Bab 3

Romance Completed 21373

"Iris, nak minta tolong boleh?" tiba-tiba Rayyan duduk diatas kabinet dapur. Betul-betul disebelah Iris. "Nak tolong apa? Kau nak suruh aku jadi setiausaha kau dekat rumah juga ke?" tanya Iris tanpa menoleh kearah Rayyan. Pinggan kotor yang sudah dicuci dilap sehingga kering.

"Alaa.. macam marah je. Aku minta tolong Khairil lah." Rayyan acah-acah merajuk. Dan ingin berlalu ke ruang tamu. "Eh, eh. Mana ada marah." Iris memegang tangan Rayyan. Seperti terkena renjatan elektrik, dia segera melepaskan tangan Rayyan. Jantungnya sudah mengepam dengan kelajuan 180km/j!

Rayyan juga tersentak. Ini kali kedua dia memegang tangan isterinya. Pertama kali semasa pembatalan wuduk. Cuba dikawal wajahnya. Saat itu, dia seperti teragak-gak ingin meminta tolong. Tetapi bila difikirkan sudah lama dia memendam rasa, dia berkata juga.
"Tolong aku pikat Tania." Iris terdiam. Dia terasa hati sebenarnya dengan permintaan itu. "Buat apa?" Iris cuba membuat intonasi biasa. Tidak mahu Rayyan mengesan sesuatu.
"Aku suka dia. Please... dia kan kawan baik kau." Rayyan merayu bersungguh-sungguh. Sebenarnya, dia tidak tahu yang permintaannya itu melukakan hati si isteri. 'Rayyan, aku suka kau punya kawan baik pun tak pernah sampai minta tolong kau pikat dia untuk aku. Sebab aku takut kau terasa. Tapi kau langsung tak fikir apa yang aku fikir.' Iris berbisik sendiri.
"Ok. Nanti aku tolong kau." Rayyan tersengih lebar sambil mengucapkan ungkapan terima kasih. Rayyan berlari naik ke bilik mereka.
Dia mengelap beberapa titis air mata yang jatuh. Dia tidak tahu kenapa. Tapi rasa tidak diharagai dan rasa seperti diri ini tidak layak sehingga suami mencari yang lain walaupun tidak sampai sebulan bernikah.
"Dya ok?" tanya Hareez, abang Rayyan merangkap abang iparnya. "Eerrr.. Dya ok. Abang kenapa ada dekat sini?" Iris cuba mengalihkan topik. Hareez memandang adik iparnya itu. Macam lah dia buta melihat mata Iris yang merah akibat menangis.
"Dya janganlah tipu abang. Abang dengar Rayyan cakap apa tadi. Kalau ada apa-apa, jangan malu nak kongsi dengan abang. Walaupun abang tahu Iris tidak selesa sebab abang lelaki, tapi Rayyan tu adik abang. Abang tahu adik abang macam mana. Janganlah nangis ya?"

Iris tersenyum. Abang iparnya ini memang jenis yang memahami. Tak macam orang tu! "Terima kasih, abang. Dya nak naik atas dulu."

"Ok, apa-apa roger." Hareez tersengih sambil mengenyitkan matanya. Tergelak Iris. Rayyan yang berda ditangga melihat aksi tadi dari jauh. Rasa geram!!!! Apabila melihat Iris ingin menaiki tangga, dia cepat-cepat bergerak ke bilik tidur dan pura-pura tidur.
****************
"Nia, kalau si Rayyan tu suka kau macam mana?" tanya Iris. Walaupun dia sedih, dia cuba juga demi kebahagiaan Rayyan. Tania tersenyum sambil membayangkan jika perkara itu berlaku. Memang berlaku pun.
"Akulah orang paling bahagia di dunia. Gila tak nak lelaki handsome plus macho plus bijak plus kaya gitu." Iris tersenyum tetapi dalam hati mahu saja dicekik Tania itu. Yelah suka laki orang! Grrr... 'Dya, stop! Nia tak tahu Rayyan tu dah kahwin and the most important thing is, dia tak tahu yang Rayyan is your husband!'
"Oi, Iris! Aku tanya ni! Asal kau tanya macam tu?" Tania geram apabila soalannya tidak berjawab. "Rayyan suka kau. Dia minta nombor phone kau." Iris berkata perlahan.
"What?! Oh my god! Seriously?! Ni no phone aku. Jangan lupa bagi dia tau." Tania menulis nombornya di sehelai kertas lalu diberikan kepada Iris.
"Ok." Iris terus bangun.
******************
"Nah." Iris memberikan kertas itu kepada Rayyan. Tekaknya agak sakit hari ini. Jadi dia tidak banyak cakap. "Thanks. Aku takkan lupa jasa baik kau." Rayyan tersenyum lalu menampakkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Iris hanya mengangguk dan ingin menjalankan tugas di blok B. "Kau kenapa?" tanya Rayyan pelik. "Nothing." jawab Iris pendek lalu berlari dengan pantas. Tidak mahu berdepan dengan Rayyan.
Rayyan menjadi pelik. Beberapa hari ini, Iris seperti menjauhkan diri daripadanya. Dirumah juga sama. Sunyi juga bila tiada teman untuk diajak bertikam lidah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience