Dia berhenti tepat di depan sebuah bangunan dewan lama yang terpencil.Dia turun dari kereta dan saat itu, ada dua orang sedang menghampirinya.
Arjuna mengangkat tangan.Tanda mengalah.Tangannya dipaut ke belakang dan dia didorong masuk ke dalam dewan sebelum pintu itu ditutup rapat.
Dewan itu gelap hanya ditemani cahaya daripada tingkap yang pecah dan atap yang bocor.
"Akhirnya" Seorang lelaki muncul dan bertepuk tangan.Dia labuhkan duduk di atas kerusi.Di tengah-tengah ruang.Menanti Arjuna dibawa ke depannya untuk perhitungan.
"Mesti kau tak sangkakan aku yang porak perandakan hidup kau.Tapi tulah patut kau kahwin dengan Afrina.Tapi kau lebih bijak rupanya kau kahwin dulu"Tawa lelaki terus bersambung.
"Ini ke orang yang kau sayang sangat?"
Ratna dibawa keluar.Dia dapat lihat mulut Ratna luka.Terdapat darah kering dihujung bibirnya.Arjuna genggam penumbuk dan mahu menyerang tapi belakangnya ditendang kuat.Dia jatuh tersembam dan bila diangkat wajah, Ratna sedang memandangnya.
"Abang "Ratna meronta mahu dilepaskan.Menangis dan terus memanggil Arjuna.
Arjuna cuba bangkit bila bahunya ditekan dengan muncung bilah pisau yang berkilat.
"Abang tolong Ratna "Suara Ratna serak.Entah berapa lama menangis.
"Ratna jangan takut.Abang datang nak selamatkan Ratna dan anak kita"ujar Arjuna memandang wajah Ratna.
"Nak bawa balik dia? atau mayat dia?"Beberapa orang lelaki yang ada di belakang dan didepannya ketawa kuat.
Arjuna mamah rahang bila melihat dagu Ratna dipegang kuat.
"Kau nak bawa dia balik?"
"Kau berani sentuh dia lagi, aku akan pastikan kau tak tak akan dapat tengok matahari esok!!"jerit Arjuna kuat.
"Aku nak korang berdua tunggu kat luar.Biar aku buat perhitungan mamat ni"kata Raiqal pada dua orang suruhannya itu.
********
"Macamana ni Abang saya risau dengan anak dengan menantu saya cucu saya sekali "kata Datin Habsah yang tidak keruan daripada dapat tahu tentang kehilangan Ratna dan cucunya.
"Kita doa banyak supaya Allah selamatkan mereka.Lagipun Eiyad tengah cari Arjuna sekarang"kata Datuk Arif.
******
"Abang...." Suaranya hampir tidak keluar melihat keadaan Arjuna yang berdarah.
Lelaki tadi melutut di hadapan Arjuna."Kau mesti tertanya-tanya kenapa aku tak suka kau?"soal Raiqal pada Arjuna.
"Apa salah aku pada kau ah?"jerit Arjuna kuat.
"Kau lupa apa kau buat dekat adik aku, Raiyan.Yes Raiyan mesti kau pernah dengar nama tu kan?"soal Raiqal.
Raiyan? Raiyan berkerut sedikit dahi Arjuna."Apa kau merepek ni?"soal Arjuna pada Raiqal.
"Aku merepek.Kau tu yang buta sangat tak nampak apa yang Raiyan cuba buat pada kau"kata Raiqal.
Arjuna mendengus marah.
"Aku tak faham satu apa pun kau cakaplah.Kau tu yang tak betul.Aku tak ada kaitan dengan Raiyan tu?"ujar Arjuna sambil memandang wajah Raiqal.
Raiqal berpaling ke arah Ratna yang terikat pada tiang.Dia mengeluarkan pisau tadi cuba menikam Ratna.
Ratna memejamkan matanya rapat menanti belati itu menoreh kulitnya.
Tapi sebaliknya terjadi.Ratna membuka mata. Arjuna sedang menahan bilah pisau itu dengan tangan sendiri.Helaan nafas Arjuna kedengaran tenang tetapi Ratna tahu, Arjuna menahan sakit.
"Abang?"serunya perlahan.
Arjuna senyum.
"Abang dah janji, tak akan ada sesiapa lagi yang boleh lukakan Ratna.Abang tak sanggup hilang Ratna"Cengkaman pada belati itu dikemaskan.
Raiqal menarik kuat hingga meninggalkan luka yang dalam pada telapak tangan Arjuna.Tapi dia langsung tidak berdesis.Sebaliknya dia merenung wajah Raiqal lama dengan senyuman sinis.
"Abang minta maaf pada Ratna."menyapa pipi isterinya dan mengusap perlahan tanpa dia pedulikan darah merah yang melekat pada pipi Ratna.
"Ratna makin cantik"puji Arjuna.
Ratna mengalirkan airmata sudahnya.
"Ratna keluar dari sini... selamatkan diri Ratna"bisik Arjuna pada Ratna.
Ratna angguk.Dengan berat hati, melepaskan tangan Arjuna.Dia melangkah perlahan untuk keluar menuju ke kereta melalui jalan lain.
"Kau tak boleh keluar, Ratna!! Aku tak benarkan!"tempik Raiqal.
"Laki kau penyebab semua ni.Jadi kau harus tengok laki kau mati depan kau"
Langkah Ratna mati.Dia mula tidak yakin mahu melangkah.
"Pergi Ratna.Dengar cakap Abang.Pergi selamatkan diri sayang dengan anak kita.Abang janji akan abang balik dekat sayang"pujuk Arjuna.Arjuna kerdipkan matanya sekali.
"Sekarang ni antara kau dengan aku.Jadi apa yang kau tak puas hati sangat?"jerit Arjuna pada Raiqal.
"Kenapa kau sia-siakan Raiyan?"soal Raiqal.Persoalan itu cukup membingungkan Arjuna saat ini.Dia benar-benar tidak mengerti apa yang dicakap oleh Raiqal.
"Aku dengan dia kawan saja.Kau mengharapkan apa dari aku?"soal Arjuna dengan nada marah.
Raiqal mengetuk-getuk kepalanya beberapa kali.
"Tak!! Tak!!!! Raiyan tu sukakan kau tahu tak?"soal Raiqal pada Arjuna.
Arjuna rasa ada benda tak kena dengan Raiqal sekarang.
"Raiqal hentikan semua ni?"soal Raiyan disebelahnya.
"Tak!!! aku takkan berhenti selagi dia ni tak mengaku dia suka kau.Aku nak kau bahagia dengan pilihan kau"jerit Raiqal tak semena-mena.
Arjuna cuba menapak perlahan ke belakang sedikit demi sedikit.Tapi Raiqal mengeluarkan sepucuk pistol dibelakangnya dan menembak ke atas.
Dua orang yang berada diluar tadi diketuk oleh Eiyad dari belakang dan cepat dia mengikat tangan kedua-keduanya.Dia mencari arah pintu lain untuk masuk.
Ratna cuba bergerak secara perlahan.Dan dia terkejut mendengar bunyi tembakan dari dalam.Dia mahu melangkah masuk semula tapi tangannya ditarik dari belakang.
Matanya terbeliak melihat figura Eiyad berdiri tegak dibelakangnya sambil menunjukkan isyarat mulut.
"Diam.. polis dalam perjalanan kesini"kata Eiyad.
"Arjuna... Juna dekat dalam"kata Ratna tergagap-gagap.
Eiyad mengangguk perlahan.
*******
"Kau nak ke anak kau tu lahir tanpa ayah dia?"soal Raiqal pada Arjuna yang berdiri didepannya.
"Aku nak jumpa dengan Raiyan.Mana aku boleh jumpa dia?"soal Arjuna sengaja memancing reaksi Raiqal.
"Kau nak jumpa dia? Boleh aku boleh bawa kau jumpa dia?"soalnya sambil menghalakan pistol ke arah Arjuna.
"Cukup Raiqal.Aku tak minta kau buat semua ni"kata Raiyan menyerang Raiqal.Raiqal meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Dia menolak Raiyan dan menghalakan pistol buat kali kedua ke arah Arjuna.Dia telah bersedia.Biarpun nyawanya menjadi korban, dia akan selamatkan Ratna jugak.Dia akan serahkan nyawanya andai itu menjadi taruhan.Cukup sampai di sini saja perjalanannya buat Ratna tersayang.Tembakan dilepaskan pada Arjuna.Serpihan peluru terkena Arjuna.
Pang!!!! Pang!!!!!
Arjuna terkejut dengan bunyi tembakan dari belakang.Raiqal rebah ke lantai darah mengalir keluar.
Arjuna terduduk melutut di lantai.Dia terduduk lesu.Lemah.Tidak berdaya.Entah di mana Ratna dia tidak tahu.Dia hanya dapat mendengar suara raungan yang kuat dan panjang.Dia kenal suara itu.
Ratna? Serunya tapi suaranya tidak terkeluar.
"Abang?" suara Ratna sayu.
"Ratna jangan marah Abang, ya?"
"Ya, Ratna takkan marah Abang, Ratna sayangkan Abang"
Arjuna tersenyum lemah.
"Ratna janji dengan Abang jaga anak kita, kan? Abang dah selamatkan Ratna dengan anak kita?"soal Arjuna payah.
Arjuna terbatuk-batuk tersembur darah keluar dari mulutnya.
"Abang, jangan tinggalkan Ratna"Hatinya dirobek kejam dengan kata-kata Arjuna.
"Ratna jaga anak kita"ucap Arjuna sekali lagi sebelum dia rebah pada bahu Ratna.
"Abang..minta maaf"bisik Arjuna dan badannya longlai dibahu Ratna.
Ratna memangku Arjuna rapat ke dadanya.Dia tidak bersedia kehilangan Arjuna.Dia tidak mahu kehilangan ayah bagi anaknya.Dia tidak cukup kuat.
Share this novel