Chapter 7

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 7

Selama tiga hari tiga malam Surya menetap di rumah Mak Salima. Dia cuma mengingat namanya. Tidak pula dia mengingat apa yang berlaku selain dia mengata dia dikejar sesuatu tidak tahu manusia atau apa. Kondisi tubuhnya makin baik lebam dan luka makin susut. Selera makannya juga makin baik. Entah apa diberi Mak Salima kepada Surya hingga begitu pantas kesembuhannya.

"Mak... Oiii..." Panggil Haron. Kebiasaannya meletak 'oooiii' dibelakang setiap kali memanggil maknya. Maknya akan membalas sama. "Ni mak, Haron bawak balik pucuk ulam raja dengan pujuk gajus. Lepas tu ni ikan keli, Amir Keli bagi. Dia kata hutang dia kat mak."

"Ahhh... Letak je dalam sinki ikan tu. Mengarut je Amir tu. Entah bila pulak dia berhutang dengan mak."

Cuma menurut perintah. Terpandang matanya ke arah Surya yang sedang menceduk bubur ke mulut. Surya memandang sama. Muka Haron menjadi merah. Terus dilajukan langkahnya. 'Celaka, tersuka pulak. Lawa pulak.' Bentak hati Haron.

**

Suasana masih heboh dengan cerita Surya. Adila dan Salwa yang baru balik menangis teresak-esak. Mereka sedar akan perubahan Surya menjadi semakin galak dan agak ganas. Cuma tak beragak dia akan hilang sebegitu. Rizal cuma mendiamkan diri kerana terasa bersalah tidak sempat menyelamatkan rakan kelasnya. Bersalah kepada Salwa dan Adila.

Wajah Rizal menunjukkan perasaan kecewanya. Dia bangkit meninggalkan kelas. Menuju ke tandas. Kakinya melangkah sayu. Cuma sesekali dia terpaksa senyum dan memberi salam kepada pensyarah yang bertembung dengannya.

"Rizal. Sabarlah. In shaa Allah Surya balik semula." Dr. Marzuki cuba menyuntik semula semangat kepada Rizal. Ya. Cuma Allah sahaja harapan untuk dia dan mereka mengharap Surya kembali.

"In shaa Allah, doktor." Rizal beransur meninggalkan kelas selepas tamat kelas Doktor Marzuki. Langkahnya pantas menuju ke masjid untuk solat Asar. Salwa dan Adila mengekorinya.

"Rizal..."

Rizal menoleh dan memandang Adila dan Salwa.

"Kau yakin ke Surya hidup lagi?" Salwa seakan hilang keyakinan untuk berharap.

"Masih awal kalau kita nak give up. In shaa Allah. Kita doakan Surya hidup dan balik dengan selamat." Padu. Rizal meninggalkan mereka berdua. Ya. Cuma Allah yang berkuasa.

*

"Rizal... Tolong aku, Rizal. Tolong..."

Berpeluh tubuh Rizal. Mengusap mukanya dan beristighfar. Seakan realiti. Apabila melihat Surya seperti lemas di dalam kegelapan. Cuba menggapai tangannya. Rizal bangkit menuju ke tandas untuk berwudhuk. Kepada-Nya Rizal mengharap. Supaya Surya kembali.

Salwa juga seperti tidak lena tidur. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sudahlah bermimpi melihat rakan baiknya seperti lemas dan meminta tolong. Salwa pergi ke arah Adila yang masih lena. Diperhati wajah Adila. Tak semena air matanya mengalir. Rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience