu menelefon semula. Datin Mona? Memang taklah. Lagi Alayna mahu block nombor wanita itu.

“Si Mak Datin ni apahal call aku lagi? Nak maki aku lagi ke? Huh! baik aku terus block nombor dia dengan pakej anak dia sekali tambah Zafran,” ujar Alayna dengan geram.

Lepas Alayna block nombor-nombor tersebut dia pilih call Irwan dulu.

Telefon baru je berdering sekali, Irwan dah jawab cepat-cepat. "Hello, Alayna!"

"Hello, Irwan."

"Are you okay? Semalam I call banyak kali, tapi you tak angkat. You okay tak ni?"

"Oh, I okey je. Sorry semalam I sakit kepala sikit tu. Tak pegang phone tu yang tak perasan orang call." Alayna cipta alasan.

"Oh! You dah makan ubat? Nak I belikan ubat kat farmasi?" tanya Irwan dengan nada risau buat Alayna rasa terharu tapi dia tetap menolak bantuan lelaki tu.

Alayna jenis yang tak suka susahkan orang lain, terutamanya sebab Datin Mona dan Batrisya selalu buat dia rasa macam beban dalam hidup mereka.

"Tak payah, Irwan. I okay je." Alayna berbohong.

"Kalau you okay, jom kita keluar dinner nak? Nanti I datang ambil."

Irwan merupakan senior Alayna masa kolej dan selalu bantu Alayna bila dia perlukan bantuan. Perasaan Irwan terhadap dia memang nampak ketara tapi Alayna hanya anggap Irwan macam abang senior saja tak lebih dari tu.

Walaupun dah habis belajar, Irwan masih mempunyai perasaan padanya walau tahu Alayna suka Megat Zafran, lelaki yang hancurkan hati dia.

"Sorry, I tak boleh join dinner hari ni. I nak rehat je.Next time la,Irwan."

"Oh, ya ke?” Irwan cuba kawal suaranya yang rasa hampa. “Tak apa la, you rehat elok-elok. Kita jumpa Isnin nanti. Lunch kali ni you tak boleh tolak."

"Okay. Kita jumpa Isnin nanti."

"Good night, Alayna," ucap Irwan sebelum tamatkan panggilan.

"Good night, Irwan," balas Alayna sebelum menamatkan panggilan.

Alayna mengeluh panjang, sebelum menelefon Dina pula kerana dengan kawan baiknya nanti pasti dia perlu bersoal jawab.

"Hey, Dina," Alayna mula cakap dulu kerana tak nak bagi peluang Dina terus serang dia dengan soalan bertubi-tubi.

"Sorry sebab tak angkat call semalam."

"Alayna! Kau pergi mana hah? Kau tahu tak aku risau gila?"

"Sorry, Dina. Aku tak sengaja nak buat kau risau. Janji next time tak buat lagi."

"Nasib baik kau call aku. Kalau tak... Aku akan cari orang yang buat kau ignore semua call dan mesej aku semalam," ancam Dina tapi sebenarnya dia cuba meneka penyebab Alayna tidak peduli semua panggilannya.

"Hmmm…”

"Hah…Betul la tu. Siapa buat kau? Cepat cerita kat aku.” Paksa Dina.

Alayna hanya diam buatkan Dina lagi tak sabar nak tahu apa dah berlaku pada kawan baiknya itu.

"Apa yang jadi semalam? Dia postpone kahwin ke?" Dina tanya dari hujung talian.

Alayna hanya hembus nafas panjang, bahu dia jatuh sambil cuba fikir macam mana nak bagitahu kawan dia perkara sebenar.

Alayna tahu perangai Dina, kalau kawannya itu tahu, confirm dia takkan duduk diam dan mesti cari pasal dengan Megat Zafran.

Lepas fikir kejap, akhirnya Alayna ceritakan segalanya pada Dina.

"Dia cancel."

"What!"

“And kitorang officially dah putus semalam,” sambung Alayna lagi.

"Alayna, kau tak prank aku kan?" tanya Dina yang langsung tak percaya apa yang dia dengar.

"Agak-agaklah aku nak prank. Apa kejadahnya?"

“No wonder aku nampak Zafran dengan perempuan lain kat restoran hari tu. And then perempuan tu dari jauh macam familiar. Kau putus sebab dia curang dengan kau ke hah?” soal Dia dengan geram.

“Memang kau kenal perempuan tu siapa.” Alayna mengiakan. “Aku bodoh sangat sebab percaya dia betul-betul cintakan aku. Semalam, aku nampak sendiri dia dengan Batrisya tengah buat benda tak senonoh dalam bilik Zafran."

"What? Dia curang dengan kakak kau?” Bertambah terkejut Dina. “Ni betul-betul Jantan tak guna. Dorang tak ada langsung rasa malu ke?"

Dina tengah naik angin. Dia dah nekad nak cari Megat Zafran dan ajar lelaki tu supaya jangan main-main dengan hati kawan dia.

"Diorang lagi hina aku. Bila fikir balik, dah banyak tanda sebenarnya yang tunjuk diorang dah lama ada hubungan. Tapi aku yang terlalu naif tak sedar semua tu. Memang betul cakap kau, Batrisya tu memang macam ular."

"Dari dulu aku dah suruh kau hati-hati dengan dia. Jangan bagi dia rapat sangat dengan tunang kau. Tapi masa tu kau cakap diorang cuma kawan je. Sekarang tengok apa dah jadi?" Dina mengeluh sambil geleng kepala rasa kesian tengok kawan dia yang terlalu percayakan orang.

"Apapun, dorang memang layak untuk satu sama lain. Jangan buang air mata untuk perempuan tak guna tu dengan anjing tak setia tu. Syukur diorang dah hilang dari hidup kau. Zafran tu tak layak untuk bazirkan masa kau bersedih pasal dia,” pujuk Dina.

"Ya, aku pun fikir benda yang sama," balas Alayna dengan lemah. “Sekarang pun aku dah keluar dari rumah. Kau tak payah la cari aku kat sana lagi.”

"Bagus! Kau memang patut blah dari rumah tu. Tapi kejap…" Dina mula hairan. "Kau pindah mana? Sekarang kau ada tempat tinggal tak? Kalau tak ada, kau tahu kan rumah aku sentiasa terbuka untuk kau anytime."

“Don’t worry. Aku ada tempat tinggal. Aku belum sampai jadi pengemis tepi jalan gara-gara kena buang dengan tunang sendiri.” Alayna cuba melawak walau agak perit rasanya.

"Memang jantan tak guna betullah si Zafran tu?" Dina masih tak habis bengang lagi. “Kau betul-betul okey tak ni?” tanya Dina yang masih risau.

"Aku betul-betul okey. Kau jangan risau. Memang aku kecewa tapi tak bermakna aku nak meroyan sebab kena tinggal dengan lelaki tak guna," balas Alayna cuba nak tenangkan hati kawan dia.

"Okay. Aku tahu kau tetap degil cakap kau okey dan tak perlukan bantuan tapi kalau kau perlukan apa-apa, just satu call je. Anytime aku akan tolong kau."

"Sure, thanks."

"Okay, stop cakap pasal jantan tak guna tu sekarang aku ada benda excited nak cerita kat kau." Suara Dina mula berubah teruja.

"Apa benda?" tanya Alayna yang mula rasa tak sabar.

"Kau cuba la teka," suruh Dina dengan teruja

"Alah cakap jelah."

"CEO SHAH Group, Tengku Qarizh Shah ada masuk berita. Finally ada juga orang berjaya tangkap gambar dia. Bagus betul wartawan tu. Walau bukan gambar penuh, tapi serius lah... Memang betul apa orang cakap. Dia kacak gila walau gambar tepi je." Penuh semangat dan teruja Dina bercerita.

"Hmmm. Aku ingat apa la yang excited sangat," balas Alayna yang nampak tak berminat.

“Hei, of course la aku excited. Megat Zafran tu yang kaya pun tak boleh compare dengan Tengku Qarizh tau. He is the only one!”

“Yalah tu kau the only one? Before ni siapa the only one kau?” perli Alayna. “Berapa ramai tengku yang kau pernah crush ni?”

Dina sudah terkekeh dalam talian. “Alah Tengku Ziyad Sayf dah beranak pinak kita kena la cui mata dengan Tengku Qarizh Shah yang solo lo…lol…lo… tu pula,’ ujar Dina yang masih ketawa.

Alayna geleng kepala.

“By the way, berita tu akan keluar lagi malam ni pukul 8. Kau try lah tengok. Mana tahu, kau pun boleh syok kat dia, Aku izinkan asal kau dapat pengganti lebih bagus daripada si Zafran tu!"

“Apa bezanya dia dengan lelaki kaya yang ada rupa elok? Sama je,” balas Alayna.

“Tak sama okey? Lelaki yang aku suka cuci mata semuanya ada class.”

Alayna tak jawab apa-apa. Tambah lagi Dina juga mahu tamatkan panggilan dengan segera sebab jam sudah menginjak hampir pukul 8 malam. Perempuan tu tak sabar nak terpacak depan TV tengok si Tengku pujaan hati. Dina siap paksa Alayna buka TV sekarang sebelum tamatkan panggilan.

Alayna menurut saja kata. Lagipun dia memang sudah duduk di ruang tamu depan TV.

Tak lama lepas tu, berita pun mula. Wartawan tengah cerita pasal perkembangan bisnes syarikat SHAH Group yang semakin berkembang Baru saja wartawan sebut nama CEO syarikat tu, gambar Tengku Qarizh Shah terus keluar kat skrin. Seperti Dina cakap bukan gambar penuhnya hanya gambar dari sisi tepi.

Mata Alayna fokus kat skrin TV sambil dia cuba tengok betul-betul.

‘Asal macam familiar . Aku pernah jumpa ke sebelum ni?’ Alayna fikir sendiri sambil cuba ingat balik kalau-kalau dia pernah nampak lelaki tu sebelum ni.

Lepas beberapa minit, dia give up sebab tak ada apa-apa yang terlintas dalam kepala.

"Okaylah, memang nampak elok. Walaupun gambar dari tepi je, dia still nampak handsome."

Sekali lagi telefon Alayna berbunyi.

Alayna geleng kepala tengok nama si pemanggil. Sudah tentu Dina mahu tanya sama ada dia sempat tengok gambar Tengku Qarizh atau tidak.

"Dina, aku dah tengok Tengku Qarizh kau tu dah," ujar Alayna terus.

Dina sudah ketawa.

"Oh my gosh! Nasib baik kau tengok? So, macam mana? Handsome kan?"

"Hmmm…Handsome la. No big deal," balas Alayna dengan nada malas.

"No big deal? Kau dah hilang akal ke sejak kena curang dengan lelaki tak guna sampai tak boleh bezakan tahap handsome seseorang? Dia tu handsome macam Fatah Amin perlu dihalalkan tau," balas Dina yang sempat buat lawak.

Kali ini Alayna turut ketawa.

Alayna tak tahu langsung yang lelaki gila kacak yang baring atas katil dia tu sebenarnya CEO SHAH Group yang dia lihat dalam TV tadi. Kalau dia tahu...

"Alayna!" Dina jerit nama dia, buat dia tersedar balik.

"Ha, apa dia?"

"Kau mengelamun ke tadi," bunyi Dina macam tak puas hati.

Masa yang sama, Tengku Qarizh Shah batuk dari dalam bilik buat Alayna terus teringat pasal lelaki itu.

"Dina, nanti kita sembang lagi. Aku ada hal.” Cepat-cepat Alayna tamatkan panggilan dan meluru masuk ke dalam bilik.

Bila Alayna masuk ke bilik, dia nampak lelaki tu masih terbaring dan pejam matanya. Perlahan-lahan Alayna jalan dekat ke arah katil mahu check keadaan lelaki itu.

Tak ada apa-apa yang pelik dan suhu badan lelaki tu normal. Alayna tarik nafas lega lepas pastikan keadaan lelaki itu baik-baik sahaja kemudian dia keluar nak ambil tuala bersih dengan air.

Beberapa minit kemudian, Alayna masuk dengan tuala dan semangkuk air bersih. Dia letak atas meja kecil sebelah katil, rendam tuala, perah, dan mula lap badan lelaki tu.

Lepas habis, Alayna letak tuala basah tu atas dahi lelaki tu dan bangun berdiri di tepi katil.

‘Dina, kau belum nampak lelaki kacak terbaring atas katil aku ni lagi tau. Kalau kau tengok confirm kau tak pandang Tengku Qarizh tu,’ bisik Alayna.

Tiba-tiba, Alayna rasa ada tangan hangat yang pegang tangannya.

Terkejut dengan sentuhan tu, Alayna pandang ke arah pergelangan tangannya yang dipegang, lepas tu pandang ke pemilik tangan tu.

"Emelia..."

Alayna nampak bibir lelaki tu bergerak macam sebut sesuatu tapi dia tak dapat dengar dengan jelas.. Daripada terus pergi, Alayna jadi curious, dia dekatkan telinga dia ke bibir lelaki tu.

"Emelia, I’m sorry. Forgive...me."

‘Emelia? Dia sakiti orang tu ke?’ Alayna tanya diri sendiri, lepas tu pandang muka lelaki tu mahu pastikan dia dah sedar ke belum.

Mata lelaki tu tertutup rapat dan muka dia masih nampak pucat macam tengah sakit sangat. Dari raut muka dia, Alayna rasa macam boleh relate dengan apa yang lelaki tu tengah rasa.

Alayna tak tahu kenapa tapi dia rasa sedih sikit tengok lelaki tu macam ni. ‘Orang tu mesti penting sangat untuk dia sampai nama dia muncul dalam mimpi dia.’

Alayna tarik nafas sebelum sekali lagi marah diri sendiri, ‘Ni bukan urusan kau, Alayna.’

Masa Alayna nak bangun dan keluar, tiba-tiba dia rasa tangan kuat peluk pinggang dia dan tarik dia balik duduk.

"Ahh!"

Share this novel

Aisyah Esya
2024-12-21 20:42:42 

ni yang x best ni. uc


NovelPlus Premium

The best ads free experience