2

Romance Completed 95763

(Tuscany, Itali - 9 pagi)

Mereka sedang menikmati sarapan pagi disebuah restoran yang dibina diatas air dan batu-batuan besar. Ketika itu Ikram Benjamuin terpandang akan seorang remaja perempuan yang sedang menjual jambangan bunga. Dia memandang Anggun Dahlia yang sedang ralit menyuap makanan. Dia berkira-kira unruk bangun.

"Sayang. Abang pergi ke tandas sekejap ya. Sayang tunggu sini. Tunggu sampai abang datang." Ujarnya sebelum dia berlalu pergi.

Anggun Dahlia belum sempat menjawab, Ikram Benjamin sudah melangkah meninggalkan mejanya. Dahinya berkerut. Kemudian, dia menyambung semula suapannya.

Menu pagi itu adalah roti bakar bersama salad daging, nasi ayam bakar dan secawan teh hijau. Semua itu adalah untuknya. Manakala, Ikram Benjamin hanya memesan roti bakar dan secawan latte. Jangan pelik kerana dia seorang perempuan yang berselera besar. Walaupun hanya sarapan pagi.

Tidak lama kemudian, Ikram Benjamin kembali ke meja. Anggun Dahlia memandang suaminya. Keningnya terjungkit naik.

"Apa yang ada dekat tangan abang?" Soalnya penuh curiga. Sepertinya Ikram Benjamin sedang menyorokkan sesuatu darinya.

"Hah? Err...tak ada apa. Sayang makanlah. Lepas ni abang bawa sayang jalan-jalan dekat sini." Ikram Benjamin meletakkan barang yang ada ditangannya di belakang kerusi. Mujurlah barang itu tidak terlalu besar. Jadi, jika disorokkan sudah pastinya tidak akan terlihat.

"Abang...Dahlia dah kenyang." Dia memandang Ikram Benjamin.

"Makanan ada sikit lagi. Habiskan. Tak elok membazir." Tokoknya sambil meneruskan sisipan airnya. Dia menongkat dagu sambil memandang Anggun Dahlia. Perempuan itu sedang bersusah-payah menelan makanannya. Dalam diam, hujung bibirnya menarik segaris senyuman. Kepala digeleng perlahan.

"Itulah. Lain kali jangan pesan banyak." Pantas saja ibu jarinya membersihkan sisa makanan di tepi bibir Anggun Dahlia. Perempuan itu tidak melawan. Sebaliknya, dia meneruskan suapan perlahan-lahan.

"Meh, sini. Abang tolong habiskan. Tapi, sayang tolong suapkan abang." Mukanya ditayang tanpa serba-salah. Kedua-dua tangannya menongkat dagu. Meminta belas perempuan itu.

Anggun Dahlia menjulingkan matanya ke atas. Meluat. Lalu, sudu ditangan disua kepada Ikram Benjamin.

Ikram Benjamin merenung sudu itu. Kemudian, dia merenung Anggun Dahlia semula. Mulutnya dicebik sambil menggeleng kepala. Persis anak kecil lagaknya.

"Tsk! Abang makanlah sendiri." Anggun Dahlia meletakkan sudu dipinggan. Dia memandang ke sekeliling. Pelanggan yang lain sedang menjamah santapan mereka.

"No!" Dia menggeleng. Keningnya turut dimainkan. "Takkanlah sampai kita dah ada anak nak tunggu dekat sini?" Ikram Benjamin menahan geram.

'Minta suapkan suami sendiri pun susah.' Ikram Benjamin menarik pinggan yang masih berbaki makanan ke hadapannya. Suapan demi suapan akhirnya makanan telah habis masuk ke dalam perutnya.

"Jom." Ikram Benjamin bangun. Beberapa not kertas diselit dibawah pinggan. Sebelum dia pergi, jambangan bunga matahari yang baru dibelinya tadi terys diberi pada Anggun Dahlia. Setelah itu, dia meneruskan langkah meninggalkan perempuan itu termangu sendirian.

Anggun Dahlia mengejarnya dari belakang dan menyaingi langkah lelaki itu. Jambangan bunga dipegangannya dipandang kejap. Kemudian, pandangannya beralih pada tangan Ikram Benjamin.

Tangan kasar itu ditaut lembut. Anggun Dahlia mencuri pandang raut muka lelaki disebelahnya. Dingin. Merajuk agaknya.

"Hmm. Abang, jom makan aiskrim dekat depan sana." Anggun Dahlia menggoyangkan tangan kasar itu. Tetapi dia masih diam.

"Abang. Merajuk ke?" Bibirnya dikemam. Sekali lagi dia memandang Ikram Benjamin. Malangnya, lelaki itu terus melarikan pandangannya ke arah pantai yang membiru sepenjang tepi jalan raya itu.

"Tak apalah. Dahlia pergi makan aiskrim sendiri. Bye, abang." Dia melepaskan tangan Ikram Benjamin. Tetapi langkahnya mati. Dia menoleh ke belakang. Ternyata Ikram Benjamin sedang memandang tepat ke arahnya.

"Betul nak makan aiskrim?" Ikram Benjamin menundukkan sedikit badannya bagi menyamai paras Anggun Dahlia.

"Hmm. Nak! Aiskrim dekat situ nampak sedap." Sambil menuding jari ke arah gerai kecil yang menjual pelbagai jenis aiskrim.

"Alright, then can you give me a kiss? Here." Ikram Benjamin menunjuk ke arah pipi kanannya. Pipi itu dikembungkan sedikit. Matanya dipejam menunggu tindakan Anggun Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience