Bab 35

Romance Completed 207984

"Ingatkan sempat la siap sebelum tengah hari, petang boleh rehat. Tapi tak juga" bebel Aishah yang melangkah masuk ke bilik rehat pekerja.

"Itu la, tapi nak buat macam mana, kalau tak buat nanti customer tak boleh nak check in pula" sambung Kak Ana pula.

"Tak pe lah. Tinggal sikit je lagi kan. Lepas makan nanti kita sambung lagi" kata Intan.

"Kalau macam tu, jomlah kita makan. Nanti tak sempat pulak" ajak Kak Ana.

Intan bersama Aishah dan Kak Ana berjalan beriringan menuju ke ruang makan. Dah ramai yang memenuhi meja, pukul satu tengah hari patutlah ramai.

Intan bersama Aishah dan Kak Ana turut berbaris untuk mengambil makanan dan minuman.

Mujur ada meja kosong, kalau tidak kena la tunggu dulu.

Selesai makan, masing-masing ambil masa untuk berehat. Jam dua petang nanti akan disambung semula kerja yang tertangguh.

Sementara menunggu Aishah dan Kak Ana, Intan mengambil angin di taman milik hotel.

Sepanjang bekerja di sini, ini kali pertama Intan datang ke taman ini.

Esok last day baru berkesempatan berada di sini.

Cantik, pelbagai jenis bunga ada. Tenang sahaja, tambahan pula tempat yang Intan pilih agak tersorok dari pandangan. Sesuai untuk tenangkan fikirannya yang serabut.

Cincin kahwin yang disimpan di dalam poket dikeluarkan dan disarung pada jari manis tangan kanannya. Cincin itu dipusing-pusingkan di jari.

Tidak dapat dibayangkan apa yang bakal terjadi apabila ayah tahu mengenai perkahwinannya ini.

Bukan sahaja ayah, Intan juga boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana perkahwinan tidak melalui jabatan.

Sepatutnya perlu membuat permohonan dan setelah mendapat kelulusan batulah boleh melangsungkan perkahwinan.

Sedang Intan melayan fikiran, terasa seperti ada seseorang berdiri di tepinya. Pantas Intan mendongak.

"Eh, Cleine. Buat apa di sini" tegur Intan dan terus bangun berdiri dari kerusi batu yang didudukinya tadi.

"Baru balik lunch. Saya nampak awak seorang diri di sini. Itu yang saya datang" jawab Cleine sambil tersenyum.

Amboi.. Handsome tapi handsome Caden lagi.

Caden, pasti dia marah sebab nampak aku dengan Cleine di cafe tadi. Hurm..

"Cantik cincin" tegur Cleine sambil matanya ralit memandangnya.

Intan terus menyembunyikan jarinya disebalik tangan kiri.

"Pagi tadi.." tak sempat Cleine meneruskan ayatnya pantas Intan memotong.

"Saya simpan dalam poket, ganggu bila nak buat kerja" terang Intan.

"Cincin kahwin? Tunang?" soal Cleine ingin tahu.

"Kahwin" sepatah Intan menjawab.

"No wonder awak tak terima saya pagi tadi" ucap Cleine sambil tertawa kecil.

"Dah lama?" soal Cleine lagi.

"Baru lagi" jawab Intan jujur.

"Saya dah terlambatlah ni. Beruntung lelaki yang jadi suami awak" kata Cleine lalu melabuhkan duduk di kerusi batu berhampiran Intan.

Intan dah kehilangan kata.

Tanpa Intan sedari ada sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya.

"Er.. Cleine. Saya masih ada kerja yang belum siap. Saya minta diri dulu" pinta Intan, tidak manis dia berlama-lama dengan Cleine di tempat tersebut.

Cleine hanya tersenyum dan mengangguk.

Intan pantas berlalu dan menoleh sekali ke belakang memandang Cleine.

Betul ke apa yang Cleine cakap pada dia tadi. Susah untuk dia percaya.

"Intan" panggil Kak Ana.

"Intan ke mana? Call dah la tak jawab" marah Kak Ana.

"Sorry, phone silence. Tak perasan" jawab Intan.

"Dah, jom. Nanti lambat pulak siap kerja" kata Kak Ana.

Hampir jam empat petang barulah kerja-kerja mengemas selesai. Intan bersama Aishah dan Kak Ana melepaskan lelah di bilik rehat setelah memerah tenaga hampir seharian.

"Intan, dari tadi lagi nak tanya. Tapi tak sempat. Sibuk buat kerja" kata Aishah yang masih bersandar di sofa.

"Tanya, apa?" soal Intan.

"Cantik cincin di jari. Cincin tunang ke cincin kahwin?" tanya Aishah.

Intan serba salah samada nak jawab atau tidak. Tapi jawab je lah. Esok hari terakhirnya di sini.

"Cincin kahwin" jawab Intan sambil tersenyum.

"Sebelum ini tak nampak pulak Intan pakai" tambah Kak Ana pula.

"Oo.. Biasa saya simpan cuma tadi lupa nak simpan"

"Patut la tak pernah nampak. Eh, okeylah. Suami akak dah sampai. Esok kita sambung sembang lagi ye" kata Kak Ana. Pantas mengambil barang dj dalam lokar sebelum menghilang di sebalik pintu bilik rehat.

"Saya pun nak nak balik juga. Penat sangat hari ni" kata Aishah pula.

Setelah kedua-dua mereka pulang, tinggal Intan dan beberapa orang lagi pekerja yang masih ada di bilik rehat.

Intan mengambil beg dan berjalan perlahan menuju ke lift. Sebaik pintu lift terbuka, Intan melangkah masuk dan tingkat empat puluh lima di tekan.

Selain Intan ada beberapa orang lagi pekerja berada di dalam lift. Masing-masing ada tujuan sendiri.

Jangan ada yang tanya aku nak ke mana sudah. Jenuh pulak nak pusing ayat.

Sebaik pintu lift terbuka, pantas Intan keluar dan berjalan menuju ke bilik rehat Caden. Password ditekan dan laju saja membolos masuk.

Senyap je.. Tak balik lagi la ni.

Intan terus melangkah masuk ke bilik tidur. Pakaian dibuka dan kaki menuju ke bilik air untuk membersihkan badan setelah penat bekerja.

Lega dan segar rasa setelah mandi. Setelah siap berpakaian, Intan menuju ke ruang tamu dan melabuhkan duduk di sofa.

Sementara menunggu Caden pulang, Intan menonton tv. Disebabkan kepenatan, mudah sahaja mata terpejam.

Pintu berbunyi menandakan ada yang masuk.

Caden melangkah perlahan. Dilihat Intan nyenyak tertidur di sofa. Kaki mengatur langkah menuju ke arah tubuh yang terbaring itu.

Caden melutut berhampiran Intan.

"Sayang.. Kenapa buat abang macam ni. Jangan dera hati abang, sayang" tangan Caden naik mengusap lembut wajah itu.

Ingin sahaja bibir merah itu dikucup tetapi bimbang Intan akan terjaga.

Tiba-tiba Intan membuka mata. Terpampang wajah Caden di hadapannya.

"Abang dah balik" sapa Intan lantas bangun dari sofa.

Caden waktu itu telah pun bangun dan laju berjalan meninggalkan Intan di ruang tamu.

Terhenti kaki Intan dari mengejar Caden. Intan tahu, Caden sedang marah padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience