Bab 2

Romance Completed 21373

Iris menyalin nota yang diberi Puan Asnida. Matanya tekun melihat papan putih itu dan kemudian menunduk. Tangan kanannya lalu bergerak. Sambil menyalin, otaknya cuba memahami apa yang disalin. Memang itu yang menjadi kebiasaannya.
"Iris, si ketua pengawas handsome tu panggil." kata Farina yang duduk disebelahnya. Mereka tidak mengesyaki sesuatu kerana Rayyan memang selalu memanggil Iris atas urusan bertugas.
Iris berpaling melihat Rayyan yang duduk di sebelah dinding. Lalu dijongketkan kening tanda 'apa?' Rayyan cuba berkata sesuatu tapi tidak dapat difahami Iris. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu mengangkat tangan.
"Cikgu, saya nak cakap dengan Iris dekat luar sebentar boleh?" Puan Asnida mengangguk membenarkan. Apabila melihat lelaki itu melangkah keluar, Iris turut sama melangkah.
"Kau nak apa?" ujar Iris. Geram apabila lelaki itu menganggu masanya menyalin nota. "Cakaplah elok-elok. Aku ni suami kau. Nanti balik naik aku. Jangan membantah." Rayyan berkata begitu lalu memasuki kelas semula.
"Tak guna punya laki. Gila ke ape nak suruh aku naik dia?" Iris mengomel sendiri dan memasuki kelasnya juga. Puan Asnida yang sudah tahu status Rayyan dan Iris hanya mampu tersenyum.
*****************
Semasa waktu pulang, Rayyan menunggu Iris dihadapan pagar sekolah. "Kenapa lambat sangat? Penatlah tunggu kau." Rayyan merungut perlahan. "Elehh.. aku tolong cikgulah tadi angkat buku. Lenguh. Nah tolong angkat beg aku." Iris menolak begnya ke dada Rayyan.
Pelajar perempuan yang belum pulang memandang jengkel. Rayyan memamg susah mahu rapat dengan perempuan. "Eh! Apesal pula? Tak nak aku." Rayyan meletakkan beg bewarna turquois itu ke tanah.
"Gedik je. Malas nak layan kau." sebelum dia mengambil semula beg itu, ada tangan yang lebih pantas menyambar.
"Mari saya bawakan." ujar Hazriq, rakan baik Rayyan. Iris terkedu. Jika hendak tahu, Hazwan Hazriq ialah crush yang diminati Iris sejak tingkatan 1 lagi. Mukanya merah padam.
Rayyan tidak tahu untuk bereaksi bagaimana. "Riq, kau tak balik lagi?" Rayyan cuba mengendurkan keadaan yang tegang. "Belum. Iris, mana kereta awak? Takpe biar saya bawakkan beg. Lagipun beg ni berat." Hazriq lebih berminat untuk berkata dengan Iris berbanding rakan baiknya sendiri. Rasa cemburu melihat Rayyan dan Iris sebenarnya.
"Eerr.. takpelah. Saya boleh bawa." Iris semakin kalut jadinya. Dia cuba menarik beg sekolahnya tetapi diangkat tinggi Hazriq. Ketinggian Iris yang rendah berbanding Rayyan dan Hazriq menyukarkan dia untuk mengambil begnya kembali.
'Ya Allah! Mesti habis esok. Gosip pasal sekarang ni. Tercalarlah imej aku sebagai penolong ketua pengawas! Rayyan, tolonglah aku. Nak balik cepat! Ummi!!!' Iris menghantar isyarat mata kepada Rayyan. Lebih risau Iris apabila melihat pelajar berbisikan sesama sendiri.
"Riq, kitaorang nak kena balik ni. Ummi Iris suruh dia tumpang aku sebab driver dia cuti. Oklah. Gerak dulu." Rayyan mengambil beg Iris yang masih diawangan. Ketinggian Rayyan melibihi sedikit ketinggian Hazriq.

Cepat-cepat Iris mengikuti Rayyan. Tetapi, tidak dapat disangkal, Iris begitu gembira apabila Hazriq mempunyai niat untuk mengangkat begnya. Tetapi begnya sekarang ni pun bukan dia yang angkat. Tetapi Rayyan a.k.a suaminya. Selamba sahaja lelaki itu menyandang begnya itu.
*****************
"Seronoklah kau. Crush tolong." Rayyan berkata selamba tanpa mempedulikan Pak cik Firdaus yang semestinya mendengar perbualan mereka.
Iris menelan air liur. 'Macam mana Rayyan tahu? Jangan nak cakap yang....'
"Khairil bagitahu." kata Rayyan seperti tahu apa yang bermain difikiran isterinya. Sakit hati apabila mengetahui hal itu, ditambah pula dengan kejadian tadi. 'Kawan baik aku sendiri pula tu. Apa yang handsome sangat Hazriq tu? Nak ikutkan, aku lagi handsome. ' ngomel Rayyan dalam hati.
Iris menggetap gigi kuat. 'Eee... si Khairil ni memang nak kena makan sup selipar.'
Iris memandang Rayyan. Rasa bersalah sebenarnya. Mana boleh seorang isteri memuja lelaki lain selain dari suaminya sendiri.
"Sorry." perkataan itu diucap perlahan. Pak cik Firdaus tersenyum memandang pasangan itu menggunakan cermin. "Takpe." Rayyan juga seperti tidak percaya yang mengungkapkan kata maaf itu ialah Iris. Jarang mendengar Iris meminta maaf kepadanya. Perempuan pun ada ego, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience