Mencebik sedih Sarah mendengar ucapan sadis itu. Air mata terus menerus mengalir turun. Seluruh tubuhnya berasa panas dan menggigil. Memang la. Tapi itu dulu. Bukan sekarang. Sebab sekarang dia sedar bahawa selain Zane, dia ada seseorang yang lebih menjaga dia dari Zane sendiri. Kalau bukan Lee yang sedarkan diri dia, tak mungkin dia akan berada di sini!
"Kan aku minta maaf....aku mengaku aku salah. Zane jangan bu-"
"Kau tahu, aku menyesal! Aku menyesal tolong dan selamatkan kau! Patutnya aku biarkan kau mereput dekat jalan tu!"ujar Zane dengan sengih mengejeknya." Tak ayah, tak engkau, tak Astrid. Kau orang semua sama aje. Membebankan!"
Menahan nafas kuat Dihya dengan ucapan Zane itu. Entah kenapa dia ikut tersentak dengannya walaupun Zane tak maksudkannya kepada dia. Tapi dia pun jadi punca kenapa Astrid dan Sarah terlibat dalam masalah mereka ni. Sepatutnya yang disalahkan adalah dirinya. Sebab dia adalah orang asing dan orang ketiga yang telah membelah retak hubungan Zane dengan mereka.
"Tuan!" Dihya berpaling memandang ke arah Sarah serta merta. Namun belum sempat dia hendak bersuara....
"Apa kau cakap?"tanya Sarah dengan mata berkaca. Air mata yang bergenang an di kelopak mata gugur serentak ke pipi.
Lee di situ ikut bungkam.
"Sampai hati kau cakap macam tu..." rengek Sarah kesedihan sebelum berlari keluar dari situ.
"Baby, tunggu!" Lee panggil sambil memandang Dihya buat kali terakhir sebelum berlari ke arah pintu. Ingin mendapatkan Sarah.
Keluar sahaja kedua-dua orang itu, serta merta membuatkan suasana riuh dan tegang tadi berubah menjadi sepi secara automatik. Perlahan-lahan Dihya melepaskan Zane. Dia menjauhkan diri dari lelaki itu.
"Kenapa tuan cakap macam tu?Tuan sendiri tahu Cik Sarah tak mintak untuk jadi macam ni... Situasi yang memaksa dia. Sekalipun dia bukan adik sah tuan, dia masih ada pertalian darah dengan Tuan."luah Dihya berasa tertampar dengan keterlanjuran kata Zane sebentar tadi.
Laju kepala Zane berpaling ke arah Dihya. Kening yang sedia memerah itu berkerut hingga hampir hendak bercantum temu.
"Kamu sedar tak disebabkan budak tak guna tu kamu hampir mati!" geram-geram Zane tunding jari ke arah pintu. Merujuk kepada Sarah. "Kamu masih ada hati nak bela dia?You almost die Dihya!!"timbul jelas urat di lehernya kerenah ketegangan menahan amarah.
Bersama nafas naik turun hendak menenangkan dirinya, Dihya pandang tatapan berang Zane itu tanpa berkedip.Ya sudah. Kalau dia mati tanam. Apa susahnya! Yang Zane nak emosi sangat kenapa! "Memangnya kalau saya mati, ianya tak merugikan sesiapa. Saya ni cuma perempuan simpanan. Bukan orang penting. Bukan sesiapa. Kehadiran saya ni pun memang sementara aje. Jadi kalau saya mati pun tak akan jejaskan sesiapa.... Tapi Cik Sarah tu... Dia family tuan. Darah daging tuan. Takkan hanya disebabkan seorang Mistress tuan sanggup buang adik sendiri...?"
Zane yang sedang berang itu terus meledak sebaik mendengar kenyataan Dihya itu.
"AGH!!!! F***!"dengan mengejut Zane menendang kerusi di tepi katil itu hingga membuatkan ia tergolek ke lantai.
Namun begitu Dihya langsung tidak tersentak apalagi terkutik. Dia malahan berdiri kejung di situ saat ianya terjadi. Sebab dia sendiri geram.
"Patut ke saya hapuskan aje mereka dari muka bumi ni supaya mereka takkan ganggu kita lagi?"aju Zane dengan nada dingin.
Dihya di situ hanya mampu memandang Zane. Tidak mengangguk. Tidak menidakkannya. Sebab dia hilang kata-kata selepas apa yang berlaku tadi. Dia fikirkan Zane akan berubah.
Tapi tak. Lelaki ni sampai bila-bila takkan dapat berubah.
"Kalau saya mati, apa hubungannya dengan Tuan? Bukannya saya ni isteri atau kekasih tu-"
Dengan berang Zane memandang Dihya. Wajah bungkam itu dipandang dalam-dalam. Entah apa yang Dihya fikirkan ketika itu, dia ingin tahu! Pasti Dihya membencikan dirinya kerana hilang kawalan seperti tadi. Kepalan penumbuk digenggam erat!
"Sebab saya cintakan kamu Dihya! You hear me! I fallen in love with you! Jadi Kamu adalah orang terpenting dalam hidup saya! Kamu fikir sebab apa saya hilang kawalan hanya kerana untuk seorang Mistress kalau bukan sebab saya sayangkan kamu! Fikir lah sikit! Takkan itupun tak boleh nak faham!"bentak Zane akhirnya kerana hilang kesabaran apabila Dihya tidak berhenti dari mengungkit perkataan mati.
Terkedu Dihya. Ucapan Zane itu benar-benar mengejutkan dia.
"Saya dah rasa sakit bila orang yang saya sayang tinggalkan saya buat selamanya. Saya taknak rasa perasaan tu lagi..."sesaat selepas Zane berkata, lelaki terus kejung membatu di situ dengan reaksi tergamam sebaik menyedari dia sudah terlepas kata. Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.
"Tu-tuan cakap apa tadi?"hela Dihya tersekat-sekat tidak percaya. Adakah dia salah dengar atau memang betul yang Zane cintakan dia?
Sambil mengusap misai di wajahnya, Zane tidak dapat mengatakannya semula selain tenngelam dengan perasaan tak percaya. Entah macam mana dia boleh terlepas cakap! Tak sepatutnya dia katakan hal ini kepada Dihya!
Dengan susah payah, Dihya menahan sebak yang bertandang. Dia tak salah dengar. Zane memang mengakui perasaan suka kepadanya tadi. Tapi apa yang dia boleh lakukan walaupun Zane mencintainya semula. Mereka berdua tetap tidak ditakdirkan untuk bersama sampai ke akhirnya. Tanpa dia beritahu, rasanya Zane sendiri sedar mengenainya. Sekalipun Zane enggan melepaskan dirinya, dia tetap hanya layak menjadi mistress sahaja. Tidak lebih dari tu.
Zane sepatutnya simpan perasaan tu dari pengetahuan dia. Dan sekarang lepas dia dengar semua ni, semakin dia pasang harapan pada hubungan terlarang mereka ini!
Kejam betul!
"Kenapa tuan tak boleh maafkan aje semua ni?"sedu Dihya tanpa sengaja. Matanya tidak lepas dari menatap wajah itu. "Perlu ke tuan terus menerus sakiti hati tuan dan orang sekeliling tuan?Kalau kehadiran saya ni hanya buatkan hidup Tuan susah, bukan ke lebih baik kalau saya yang keluar dari hidup tuan?"
Soalan itu membuatkan Zane terkesima. Untuk beberapa saat lelaki itu hanya memandang Dihya. Dadanya yang sedia sesak terasa semakin menyesakkan. Namun selepas beberapa saat kemudian, Zane perlahan-lahan mendekati Dihya lantas mengusap pipi dingin itu dengan tepi jarinya.
"Ingat ni Dihya. Memang ucapan maaf tu adalah lafaz paling mudah untuk dituturkan dengan lidah dan bibir. Tapi kamu tahu seringan mana ucapan maaf tu di lafazkan, ianya begitu berat untuk diberikan? So kalau saya tak maksudkan ucapan tu, buat apa saya susah-susah ucapkannya. Doesn't it make that's word meaningless and cheap.? "
Apabila air mata turun dari tepi mata Dihya, Zane malah mengucup tepi mata itu dengan kasih.
"Dan saya taknak kamu ungkit semula soal tu lagi. Sebab saya takkan lepaskan kamu...terdesak macam mana kamu merayu pun saya takkan buang kamu!"Zane mengeratkan pegangan di kepala Dihya sebelum menarik tubuh itu ke dalam pelukan.
Sementara Dihya, masih dumbfounded. Dia tidak dapat habis berfikir tentang apa yang baru terjadi. Rasanya ada baiknya jugak kalau dia tak sedarkan diri. At least tak ada la dia menghadap semua drama ni!
Dihya menyandarkan kepala ke bahu Zane lalu melingkarkan pelukan di sekeliling pinggang Zane. Hela nafas yang berat dilepaskan panjang. Hilang sedikit sesak yang berkumpul di tengah dadanya tadi sebaik menghidu bau hangat tubuh itu. Sesaat kemudian barulah dia bersuara semula."Apa yang tuan akan lakukan pada Puan Astrid nanti?Adakah Sarah akan dihukum sekali?"tanya dibalik pelukannya.
Zane mengangkat kepala lalu merehatkan dagu di atas mahkota kepala Dihya lantas termenung ke satu sudut dengan tatapan dingin." Perkara yang sepatutnya saya lakukan sejak awal lagi.... "Dia akan ceraikan Astrid serta merta. Dan dia akan pastikan proceedings mahkamah memproses penceraiannya pada masa yang sama!
16 bab lagi. Tapi maybe lebih dari tu. Tak apa la eh.
Share this novel
semoga dhiya faham maksud Zane
tq update Tinta harap Zein bertabah dan kuat semangat utk melawan sesiapa yg mengganggu kebahagiaan dia ,kesian Zein...