Bab 1

Romance Completed 146002

"NO, mommy! Rya tak nak balik. I'm happy with my life now. Rya nak pergi dah ni. Rya letak dulu. Bye, mommy."

Rya! Rya Inara!

Sempat dia terdengar suara pekikan nyaring di hujung talian sebelum dia menekan butang merah untuk menamatkan panggilan. Tiba-tiba, bahunya dilanggar kuat oleh seseorang dari belakang. "Hisy!" Laju Rya Inara menoleh dengan muka geram memandang gerangan manusia yang melanggarnya.

Lelaki memakai seluar jeans biru tua yang dipasangkan dengan kemeja berlengan pendek warna hitam bercorak jalur itu turut memandangnya buat seketika sebelum lelaki itu berlalu pergi dengan muka tidak bersalah tanpa sepatah kata.

Dengan riak muka bengang, Rya Inara menarik bahu lelaki itu dari belakang. "Eh, kau! Kau tu dahlah langgar aku tadi, boleh pula kau terus blah je macam tu tak minta maaf, kan? kau ingat aku ni tiang lampu ke!"

Lelaki itu memalingkan tubuhnya menghadap Rya Inara sambil memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya. Dia memandang Rya Inara dari atas sampai ke bawah sebelum pandangannya kembali ke wajah wanita itu. "Ada luka ke? Ada tulang patah? tak ada, kan?" soalnya sambil menjongketkan sebelah kening.

"Perlu ke aku terluka dulu baru kau nak minta maaf? adab mana, hah! adab mana!" bentak Rya Inara sambil menjegilkan matanya dan bercekak pinggang. Sakit hatinya melihat riak wajah bersahaja lelaki itu.

Lelaki berjambang nipis itu melangkah setapak menghampiri Rya Inara, lalu dia merapatkan kedudukan wajah mereka. "I don't think I need to apologize. You yang terpacak keras macam patung kat tengah-tengah jalan, kan? so, it wasn't my fault. Sepatutnya, you yang kena minta maaf kat I, but it's okay. I usually forgive cheap girl like you," ujarnya sambil tersenyum sinis sebelum dia berpaling hendak menuju ke sebuah pintu yang hanya berjarak dua meter dari kedudukannya.

Rya Inara mendengus geram. Semakin sakit hatinya dengan kata-kata dan sikap yang ditunjukkan oleh lelaki itu tadi. "Kau cakap aku cheap? Jangan ingat aku akan lepaskan kau selagi kau tak minta maaf!" gumamnya, lalu dia mengejar lelaki tadi. "Hei, kau!" Bahu lelaki itu ditarik kasar. "Aku nak kau minta maaf dengan aku sekarang juga!"

"For what?" soal lelaki itu sambil menjongketkan sepasang kening tebalnya.

"Eh! kau tak payah buat-buat tak tahulah! kau sibuk main phone, lepas tu kau langgar aku tadi, kan! aku nak kau minta maaf kat aku sekarang juga!" Rya Inara berpeluk tubuh sambil mencerlung lelaki itu dengan mata terjegil garang. Serasa seperti hendak melayangkan tamparan berkelajuan kilat sahaja ke wajah lelaki yang sedang menayang muka selamba dan bersahaja itu. Belum pernah lagi di dalam seumur hidupnya ada manusia yang berani buat masalah dengannya, tetapi dia harus sedar keadaan dan kedudukannya sekarang sudah tidak sama seperti dulu lagi dan dia sendiri yang memilih untuk hidup begini.

"Never," tegas lelaki itu dengan muka tenang, tetapi menjengkelkan. "You don't deserve my apology." Bola matanya bergerak ke atas dan ke bawah memandang Rya Inara dengan muka angkuh. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil tersenyum sinis. "Hope we will never meet again. Adios!"

Belum sempat lelaki itu berpaling semula, Rya Inara dengan pantas menarik kolar baju lelaki itu, lalu dia menghayunkan lututnya dengan sepenuh tenaga ke bahagian perut lelaki itu melepaskan kemarahan dan ketidakpuasan hatinya.

"Padan muka kau!" ejek Rya Inara, lalu dia berlari menolak pintu dan terus masuk ke dalam bangunan di depannya.

"Argh, damn it! stupid!" Lelaki itu membongkok memegang perutnya sambil menyeringai menahan kesakitan.

"Tuan Izz! Tuan kenapa, tuan?" Seorang lelaki berpakaian kemas dan segak yang baru tiba di tempatnya, menyoal dengan muka cemas. " Sorry, sebab lambat. Susah cari parking tadi. Tuan ada luka ke, tuan? Siapa yang serang tuan?" soalnya lagi sambil melilau ke sekeliling.

Lelaki berjambang nipis itu menegakkan tubuhnya. "Tak ada luka. Aku terlanggar minah sewel tadi." Giginya diketap kuat menahan rasa sakit yang terasa senak di bahagian perutnya.

"Arah mana perempuan tu pergi? biar saya pergi cari."

"No need!" Keras lontaran nada suara lelaki itu bersama dengan renungan serius. Dia sendiri yang akan menguruskan wanita itu memandangkan wanita tadi masuk ke tempat sama yang hendak dia tuju.

Radzi meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan sebelum dia mengejar langkah majikannya itu.

Selama perbincangan berlangsung, Izz Rafael tidak menumpukan perhatiannya langsung. Fikirannya sibuk memikirkan tentang wanita di luar kelab malam itu tadi. Bergerak-gerak rahangnya menahan rasa marah, kerana dalam seumur hidupnya, belum pernah lagi ada manusia yang berani menyentuhnya seperti yang dilakukan oleh wanita tadi.

"Tuan Izz."

Izz Rafael menoleh.

"Nak tambah minuman ke? Kalau nak, saya panggil pelayan," kata salah seorang daripada empat orang bawahannya yang bermesyuarat di dalam ruangan VIP itu.

Izz Rafael mengangguk dengan muka serius.

Membesar sebagai anak ketua ahli kongsi gelap, tempat itu sudah menjadi rumah keduanya. Segala jenis minuman yang dihidangkan di situ, diteguk seperti meminum air putih. Wanita usah dicakap. Dia hanya tinggal menuding sahaja. Umpama petik jari, sepuluh yang datang. Tiada istilah halal haram di dalam kamus hidupnya. Cuma satu sahaja yang baiknya, iaitu dia tidak merokok.

Siapa yang berani membantah kata-katanya atau ingkar arahannya pasti akan menyesal. Itulah Izz Rafael. Seorang lelaki ego dan beku yang menganggap dirinya adalah penguasa dalam segala-gala hal, yang berasakan dirinya mampu memiliki apa sahaja yang dia kehendaki.

"Tuan, tuan nak yang mana?" soal lelaki sama yang bercakap dengannya tadi.

Sekali lagi Izz Rafael menoleh. Membulat matanya melihat pelayan wanita yang sedang berdiri memegang dulang berisi beberapa botol arak berlainan jenis dan warna.

Wanita itu pula, kelihatan tenang sahaja walaupun dia perasan Izz Rafael adalah lelaki yang ditomoinya di luar kelab tadi. Oleh kerana dia sedang bekerja dan lelaki itu adalah pelanggan di situ, dia harus bersikap profesional.

"Everyone can go now. Radzi, tunggu kat luar," arah Izz Rafael dengan mata yang tidak lepas daripada memandang pelayan wanita itu.

Keempat-empat lelaki yang ada di situ saling berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk-angguk. Pandangan masing-masing kemudian menghala kepada pelayan wanita yang beriak tenang itu sambil tersenyum nakal. Bukannya mereka tidak kenal dengan bos mereka. Mereka sangat mengerti cara renungan buaya lelaki yang bernama Izz Rafael itu.

"Hmm... so, you kerja kat sini rupanya," kata Izz Rafael setelah hanya tinggal mereka berdua di situ. Niatnya hendak membuat wanita itu menyesal di atas tindakannya setengah jam lepas.

"Encik nak minuman yang mana?" soal Rya Inara dengan muka yang masih kelihatan tenang.

Izz Rafael berdiri. Langkah kakinya lantas diorak menghampiri Rya Inara dan dia berdiri tepat-tepat di depan wanita itu sambil berpeluk tubuh bersama dengan renungan tajam. "I want your apology."

"For what?" soal Rya Inara dengan riak wajah dan lagak seperti yang ditunjukkan oleh lelaki itu di luar tadi.

"You have no idea who you are talking to right now!" kata Izz Rafael dengan suara keras. Hatinya terbakar dengan sikap yang ditunjukkan oleh wanita itu pada ketika ini.

"Yes, I do," jawab Rya Inara sambil memandang lelaki itu dari atas sampai ke bawah. "You're a human... a man," sambungnya dengan muka bersahaja.

Izz Rafael menjegilkan matanya. Dia berasakan dirinya sedang dipermainkan. "Don't mess with me, girl. Lagi sekali I cakap. I want your apology! I nak you melutut dan minta maaf depan I, sekarang juga!"

Rya Inara menarik nafas panjang cuba mengawal dirinya untuk kekal tenang. "Okay, I will. Only if... you minta maaf kat I dulu," tegas Rya Inara.

"Enough!" bentak Izz Rafael.

Pranggg!

Rya Inara membuntangkan matanya melihat botol-botol kaca yang sudah pecah berkecai di atas lantai.

"You..." Belum sempat Rya Inara meneruskan percakapannya, mulutnya ditekup, pinggangnya ditarik, lalu tubuhnya ditolak kasar sehingga dia rebah di atas sofa dengan Izz Rafael berada di atas tubuhnya. Rya Inara hanya mengambil masa sesaat sahaja untuk menyedari apa yang lelaki itu hendak lakukan terhadap dirinya.

"Perempuan murahan macam you ni memang kena bagi pengajaran! I akan tunjukkan pada you siapa I," bentak Izz Rafael sambil membuka tali pinggangnya. Tiba-tiba, perbuatannya terhenti ketika dia terasa ada sesuatu mencucuk pinggangnya. Ya, dia tahu itu apa.

"Okay, show me," kata Rya Inara sambil menjongketkan keningnya. Jelas terpancar kemarahan pada sinar matanya, tetapi dia pandai mengawal emosinya.

Perlahan-lahan Izz Rafael turun dari tubuh Rya Inara sambil menjulangkan kedua-dua tangannya dengan muka terkejut. Siapa perempuan ni? polis menyamar ke?

Rya Inara berdiri dengan muncung pistol yang masih dihalakan kepada Izz Rafael. "Kau fikir semua benda kat muka bumi ni kau boleh dapat ke? Kau fikir, semua perempuan akan menyerah dan tunduk pada kau? Aku kenal sangat spesies lelaki macam kau ni. By the way, who are you? samseng? street gangster? mafia?" Senyuman sinis terlakar pada wajahnya.

Izz Rafael membungkam dengan muka tidak percaya. Persoalan tentang siapa wanita di depannya itu mencucuk-cucuk otaknya. Berani sungguh!

Perlahan-lahan Rya Inara menghampiri Izz Rafael, lalu muncung pistol ditekankan di dada lelaki itu.
"Let's end it here. I tahu I buat salah sebab berkasar pada you tadi... and yeah, I akan minta maaf... but after you say sorry to me." Rya Inara masih bertegas dengan pendiriannya.

Renungan tajam yang dipancarkan oleh Izz Rafael seakan-akan sedang menikam-nikam wajah wanita itu. Keegoannya tercabar dan dalam masa yang sama turut tercalar. Mana mungkin dia akan melafazkan permohonan maaf kepada orang yang dianggapnya hanya berada di telapak kakinya sahaja.

"Well... kalau macam tu, I will say it first. You... I minta maaf sebab tomoi you tadi, okey? I harap, you maafkan I. Hmm, okay, now your turn," kata Rya Inara yang sedang berbalas renungan dengan lelaki itu. Muncung pistol semakin kuat ditekan pada dada bidang Izz Rafael.

Izz Rafael mendengus tidak puas hati. "I'm... I'm sorry." Giginya diketap kuat seusai dia menuturkan kalimat yang tidak pernah diungkapkannya di dalam seumur hidupnya.

Kalau diikutkan, boleh sahaja dia menjerit memanggil Radzi yang sedang menunggu di depan pintu pada ketika ini, tetapi dia tidak mahu dilihat dalam keadaan begini, iaitu keadaan yang sedang menunjukkan maruah dan egonya sebagai lelaki yang bukan sembarangan dipijak.

"Okey, I maafkan you. Now, kita seri kosong-kosong. I tak ada hutang dengan you dan you tak ada hutang dengan I, tapi you berhutang dengan kelab malam ni, sebab you dah pecahkan tu." Rya Inara menjuihkan bibirnya ke arah serpihan botol-botol kaca yang bertaburan di atas lantai. Lantas, pistol bersaiz tapak tangan yang dipegangnya dimasukkan semula ke dalam sarung pistol yang melingkar di pahanya yang terlindung dengan dress paras bawah lutut yang dipakainya.

Tiada balasan daripada Izz Rafael. Dia masih dalam keadaan yang benar-benar terkejut. Kedua-dua tangannya yang dijulangkan tadi, diturunkan dan tanpa sengaja, pandangan matanya tertancap pada buah rantai emas di leher wanita itu. Serta merta dahinya berkerut. Kat mana aku pernah nampak lambang ni? getus hatinya.

Share this novel

arizah hashim
2024-03-02 12:24:50 

kenapa masih tak boleh unlock wpun dah 2 kali top up. Jgnlah susahkan kami pembaca marhaen ni

Sham
2023-11-18 08:49:53 

vcdzt5*،غل،تىاةتى ىتةاىاىتcىc,h,,,y,h,,,f,h,,,,,f,,,ff,f,,g,,,,, FF xx XX XX x XXt xx DD RR, me v baby n . me b cc bbjbmnm , my BB v in my my vv me vb ..v in bbb bcd ل،ر نعم????????????


NovelPlus Premium

The best ads free experience