VS32

Drama Completed 85759

Eva terjengkit-jengkit berjalan menuju ke rumah usang dihadapannya..

Bukan dia tak takut, tapi hati berdebar-debar mengenangkan Akilah.

Waktu Eva berbual telefon dengan Akilah tadi, dia dapat mendengar getar suara gadis itu seolah-olah dalam kegelisahan.

Eva tahu Zizie kejam, pondan tu boleh lakukan apa sahaja termasuk membunuh. Dan kemungkinan besar Zizie akan menjadikan Akilah sebagai mangsa seterusnya.


Clara memaksa untuk menunggu kedatangan Lukas, namun pada Eva makin lama menunggu makin resah rasa dihatinya memikirkan Akilah.

Rumah usang tanpa pagar dimasuki, langkah mengelilingi mencari ruang yang terbuka untuk masuk. Kebanyakan tingkap kaca dirumah ini sudah pecah namun agak bahaya untuk Eva memanjat dan memasuki rumah melalui tingkap yang terbuka.

Perlahan langkah Eva menuju ke kawasan belakang, pintu kayu yang sudah separuh patah, luas terbuka.
Kaki berhati-hati diatur untuk masuk.

Tiada satu pun perabot yang ada dalam rumah tu. Lantai ditumbuhi lumut hijau hingga naik ke dinding.
Dari kawasan dapur, langkah diderap lagi menuju ke ruang tamu.

Tiba di tengah ruang mata Eva menangkap tubuh Akilah berteluku sambil kedua tangan diikat kebelakang.

Saat Akilah menoleh kepadaEva. Wanita itu menjerit.
“Kak Eva! Lari!!!”

Bang!!

Belum sempat Eva berfikir aksi seterusnya. Bunyi senjata api mengegarkan rumah usang ini.
Terus wajahnya dipaling kekiri.

Zizie yang masih berjubah hitam dengan tudung labuh tersenyum memandangnya.
“Jumpa jugak kau cari aku kan, Eva Natasha..”

Glup..
Kerongkong Eva bergerak kebawah menelan liur.
Kaki terus kaku sedang mata masih membiarkan Zizie menghampirinya.

Tak sampai sedepa jarak Zizie dan Eva.
Hujung Glock 17 berwarna hitam ditangan kiri Zizie diacu tepat ke tengah dahi Eva hingga tubuh wanita itu terandah sedikit kebelakang.

Sekali lagi hujung bibir Zizie terangkat tinggi. Dia senyum joker.

“Zizie.. please..tolong jangan apa-apa kan Kak Eva.. dia tak salah..”

Wajah Zizie menoleh sekilas kepada Akilah yang masih berteluku.
“Kau diam Akilah! Kau yang patut dipersalahkan sebab kau yang bawak Eva kesini!”

“Zizie.. sudah lah tu.. letakan gun kau.. kita bincang elok-elok”
Jantung Eva dah mati walaupun hujung Glock 17 masih belum meludahkan pelurunya.

“Bincang apanya?!”
Dush!
Zizie menampar kuat sisi kepala Eva dengan senjatanya, hingga wanita itu terduduk di lantai yang penuh dengan lumut.

Laju Akilah mengesot dan menghampiri Eva.
“Kak Eva.. kak Eva okay ke?”
Tubir mata mula bergenang dengan air.

Jari terlunjuk Eva menyeka hujung bibir apabila dirasakan ada cecair pekat yang keluar.
Ye Darah..
“Akak okay. Kilah okay ke?”

Akilah gigit bibir.
Dalam keadaan macam ni pun Eva masih nak tanya tentang dirinya?
“Kilah dah cakap kan kat akak, jangan ikut Kilah. Kenapa akak degil!”

“Akak...”

“Dah! Aku tahu kau pelakon Eva! Tapi tak yah nak buat scene air mata kat sini!”
Laju Zizie memangkah ayat Eva.

Eva dongak kepala. Tubuh Zizie dipandang jelas dari atas kebawah. Dari tadi dia hanya nampak Zizie mengerakan tangan kirinya, manakala tangan kanan tetap keras disisi badan.

“Korang jangan takut.. sekejap lagi aku akan hantar korang berdua ke neraka.. aku akan pastikan roh kau seiring sampai kesana.”

Giler! Hanya itu yang mampu digambarkan pada watak Zizie!

Akilah turut mendongak, wajah pondan Zizie dipandang penuh marah. Dalam hatinya menyesal tak sudah kerana selama ni menurut kata bapok tu.
“Zizie! Kalau kau nak bunuh. Kau bunuh aku je! Kak eva tak salah. Aku adik Danish adik seorang lelaki yang dah buat bapak masuk penjara. Aku yang salah Zizie. Tolong lepaskan Kak Eva.”

“Hahaha! Kenapa sekarang baru kau nak sebelah Eva? Kau lupa dendam kau dengan betina ni sepuluh tahun dulu?”
Zizie mengarahkan pula Glock 17 kepada Akilah.

“Kau yang curah dendam tu pada aku Zizie!”

“Habis! kenapa kau bodoh nak ikut kata aku?”

Akilah ketap gigi! Zizie memang psiko!
“Sudah Zizie. Perhitungan ni antara kita berdua! Aku dah cuba tolong kau untuk lepaskan diri. Sekarang kau lepaskan Kak Eva!”

Bang!!
“Oopps. Terlepas pulak peluru ni.”

“Arrggghh!!”
Akilah menjerit sekuat saat sebiji peluru Glock 17 menembusi peha kirinya.

Eva pantas memeluk erat bahu Akilah. Renungan tajam dilempar kepada Zizie.
“Kau dah giler ke Zizie?!”

Bibir Zizie mendecit sebelum kepalanya digeleng.
“Aku tak giler, tapi aku saja nak test kebolehan tangan kiri aku ni hah. Sekejap lagi aku test kat kau pulak ye Eva. Sabar..”

“Zizie! Kau nak buat apa kat aku pun terpulang! Tapi sekali lagi aku merayu kat kau supaya lepas kan Kak Eva.”

Kaki Zizie melangkah mendekati Eva dan Akilah. Badan dicangkung sebelum hujung Glock 17 merapat ke sisi dahi Akilah.
“Kau ni memang tak sabar nak mati kan Akilah. Kau sedar tak kau pun bersubahat sekali membunuh dan membakar mayat pemandu bot tu. Kau nak mati awal sebab kau nak lari dari kesalahan kau kan?”

Eva telan air liur. Betul lah kata Lukas, mayat yang dibakar di pulau tu adalah mayat pemandu bot yang membawa mereka berdua.

“Aku tak lari dari kesalahan, aku mengaku salah aku. Aku sedar apa yang aku buat selama ni tak betul, sebab tu aku mintak kau ganti nyawa aku untuk Kak Eva. Dan jika aku mati sekalipun, aku harap mati aku tak sia-sia sebab tolong orang yang tak salah. Kau tu sepatutnya kena bertaubat Zizie! Dah banyak kekejaman yang kau lakukan selama ini!”

“Pandai pulak kau nak ceramah aku kan budak bodoh!”
Gigi Zizie diketap kuat sebelum dia berdiri semula dan memijak luka tembakan di peha Akilah yang makin mengalirkan banyak darah.

Terjerit-jerit Akilah menahan perit. Peluh keluar tanpa henti. Wajah dah pucat lesi menerima kesakitan yang maksima.

Tak puas memijak, hujung tumit kasut milik Zizie yang melekat pada luka Akilah, dipusing-pusing agar gadis itu terus merana.

Makin hiba jeritan Akilah menanggung derita. Darah terus membuak keluar.

Airmata Eva turut terhembur saat melihat keadaan Akilah.
“Enough Zizie.. tolong jangan sakit kan Kilah.. cukup-cukup kekejaman yang kau lakukan selama ni”
Tangan Eva cuba menolak kaki Zizie yang terus dihenyak pada luka Akilah.

Namun Zizie langsung tiada belas kasihan. Tawanya makin mengilai.
Dia puas bila melihat manusia dihadapannya merayu dan meraung!

Sama seperti kisahnya 10 tahun yang lalu..
Zizie meraung dan merayu pada ramai orang untuk membantu ayahnya. Namun tidak seorang pun perduli.

“Aku takkan sekejam ni kalau korang tak kejam dengan aku 10 tahun dulu! Aku nak semua rasa seperti apa yang aku rasakan 10 tahun lamanya!!”
Zizie menekan hujung ayatnya.

“Sepatutnya masa kat rumah anak yatim lagi aku dah bunuh Kilah. Tapi aku hold dulu nyawa dia agar dia dapat merasa oksigen kat dunia. Dan sepatutnya aku dah bunuh kau dan laki kau masa kat pulau tu. Tapi tuhan bagi aku ruang untuk aku plan yang lebih cantik lagi supaya Daim dan kau merana Eva!”

Tuhan bagi ruang?!
Kau dah giler ke apa Zizie?! Kau ingat tuhan akan perkenan doa orang macam kau?!
Sekali lagi Eva teguk air liur sebelum kembali bersuara.
“Zizie kau ingat dengan cara kau ni dapat hapuskan dendam kau dan boleh buat bapak kau hidup balik?”

Menyinga pandangan Zizie kearah wajah Eva ketika wanita itu menyebut tentang ayahnya.
“Kurang ajar kau Eva! Aku patut bunuh kau dulu!”

“Zizie! Letak senjata kau! Jangan buat kerja bodoh!”

Serentak Eva, Akilah dan Zizie memandang ke pintu diruang tamu.
Lukas sedang berdiri mengacukan senjata apinya.

Zizie kelam kabut.
Pantas dia duduk dibelakang Akilah dan merapatkan muncung pistol dikepala gadis itu.
“Selangkah lagi kau masuk! Aku pecahkan kepala Akilah!”

“Zizie please... lepaskan Akilah.. please Zizie.”
Eva cuba menghampiri dan merayu. Wajah pucat Akilah terus dipandang.

“Eva back off!”
Lukas menjerit dari muka pintu apabila melihat tingkah Eva yang ingin merapati Zizie.

Perlahan Eva mengesot menjauhi.

“Zizie! Aku nak kau letak kan senjata kau. Polis akan sampai sekejap lagi. Kau takkan boleh lari Zizie, Zack dan konco-konco dia dah kena tangkap. Keterangan dari mereka dah cukup untuk sabitkan kesalahan pada kau!”

Zizie merengus kuat! Kepala Akilah terus ditunjal dengan hujung Glock 17.
“Konco Zack tu bodoh! Dah bagi duit suruh buat kerja pun masih cuai! Semua tak boleh dipercayai lagi. Dan kau Lukas! Jangan kau ingat kau baik sangat! Kau lupa kau pun hampir nak perkosa Eva?”

“Zizie aku tahu aku salah. Sebab tu aku tolong Eva. Kau sendiri pun boleh fikir selama ni kau banyak buat salah Zizie. Cukup kau bunuh orang sebab nak puaskan dendam kau. Lepaskan Akilah.”
Lukas masih menghala senjata api ke arah Zizie dari jauh.

“Aku takkan lepaskan Akilah! Aku nak pembunuh bapak aku, mati!”

“Tapi Akilah tak salah Zizie...”
Eva di sebelah turut merayu.

Akilah hanya mendiamkan diri sedang kepalanya berpusing-pusing. Sesekali suhu badan dirasakan sejuk, dan kemudian bertukar panas.
Pandang makin samar dan akhirnya Akilah rebah kesisi tanpa sempat disambut.

Zizie kaku! Tahanannya sudah tiada!

Dan tiba-tiba!
Bukk!

Satu tendangan tepat mengenai sisi muka Zizie, sehingga pondan itu rebah ke lantai.

Eva dongak wajah!
Firman yang masuk dari belakang tanpa sesiapa pun sedar, melayang kuat kakinya ke wajah Zizie saat Akilah rebah.

Zizie tak putus asa!
Senjata miliknya yang tercampak jauh cuba digapai.

Bang!!
Sekali lagi tembakan bergema dan tepat mengenai hujung jari kiri Zizie, menyebabkan dia mengelepar kesakitan ketika darah membuak keluar.

Bunyi derap kaki bersilih ganti melangkah masuk ke rumah usang itu.

Kira-kira Lapan orang anggota polis masuk dan menghampiri Zizie yang masih meraung kesakitan.
Tembakan yang keluar tadi adalah dari anggota polis bagi mengelakan Zizie mencapai senjatan api milik.

Glock 17 disepak menjauhi Zizie sebelum anggota lain mengengam kuat kedua bahu Zizie untuk mendirikan tubuh pondan itu.
Tudung labuh yang dipakai sudah terselak keluar. Dan jelas kelihatan tangan palsu Zizie yang diletakan di sebelah kanan bagi menggantikan tangannya yang kudung.

Dengan pantas Eva menghampiri Akilah. Pipi gadis itu ditepuk berkali-kali namun tiada respon.

“Roger! Kami memerlukan bantuan ambulans. Seorang mangsa tercedera akibat tembakan. Diulang seorang mangsa cedera.”
Seorang anggota polis memberi arahan menggunakan walkie talkie untuk meminta ambulans datang segera.

Zizie terus meronta saat tubuhnya dipegang kuat oleh anggota polis dan mengheretnya keluar dari rumah usang.

Clara dari luar turut masuk dan berlari menghampiri Eva!.
Dia cuba masuk selepas terdengar bunyi tembakan. Namun ketika dia mencari idea untuk menyelamatkan Eva dan Akilah, Lukas serta Firman sampai ditempat kejadian.

“Eva.. Eva okay ke?”

Sekilas pandangan Eva kepada Clara sebelum kepalanya diangguk.
Mata kembali melirik wajah Akilah yang telah diletakan dipangkuannya.
Gadis itu masih tak sedarkan diri.

Hati Eva terus dipagut kesedihan. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada Akilah.
Cukup-cukup lah penderitaan yang dialami oleh gadis itu.

*****

Sampai dihospital, Akilah terus dimasukan ke dalam bilik pembedahan.

Doktor mengesah, Akilah masih bernyawa. Namun dia mengalami ‘Hypovolumic shock’ iaitu kehilangan darah merah dalam tubuh yang mungkin disebabkan oleh luka tembakan.

Eva sedia menunggu di luar bilik pembedahan, walaupun Clara memujuknya untuk pulang.
Hati Eva takkan senang selagi dia tak pastikan yang Akilah benar-benar selamat.

“Nah!”

Eva mendongak dari duduknya.
Lukas yang berdiri dihadapanya dipandang.
Kemudian mata jatuh pada sekotak milo yang dihulur oleh lelaki itu.

“You tak makan apa-apa pun lagi. Minum milo ni bagi tenaga sikit, you kena ingat you sekarang tengah mengandung.”

Perlahan nafas Eva ditarik sebelum menyambut kotak milo dari tangan Lukas.

Lukas melabuhkan punggung bersebelahan Eva.
Bibirnya juga menghela nafas panjang.

“I think, everthing is over. Zizie dah ditangkap bersama Lukas dan konco-konconya.”

Eva yang masih menyedut hujung straw pada kotak milo menoleh kepada Lukas.
“Macamana Zack boleh terlibat sekali?”

Lukas menyebak rambutnya kebelakang. Kemeja putih yang dipakai sejak tadi masih tersauk. Dia sama seperti Eva, selepas kejadian tadi. Terus menunggu di hospital untuk melihat keadaan Akilah.

“I jumpa dengan Daim, Daim cerita kan semua pasal Zack. Dari situ i agak Zack pun terlibat. I cuba siasat dia, i mintak waran dari polis untuk selongkar dewan yang digunakan oleh Zack untuk train anak buah dia. Kat sana, i jumpa wallet yang disyaki milik pemandu bot yang mati tu. I bawak ke forensik untuk kenal pasti. Dan memang sah wallet tu milik pemandu bot. Seorang dari konco Zack mencuri wallet tu dari poket seluar milik pemandu bot. Dan bila polis datang untuk menangkap konco Zack. Zack dah ketakutan, dia cuba melarikan diri ke luar negara. Namun sempat ditaham di airport. Dari keterangan Zack, Polis dapat tahu Zizie masih hidup.”

Eva angguk kepala.. baki air milo disedut hingga habis.

“You ni pun satu? Kenapa tak inform dengan i yang Akilah tahu tentang Zizie? Kenapa you follow Akilah tanpa pengetahuan i? You tahu tak betapa i risau dengan you masa Firman call Kak Clay dan cakap you jumpa Zizie. You bagi kes ni suruh i settle kan. Tapi you ambik tindakan sendiri Eva. You dah bahaya nyawa ramai orang termasuk baby you sendiri.”

Eva menguak rambut blondenya kebelakang.
Dia tahu kesalahan yang dilakukanya. Nasib tiada perkara buruk terjadi pada diri Eva sendiri.
“Thanks Lukas, kalau you dengan Firman lambat sampai, i tak tahu apa akan terjadi.”

“Semuanya dah selesai. Zack dan Zizie dua-dua disabit kesalahan membunuh dan Akilah juga kemungkinan akan disabitkan kesalahan kerana bersekongkol dengan pembunuh.”

Biji mata Eva dibesarkan, dia salah dengar ke?
“Kilah tak salah you.. Dia terpaksa. I rasa polis tak boleh nak babitkan dia.”

“Ye.. Akilah memang terpaksa, tapi dia tahu hal sebenar sebelum kejadian lagi, tapi merahsiakan semua dari pengetahuan pihak berkuasa. Dan dia juga menyorok bukti. Mungkin i boleh fight kan untuk kurangkan sabitan keatas dia. Lagipun i tahu Akilah budak baik.”

Kepala Eva diangguk perlahan..
“I harap you dapat bantu dia Lukas.. Hidup Kilah terseksa sejak kecil lagi..”

Sekali lagi Lukas menarik nafas panjang sebelum turut menganggukan kepalanya.

Jeda..

“You dah kota kan janji you untuk selamatkan Daim. Sekarang i akan kota kan janji i untuk hidup dengan you. Tomorrow you boleh prepare surat cerai, i akan sign”

Lukas menoleh kearah Eva disebelah.
“Are you sure to divorce with Daim?”

Air liur ditelan pahit. Jemari Eva bermain dengan kotak milo yang kosong ditanganya.
“Now or later i tetap kena bercerai dengan Daim.”

“So you kahwin dengan i sebab terpaksa?”

Perlahan Eva angguk.
“I pernah cakap dengan you, i boleh kahwin dengan you, tapi you takkan dapat hati i..”

“Mmmm.. macam i kahwin dengan patung la?”

Eva melirik Lukas dengan ekor matanya.
“Terpulang apa yang you fikirkan, Cuma satu je i nak mintak dengan you. You tak boleh larang i untuk terus mengandung, melahir dan membesarkan anak i . ini satu-satunya darah daging Daim yang i ada.. samada you suka atau tak, i tetap akan jaga dia.”

Lukas mengeluh perlahan. Tubuh didirikan dan menghadap tingkat kaca melihat pemandangan dibawah. Namun fikirannya kosong.
“I bukan lelaki yang baik sangat untuk jaga anak yang bukan dari darah daging i, dan i bukan lelaki psiko yang sanggup kahwin dengan perempuan semata-mata untuk tubuh dia sedangkan i langsung tak dapat cinta dan kasih sayang dia.”

Sekali lagi Lukas menghembus nafas panjang sebelum kedua tangan dimasukan ke dalam poket seluar. Mata masih menyorot kebawah dari bangunan dua tingkat.
“Sebenarnya sejak kita berjumpa di Japan Restaurant tempoh hari, i boleh nampak cinta you sangat mendalam untuk Daim.. i tak mampu lagi untuk memaksa you kembali pada i walau pun Zizie berkali-kali menyuruh i rapat dengan you. Perjanjian yang i buat dengan you adalah untuk memuaskan hati i selepas you tinggalkan i secara tiba-tiba. I juga ada perasaan dendam Eva.. Cuma i masih boleh fikir untuk membalas dendam dengan cara yang baik atau secara kejam.”

Eva terus diam, dia masih mentafsir bait ayat lelaki yang berdiri dihadapannya.

“Sumpah i kata kan yang i masih cinta kan you, tapi i bukan seorang lelaki yang akan memaksa perempuan untuk jatuh cinta dengan i. You dah bukti kan yang you betul-betul cintakan Daim sehingga sanggup gadai nyawa you sendiri. So you pergi lah dengan husband you.. Daim adalah yang terbaik untuk you Eva.”

“So you nak batalkan perjanjian kita?”
Saat ni Eva ingin bersorak, namun ditahan.

“Perjanjian tanpa paper, sign dan saksi tidak dianggap sebagai perjanjian Eva. I lawyer i takkan buat sesuatu hanya dengan percakapan sahaja.”

“Jadi.. you takkan kahwin dengan i?”

“Kalau you tanya sekali lagi, i akan bawa contract paper suruh you sign supaya you betul-betul bercerai dengan Daim”

Bibir Eva menguntum senyum.
“Thanks Lukas.. you seorang lelaki yang baik, i pasti you akan jumpa perempuan yang sempurna di mata you Lukas.”

“Tak payah lah cakap ayat cliche macam tu, kalau you rasa i baik kenapa you nak tinggalkan i?”

Makin melebar senyum Eva..
“I bukan sengaja tinggal kan you. Tapi i rasa Daim baik sikit dari you.”

Laju Lukas memusing tubuh, dan memandang Eva yang masih duduk.
Sebentar kemudian bibirnya turut mengukir senyum.
“You masih nak tunggu Akilah ke? Nak i temankan?”

Kepala Eva digeleng laju.
“Sekejap lagi Kak Clay datang teman kan i.. i akan tunggu sampai Akilah sedar, dia takde siapa kat dunia. I taknak dia terus bersedih.”

Kali ni Lukas mengangguk perlahan.
“Kalau macam tu i balik office dulu, prepair surat perlepasan untuk membebaskan Daim. Esok i akan hantar surat tu ke mahkamah.”

Eva tak mengangguk. Tak jugak menggeleng..
Belakang Lukas ditatap hingga susuk lelaki itu hilang dari pandangan.
Jiwanya kosong saat mendengar Daim akan dibebaskan.

“Eva! Dari dulu aku tak pernah cintakan kau. Apa yang berlaku antara kita di pulau tempoh hari adalah kesilapan besar pada aku. Aku mintak maaf! Antara kau dan aku tak sepatutnya bersama. Tolong jangan kau sibuk lagi hal aku!”

Sekali lagi suara garau Daim menjelma dibenak fikiran Eva.
Setiap bait perkataan suaminya bagai pisau terus menikam tengah jantung.

Eva mengelus abdomennya yang kian membonjol. Suka akan keadaan tubuhnya sekarang ni. Namun takut memikirkan masa depan dirinya dan anak yang dikandung.

“Baby mama kena kuat ye.. walau papa dah jauh dengan kita, mama akan sentiasa ada dengan baby. Mama janji mama takkan sia-siakan baby mama.. Baby satu-satunya bukti cinta mama pada papa... mama nak baby mama membesar supaya semua tahu yang mama sentiasa cintakan papa selamanya.”

Setitik demi setitik airmata Eva basah mengenai pipinya yang kian montel.
Andai ini jalan terakhir untuk hubungannya dan Daim, Eva terima walau pedih.

****

Pegawai penjara membuka pintu besi kecil sebelum Daim melangkah keluar.

Nafas disedut bagi menganti lemasnya udara ketika di dalam penjara.
Bibir Daim mengukit senyum.

Pagi tadi Lukas datang membawa surat perlepasan. Dan dalam pukul 2 semuanya selesai dan Daim dibenarkan keluar tanpa perlu sebarang jaminan.

“Tahniah la kau dah boleh keluar.”

Daim menyambut huluran tangan dari Lukas namun hatinya masih ragu-ragu.

Seusai selesai semua dokumen yang perlu untuk membebaskan Daim, Lukas menghampiri anak guamnya.
Salam dihulur sambil bibir meleret senyum.
Namun wajah Daim terus tegang.
“Kau tunggu dokumen penceraian kau dengan Eva ke?”

Dada Daim menegak tinggi sewaktu nafas ditarik dalam.
“Aku takkan sign surat penceraian. Aku tak akan berpisah dengan Eva walau kau memaksa sekali pun. Eva bini aku. Kau takde hak nak pisahkan kami.”

Lukas memasukan kedua tangan didalam kocek seluarnya, senyum joker terbit lagi.
“Kalau kau taknak sign, Eva tetap akan sign Daim. Aku boleh bawa dia ke mahkamah untuk tuntut cerai.”

“Aku akan lawan kes aku, yang penting Eva dengan aku tak kan terpisah.”

Lukas tawa sedetik.
“Kau pun tahu, Kat negara ni takde lawyer yang dapat lawan kes dengan aku. Daim.”

Adess! Bongkaknya kau cakap Lukas!
“Aku tak perduli! Aku mati sekali pun aku takkan serahkan Eva pada kau!”

Kali ni tawa Lukas makin berderai. Tubuh Daim dihampiri, belakang lelaki itu ditepuk kuat.
“Daim Akli. Aku lawyer terkenal, aku ada firma sendiri, kalau diikut rupa pun. Aku lebih hebat dari kau. Setakat Eva, aku boleh cari yang lebih baik lagi Daim. Lagipun aku tak suka guna perempuan yang bekas lelaki lain.”

Shit!!
Kasar juga ayat kat Lukas!
Rahang Daim bergerak keatas menahan perasaan marah.
Kedua jemari dikepal menjadi penumbuk, kalau bukan mereka masih didalam penjara. Dah lama pecah muka Lukas dibuku limanya!

Tawa Lukas makin perlahan. Wajah Daim terus ditatap.
Dari mata lelaki itu, dia nampak Daim benar-benar menyintai Eva. Begitu juga dengan Eva.

“Daim.. dulu memang aku marah bila kau rampas Eva dari aku. Tapi aku rasa kalau aku bersama Eva sekali pun, tak mungkin Eva akan cinta kan aku seperti dia menyintai kau. Yup! I’m admit that i’m loser. Aku boleh hujah kes jenayah yang berat-berat tapi aku kalah bila hal cinta.”

Sekali lagi Lukas menepuk belakang Daim.
“Aku takde niat sebenarnya nak rampas Eva dari kau. Aku sedar Eva memang tercipta untuk kau Daim. Aku takkan mintak maaf dengan apa yang aku dah buat pada kau. Anggap je ini balasan sebab kau pernah rampas Eva dari aku.”

So Now Daim nak senyum ke? Atau nak marah?

Barua betul anak Jambi ni!!
Kenapa la nak main-main benda-benda serius macam ni!
Dia tak tahu ke sebab perkara macam ni aku dan Eva bergaduh sakan?!
Aisshhh!!!

Daim lupakan kisahnya dengan Lukas.
Sekarang hidupnya dah bebas. Dua bulan dia dipenjara free tanpa apa-apa pun kesalahan yang dibuat!

Rasa nak saman je polis yang tangkap Daim hari tu?!
Soal Daim seolah-olah Daim pembunuh sebenarnya.

Waktu di tahan reman 3 hari, adalah waktu paling sadis buat Daim.
Setiap soalan yang ditanya mesti disertakan dengan tumbukan atau sepak terajang tanpa menunggu jawapan sebenar dari Daim.

Bukan Daim tak boleh melawan, tapi jika dia melawan sudah tentu kesnya makin berpanjangan.

Syukur segalanya sudah selesai.
Apa yang Daim ingin lakukan sekarang adalah berjumpa dengan Eva.
Kemaafan harus diminta dari isterinya.
Biar terpaksa melutut, Daim sanggup.

Dari jauh Clara melambai kearah Daim sebelum menghampiri adiknya.
Daim senyum, tubuh Clara diraih bagi melepas rindu terhadap kakaknya.

Perlahan Clara menepuk belakang adiknya. Air mata yang keluar diseka dengan jari.
Akhirnya adiknya kembali ke sisi.

Serentak kaki Clara dan Daim berjalan menuju ke kereta sebelum keduanya membenamkan diri.

Seminit perjalanan yang dipandu Clara, Daim bersuara.
“Eva tak datang ke kak?”

Clara toleh sekilas sebelum meneruskan permanduan.

Diam kakaknya memberi seribu persoalan pada Daim.
“Kak...”

Nafas ditarik perlahan sebelum Clara kembali bersuara.
“Kau tahu apa yang kau dah buat pada Eva kan?”

“Maksud akak?”
Kening Daim bertaut.

“Eva pregnant.. mudah je nak moddy.. kau laki dia, sepatutnya kena faham bahasa sikit. Akak tak tahu kau cakap apa dengan Eva. Dia merajuk taknak jumpa kau dan dia bawa diri untuk tenangkan fikiran.”

“Maksud akak, Eva takde kat rumah?”

Clara mengangguk.

“Eva kemana kak?”

Kali ni kepala Clara digeleng laju.

“Please kak.. jangan main-main, bagi tahu Im, Clara kemana?”
Hati Daim kian cuak!

“Main-main kepala otak kau!. Eva pergi tanpa bagi tahu sesiapa pun, Cuma dia cakap jangan risau kan dia dan anak dia”

Keluhan dilepas beray.
Belakang Daim disandarkan kekerusi. Kepala yang masih botak disapu berkali-kali.

Apa lagi dugaan kali ni?

Setiba dirumah, Daim terus menuju ke rumah mentuanya.
Sama seperti Clara, Mansor dan Dahlia turut menyatakan perkara yang sama.

Keluhan demi keluhan terbit dari bibir Daim. Namun semua tu tak memuaskan hatinya.

Kemana lagi harus dia mencari Eva?

Pintu bilik dikuak perlahan, semerbak bau tubuh Eva melekat di setiap ruang bilik Daim.
Benarlah kata Clara, Eva tinggal di biliknya sejak Daim dipenjarakan.

Arrghhh...
Rasa rindu pada isterinya makin mengunung.

Punggung dihenyak keatas birai katil. Sehelai T-shirt miliknya yang terlipat elok diatas tilam dipandang. Mungkin T-shirt ni yang selalu dipeluk Eva ketika wanita itu tidur.

Uh.. Eva... kau kat mana sayang?
Aku rindu kan kau...

Sekali lagi mata Daim melirik sekeping kertas berbentuk empat segi kecil yang diletakan diatas T-shirt itu.
Tanganya mencapai pelahan.
Gambar hitam putih yang tertera pada kertas itu dipandang.

Daim tak faham.. yang pasti itu gambar benih anaknya yang sedang bercambah dalam rahim Eva.

Sekali lagi airmata jantanya gugur tanpa mahu diseka lagi.
Gambar itu ditekap kedada dan kemudian dibawa kebibir. Berkali-kali dicium bagi melepas rindu, namun sebenarnya rasa rindu itu makin terus meninggi.

Eva.. balik la...

Im rindu Eva... Im rindu anak Im...

Please Eva... maafkan Im...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience