BSP - BAB 3 - ANGKARA KAMARUL

Romance Series 3321

"Kamarul, kita balik sama-sama." Ujar Ameena ketika menghubungi Kamarul selepas waktu kerja.

"You baliklah sendiri."

"You nak kemana?"

"I nak release tension. I nak lepak dengan kawan-kawan I."

"Release tension?"

"Ini semua adik you punya pasal! I stress, tau tak! Menyusahkan hidup I je..."

"Kamarul, I minta maaf. I tak sangka Juna sanggup buat you begitu."

"Ah, sudahlah. Nanti I balik. Bagi I tenangkan diri I dulu." Talian dimatikan.

"Kamarul! Kamarul! Ish dia ni. Ni semua Juna punya pasal! Selalu sangat campur tangan dalam hidup aku!" Omel Ameena.

"Hai, baby..."

"Hai, sayang." Satu kucupan dilabuhkan di bibir seksi wanita yang bergelar kekasihnya sebaik sahaja Kamarul tiba di apartment kekasih hatinya.

"You cakap apa kat wife you, you keluar ni?" Soal kekasih hatinya sambil merangkul pinggang lelaki itu.

"I cakap I jumpa kawan nak release tension."

"Dia percaya ke?"

"Wife I tu bodoh. Mudah sangat diperdaya."

"Kesian wife you."

"Ah, sudahlah! Takmu cakap pasal dia lagi. Stress I dibuatnya. Sebab dia, I dapat susah."

"You mesti ada buat silap kot sampai you diambil tindakan."

"Takde, baby. Adik ipar I ni jealous sebab dia ni zero. Tapi, disebabkan dia anak Tan Sri Ammar, dia dapat pegang tampuk pimpinan syarikat, dia berlagaklah. I hanya manager je, bukannya macam dia, pangkat besar."

Terangguk-angguk wanita itu mempercayai kata-kata kekasih gelapnya yang memang dikenali dengan gelaran kaki penipu.

"Dahlah. Takmu marah-marah. I ada dengan youkan?" Ujar wanita itu sambil menanggalkan butang kemeja yang tersarung di tubuh kekar Kamarul satu per satu sambil bibir bawahnya digigit manja.

"You sengaja nak goda I, kan baby?"

"Ya ke? I nak you bertenang, enjoy dengan I, okey? I akan buat you lupa dengan masalah you." Ujar wanita itu sensual seraya menggigit manja cuping telinga Kamarul.

*********************

"Hai babies..."

"Daddy! Daddy! Daddy!" Berlarian sikembar mendapatkan Arjuna yang baru pulang dari kerja dengan Tan Sri Ammar.

"Babies daddy, nakal tak hari ni?"

"No, we're not, daddy. Kan, tokma?"

"Ya, sayang. Cucu-cucu tokma baik sangat hari ni. Mendengar kata." Puji Puan Sri Sharifah Shakira.

"Yelah tu?"

"It's true, daddy..."

"Fine, daddy percaya. Tapi, boleh tak Raff bertutur dalam bahasa kebangsaan? Kita bukan kat sekolah..."

"Sorry, daddy."

"It's okay. Tak salah nak bertutur dalam bahasa inggeris, tapi bahasa melayu tu bahasa kebangsaan kita. Lagi-lagi, kita bertutur di rumah dengan tokpa, tokma. Daddy lebih suka kalau Raff dan Qila gunakan bahasa ibunda kita."

"Raff faham, daddy."

"Qila pun, daddy. Sorry..." Ujar anak kecil itu. Arjuna melorek senyuman sambil memeluk erat si kembar yang kini sudah berusia tujuh tahun.

"Raff dengan Qila dah buat homework, dah solat, dah makan?"

"Daddy, banyaknya soalan. Mana satu yang kami nak jawab dulu?"

"Sorry, sorry. My bad. Homework, ada tak hari ni?"

"Alhamdulillah. Hari ni, Raff dan Qila dah selesaikan dekat kelas masa berbincang dengan teacher tadi."

"Good."

"Err, kami pun dah makan dan dah solat sama-sama dengan tokma tadi. Kan tokma?" Tambah Aqilah pula seraya memandang ke arah Puan Sri Sharifah Shakira.

"Ya, sayang."

"Alhamdulillah. Kalau macam tu, daddy nak masuk bilik, nak berehat, nak bersihkan badan, nak solat. Nanti daddy turun semula ya..."

"Okey, daddy." Arjuna tersenyum lebar dengan anak-anak yang semakin membesar dengan sihat dan yang paling menggembirakan Juna bila sikembar mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.

"Daddy, tokma, tokpa ajak makan malam."

"Ya, sayang." Juna beriringan dengan Raff ke ruang makan di rumah banglo mewah.

"Err, mana acu?"

"Acu tak sihat. Ada dalam bilik."

"Tak sihat?"

"Ya, Juna. Adik kamu tu tak sihat. Agaknya perubahan iklim. Kat London tukan sejuk. Sampai kat Malaysia ni, cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Mana Eeya tak demam."

"Yelah, ma. Eeya duduk kat London pun lama jugakkan. Dekat tujuh tahun kat sana."

"Sekejap je, tujuh tahun. Entah bilalah nak bagi mama menantu..."

"Hai, mama ni pun. Eeya tu baru nak masuk dua puluh enam tahun. Sabar dulu, ma. Awal lagi tu. Lagipun, Eeya, baru je kerja dengan papa. Bagilah Eeya peluang cari kehidupan dia sendiri, ya?"

"Eeya tu perempuan, Juna."

"Ya, Juna tahu. Tapi, kalau kita terus mendesak, Eeya tentu tak sukakan? Dalam dunia sekarang ni, ma, susah nak cari pasangan yang betul-betul mampu melengkapi antara satu sama lain. Yang ada pun, spesis yang suka ambil kesempatan."

"Juna bercakap pasal Kak Meena ke?"

"Entahlah. Terpulang pada penerimaan mama. Tapi, bagi Juna, Juna dah bosan dengan perangai menantu mama tu. Tak reti langsung nak hormat Juna dan papa."

"Tak nak hormat Juna, terpulanglah. Tapi, papa. Papa tu bapa mertua dia kot. Papa big boss dalam syarikat. Itupun, dia tak boleh nak hormat. Dahlah curi duit syarikat. Takde rasa bersalah langsung." Bebel Juna.

"Kenapa mama tak tahu langsung pasal ni? Mamakan salah seorang dari shareholders?"

"Benda ni baru hari ni pecah lubang. Ni yang buat Juna sakit kepala, ma."

"Sudahlah. Kita makan dulu. Nanti kita bincangkan hal ni." Celah papa.

"Sorry, papa. Raff, Qilah, makan sayang."

"Ya, daddy."

"Sejak bila Meena buat macam ni?" Soal mama usai selesai makan malam bersama.

"Juna dah perasan beberapa kali dah since last year, mama. Bukan sekali dia guna duit syarikat. Tahun ni je, dah kali keempat baru Juna ambil tindakan."

"Juna tak tegur Kak Meena ke?"

"Juna dah pernah bagi amaran kat Kak Meena. Dia ignore. Sekarang, nak mengamuk sakan kat Juna sebab Juna report kat papa."

"Sepatutnya dari awal lagi Juna dah bagitahu papa."

"Juna ada hati perut lagi, pa. Sebolehnya, Juna nak settle kat luar. Yelah, Kak Meena tu bukan orang lain. Kakak Juna sendiri. Juna dah bagi peluang kat dia. Tapi, dia cabar Juna. Sorry. Not this time. Juna terpaksa bertindak."

"Banyak ke duit yang Meena keluarkan tanpa pengetahuan Juna dan papa?"

"Almost hundred thousand..."

"Allahuakhbar? Ya Allah, banyak tu..."

"Ya, mama. Banyak. Juna tak faham, Kak Meena tu beria-ia nak mewahkan si Kamarul tu buat apa? Dia ada gajikan? Tak cukup ke gaji yang dia dapat sampai kena guna duit syarikat?" Bebel Arjuna.

"Dahlah kerja tak pernah selesai. Asyik mengular je. Hampir setiap hari keluar. Alasan dia, turun ke site. Padahal, dia bahagian purchasing je..."

"Apa dia buat kat luar?"

"Juna pernah tanya dia, mama. Dia punya berlagak tu, dia cakap dia nak tengok site sebab nak pastikan barang yang dia dipesan dah sampai dalam keadaan baik."

"Betul ke?"

"Awal-awal kerja dulu, ya. Juna akui kata-kata dia. Bila dah setahun dua dalam syarikat kita, huh! Menipu je kerja dia. Dahlah pakai kereta syarikat. Kad minyak lagi semua duit syarikat. Tapi dia bukan turun ke site."

"Dia ke mana?"

"Mengular."

"Maksud Juna?" Arjuna melepaskan keluhan.

"Juna tak nak orang cakap Juna busuk hati atau dengki dengan si Kamarul tu. Tapi, sebagai ketua pegawai eksekutif yang dilantik, Juna berhak ambil tahu ke mana kakitangan Juna menghilang."

"Kalau sekali dua, Juna boleh terima. Tapi, kalau dalam seminggu, tiga, empat kali asyik hilang je, mama rasa Juna boleh tahan ke?"

"Dia ke mana?"

"Itu mama kena tanya si Kamarul tu sendiri. Nanti bila Juna cakap, mama tak percaya. Mama kata Juna dengki dengan abang ipar sendiri." Mama menjeling tajam ke arah Arjuna.

"Juna tak tanya Kak Meena?"

"Baru nak bukak mulut, Kak Meena dah herdik Juna."

"Kenapa sampai macam tu?"

"Mama bukan tak tahu Kak Meena tu taksub sangat dengan si Kamarul. Sampai apa semua yang Kamarul arahkan, dia ikut je."

"Jadi, Meena keluarkan duit ni semua sebab Kamarul?"

"Ya, mama. Sebab tulah, Juna mengamuk. Hutang yang dulu, tak selesai lagi dah tambah masalah lain."

"Apa nak jadilah dengan si Meena ni?" Keluh mama.

"Sudahlah, mama. Tak perlu difikirkan lagi hal Kak Meena tu..."

"Acu!" Jerit sikembar sebelum menerpa ke arah Eeya, adik bongsu Juna.

"Hai Raff, Qilah sayang..." Kucupan dilabuhkan ke pipi anak-anak buah kesayangannya.

"Eh, Eeya. Dah okey ke ni?"

"Alhamdulillah, mama. Dah okey sikit."

"Eeya nak makan? Mama ambilkan?"

"Eh, tak payah. Eeya boleh ambil sendiri. Mama rehat je..."

"Kenapa ni, Eeya? Eeya sihat tak ni?"

"Okey je. Baru seminggu masuk office, dah sakit kepala. Aduh..." Omel Eeya sambil memicit pelipisnya sendiri.

"Banyak ke kerja yang Juna bagi kat Eeya?"

"Takdelah, ma. Eeya ingat mungkin sebab perubahan cuaca kat sini. Tapi, mama tak payahlah risau. Eeya okey ni. Biasalah ni, awal-awal ni."

"Eeya kalau rasa tak boleh nak handle kerja-kerja yang abang bagi, let me know. Abang bantu mana yang boleh."

"Eh, takpe. Eeya okey ni. Tak payahlah nak manjakan Eeya sangat. Eeya bukan budak kecil lagi."

"Iya ke bukan budak kecil lagi? Tapi, tetap anak manja kesayangan papa mamakan?" Usik Juna.

"Hah? Acu anak manja?" Usik Raff, sambil menjongketkan keningnya ke arah Eeya.

"Amboi, pandainya nak usik acu, eh?" Pipi Raff dicuit.

"Papa nak buat apa dengan Kamarul tu?"

"Kita dah bagi amaran pada Meena dan Kamarul. Juna pun dah tetapkan pertukaran Kamarul dan Meenakan?" Juna anggukkan kepala.

"Kita tunggu apa reaksi dorang nanti. Banyak bunyi, tahulah apa yang papa nak buat nanti. Kali ni, Juna jangan nak sorokkan apa-apa dari papa. Papa perlu tahu semua yang berlaku dalam dan luar syarikat."

"Juna faham, pa."

"And you, young girl..." Eeya menoleh ke arah papa.

"Kalau ada masalah, jangan simpan. Bincang dengan Abang Juna atau papa."

"And one more thing, Eeya..."

"Yes?"

"Kalau Kak Meena atau Kamarul minta tolong, jangan simply tolong dorang. Jangan jadi kambing hitam. Lagi-lagi untuk si Kamarul tu." Tegur Juna.

"Ya, Eeya tahu." Eeya simpan senyum mengingatkan nama Kamarul. Dendam masih membara dalam hati gadis muda itu. Peristiwa yang baru seminggu berlaku itu, cukup menyentapkan hati.

Rasa mahu sahaja ditikam Kamarul sampai mati. Mengingatkan yang dia juga salah kerana terlupa menutup pintu bilik, Eeya matikan niat.

Flashback #

"Eh, Abang Kamarul buat apa dalam bilik Eeya ni? Keluarlah..." Eeya nampak halkum Kamarul bergerak.

"Hurm... Abang, abang nak jumpa Eeya."

"Jumpa? Tadikan dah jumpa. Keluarlah. Eeya nak tukar baju."

"Eeya, Eeya nampak cantik sangat. Eeya seksi. Tergugat iman abang tengok tubuh Eeya yang menggiurkan ni..." Ujar Kamarul sambil menjilat bibirnya.

"Abang Kamarul jangan nak cari masalah. Keluar! Jangan sampai Eeya menjerit nanti."

"Eeya, jangan Eeya. Abang dah lama idamkan tubuh macam Eeya ni. Kak Meena tu tak cantik macam Eeya."

"Istighfar, Abang Kamarul! Jangan sampai Eeya tikam dengan gunting ni nanti. Keluar! Keluar!!!" Kelam kabut Kamarul keluar dari bilik Eeya tatkala terlihat Eeya memegang sebilah gunting besar di tangan kanannya sambil tangan kirinya memegang tuala di bahagian dadanya.

"Jantan sial!" Jerit Eeya.

Flashback end #

"Acu!"

"Hah? Eh, kenapa menjerit ni? Sakit telinga acu..." Omel Eeya sambil mengusik telinga.

"Aculah. Raff dengan Qilah dah panggil acu banyak kali, acu tak dengar."

"Eh, ya ke? Sorry, sorry. Acu berangan pulak." Ujar Eeya sambil tertawa keci. Juna dapat rasakan sesuatu kelainan pada Eeya. Riak wajah Eeya berubah ketika dia menyebut nama Kamarul.

'Eeya sorokkan apa ni, Eeya?" Getus hati Juna.

"Raff, Qilah, time to sleep, sayang. Esok sekolah."

"Daddy, tomorrow saturday, daddy. Mana ada sekolah." Tegur Qilah.

"Ya Allah, daddy lupa. Aduhai... Apalah daddy ni."

"Daddy ni sengaja je Qilah. Tak kasi Qilah dengan Raff mainlah tu..." Usik Eeya.

"Dah, jangan nak buat fitnah, eh. Abang lupalah."

"Nak buat macamana. Faktor umur..." Usik mama membuatkan papa tersengeh.

"Excuse me, mama. Juna muda lagi kot. Juna letih je, ma."

"Tak nak mengaku tua, tu..." Usik papa.

"Apa ada pada umur, pa? Juna masih kental lagi kot."

"Hai, Juna. Bilalah mama nak tengok budak-budak ni ada orang jaga makan minum, pakai dorang?"

"Mama ni, kan kita ada pembantu rumah."

"Mama tak maksudkan itu, Juna. Mama maksudkan pengganti arwah. Budak-budak ni perlukan kasih sayang seorang wanita, Juna. Takdelah, dorang rasa sunyi je." Juna lepaskan keluhan.

"Ma, Juna dah cakapkan? Juna belum terfikir lagi semua tu."

"Juna, Juna kena ingat, mama dan papa ni takkan selamanya ada dengan Juna. Kalau ada isteri dan ibu budak-budak ni, kami tak risau nak lepaskan Juna atau budak-budak ni, Juna."

"Mama, jangan cakap macam tu..." Juna merangkul bahu mama.

"Ya, Juna. Apa yang mama katakan tu benar belaka. Eeya pun takkan selamanya ada dengan kamu. Eeya tentu ada pilihan sendiri. Kalau Eeya berkahwin, tentu dia akan ikut suami dia nanti. Anak-anak ni?" Celah papa pula.

"Nantilah, mama, papa. Buat masa ni hati Juna belum terbuka lagi."

Bab 3, free reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience