MISI JAMILAH
Hari ni genap sebulan arwah nenek meninggalkan kami sekeluarga. Lebih kurang 2 minggu sebelum nenek meninggal dunia, aku lah orang yang dipertanggungjawabkan menjaga nenek di hospital. Ini kerana kebetulan ketika nenek dikerjakan ke hospital akibat penyakit hati yang kronik, aku sedang cuti semester dua bulan. Papa dan mama akan bergilir-gilir menjenguk nenek ketika waktu rehat dah selepas habis kerja. Boleh dikatakan aku rapat dengan nenek sejak aku menjaganya dihospital. Sebelum tu, nama aku Faridah dan aku bukan la cucu kesayangan nenek. Ketika ini aku sedang menghabiskan sisa baki cuti semester ku dengan kaki dan dahi luka berbalut.
Sepanjang menjaga nenek di hospital aku turut dibantu seorang jururawat yang sangat baik. Namanya Misi Jamilah. Misi Jamilah usianya aku anggar dalam 50 an dan berasal dari Perak. Katanya dia tidak mempunyai keluarga dan hidup sebatang kara. Sebab itu dia suka menghabiskan masa di hospital walaupun telah habis waktu kerjanya. Menurut Misi Jamilah, dia ditugaskan di wad kanak-kanak, tetapi bila shif kerjanya sudah habis dia akan datang ke wad wanita penyakit kronik ni. Katanya lagi di wad ni dia banyak kawan-kawan yang boleh diajak berborak kerana rata-rata umur sebaya dengannya.
Macam sakit-sakit nenek pun, bila Misi Jamilah datang je kat katil seronok dia berborak. Aku pun tumpang sekaki diaorang bergosip. Yang aku pelik sikit, uniform Mis Jamilah ni lain macam sikit. Macam zaman-zaman cerita P.Ramlee. Aku tak syak apa-apa la sebab aku fikir uniform tu mungkin untuk jururawat senior. Yela, Misi Jamilah ni mesti la senior kat sini, tengok umur pun dah tahu. Satu lagi, belum pernah ada mana-mana jururawat yang berani tegur Misi Jamilah dari masuk ke dalam wad sesuka hati. Senior la katakan.
Share this novel