BAB 32:Fail Bukti

Thriller Series 558

BAB 32:Fail Bukti

KEESOKKAN harinya para staf dan wartawan semuanya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendengar pendedahan yang bakal di buat oleh wartawan Yeob tentang siapakah si penculik Syaza dan Zakuan serta identiti sebenar si pengirim kotak misteri terbabit.

Di dalam salah sebuah bilik mesyuarat opis,mereka semua berkumpul termasuklah Encik Ghani si Pengarah urusan syarikat.

Wartawan Yeob Maon sudah siap dengan sebuah fail yang di dakwanya mengandungi bukti untuk dakwaan yang bakal di dedahkan sebentar lagi.

Puan Husna si ketua kerani penerbitan berbual seketika dengan Encik Ghani sebelum beliau meminta agar wartawan Yeob Maon memulakan hujahnya.

"Uhuhu iya terima kasih semua terutamanya pada pengarah urusan kita Encik Ghani. Uhuhu dengan ini saya wartawan Yeob Maon bakal mendedahkan sesuatu tentang siapakah sebenarnya si pengirim kotak misteri yang telah menggemparkan syarikat penerbitan BONGKAR semenjak beberapa hari yang lalu yang mana juga telah bertanggungjawab menculik dua orang wartawan kita iaitu Syaza Alia dan Zakuan Arifin"

Pada ketika ini para wartawan dan staf duduk di sebuah meja mesyuarat yang panjang. Harun,Yana,Asywina,Haziq dan yang lain-lain ternyata sudah tidak sabar untuk mendengar apa yang bakal di sampaikan oleh wartawan Yeob.

"Uhuhu iya..setelah meneliti beberapa bahan bukti yang di temui seperti puntung curut berjenama Tashkent,kertas resit pembelian tonik rambut dan gambo foto sepasang kasut yang di tinggalkan oleh si penculik..uhuhu makanya saya dengan ini dengan berat hati dan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa suspek dan dalang sebeno di sebalik kiriman kotak misteri dan penculikkan dua orang wartawan kita tak lain tak bukan telah di lakukan sendiri oleh Encik Ghani ya..sekian'

"Encik Ghani??!"

"WHattT??!!"

Maka riuh-rendahlah jadinya suasana di dalam bilik mesyuarat. Hampir-hampir suhu dingin yang datang dari penghawa dingin di dalam bilik berkenaan pun terasa bahang dek dakwaan yang di buat oleh wartawan Yeob.

Yana sudah berdiri dan membangkang.

"Yeob! tarik balik dakwaan awak. Mana boleh awak buat tuduhan pada Tuan pengarah urusan syarikat kita sampai macam tu sekali!"tegas Yana.

"Huu?uhuhu tidak..tidak..aku tak menuduh sesuka hati ya..uhuhu jikalau makanya aku dah teliti dalam-dalam dan buat usul periksalah serta kumpulkan bukti..sekian"

"Apa buktinya?"soal Kak Husna.

Yang lain-lain juga sudah tak sabar nak dengar hujah pembuktian dari wartawan Yeob.

Harun kelihatan tenang dan tersenyum sahaja sambil membetulkan cermin matanya. Harun tahu dakwaan yang di buat oleh Yeob Maon memang agak berat dan sukar untuk di terima oleh staf di syarikat penerbitan terbabit. Akan tetapi Harun juga akui kebolehan wartawan Yeob Maon dalam membuktikan sesuatu seperti apa yang di dakwanya.

Fail pun di buka.

Wartawan Yeob membaca suatu catatan yang ada di buatnya.

"Uhuhu iya menurut wartawan Syaza,si penculik dan pengirim kotak adalah gemuk,bercermin mata serta botak orangnya. Malah beliau juga menghisap rokok curut berjenama Tashkent ya. Uhuhu iya ada sesiapa kat sini yang ada bangkangan di atas pernyataan tersebut? Uhuhu sila bangun dan kemukakan hujah anda..sekian"Wartawan Yeob duduk seketika dan memberi peluang kepada para staf dan wartawan lain untuk bercakap.

Semua orang mulai bercakap-cakap sesama sendiri buat seketika sebelum Yana kembali berdiri dan menjadi wakil kepada yang lain-lain.

"Hm rasanya tiada sebarang bangkangan. Semua orang amat jelas tentang hal tu. Tapi ia masih tak cukup kuat untuk you menuduh Encik Ghani ya Yeob"

"Huhuhu iya baik..baik..mintak bior ko duduk dulu Kak Yana. Uhuhu aku akan bagi hujah seterusnya..sekian"

Kali ni wartawan gemuk pendek tu keluarkan pula sehelai plastik dari fail dan mengeluarkan isinya.

"Uhuhu iya ini pulak adalah petunjuk dan klu yang aku sama Haziq temui sewaktu pergi ke Villa Tebing Curam ya..iya ada puntung curut jenama Tashkent dan sekeping resit pembelian tonik rambut dari sebuah farmasi..sekian"

Para sidang redaksi melontarkan pandangan kepada apa yang di tunjukkan oleh wartawan Yeob.

"Okey..then?"

"Uhuhuhu iya sejurus pulang dari Villa Tebing Curam,aku dan Haziq pun di panggil masuk ke bilik opis Encik Ghani. Beliau bertanyakan tentang apa yang kami temui. Kemudian Encik Ghani bergegas nak keluo pergi amek barang yang dia tertinggal lepas beli di suatu tempat. Uhuhu beliau juga sempat pesan kat aku sama Haziq untuk tolong kemaskan sikit meja dan bakul sampah bilik opis beliau. Jikalau ko semua tak percaya,mintak bior Encik Ghani dan Haziq sendiri sahkan hal tersebut..sekian"

Setelah di tanya,Pengarah urusan dan wartawan Haziq mengangguk bagi mengesahkan hal itu.

"Uhuhu makanya Haziq yang kemaskan meja Encik Ghani dan sapu-sapu sikit apa yang patut. Uhuhu iya selain kertas dan sampah,turut ada di temui atas meja Encik Ghani ialah ashtray yang di penuhi dengan abu dan puntung curut ya. Huhuhu jikalau makanya Haziq kemas dengan cincai dan tak tengok betul-betul jenama curut yang di hisap oleh Encik Ghani. Uhuhu sampai aku pulak yang tolong kutipkan sebatang puntung dari bawah meja Encik Ghani sebelum terkejut beso bila mendapati jenama curut yang di temui adalah sama dengan jenama yang di hisap oleh si penculik Syaza iaitu Tashkent''ujar Yeob Maon panjang lebar.

"Uhuhu iya tapi aku belum berpuas hati lagi kerana menyangka kemungkinan beso puntung yang jatuh bawah meja tu di cicirkan oleh Haziq sebab beliau yang kutip puntung milik si penculik kat Villa Tebing Curam. Uhuhu maka aku pun terpaksalah selongkar tong sampah kat pantri dan cari semula bungkusan plastik sampah dan abu curut Encik Ghani yang Haziq dah pergi buangkan. Uhuhu iya sangka memang tak sangka ya..huhuhu dalam plastik sampah tu ada selonggok puntung curut berjenama Tashkent di temui. Tidak setakat itu...malah aku juga jumpa beberapa resit belian tonik rambut milik Encik Ghani yang mana ianya sama dengan resit yang kami jumpa kat Villa Tebing Curam..uhuhu mintak bior ko semua tengok dan bandingkan sendiri..sekian"

Kertas-kertas resit itu pun di keluarkan dari fail. Para staf dan wartawan pun berkerumun untuk melihat.

"Aah lah..sama..haih,susah juga kalau nak kata kebetulan"kata seorang wartawan.

Kali ni semua orang dah mulai sangsi.

"Hah..engkau kena jawab semua tu Ghani. Kalau kebetulan pun takkanlah sampai dua benda berbeza seperti jenama curut dan resit belian tonik dari farmasi pun boleh match dengan si pengirim kotak"kata Harun.

Ghani di lihat relaks sahaja sambil menongkat tangan di bawah dagu. Beberapa orang staf mengambil langkah tunggu dan lihat.

Manakala Yana pula lebih suka menjadi pembangkang. Wartawan wanita senior berusia 40 an itu bangun lalu cuba merampas fail 'bukti' yang ada pada wartawan Yeob Maon.

Riuh-rendah bila dua wartawan itu saling tarik-menarik fail.

"Uhuhu ko janganlah nak buat cenggini kat aku Kak Yana..uhuhu aku dah bermatian nak kumpul bukti dan buat kajian bagailah..uhuhu aku bukan suka-suka nak tuduh Encik Ghani. Uhuhu lepaskan fail aku ni lah..huwaaaa sekian"

"Bagi kat akak fail awak ni Yeob. Ini tak boleh di biarkan ya. Awak sedar tak yang awak sedang menuduh kepada pengarah urusan syarikat merangkap bos dan majikan awak bekerja?"

Harun hampir terlepas ketawa melihatkan gelagat wartawan Yana dan Yeob Maon buncit sampai bergelut dan tarik-menarik fail.

"Huu!"

Akhirnya fail berjaya di rampas dari tangan Yana. Yeob Maon menyorokkan fail tersebut di belakang tubuh.

Encik Ghani pun mulai bersuara.

"Hm tak apa Yana. Biarkan Yeob ambil fail dia semula. Kita mintak Yeob jelaskan lagi hujah beliau jika ada"minta Ghani.

''Uhuhu iya baik..baik Encik Ghani.."

Wartawan Yeob kembali berdiri dari duduknya. Yang lain pun kembali ke bangku masing-masing.

"Uhuhu iya petang kelmarin Encik Ghani pulang ke pejabat agak lewat setelah keluo pergi amek barang yang tinggal. Uhuhu beliau pulang dalam keadaan memakai selipo jepun dan memberi alasan bahawa kereta beliau rosak di kawasan berlumpur sehingga tapak kasut beliau di kotori lumpur bagai. Sewaktu berbual dengan staf,Encik Ghani tertinggalkan bungkusan plastik atas meja aku ya..uhuhu iya setelah aku periksa,rupanya dalam plastik ada sebotol tonik rambut dengan jenama yang sama seperti tertera pada resit belian si penculik a.k.a pengirim kotak misteri..uhuhu jikalau ko semua tak percaya sila bertanya sendiri pada Encik Ghani untuk pengesahan..sekian"

Encik Ghani mengiyakan dan mengesahkan perkara tersebut sebagai benar. Ini yang membuatkan para staf dan wartawan lain sedikit tercengang.

"...Uhuhu iya sehari kemudian Zaquan pulak kena culik. Kemudian abang Harun sama Asywina pergi ke kawasan paya selut. Uhuhu si pengirim kotak hanya tinggalkan sepasang kasut yang mana sebenonya adalah kasut milik kepunyaan Encik Ghani yang kotor sewaktu beliau menjejaki paya selut untuk meninggalkan petunjuk dan klu..sekian"

"Tapi Encik Ghani dah beritahu yang kasut dia..

"Uhuhu tidak..tidak..ko dah salah beso. Uhuhu iya Encik Ghani tak cakap pun kasut kotor dia ada tinggal kat mana-mana ya..uhuhu jadi kemungkinan untuk beliau tinggalkan kat pokok paya selut pun boleh di terima juga..uhuhu mintak bior Encik Ghani beri penjelasan. Sekiranya aku dah salah menuduh beliau,makanya esok pagi juga aku akan hantor surat berhenti kerja kerana dah malu beso menuduhkan pengarah urusan syarikat..sekian"ujar wartawan Yeob lalu menutup fail dan melabuhkan punggung di kerusi.

WHOAaaaaaa??!

Sidang redaksi staf dan wartawan jadi gempar. Adakah dakwaan dari Yeob Maon itu benar?

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience