SEUSAI mandi, Eirfan bergerak ke almari baju lalu menggapai sehelai t-shirt berwarna hijau dan seluar panjang. Dengan senyuman yang lebar, dia duduk di birai katil.
Peristiwa petang tadi masih bergentayangan di ruang mindanya. Betapa dia senang bisa berduaan dengan Natrah setelah lama tidak bersua.
Dia dan Natrah masing-masing membisu di dalam kereta. Lagu Right Now daripada Akon diputarkan di corong radio.
Sambil menghayati lirik lagu tersebut, bibir Eirfan turut menyertai nyanyian daripada Akon itu.
'It's been so long
That I haven't seen your face
I'm tryna be strong
But the strenght I have is washing away
It won't be long
Before I get you by my side
And just hold you
Tease you
Squeze you
Tell you what's been on my mind'
Lirik tersebut seakan mengejek hati keduanya. Mereka berpisah dan seharusnya bukan itu yang berlaku. Sementara Eirfan pula sedang berusaha untuk memperbetulkan keadaan di antara mereka. Mereka masing-masing sedar, jika hati mereka sebenarnya masih lagi terpaut antara satu sama lain.
Namun ego dan kedegilan yang membataskan perasaan itu. Natrahkah yang ego? Atau Eirfan yang terlalu gelojoh?
Natrah diam mendengar nyanyian tersebut. Sehingga ke lirik terakhir pun dia masih tekun mendengar dan menghayati nyanyian tersebut. Namun yang didengarinya bukanlah suara Akon, sebaliknya suara merdu lelaki itu.
'I wanna make up right now now now
I wanna make up right now now now
Wish we never broke up right now now now
We need to link up right now now now'
"Lagu ni..."
Natrah menoleh tatkala suara garau itu mulai berbicara.
"Macam kisah kita kan?"
Dua pasang mata saling berpandangan. Ada rasa cinta yang masih kuat dari sinar mata itu. Tak perlu diungkapkan, ianya jelas dan tepat!
"Kisah apa pulak?"
Natrah mengalihkan pandangan. Hatinya mulai rasa terbuai. Anak mata Eirfan benar-benar telah mengganggu ketenangan hatinya.
Omongan Natrah membawa senyuman ke wajah Eirfan. Natrah buat-buat tak faham! Dia tahu itu. Egonya masih bersisa. Tapi takpe, dia pasti akan memenangi hati itu.
"Apa maksud awak masa kita dalam lif tadi?"
Tersentak dengan soalan itu, Natrah buat-buat tak dengar. Dia pura-pura tidur dan berharap Eirfan akan mendiamkan diri kerana dia rimas!
"Ohh tidur. Takpe..Kereta ni saya bawak pergi jumpa tok kadi. Tak pun bawak check-in hotel. Pastu call pihak JAIS, cakap ada pasangan sedang berkhalwat dalam hotel.."
"Jangan nak macam-macam ea!!"
Terbeliak biji mata Natrah dengan bicara Eirfan itu. Dia pamer riak kurang senang.
Sikap Eirfan kebelakangan ini sudah seperti arwah Ehsan pula! Suka mendesak dan memaksa!
Eirfan tertawa. "Aikk boleh dengar! Ingatkan betul-betul tidur"
Natrah mendengus kasar.
Eirfan sengaja mengenakannya.
"Awak tak jawab soalan saya. Tapi pura-pura tidur"
"Soalan apa?" Natrah bersikap dungu! Teringat kembali akan Soraya tadi, hatinya jadi sakit tiba-tiba. Lelaki memang kan, sangat mudah mencari pengganti. Tapi dalam masa yang sama, tamak!!
"Don't pretend that you don't know.." Eirfan bersuara lirih.
Sunyi. Natrah malas nak bangkitkan soal itu. Dia hanya ingin pulang ke rumah dan melepaskan stres. Tidur. Berehat.
Dikelilingi Eirfan buat dia lemas! Jiwanya kacau. Hidupnya mulai tak tenang. Semuanya gara-gara Eirfan. Ahhhh!!
"Saya takde apa-apa hubungan dengan Soraya. Dia merayu banyak kali pun, hati saya takkan berpihak pada dia. You know whom belongs to my heart"
Sekali lagi, bicara Eirfan mematahkan bicaranya. Dia kelu.
"Dia datang jumpa saya sebab nak mintak maaf. Dan berjanji nak betulkan kesalahan dia pada saya, pada awak"
Entah kenapa, air mata Natrah tiba-tiba gugur. Dia membuang pandang ke cermin kereta, risau mampu dihidu oleh lelaki itu.
"Saya tak mampu nak teka sedalam mana perasaan awak. Atau adakah awak masih menyimpan rasa tu pada saya. Tapi awak kena tahu sesuatu. Hati saya sentiasa milik awak. Awak tolak saya sejuta kali sekalipun, hati saya takkan berpaling dari awak. Walaupun awak yang meminta perpisahan ni..."
KATA-KATA Eirfan masih terngiang-ngiang di cuping telinga Natrah. Malam itu, dia tidak mampu nak lelapkan mata. Bayangan dan suara lelaki itu sudah mulai memenuhi fikirannya.
Iya, dia mengaku perasaannya masih utuh untuk lelaki itu. Asmaranya masih bergelojak untuk lelaki itu. Tetapi dia buntu, dia gelabah harus memulakan segala-galanya. Dia malu, dia juga segan. Benar kata Eirfan. Dia yang menciptakan perpisahan ini. Egonya sangat tinggi untuk mengakui perasaannya.
Natrah memuntahkan keluhan berat. Dia menggaru-garu kepalanya. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Bagaimana Eirfan tahu akan rumahnya? Padahal dia tak bagitahu apa-apa pun pada lelaki itu. Musykil!
Tenang saja Eirfan memandu sehingga tak sedar mereka tiba di hadapan rumahnya. Segan punya pasal, dia terlupa nak tanya soal itu.
"Takkan Fatin yang bagitau?"
Tetapi setahu dia, Fatin tak mengetahui kisah silamnya dengan Eirfan.
"Dia pasang spy ke?"
Bibir diketap. Kalaulah betul, bermakna Eirfan lagi seram dari Hamizan yang psiko itu!
Eihhh!! Sisih malaikat 44!!!
"TU Eirfan kan? Anak tiri you?"
Melihat sesusuk tubuh milik Eirfan yang menuruni anak tangga untuk ke dapur, Datin Cecelia segera merisik. Manalah tahu, boleh dipadankan dengan anak daranya, Camelia.
"Ye. More to my own son. Kenapa?" soal Datin Jenny.
"Hensem. Segak orangnya. Available lagi ke?"
Pertanyaan Datin Cecelia mengundang tawa di bibir Datin Jenny. Dia pandang Eirfan yang duduk di kerusi sambil sibuk berhadapan dengan komputer ribanya.
"Why did you ask?"
"Alaa.. you ni Jen! You ada anak bujang. I ada anak dara. Why don't we meet them up? Manalah tahu, kot-kotlah kita ni berbesan" ujar Datin Cecelia, diiringi tawa kecilnya. Berkenan pula matanya melihat wajah itu.
Senyuman Datin Jenny berubah kelat. Dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi Eirfan, seperti apa yang telah berlaku pada arwah Ehsan dulu. Biarlah Eirfan mencari bahagianya sendiri. Dia sebagai seorang ibu hanya akan mendoakan kebahagiaan anaknya.
"Kenapa ye, kita sebagai parents kena masuk campur urusan peribadi anak-anak? Are you sure that we made a good choice for them? I mean, dalam urusan kawen"
Dahi Datin Cecelia berkerut seribu. Takkanlah Datin Jenny tak mahu berbesan dengan dirinya yang kaya dan terkenal itu? Bahkan Camelia juga antara gadis yang cantik dan putih, sepadan dengan Eirfan.
"Laaa you ni. I bukannya nak masuk campur. Tapi tak salahkan kalau kita kenal-kenalkan mereka? Tak jadi takpelah. Atleast we try!"
"I tak nak ikut campur urusan peribadi dan kehidupan anak I. He deserves to be happy. Walau siapa pun menantu I nanti, I akan terima dengan hati terbuka. Kita pun pernah muda. Pernah enjoy. Kalau mak bapak kita carikan jodoh untuk kita, mesti kita tak nak kan? Don't you think?"
Terkedu Datin Cecelia dengan sindiran Datin Jenny itu. Terasa menusuk terus ke dasar hatinya.
"You sindir I ke?"
Datin Jenny ketawa kecil.
"Ehh, taklah! I cuma luahkan pendapat I je. Lagipun kalau kita ni sibuk nak atur kehidupan anak kita, at the end, they're not happy. Mesti dorang salahkan kita. Lepas tu, seumur hiduplah kita ni menanggung rasa bersalah"
Setepek Datin Cecelia kena. Dia telan liur yang terasa pahit. Wajahnya berubah riak. Tak senang dan tak suka!
"You kan kenal Camelia"
"I kenal. I kenal sangat-sangat. Sebab tu lah I tak nak kenalkan dia dengan anak I"
Datin Cecelia terasa dihina. "What do you mean?"
Riak selamba pada wajah Datin Jenny menambah geram di hati Datin Cecelia. Teruk sangatkah Camelia sehinggakan Datin Jenny berkata sedemikian?
Datin Jenny hanya mampu tersenyum. Bukannya dia tidak kenal dengan Camelia. Gadis itu memang cantik. Itu tidak dia nafikan. Tetapi Camelia memiliki gaya hidup yang agak liar. Tidak padan dengan Eirfan yang agak warak itu. Dia tak mahu memusnahkan kehidupan Eirfan hanya kerana persahabatan yang terjalin di antaranya dengan Datin Cecelia. Biarlah dia hilang kawan daripada harus kehilangan seorang anak lagi sekali. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali!
"You jangan marah pulak Cel. I takde niat jahat pun. Atau sengaja nak sakitkan hati you. Cuma kalau you nak tahu, Eirfan dah ada calon dia sendiri. So I tak berani nak berlebih-lebih. I do hope you understand that"
Ternyata penjelasan Datin Jenny tidak mampu meredakan kemarahannya sebentar tadi. Tengoklah apa yang akan dia buat nanti!
"TAK tidur lagi mummy?"
Suara garau Eirfan menyentakkan Datin Jenny. Dia menoleh ke arah Eirfan lalu melemparkan senyuman.
"Kejap lagi! Mummy tunggu daddy dan atok balik dari masjid"
"Aikk tak balik lagi?! Dah nak pukul 9.30 malam ni"
"Ada ceramah kat masjid tu. Tu yang dorang balik lewat sikit"
Eirfan mengangguk kepala lantas duduk bersebelahan dengan Datin Jenny.
"Happy je mummy tengok anak bujang mummy ni? Did something happen?"
Malam itu, dia baru perasan akan riak wajah Eirfan yang tampak lebih ceria itu.
"Mummy, she's back!" Eirfan bercerita dengan penuh excited.
"Who's back?"
"Menantu mummy"
Seakan tak percaya, Datin Jenny pandang wajah Eirfan bagi mendapatkan kepastian. Saat wajah itu tersenyum lebar dengan anggukan di kepala, hati Datin Jenny berbunga bahagia. Pantas tubuh Eirfan didakap.
"Natrah?"
Datin Jenny menanya sesudah melepaskan pelukan.
"Yes"
Tak mampu menahan emosi, air mata Eirfan jatuh juga.
"She is back mummy! I am so happy''
"I'm happy for you too! Syukur, Allah makbulkan doa mummy"
"Mummy doa untuk Eirfan?"
Terharu dia dengan bicara dan keikhlasan Datin Jenny itu.
"I will always pray to Allah for your happiness. Mummy dah hilang seorang anak, and I don't want to lose another one ever again"
"Thank you mummy!" Eirfan memeluk Datin Jenny. Dia sungguh tak menyangka betapa indahnya memiliki seorang ibu, meskipun hanya seorang ibu tiri. Datin Jenny benar-benar sudah berubah.
"You are always welcome! So how is thing between you and her?"
Eirfan melepaskan pelukan.
"Sedikit usaha lagi mummy. She's a bit..."
"A bit of what?"
"Ego!"
"Hmmm? Kenapa pulak? Anak mummy hensem ni, takkanlah dia tolak gitu je!"
"Taklah mummy! Dia tak tolak cuma, I just some time to understand her! Dia kerja dengan Eirfan sekarang"
"Really? How's that possible?"
"Well, I got some plans on that. Tu sebab dia kerja dengan Eirfan. Tapi Fan takut. What if she hates me? And dump me?"
"No she won't! You are a nice guy. Rugi dia lepaskan Fan! Lagipun dah enam tahun berlalu kan? Mestilah dia lagi matang dari sebelum ni. Fan kena usaha, nanti mummy tolong"
"Mummy tolong macam mana?"
"Laaa takkan Fan je ada plan! Mummy pun ada"
Ketawa keduanya memecah kesunyian ruang tamu itu.
"Ohh I almost forget! I have something for you"
Eirfan menghulurkan sesuatu kepada Datin Jenny.
Melihat akan foto tersebut, serta merta air mata Datin Jenny menitik. Wajah di dalam foto itu meleraikan rindunya pada arwah Ehsan selama ini.
"Ehsan...."
"No, he's not Ehsan. He is Erman"
"Cu...cucu mummy??"
Suara Datin Jenny tenggelam timbul dengan esakannya.
"Ye. Cucu mummy"
Foto yang sempat diambilnya tempoh hari masih disimpan rapi. Tak sampai hati nak kembalikan foto itu kepada Natrah kerana melalui foto itu saja dia bisa melepas rindu kepada keduanya.
"He's grown up! Cucu tok Mummy!!"
Datin Jenny mencium foto tersebut. Tepat ke arah wajah Erman. Betapa dia rindukan Ehsan. Dan melihat wajah Erman, dia dapat melihat bayang Ehsan.
"Mummy nak jumpa Erman"
"Nanti kita jumpa dia ye?"
"Mummy nak beli macam-macam untuk cucu mummy. Mummy nak sediakan bilik yang cantik untuk dia. Nanti Fan bawak mummy jumpa dia ye?"
"Ye mummy. Nanti kita jumpa dia"
"Cucu mummy. Cucu mummy!"
Berkali-kali foto itu dikucup. Sebak hati Eirfan melihat tingkah Datin Jenny itu. Dia pasti akan mempertemukan mereka berdua. Itu janjinya!
Share this novel