BAB 3

Mystery & Detective Completed 2119

“Dah balik pun.” Emak terus memasang langkah ke arah pintu utama. Pintu kayu itu dibukanya.

“Wa’alaikumussalam… Lambat abang balik?” Tanya emak prihatin selepas menyalami tangan ayah.

“Abang cari ubi kayu. Payah nak jumpa sekarang ni. Dapat sedikit saja, nanti awak rebus ya. Saya nak makan.” Ayah membalas lalu menghulurkan sebuah guni kepada emak.

“Banyak juga ni, bang. Nanti saya rebus, kita makan sama-sama.” Emak berlalu ke dapur meninggalkan kami bertiga di rumah tamu rumah yang tidaklah seluas mana itu.

“Kamu pergi mandi dahulu, Yazid . Nanti kita makan sekali,” arah Tok Lepat kepada ayah. Ayah pula hanya menurut. Lantas dia berlalu ke kamar.

Aku dan Tok Lepat pula beriringan menuju ke dapur. Saat kakiku mahu melangkah turun, aku terasa bagai ada magnet yang cuba menarik kaki aku. Aku terkaku. Terdiam seketika di tangga.

Zasss!

Aku tersentak! Mulutku terkunci. Mataku disapa sesuatu yang datang melintas secara tiba-tiba. Laju! Berbaju putih dan berambut panjang. Berderau darahku.

“Maisarah ! Kenapa kamu tercegat lagi kat situ?” tegur Tok Lepat . Mata tuanya tepat menjamah pandangan aku. Entah kenapa aku dapat rasa Tok Lepat tahu sesuatu.

“Maisarah !” panggil Tok Lepat bila melihat aku masih lagi kaku tak berganjak.

“Ya, Tok Lepat …” Aku terus meluru ke dapur dengan rasa takut.

Ketika duduk di meja makan, aku perasan mata Tok Lepat tajam merenung aku. Semakin resah aku jadinya.

“Jemput makan…” ujar emak selepas ubi kayu selesai direbus. Masing-masing hanya diam seribu bahasa dan menjamu selera tanpa banyak bunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience