BAB 31: Wartawan Yeob Tahu Sesuatu.
HAZIQ berasa hairan melihatkan perilaku sahabatnya si Yeob Maon. Tiba-tiba sahaja bertanyakan tentang sampah dari bilik Encik Ghani yang di buangkannya tadi.
"Aku buang kat tong sampah pantri"balas Haziq yang sudah duduk di meja kerjanya.
"Uhuhu iya Ziq..baik..baik..sekian"
Wartawan buncit tu berlari dalam pejabat dah macam apa entah.
"Haih! laju je nak pergi mana Yeob?"tegur Kak Husna.
"Uhuhu iya acik cleaner kan tak datang kerja hari ni. Uhuhu jikalau maka bior ler aku pergi buat kerja dia sikit kak..sekian"
Yana baru keluar dari toilet opis. Kemudian wartawan wanita itu berjalan menuju ke pantri untuk membancuh secawan teh. Terserempak pulak dengan Yeob yang sedang tertonggeng-tonggeng menyelongkar ke tong sampah.
"Huu?uhuhu naya..naya..yang mana satu plastik sampah yang Haziq buang tadi haa?sekian"
Yana berpeluk tubuh dan tersengih memerhatikan tindak-tanduk wartawan muda yang gemuk,pendek,boroi dan parau pula suaranya tu.
"Huwaaa?! siapa pulak buang scotex terpakai kat sini haa? Huwaaa..nyaris tangan wangi aku nak terpegang..uhuhu busuk..busuk..sekian"rungut Yeob Maon.
"Ehem..awak buat apa tu Yeob?"
"Huu?uhuhu iya Kak Yana..aku ada nak cari benda penting sikitlah. Uhuhu iya Haziq dah terbuang kat tong sampah pantri ni..sekian"
Cari punya cari akhirnya jumpa juga plastik sampah yang di maksudkan. Apabila di buka saja plastik tersebut,wartawan gemuk itu bukan saja jumpa apa yang di carinya,malah ada benda lain lagi yang meragukannya.
"Huu?! uhuhu musykil..musykil..iya aku harap semua ni kebetulan je ya..sekian"
_______________
LANGIT petang agak redup memayungi sebuah kawasan taman tema air terbiar. Sudah bertahun-tahun kawasan ini di tutup operasinya gara-gara beberapa kes bunuh diri yang pernah berlaku di situ.
KRIEKK..
Berkeriut bunyi suatu pintu kecil dekat pagar ketika di tolak oleh Harun. Wartawan lelaki senior itu melangkah pula ke ceruk lain dalam kawasan terbabit.
Kemudian Harun memanjat naik ke tapak slot permainan gelongsor air yang sudah usang. Dia memerhatikan ke sekeliling. Taman tema itu nyaris-nyaris di telan oleh hutan belukar. Sunyi mencengkam. Yang ada hanya bunyi unggas dan cengkerik bersahut-sahutan.
Kamera digital dan beg sandang wartawan semuanya lengkap di bawa sekali.
"Dah lapan belas tahun taman tema ni tutup. Dulu adik selalu ajak datang ke sini. Nak mandi gelongsor.."getus hati Harun sambil berdiri memerhatikan gelongsor air itu.
Fikiran Harun khayal buat seketika mengenangkan arwah adiknya Afandi. Ketika taman tema ini masih beroperasi lama dahulu,Harun selalu datang mandi-manda di sini bersama Afandi.
Akan tetapi umur Afandi tak panjang. Arwah meninggal kerana sakit jantung berlubang. Harun termenung panjang.
"Ahh?!"
Harun tersentak. Lamunannya terbantut sejurus terdengar bunyi seperti kaca-kaca pecah.
"Bagus kalau dia dah muncul!"getus hati Harun lalu bingkas dia mencari-cari di manakah datangnya bunyian itu.
PRANGG! PRANGG! PRANGG! PRANGG!
Rupanya tingkap-tingkap dari bangunan pihak pengurusan taman tema telah pecah dengan sendirinya. Tiada pula di lihat akan sesiapa berada di situ. Lagipun bangunan usang dan tapak kawasan rekreasi awam itu telah lama terbiar bertahun-tahun.
Harun pun bergegas menuju ke arah tersebut.
Video kamera digital pun di buka. Keanehan yang sedang berlaku itu pun di rakam. Apakah sebenarnya yang telah terjadi?
Tiba-tiba telah muncul suatu pusaran angin puting beliung menerbangkan segala macam sisa sampah sarap yang terdapat di kawasan taman tema air terbiar itu.
"Gila betul"getus hati Harun.
Semua itu di rakamnya.
Harun lihat jelas ada sesuatu seperti bayang hitam yang mengawal puting beliung sampah-sarap itu.
Tak lama kemudian puting beliung itu pun pecah. Sampah-sarap terkumpul yang melayang-layang dalam pusaran udara kembali berjatuhan ke tanah apabila bayang hitam itu keluar dari pusaran.
Ia menuju pula ke arah kawasan papan longsor air usang.
KRAKK..KRAAK...
Papan longsor air itu pun terangkat ke udara sebelum bayang hitam itu menghumbankannya secara sembarangan.
BEDEBUMM!
Kuat betul bunyi yang timbul.
Harun mengelak dengan pantas saat sebahagian cebisan dari papan longsor yang telah hancur itu terbang ke arahnya.
"Fuh nyaris betul!"
Bayang hitam itu mendengkurkan suara yang agak garau dan mengerikan sebelum ia hilang lesap entah ke mana. Entah apa sebenarnya bayang hitam itu tiada siapa yang tahu.
Keadaan huru-hara yang timbul tadi pun kembali tenang. Harun menarik nafas lega. Satu lagi tugasan mencari bahan misteri menarik berjaya di lakukan. Dia pun beredar meninggalkan tapak kawasan taman tema air terbiar itu dan memandu pulang ke pejabat.
________________
LEBIH kurang lima belas minit lagi akan masuklah waktu ke pukul lima petang. Para wartawan dan staf pun sudah menyiapkan tugasan masing-masing pada hari ini.
Yana,Asywina dan Kak Husna sedang rancak sembang pasal wartawan Syaza.
"Aih..mudah-mudahan si penculik tu tak apa-apakan Syaza"kata Kak Husna.
"Kita tengoklah nanti macam mana. Hopefully dia menepati janji untuk bebaskan Syaza"balas Yana yang sedang berdiri menyandar di dinding sambil berpeluk tubuh.
"Uhuhu iya dah pukul lima petang ya..huhuhu untung..untung..sekian"wartawan Yeob Maon boroi dah tersengih-sengih sambil mengemas fail-fail dan kertas di mejanya.
"Ai apa yang untung-untung tu abang Yeob?"tanya seorang wartawan junior.
"Huhuhu iya jam lima waktu untuk balik rumah ya..huhuhu perut beso aku pun dah lapo. Orang rumah aku sama opah jikalau petang-petang cenggini memang rajin nak masak kuih-muih bagailah..sekian"
"Wahhh..untunglah Yeob. Balik rumah bini dah masak"celah Kak Husna.
"Hahaha tu yang makin boroi perut awak Yeob"usik Yana tertawa.
''Buhuhu iya kak..iya..ko masak apa haa untuk anak-anak ko balik nanti?sekian"
"Mmh..entahlah Yeob. Akak maybe bawak anak-anak gi makan luar kot malam ni''balas Yana.
"Huhuhu iya kak..baik..baik..sekian"
Yana meninggalkan ruang pejabat dan berjalan pula ke belakang iaitu suatu sudut tempat para wartawan biasa mencuci gambar-gambar foto hasil tinjauan dan tugasan yang di buat dekat luar.
Harun sedang sibuk mencuci gambar-gambar dari foto sewaktu tinjauannya ke taman tema air tadi sambil berbual dengan juru editor. Yana menghampiri mereka.
"Hish..apa benda bayang hitam ni Run? besar pulak tu"kata Rauf Johari sambil melihat-lihat kepingan-kepingan foto itu.
"Entahlah Uf..aku nyaris di humbankannya dengan benda-benda yang di terbangkan dalam pusaran taufan tu tadi. Nasib baik aku pantas mengelak"cerita Harun.
''Auchh..ngerinya Run. So memang betul lah tempat tu 'keras'?"tanya Yana.
"Nah engkau tengoklah video ni. Ini bukan 'keras' lagi..ganas apa semua pun ada. Tak tahulah apa bendanya entiti hitam besar tu"ujar Harun sambil menyerahkan kamera digitalnya kepada Yana.
Belum sempat Yana hendak tonton video tersebut,terdengar riuh-rendah di ruang pejabat.
"Eh kenapa pulak tu?"
"Jom kita tengok"
Rupanya Ghani yang keluar sejak tadi baru pulang ke pejabat dengan pakaiannya sedikit kotor dan berlumpur. Malah beliau berselipar jepun saja dengan hujung seluar di lipat hingga ke betis.
"Wahhh apa dah jadi kat engkau ni Ghani?"tanya Harun.
"Ah tak ada apa-apalah..kereta aku buat hal dekat kawasan berlumpur tadi. Habis kasut aku terpaksa pijak lumpur. Nasib baik ada spare sepasang selipar jepun dalam kereta"
"Aih kesian Encik Ghani"
"Hm tak apalah..sikit je. Nasib baik dah nak habis waktu kerja"balas Ghani.
Pengarah urusan itu berjalan ke bilik pejabatnya untuk berkemas. Entah plastik apa yang di bawanya sebelum terlupa dan tertinggal pulak atas meja pejabat. Setepatnya atas meja wartawan Yeob Maon.
"Huu?uhuhu iya plastik kuih ke ni haa?sekian"fikir si gemuk boroi tu sambil tersengih dah macam apa entah.
Sempat di tengok-tengok apa yang ada kat dalam plastik tu.
"Huu?!"
Terbeliak besar biji mata wartawan Yeob Maon.
"Uhuhu naya..naya..mintak bior le semua ni kebetulan je ya..uhuhu sekian"kata Yeob Maon sambil pandangan anak matanya meliar ke arah pejabat Encik Ghani.
_______________
KEESOKKAN harinya,pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR kecoh lagi. Kali ini wartawan baru bernama Zakuan pula hilang tanpa dapat di hubungi. Keadaannya sama seperti wartawan Syaza Alia.
Si penculik yang juga adalah si pengirim kotak telah meninggalkan nota bahawa petunjuk dan klu dapat di cari dekat sebatang pokok di sebuah kawasan selut dan paya.
Harun dan Asywina sendiri pergi ke kawasan paya terbabit. Malangnya tiada petunjuk atau klu apa pun yang di tinggalkan oleh si penculik melainkan sepasang kasut.
______________
"Iya..dia tinggalkan sepasang kasut yang hampir terbenam dalam selut kat pokok paya tu. I sama abang Harun pun tak tahulah kalau kasut tu boleh di jadikan petunjuk dan klu atau tidak"cerita Asywina sejurus tiba di pejabat.
Para staf dan wartawan pun naik bingung dengan semua apa yang berlaku.
"Huu?uhuhu iya ko sama abang Harun ada amek gambo pasang kasut tu tak?sekian"tanya Yeob Maon yang tampak semakin berminat.
"Ada.."
Asywina pun tunjuklah gambar foto tersebut. Terbeliak mata Yeob Maon.
"Huu?! Uhuhu..naya..naya..sekian"
"Naya? Apa maksud Yeob?"tanya yang lain-lain.
"Uhuhu iya ko semua bagi aku masa sampai esok. Uhuhu aku kena teliti betul-betul dulu. Jikalau sahih,aku akan dedahkan pada ko semua siapa sebenonya si penculik dan pengirim kotak tu esok..sekian"
"Wahhhhhhh??!"
Terkejut semua orang dengan apa yang di cakapkan oleh Yeob Maon. Nampaknya wartawan gemuk itu telah mengetahui tentang sesuatu.
BERSAMBUNG...
Share this novel