Rate

Bab 56 Bulan Madu Ke Melaka

Romance Completed 278235

Malam itu, setelah memakan ais krim vanilla oreo yang diidam oleh Anis Umairah, Adib Umair membawa Anis Umairah berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Lumpur, iaitu Bazar Larut Malam Uptown. Hati Anis betul-betul merasa puas, gembira kerana selama ini belum pernah keluar pada waktu malam seperti sekarang ini.

"Eh Sofia, bukan Cikgu Adib ke tu yang awak cerita dengan aku?" Sahabat Cikgu Farah iaitu Maimunah menunjuk ke arah Adib dan Anis yang  tengah menjamu selera di salah satu kedai makan medan selera.

"Mana Mai?" Tanya Cikgu Farah sambil tercari-cari kelibat Adib dan Anis.

"Kat Rumah makan Coto Makasar Resepi Sabah tu." Kata Maimunah lagi.

"Oh, yalah...!" Sahut Cikgu Farah dengan wajah keruhnya setelah melihat kelibat Adib dan Anis.

Apa hubungan Anis dan Cikgu Adib? Anis ke pilihan keluarga Adib?

Perasaan Cikgu Farah tidak menentu. Kenapa tiap kali dia ingin menenangkan hati dan fikirannya, dia kerap terserempak dengan dua makhluk itu. Ataupun adakah ini satu petanda untuk dia harus mengalah dengan takdir atau harus berjuang mendapatkan pangeran (penguasa) hatinya?

"Farah, awak nak bertegur sapa dengan mereka ke?" Soal sahabat Maimunah.

"Tak naklah aku Mai, aku malu dengan Cikgu Adib." Sahutnya dengan nada sebak. Terdengar suara serak Cikgu Farah yang tengah bersedih.

"Takkan kau nak mengalah dengan begitu mudah? Belum angkat senjata kau dah naikkan bendera putih?" Tegur Maimunah dengan berkobar-kobar.

"Marilah kita ke tempat lain, menyesal pula aku datang ke sini!" Ucapnya dengan wajah keruh.

"Cuba buka hatimu dengan lelaki lain? Kau ni Farah terlalu merendah diri, kau cantik dan berpelajaran tapi soal dalam menjalinkan hubungan percintaan kau kurang percaya diri. Kau nak tak berkenalan dengan sepupu aku?" Tanya Maimunah dengan wajah cerahnya.

"Kau jangan mengada-ngada, aku dah serik Mai!"

"Alah, kau ni... Kau belum kenal sepupu aku dah kata serik, dia ni belum kahwin- kahwin sampai sekarang, apa salahnya korang berkenalan dulu? Lagipun sepupu aku ni baik orangnya, dah ada kerja tetap juga. Bolehlah kau jadi ipar aku." Cadang Maimunah dengan senyumannya lebarnya.

"Terserah kaulah, aku malas nak fikir soal itu sekarang."

"Kau belum dapat move on ke dengan Cikgu Adib? Pleaselah Farah, dalam dunia ni bukan Cikgu Adib jer lelaki yang baik, banyak lagi lelaki yang baik boleh dijadikan pendamping hidup." Nasihat Maimunah pada Cikgu Farah.

"Okay, aku ikut cakap kau... Tapi aku tak nak... aku yang mulakan, aku tak nak bagi hati aku awal-awal." Ucap Cikgu Farah. Dia betul-betul dah serik untuk mengenal lelaki.

"Okay, nanti aku yang atur semuanya...! Kau tinggal beres dapat hasilnya." Ucapnya dengan bersemangat, kasihan melihat sahabatnya itu yang berwajah muram.

"Terima kasih Abang sudah bawa Anis jalan-jalan. Sampai ke sini pula kita jalan, ibu tak marah ke tu?" Tanya Anis pada Adib yang tengah mengemudi keretanya untuk balik semula ke rumah.

"Takdelah ibu marah, lagipun bukan selalu kita keluar malam-malam." Sahut Adib Umair dengan selamba. Adib Umair melirik Anis yang berada di sebelahnya, matanya dah layu dan kerap menguap. Nasib baiklah esok hari sabtu, jadi tak payah fikir tentang sekolah.

KURANG sebulan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula dengan ujian lisan pada pertengahan Oktober seterusnya menduduki peperiksaan bertulis menjelang November. Berbanding tahun sebelumnya, calon SPM berhadapan cabaran besar apabila perlu belajar secara dalam talian sejak Tingkatan Empat dan hanya belajar secara bersemuka dalam tempoh yang terhad.

Ini ditambah pula dengan fakta yang telah diumumkan oleh Cikgu Burhan bahawa mereka adalah kumpulan pertama yang akan menggunakan format baharu bagi penyelarasan mata pelajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Namun, semua itu tidak seharusnya mematikan semangat dan motivasi diri. Dalam tempoh yang semakin singkat ini, Anis perlu memperkuatkan mental dan fizikal untuk memecut selaju dan sekuat mungkin untuk mencipta kejayaannya.

Tujuh langkah ampuh yang Anis Umairah telah ambil dalam menghadapi peperiksaan SPM iaitu fokus, ulangkaji pelajaran, mempunyai jadual khusus, kelas tambahan, pemakanan yang sihat, ibadah iaitu melakukan solat hajat dan hubungan dengan keluarga yang baik.

Pihak Sekolah Menengah Uthman telah mengumumkan cuti sekolah 1 minggu untuk semua pelajar, iaitu cuti peristiwa minggu bertenang. Pada cuti sekolah itu, Adib Umair mengambil kesempatan ingin membawa Anis Umairah untuk bercuti berbulan madu dan telah di persetujui oleh kedua belah pihak keluarganya. Alasan Adib Umair juga ingin membawa Anis Umairah bercuti kerana untuk merehatkan Anis Umairah daripada menghadap buku mata pelajaran. Peperiksaan besar SPM tidak lama lagi berjelang tiba, mengikut tarikh jadual SPM yang di keluarkan oleh kementerian pendidikan, hanya sebulan lebih lagi untuk pelajar tingkatan 5 mempersiapkan diri bagi menentukan masa depan mereka. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan Anis Umairah stress Adib Umair ingin membawa Anis Umairah ke melaka untuk bercuti selama seminggu.

Segala persiapan dan kelengkapan untuk percutian ke melaka telah mereka sediakan sejak awal-awal lagi.

"Adib, awak hati-hati bawa kereta ya, tolong jaga Anis dan kandungannya baik-baik." Ucap Puan Saleha yang duduk di sebelahan kiri Anis Umairah manakala Puan Zulaikha pula duduk di sebelah kanan Anis Umairah.

"Baik ibu, ibu tak perlu risau sangat ya."

"Ingat Adib, berehat kat R&R sekiranya penat memandu, jangan paksa diri tu." Sahut Puan Zulaikha pula pada menantunya.

"Insya Allah umie."

"Adib, ayah dah booking dan bayarkan kamu untuk pakej bulan madu kat SWISS GARDEN HOTEL MELAKAT 2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka. Nanti ayah send email pakej bulan madu tu."

"Terima kasih ayah, jadi Adib tak perlu dah cari-cari hotel untuk penginapan."

"Ini kad kredit untuk perbelanjaan kamu berdua, sebagai hadiah perkahwinan dari abah dan umie untuk Anis dan Adib." Encik Muhaimin menghulurkan kad kredit kepada Adib untuk perbelanjaan mereka selama berada di melaka.

"Tak payah abah, Adib ada juga kalau untuk perbelanjaan kami berdua." Tolak Adib Umair dengan sopan agar tidak menyinggung perasaan mertuanya.

"Tolong di terima ya Adib, abah nak Adib dan Anis guna kad kredit ni selama bercuti." Sambil meletakan kad kredit tersebut di atas telapak tangan Adib Umair.

"Terima kasih abah." Ucap Adib Umair dengan senyuman.

"Anis jaga kesihatan ya, jaga makan dan minum, jangan lupa makan vitamin c okay?" Nasihat Puan Zulaikha pada anaknya.

"Insya Allah umie, Anis dah sediakan vitamin Bio C Plus dalam bagpack Anis." Sahut Anis Umairah lembut.

*****************************
Nak bebel Jap ^_^

Untuk pasar Sabah tu akak main tulis jer, tak tahulah betul ke ada kedai makanan Sabah Kat uptown KL. Tapi Coto Makasar tu memang sedap tahu, Akak suka makan.

Kita cuba carikan Cikgu Farah pendamping ya.

Yang berminat dengan Al-Quran digital atau my qalam, akak ada jual ya ;)
boleh direct Whatsapp . calling akak tak layan angkat ya kalau number handphone baru.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience