JA : BAB 3

Action Series 19392

ā€œANNAā€¦ā€ panggil Camila perlahan, suaranya sedikit bergetar.

ā€œKalau kau nak cakap pasal ex-boyfriend kau, baik kau diam. Aku tak nak dengar,ā€ balas Arianna tegas tanpa memandang.

ā€œAku bukan nak bercakap pasal dia,ā€ ujar Camila, cuba menenangkan diri.

Camila berjalan mendekati Arianna yang sedang sibuk melipat pakaian. Dia duduk di sebelah kawannya itu. Arianna menoleh sekilas tetapi tetap meneruskan kerjanya, melipat baju ke dalam beg pakaian yang sederhana besar.

ā€œHabis tu kau nak cakap pasal apa?ā€ tanya Arianna, nadanya hambar.

ā€œPasal kerja kau,ā€ jawab Camila, ringkas, tetapi penuh maksud.

Arianna menghentikan tangannya sejenak sebelum memandang Camila dengan kening berkerut.

ā€œKerja aku? Kenapa pula dengan kerja aku?ā€ soalnya, sedikit terganggu dengan nada Camila yang seakan-akan menyembunyikan sesuatu.

ā€œKau tak rasa pelik ke, kenapa tiba-tiba orang kaya tu nak ambil kau jadi pembantu peribadi anak dia?ā€

Pertanyaan Camila mengendurkan sedikit ekspresi Arianna, tetapi dia tetap menjaga riak wajahnya agar tenang.

ā€œKenapa pula pelik?ā€ balas Arianna, seolah-olah tidak mahu menghebohkan perasaan was-was yang mula menyelinap dalam hatinya.

ā€œYalah, dia kan kaya. Orang yang terang-terang dah ada nama. Takkanlah dia nak ambil pembantu peribadi yang baru je habis belajar. Kita ni pun belum graduate sepenuhnya lagi tau. Sijil pun tak dapat lagi. Aku risau kalau… dia orang cuma nak...ā€

Camila tergantung, tidak sanggup menyelesaikan ayatnya. Arianna memandangnya dengan serius, matanya redup tetapi tajam. Dia mencapai tangan Camila, menggenggam erat jemari kawannya itu.

ā€œMila, sebenarnya kau tak nak aku pergi jauh dari kau, kan?ā€ soal Arianna lembut tetapi penuh maksud.

Camila terkedu. Bibirnya bergerak-gerak seperti hendak berkata sesuatu, tetapi suaranya tersekat di kerongkong. Air matanya mula bergenang, dan dia hanya mampu mengangguk perlahan.

ā€œAku faham, Mila. Tapi aku kena buat jugak kerja ni. Aku tak ada pilihan lain,ā€ ujar Arianna, nada suaranya berubah menjadi lebih lembut.

ā€œKau jangan risau. Dia orang takkan tipu aku. Takkan aku nak tolak rezeki ni, kan?ā€ pujuk Arianna, senyuman kecil terukir di bibirnya.

ā€œHmmm, aku tahu. Tapi aku tetap risaukan kau. Kau pun tahu kan perangai orang kaya ni kadang-kadang lain macam. Kalau ada apa-apa yang buruk terjadi, macam mana?ā€

Suara Camila bergetar, dan air matanya akhirnya mengalir perlahan.

ā€œHisyy, kau ni janganlah fikir sampai ke situā€¦ā€

Arianna segera menarik Camila ke dalam pelukannya, mengusap belakang badan kawannya dengan lembut.

ā€œKau janganlah risau. Takkan jadi apa-apa. Lagipun aku pergi kerja, bukannya pergi buat benda tak elok. Kau tahu kan aku perlukan duit untuk kos rawatan mak aku,ā€ ujarnya, cuba menenangkan Camila.

ā€œAku tahuā€¦ā€

Camila bersuara dalam esak.

ā€œTapi aku tetap risaukan kau.ā€

ā€œAku okey sajalah, kau janganlah banyak fikir. Dah-dah, cepat kemas barang. Nanti kita kena halau pulak dengan tuan rumah sebab lambat sangat kemas barang,ā€ ujar Arianna sambil tersenyum, cuba menceriakan suasana.

Camila menarik nafas panjang, menghapus air matanya dengan belakang tangan.

ā€œYalah, aku kemas sekarang. Tapi kau ni… potong mood betullah, aku baru nak ambik mood sedih lama sikit.ā€

ā€œTak payahlah nak sedih-sedih sangat. Aku bukannya pergi jauh pun. Rumah sewa aku tu cuma lima jam je dari sini,ā€ balas Arianna sambil ketawa kecil, cuba menyembunyikan keresahan kecil yang berputar di dalam hatinya.

Camila tersenyum kecil, akhirnya lega sedikit.

ā€œHmmm, yalahā€¦ā€ balasnya perlahan, mula mengemas dengan hati yang masih berat.

—

Joshua melangkah masuk ke dalam rumah agam yang tersergam indah itu. Dia memerhatikan sejenak suasana dalam rumah yang penuh kemewahan namun tidak mampu menenangkan hatinya yang bergolak. Langkahnya perlahan menuju ke ruang tamu, di mana beberapa wajah sudah menantinya dengan pelbagai ekspresi.

Sebaik sahaja dia tiba di hadapan seorang lelaki tua yang duduk tegak di sofa utama, Joshua menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Dia kemudian melangkah ke arah seorang wanita tua yang duduk di sebelah lelaki itu, lalu mengucup jemarinya lembut. Wanita itu menyambutnya dengan senyuman penuh kasih, tangannya terulur mengusap kepala Joshua dengan gerakan lembut seperti menenangkan anak kecil.

ā€œMamaā€¦ā€ sebutnya perlahan, hampir berbisik, namun penuh dengan makna yang sukar diungkapkan.

Wanita tua itu, Massima, mak angkat Joshua, mengangguk sambil tersenyum manis.

ā€œJoshua, duduk sini,ā€ ujarnya, menepuk perlahan ruang kosong di sofa di sebelahnya.

Tanpa banyak bicara, Joshua menurut. Namun, suasana itu segera dicemari suara sinis Abraham, sepupunya yang sejak tadi memandangnya dengan pandangan penuh ejekan.

ā€œAkhirnya kau sampai juga, Joshua. Aku ingatkan kau dah lupa jalan balik ke sini,ā€ sindir Abraham sambil mencebik.

ā€œAbraham, jaga kelakuan kau!ā€ tegur Alano, ayah Abraham, adik kepada Alessandro, dengan suara tegas yang membuatkan Abraham segera membisu.

Alano menghela nafas panjang.

ā€œMaafkan Abraham, abang long,ā€ ujarnya kepada Alessandro.

ā€œAku akan pastikan dia belajar tentang adab selepas ini. Abraham, minta maaf sekarang!ā€ arahnya pula.

ā€œHmmm... maafkan aku,ā€ ujar Abraham akhirnya, tetapi dengan nada yang jelas menunjukkan keengganan. Dia tidak pun memandang Joshua.

Joshua hanya mengangguk kecil, tidak berminat untuk memperbesar isu. Baginya, pertengkaran kecil dengan Abraham hanyalah pembaziran tenaga.

Sementara itu, Alessandro, ketua keluarga yang juga bapa angkat Joshua, membuka perbincangan dengan nada serius.

ā€œSekarang semua sudah berkumpul di sini, jadi kita akan mulakan perbincangan kita. Kita akan berbincang soal cawangan baru yang bakal dibuka tidak lama lagi.ā€

Massima, yang tidak berminat untuk terlibat dalam hal-hal perniagaan suaminya, bangun perlahan dari sofa, membetulkan sedikit lipatan gaunnya.

ā€œKalau begitu, saya masuk dapur dulu untuk siapkan makan malam. Kamu semua berbincanglah,ā€ katanya lembut, meninggalkan ruang tamu tanpa tergesa-gesa. Langkahnya yang tenang itu tidak terganggu oleh perbincangan serius di belakangnya.

Selepas hampir dua jam berbincang, Alessandro dan semua yang berkumpul membuat keputusan.

ā€œJadi, Joshua akan mengambil alih cawangan baru di sana. Abraham akan membantu Alano di sini.ā€

Mendengar itu, Aldo, cucu sulung Alessandro yang baru berusia 16 tahun, bersuara dengan penuh semangat.

ā€œDatuk, Aldo macam mana? Cawangan mana yang Aldo akan jaga? Aldo kan kuatā€¦ā€ katanya sambil mendabik dada, membuatkan semua orang di ruang tamu tertawa.

Alessandro hanya menggeleng sambil tersenyum kecil.

ā€œAldo, kau tu masih kecil. Tamatkan pelajaran kau dulu.ā€

ā€œBaik, Datuk! Tapi nanti bila Aldo dah besar, Aldo nak jadi macam Pak Ngah Joshua,ā€ jawab Aldo, menghampiri Joshua sebelum melabuhkan duduk di sebelahnya.

ā€œPak Ngah, nanti ajarkan Aldo menembak ya. Aldo tak sabar nak pegang pistol,ā€ katanya penuh harapan.

Joshua tersenyum sambil mengelus kepala anak buahnya.

ā€œYa, tapi Aldo kena siapkan tugas sekolah dulu, baru Pak Ngah ajar menembak.ā€

Ketika itu, Maria, pembantu rumah mereka, muncul di pintu ruang tamu.

ā€œTuan Besar Alessandro, makanan sudah disediakan. Puan Besar Massima menjemput semua untuk makan malam bersama.ā€

ā€œBaiklah. Selesai perbincangan kita hari ini. Mari kita makan. Entah apa yang dimasak Massima hari ini, entah-entah lauk dinosaur,ā€ gurau Alessandro, yang disambut dengan gelak ketawa.

Namun, ketika duduk di meja makan, Joshua terasa ada sesuatu yang kurang. Anak matanya liar mencari seseorang.

ā€œMama, mana Irene?ā€ soal Joshua kepada Massima yang baru tiba di meja makan, nada suaranya sedikit risau.

Massima memandang sekeliling seketika sebelum mengukir senyuman kecil.

ā€œMungkin dia ada di biliknya atau di taman. Nampaknya ada orang yang kena pujuk dia,ā€ balasnya lembut, memahami kebimbangan Joshua terhadap anak buahnya yang bongsu itu.

Joshua mengangguk perlahan.

ā€œNanti selepas makan, saya akan pujuk,ā€ ujarnya penuh tekad.

Mereka kemudian menjamu selera dalam suasana sunyi. Hanya bunyi pinggan dan sudu memenuhi ruang makan, namun di hati Joshua, perasaannya bercampur-baur.

—

ā€œIreneā€¦ā€ panggil Joshua sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik anak buahnya.

Bilik itu sunyi. Tidak ada tanda-tanda kehadiran Irene. Hanya buku-buku yang bertaburan di atas katil memberi petunjuk bahawa dia baru sahaja berada di situ.

ā€œMana budak ni pergi?ā€ desisnya perlahan, matanya memerhatikan keadaan bilik yang seolah-olah ditinggalkan tergesa-gesa.

Joshua meletakkan sebuah kotak sederhana besar di atas katil Irene sebelum melangkah keluar dengan langkah yang panjang. Dia menuju ke taman di belakang rumah agam itu.

Namun, nasibnya kurang baik. Di tengah perjalanan, dia bertembung dengan Abraham yang sedang menunggang kuda sambil dikelilingi beberapa pengikut setianya.

ā€œEh, Joshua! Anak emas mafia terkenal negara ni! Hahahaā€¦ā€ sindir Abraham dengan nada mengejek, memberhentikan kudanya tepat di hadapan Joshua.

Joshua hanya menjeling dingin, malas melayan provokasi sepupunya itu, lalu terus melangkah pergi.

ā€œBerlagak betul kau! Kau ingat kau cukup hebat sebab papa long sukakan kau? Jangan mimpi kau nak ambil alih tempat dia! Kau dengar tak, Joshua?ā€

Abraham terus menyindir, suaranya bergema di halaman.

Joshua mempercepatkan langkahnya. Bukan sahaja malas melayan, tetapi hatinya lebih risau pada Irene yang entah di mana.

ā€œIrene!ā€ panggilnya kuat sebaik sahaja tiba di taman. Suara Joshua bergema di ruang terbuka yang semakin suram dihiasi sinaran jingga matahari senja.

Dari jauh, kelibat Irene kelihatan berdiri di tepi kolam. Bayangan tubuh kecilnya melakar siluet yang suram di permukaan air yang tenang. Perlahan-lahan, Joshua mendekati anak buahnya.

ā€œIrene, apa Irene buat dekat sini? Dah nak malam ni. Jom kita masuk ke dalam,ā€ ajak Joshua lembut. Angin sepoi-sepoi menerbangkan helaian rambut Irene, tetapi dia tetap kaku, memeluk tubuh sendiri sambil memandang jauh ke arah kolam.

Irene tidak membalas. Joshua menarik nafas panjang, tahu benar gadis itu sedang menyimpan rasa marah terhadap dirinya.

ā€œIrene, masih marahkan Pak Ngah?ā€ soal Joshua, nadanya penuh sabar.

Untuk beberapa saat, hanya bunyi cengkerik mengisi keheningan. Akhirnya Irene bersuara, tetapi nada suaranya dingin dan penuh rasa terkilan.

ā€œKenapa Pak Ngah balik sini? Kan Pak Ngah dah ada rumah sendiri. Patutnya Pak Ngah tak payah balik!ā€

Dia berpaling, langkahnya laju meninggalkan Joshua dengan wajah masam. Joshua hanya mampu menghela nafas panjang sebelum membuntuti langkah Irene.

ā€œIrene, Pak Ngah minta maaf. Bukan sengaja tak nak balik, tapi Pak Ngah sibuk dengan kerja,ā€ kata Joshua, cuba menjelaskan.

ā€œSibuk?ā€

Irene berpaling secara tiba-tiba, membuatkan Joshua terhenti langkahnya. Wajah gadis itu kelihatan tegang, matanya tajam menikam ke arahnya.

ā€œSibuk sampai lupa anak buah sendiri?ā€ sindir Irene dengan nada sinis.

Joshua tersenyum kecil, cuba mencairkan suasana yang tegang.

ā€œSo, Irene merajuklah ni?ā€ usiknya sambil mengangkat sebelah kening, cuba menarik perhatian Irene.

ā€œHmmm, nampaknya gaun tu terpaksalah Pak Ngah bagi dekat Maria,ā€ ujarnya, sengaja berpura-pura kecewa sambil mengeluh kecil.

ā€œGaun?ā€

Mata Irene tiba-tiba bercahaya, menggantikan sinar kekecewaan tadi.

ā€œGaun untuk majlis dua hari lagi tu ke?ā€ soalnya penuh minat, seperti anak kecil yang baru mendengar khabar baik.

Joshua melangkah mendekati Irene, senyumnya semakin lebar. Dengan perlahan, dia mencuit hidung gadis itu.

ā€œYalah. Nenek kata Irene nak sangat gaun tu, sebab tu Pak Ngah belikan,ā€ jawab Joshua, nadanya lembut.

ā€œYeay, seronoknya!ā€ Jerit Irene gembira, terus melompat memeluk Joshua erat. Hati lelaki itu terasa lega melihat keceriaan kembali ke wajah anak buahnya.

ā€œSo, dah tak merajuklah ni?ā€ soal Joshua sambil membalas pelukan Irene dengan lembut.

Irene menggeleng laju, senyumannya melebar.

ā€œJom, Pak Ngah. Kita masuk dalam. Irene tak sabar nak cuba gaun tu. Mesti cantik kan?ā€

ā€œMestilah cantik. Tengoklah siapa yang pilih,ā€ jawab Joshua sambil tersenyum bangga.

ā€œPak Ngah memang yang paling terbaik!ā€ puji Irene dengan nada manja sambil menarik tangan Joshua.

Mereka berjalan beriringan menuju ke rumah agam itu, meninggalkan taman yang semakin gelap. Hatinya tenang melihat Irene kembali ceria. Dalam hati, dia berjanji tidak akan lagi membiarkan gadis itu merasa diabaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience