Ajkar duduk bersendirian di restoran mewah itu. Menunggu Puza sambil melihat telefon bimbitnya. Hari ini Puza mahu berjumpa dengan Ajkar. Puza sudah hantar mesej kepada Ajkar. Ada hal yang mahu dibincingkan Puza.
“Mana lah perempuan ni. Kata nak datang awal, dah lewat dah ni. Aku banyak lagi kerja kat pejabat. Dia ni lah. Memang sama macam dulu. Tak pandai nak berubah-rubah.”.
Sindir Ajkar di hati. Dia memang kenal dengan gaya Puza itu. Puza dianggapnya perempuan yang tidak mementingkan masa. Ajkar tetap tunggu di kerusi itu sambil menikmati minumannya.
“Ajkar!”.
Panggi Puza dari arah belakang. Begitu keras suaranya keluar. Ajkar yang sedang minum terhenti. Hampir terseduk air itu ke dalam halkumnya. Puza datang dengan mengejut. Lalu disapa tidak sopan oleh Puza. Bekas kekasihnya dahulu.
“Kenapa awak datang nak marah-marah ni?”.
Soal Ajkar. Dia sendiri tidak faham dengan Puza. Yang tiba-tiba menarik kerusi itu dengan keras. Membuat muka yang lancang. Puza langsung tidak ada hormat-hormatnya pada Ajkar.
“That’s not your problem. Saya ada something nak beritahu dengan awak satu benda penting ni.”.
Puza merapatkan lagi kerusinya ke arah meja yang berada di restoran itu. Matanya dibuat garang. Kerusi itu juga dijauhkan sedikit. Ikut betul, Puza tidak mahu lagi menengok lelaki yang sudah hancurkan hatinya ini. Puza hanya bersabar. Dia juga tidak lama menemui Ajkar.
Ajkar diamkan diri. Dia hanya mengangguk kepala. Bersedia untuk mendengar apa yang mahu dikatakan oleh Puza.
“Saya nak awak jauh-jauh dengan Amelia. Amelia bukan pilihan awak. Amelia milik lelaki lain. Sampai saye mati pun, Amelia tak akan jadi isteri awak. Esok saya nak awak putuskan rancangan awak semua ni. Saya tak nak tengok Amelia kecewa macam saya pernah lalui dulu. Ajkar. Saya kenal awak. Tolong! Jauhkan Amelia. Amelia anak baik Ajkar. Kalau awak nak cari perempuan, bukan Amelia. Cari orang lain. Amelia saya dah anggap anak saya. Dan saya tak nak Amelia rasa apa yang saya dah rasa dulu.”.
Jelas Puza dengan panjang. Selang beberapa minit. Satu pelayan menuju ke arahnya. Membawa buku menu.
“Order Miss?”.
Tanya pelayan itu.
“Is ok. Thanks.”.
Puza tidak memesan sebarang minuman. Puza tidak lama untuk berjumpa dengan Ajkar. Pelayan itu lalu berundur ke tempat kerjanya. Melayan pelanggan yang baru masuk. Ajkar menatap mata Puza dengan begitu tajam. Tidak senang hatinya setiap kata yang disampaikan Puza tadi.
“Puza. Saya minta maaf dah buat hati awak hancur. Dah buat maruah awak musnah. Saya dah berubah Puza. Saya dah insaf. Saya tak buat lagi kerja-kerja macam tu. Lagi pun tu semua rancangan ayah saya. Saya tak dapat nak tolak. Sekarang saya dah jadi manusia biasa. Ye. Walaupun duit saya semakin lama semakin banyak, kerja dulu saya pernah buat tu saya dah tinggalkan. Dan sekarang saya hanya nak mencari kebahagiaan bersama seseorang dalam hidup saya iaitu kebahagiaan bersama Amelia.”.
Rayu Ajkar dengan sebagus mungkin. Dia memujuk Puza dengan suara yang perlahan. Puza tetap memandang Ajkar dengan gerakan mata yang sama. Mata garang. Setiap kata dari Ajkar langsung tidak beri kesan pada Puza. Dia tetap menolak Ajkar. Puza tidak akan lagi memberi muka kepada Ajkar. Puza tetap menganggap yang Ajkar itu jahat.
“Ajkar. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak nak awak lukakan hati Amelia. Saya tahu awak dah insaf. Saya tahu awak banyak duit. Saya tahu yang awak dah berubah sekarang. Tapi awak tetap dengan kerja awak tu. Ajkar, kerja awak tak menjamin keselamatan Amelia. Awak tahu tak?”.
Ujar Puza. Dia memberi alasan sehabis mungkin kepada Ajkar. Hatinya tetap berkata tidak untuk Ajkar memilik Amelia. Puza tidak akan berputus-asa. Keputusan Puza muktamad. Ajkar tidak boleh berkahwin dengan Amelia.
“Puza awak dah kenal saya kan? Awak dah tahu kalau saya tak dapat apa yang saya nak, awak tahu apa yang saya akan buat kan?”.
Ajkar ugut Puza. Perkara itu tidak boleh jadi. Amelia tetap miliknya. Dia tidak akan biarkan Puza menolak rancangannya yang mahu berkahwin dengan Amelia. Ajkar juga tidak takut dengan penolakan Puza itu. Ajkar bersedia lakukan apa saja untuk dapat berkahwin dengan Amelia.
“Ajkar saya tak takut dengan ugutan awak. Saya tak akan takut. Buat je apa yang awak nak buat dengan saya. Saya tak takut. Tapi ingat! Rahsiah awak masih ada kat tangan saya. Dan semua bukti tu saya masih simpan.”.
Puza tetap berasa tenang. Ugutan Ajkar itu langsung tidak gentarkannya. Puza hanya membuat paras santai. Seperti tidak mendengar apa-apa dari ugutan Ajkar itu. Setiap jarinya juga mengetuk mengetuk meja di restoran itu.
Ajkar menunjukkan reaksa garang kepada Puza. Silap yang dulu masih diingat oleh Puza.
“Puza jangan cuba nak main-main dengan saya!”.
Kali ini Ajkar betul-betul merenung mata Puza dengan wajah yang bengis. Tidak terima dengan percakapan Puza tadi. Tentang rahsiah Ajkar.
“Awak pun jangan cuba nak main-main dengan saya. Bila-bila awak boleh masuk penjara. Tak pasal-pasa 10 tahun kat penjara. Tu pun kalau 10, kalau 20, 30, 40, habis lah awak meringkuk sampai tua kat penjara. Tak takut ke?”.
Puza menakutkan Ajkar. Semua rahsiah Ajkar masih disimpannya. Segala bukti itu juga masih terletak di tangannya. Hanya Puza saja yang tahu di mana terletaknya semua bukti itu.
“Ok sekarang awak nak apa?”.
Ajkar sedikit takut dengan Puza. Dia tahu kesalahannya apa dahulu. Memang betul kata Puza. Ajkar boleh dipenjarakan bertahun-tahun jika Polis dapat tahu kesnya itu.
“Saya nak awak lepaskan Amelia. Buat! Selama-la..ma..nya… Faham!”.
Jawab Puza.
“Macam ni, apa kata kalau kita buat deal. Amelia akan jadi isteri saya, dan awak saya akan beri sejuta ringgit atau berapa-berapa yang awak nak. Cakap je dengan saya. Saya akan bagi. Asalkan Amelia jadi milik saya.”.
Ajkar masih memikirkan kaedah lain untuk mendapatkan Amelia. Dia terpaksa berkorban demi pertahankan kebahagiaannya. Amelia tetap pilihan isterinya. Ajkar harap yang Puza setuju dengan kaedah yang diberikannya ini. Memberi Puza wang ringgit berjuta-juta pada Puza. Asalkan Puza menerima Ajkar menjadi menantunya.
“Ajkar saya tak bodoh. Saya tak perlu duit haram awak tu. Saya rela hidup merempat dengan suami saya. Ingat! Jauhkan diri dari Amelia. Kalau saya nampak lagi awak dekat dengan anak saya, awak siap!”.
Puza menolak serta-merta tawaran yang diberikan Ajkar itu. Dia tidak menerima duit yang bernilai besar itu daripada Ajkar. Malahan terus membantah perkahwinan Amelia dan Ajkar.
“Kenapa susah sangat nak terima saya? Puza, please.. Bagi saya peluang lagi. Saya betul-betul menyesal apa yang saya dah buat dulu. Puza saya akan janji dengan awak yang saya akan jaga Amelia macam saya jaga diri saya ni.”.
Ajkar sebenarnya tidak tahu untuk bercakap apa lagi. Sudah jelas dia ditolak oleh Puza. Puza langsung tidak memberi muka kepada Ajkar. Keputusan Puza tetap sama. Dia tidak akan menerima Ajkar. Busuk nama Ajkar di hatinya itu sekarang. Jika boleh, wajah Ajkar itu tidak mahu lagi dilihatnya.
“Dah lah Ajkar. Cukup lah dengan semua lakonan awak ni. Sia-sia je awak buat muka sedih macam tu. Saya memang dah tak kesah dengan awak Ajkar. Lepas ni saya tak nak tengok muka awak lagi atau konco-konco awak tu datang kat rumah saya. Jangan berani-berani masuk rumah saya. Kalau saya nampak awak masuk lagi, saya akan tendang muka awak yang tak berapa nak kacak tu. Faham!”.
Ujar Puza. Puza mula mengemas begnya. Sudah masanya untuk pulang ke rumah. Dia harus segera balik. Tidak lama lagi Geriz mahu balik ke rumah. Puza harus siapkan makanan kesukaan suaminya itu. Puza hanya curi-curi keluar rumah. Dia langsung tidak beritahu Geriz tentang pertemuannya bersama Ajkar.
“Puza tunggu!”.
Ajkar hentikan pergerakan Puza yang sudah berdiri dari meja itu. Ajkar hanya memanggilnya dari jauh. Puza terhentu dari sisi. Dia menoleh kepala ke arah Ajkar memanggilnya.
“Apa lagi!”.
Soal Puza dengan nada keras. Tidak senang dia melihat sikap Ajkar yang secara tiba-tiba menahannya dari jarak jauh. Masa sudah tidak ada. Dia harus cepat-cepat balik ke rumah. Jika tidak, marah besar Geriz nanti.
“Saya nak jumpa awak lagi. Nanti saya akan set kan tarikh tu. Nanti saya akan mesej awak. Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Boleh tak?”.
Ujar Ajkar. Sememangnya dia masih lagi mahu berjumpa dengan Puza.
“Tengok lah nanti.”.
Puza lantas beredar dari restoran itu. Cepat-cepat menuju ke keretanya. Puza menjeling melihat Ajkar sebelum pergi. Puza elakkan masalahnya terhadap Ajkar. Puza kenal dengan Ajkar. Orang yang sangat terjahat. Hingga sekarang Puza tidak akan lupa apa yang sudah dibuat Ajkar ke atas dirinya.
Ajkar masih duduk seorang diri di restoran mewah itu. Memerhati gerak-geri Puza dari jauh. Ajkar tidak akan mengalah. Ini belum titik akhirnya untuk mendapatkan Amelia. Amelia tetap menjadi isterinya.
“Puza Puza Puza. Kau ingat aku dah mengalah macam ni ke? Kau ingat aku ni bodoh sangat. Aku tak peduli Puza semua cakap kau tadi. Lagi pun Amelia tu bukan anak kau. Dah tu, Amelia sebaya pula dengan Puza. Haram jadah apa mak kalau macam tu. Aku janji, yang Amelia tetap menjadi milik aku. Aku janji Amelia akan bahagia dengan aku.”.
Mata Ajkar ditutup sedikit. Nafasnya berdengus tidak berhenti. Masih tidak percaya terdapat lagi dugaan yang dia perlu lalui.
“Puza!”.
Ajkar menunggu meja di restoran itu dengan kuat. Orang yang berada di restoran itu lalu melihatnya. Terasa pelik mereka melihat Ajkar. Ajkar mengacak-ngacak daging yang sudah lama sampai di mejanya itu. Dia mncabut isi-isi daging itu dengan kuat. Melepaskan geramnya di tempat pinggan yang terletak makanan daging itu.
Ajkar menyimpan duit yang berjumpa 60 ringgit di meja itu. Ajkar turut berdiri dari kerus yang diduduknya. Ajkar tidak peduli dengan pandangan orang ramai yang berada di restoran mewah itu sekarang.
Setibanya di luar, Ajkar ternampak satu pelayan yang melihatnya dengan mata yang curiga. Pelayan itu turut bersenyum pada Ajkar. Ajkar mulai rasa aneh dengan pelayan itu. Pelayan itu wanita. Ajkar sudah berada tepat di keretanya. Niatnya masih belum sedia masuk ke dalam kereta itu sekarang.
Ajkar sepertinya mahu menyapa perempuan yang melihatnya itu dengan pandangan curiga. Tidak berhenti-henti memikirkan tatapan perempuan itu. Hujan renyai semakin terasa. Ajkar abaikan kali ini dengan pandangan daripada perempuan itu.
Ajkar cepat-cepat masuk ke kereta mewahnya itu. Selang beberapa minit kemudian, kereta Ajkar lesap dari restoran mewah itu. Pelayan yang masih melihatnya tadi juga menyambung semula pekerjaannya.
Share this novel